♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Monday, April 22, 2013

Borak manis

Assalamualaikum. Annyong chingu!!! (^_^)

Borak manis atau dalam bahasa jawa nya english = Sweet Chat (^_^) First time aku pergi makan dekat situ, semuanya sebab ajakan Fiza. Ni cerita dah 2 minggu lepas tau.Tapi nak cerita jugak. :p  Sebenarnya kesian dekat fiza, dia teringin nak Sushi King. Tapi dah ragu-ragu dekat status halal sushi king, tu yang tukar fikiran pergi sweet chat .

 Dekat sweet chat, diyakini halal sebab dye dapat sijil halal jakim. Kalau ragu-ragu boleh pergi cek dekat website www.halal.gov.my. 

So, ape lagi. Jom nom nom nom nom. :) Kat Sweet Chat ni ade makanan western, melayu dengan chinese. Aku dengan fiza order set jer. Jimat pon jimat. Set aku order dapat spaghetti, bubur dengan air.

 Spicy smoked beef spaghetti.

Rase dye???? Macam makan masak lomak cili api daging salai lepas tu tambah je spaghetti dalam tu. Mesti korang dapat bayangkan macam mane rasa dia. So, kalau dah bosan dengan bolognese boleh lah buat macam ni. (^_^)

 Ini bubur cha cha aku. Erm.... bolehlah.. Aku bagi 3 daripada 5 bintang.

Fiza pulak order set macaroni and cheese. Ahhh. belasah je nama. Sorry sebab dah lupe. Ini bagi 4/5 bintang.

Bubur pulak fiza pilih bubur pulut hitam.

Sambil makan, sambil sembang perkara manis-manis je. (^_^)

Berangan muka flawless . hehehe :P

Oh ye. Hari tu dekat Hat Yai, mak aku beli buah mata kucing kering.

 Hasilnya dapatlah buat air mata kucing sendiri. Sedap sangat.. Siapa nak boleh pergi beli kat giant buah mata kucing kering, lepas tu masak sendiri. (^_^)


Kenyit mata laju2. TQ :)


Friday, April 12, 2013

Hat Yai, Thailand (Part 2 & Last)

Assalamualaikum. Annyong!!! (^_^)

Hehehe. Tetiba kejap je dah part last. Itu lah akibatnya kalau malas nak banyak-banyak part kan. Nanti korang pon bosan tak habis-habis pompuan ni cerita pasal Hat Yai. Macamlah pergi Europe ke kan?? (-_-)"

Aku lupe nak bagi tau dalam part 1 tu yang aku bertolak pergi Hat Yai hari Jumaat malam pukul 11 pm and sampai hari Sabtu pukul 8 a.m. So kali ni nak cerita pasal hari Ahad tu pulak.

Hari Ahad tu kiteorang pergi sarapan kedai dekat-dekat hotel je. Kat Hat Yai pon ade roti canai tau. Ape lagi??? Roti teluq satu kak!!!! (^_^)

 Roti telur kat situ not bad, sedap dan garing. Rasa tak cukup makan satu.Tapi, tahan nafsu lah kakak oi... Nanti naik berat badan jangan salahkan roti canai kalau makan dua. 

Tambah-tambah sedap makan dengan kuah kari. Kari dia lain sikit rasa. Letak daun limau purut. Tapi sedap jugak, cuma manis sikit.

 Roti Canai dengan Teh tarik. Memang pasangan yang secocok. (^_^)

Perut dah kenyang, so jom pergi bakar lemak-lemak yang ade. Macam mane???? Jom pergi pantai dekat Songhkla yang panas ni !!! hehee


Tarikan di Pantai Songkhla..Semua orang nak snap picture dengan ikan duyung ni.Retis sangat lah dia. Mengikut kata orang-orang Hat Yai, sapa-sapa yang peluk duyung ni cepat dapat jodoh. Tapi kite orang Islam jangan lah percaya ye.

Kawan ayah aku : (Pergi peluk duyung saje-saje depan anak dye)

Anak kawan ayah aku : Mak,,,, ayah peluk duyung tu!!!

Yang dah kawen jangan duk gatai na....

Hehehehe....(^_^)

Dalam hati : Nape duyung tu tak pakai bra???? (-_-)' seksi angatttt.
 
Ole-ole pon ade jual jugak kat pantai Songkhla ni.

Tuk-tuk. Comel sangat. Terus beli.

Lepas jalan-jalan kat Pantai, pergi makan dekat-dekat area pantai tu jugak untuk lunch.  Rupenya, makan dekat pantai lagi sedap-sedap.
Kailan ikan masin

Daging masak merah

Lepas tu order sotong goreng tepung dengan kerabu kaki ayam dengan Tom Yam. Gambar tak sempat snap sebab dah kebuluq sangat. Hehehe. Sotong goreng tepung dye yang ade telur kat dalam tu. perghhhhh lemak-lemak manis. Terbaikkkkk!!!!! Pastu hidung aku gatal. Padan muke.

Tempat yang dinantikan-nantikanlah jugak,  Hat Yai Ice Dome. Kalau nak rase macam mana duduk dekat peti ais dengan kutub utara ngan selatan boleh lah cuba masuk Ice Dome ni.

Tiket masuk 300 bath (RM 30) untuk dewasa, 150 bath (RmM15) untuk kanak-kanak. Bile masuk kat Ice Dome ni mule-mule dye bagi kite pakai Baju sejuk dengan sarung tangan. Walaupon tak dapat merasa pergi Korea kan nak pakai baju sejuk tebal-tebal macam ni, kat Ice Dome pon jadilah....... (^_^)







Dah dapat baju sejuk kena masuk dalam satu bilik putih. Bilik tu agak sejuk jugak. Tapi tak delah sejuk sangat. Sebab kenapa kena masuk bilik putih tu, sila bace kat gambar bawah ni.

Dye suruh adjust suhu badan kite. Jadi kite tak adalah terkejut tibe-tibe sejuk sangat.

Dah 5 minute kat bilik putih tu terus dye bukak pintu macam pintu peti sejuk , terus semua orang jerit sebab terase gile kesejukan dalam ice dome. Lagi lagi lagi berkali ganda sejuk.

Buat dengan ice. Do not touch.Electric shock pulokkk nanti.

Muke ada sinyum.... Padahal kaki dah kebas-kebas kesejukan ko tau. Aku dahlah pakai selipar. Tak sangka pulak hari tu kena pergi sini. (-_-)'

Tangkap gambar pon laju-laju.

Aku ingat nak duduk atas kerusi ais tu. Tapi,,,,lupekan lah.... Kebas karang punggung aku. Takot. 



Masa ni kan, mulut dah kejung, siap keluar asap-asap bile bercakap . Heheheh. Seronok dapat rase mulut kuar asap-asap macam dalam cerita korea weyh. (^_^) Jakun kan???

Aku rase tak sampai 30 minit kot aku masuk Ice Dome tu terus keluar. Lega dapat keluar .  Kata orang yang pernah merasa salji original, sejuk dye takdelah macam sejuk dalam Ice Dome tu. Ice Dome tu macam sejuk dekat Kutub selatan.

Mane lagi eh aku pergi??? Hahhhh, Cable car. Tapi aku ngan family aku tak naik. Sebab da penah merasa naik cable car kat Langkawi. Jadi, kiteorang tunggu je siapa yang tak merase naik lagi. Kiteorang tengok dari jauh je sudah.



Hai orang di sana..... :)

Kalau dekat negara-negara macam Thailand, Vietnam ni terkenal dengan Floating Market / Pasar Terapung. Floating market ni sebenarnya semua penjual-penjual meniaga barang dari atas sampan.  Phewww...Kat floating market ni serius berpeluh-peluh aku kat situ. Menitik-nitik peluh. Sampaikan inner neck aku basah lencun korang...
Floating Market dari jauh.


Nak ke seberang sane kenalah guna jambatan ye. Jambatan yang bagi aku ngeri weyh.

Jambatan yang buat dari kayu balak bakau dengan kayu papan. Papan tu dye susun jarak-jarak antara satu sama -lain dalam 2 cm. Jadi nampak air kat bawah.Aku rase macam tak berapa confident je seberang jambatn tu. Tapi tawakal jelah. Jalan laju-laju.

Mokcik-mokcik jual makanan atas sampan. Kap kap kap. Medaiii :p Tu je tau


Cuaca panas macam tu memang nyaman bile dapat minum air kelapa sejuk. Seriusssss lega sangat dapat air kelapa mase kat floating market tu.



Isi kelapa dye lembut sangat.

Nikmat sangat. Rase nak minum lagi 2 biji. Nom nom nom (^_^)

Untuk dinner aku cube Pad Thai.Salah satu makanan Thai yang glamour.

Macam kuey teow tapi halus-halus. Lepas tu balut dengan telur dadar. Sedap .Nom nom nom.

Disebabkan esoknya hari Isnin dah nak balik Malaysia, jadi nak bagi perabihkan saki baki duit Thailand. Ingatkan nak lah shopping handbag ke. Satu pon tak beli. Mana yang berkenan mahal sangat. Baik beli dekat malaysia je. Tak apelah. Belum ade rezeki nak dapat handbag baru. :)


Ternampak sandal Flip-flop warna pink ni tau. Nampak selesa gila. Aku tengok harga dekat sandal yang  tester tu harga dye 3990 bath jadi same dengan RM 39.90. Ok lah harga dye kan. Dah lah selesa sandal tu. Murah pulak tu. Siap aku nak beli dua warna lagi , warna hitam. Sekali bile promoter tu kire-kire total dua-dua sandal tu lebey kurang 80000 bath = RM 800, tanjat gegurl tau. Terus tak jadi beli. Tension promoter tu punye muka. Nasib lah. sape suruh tak letak harga betul-betul kan????

Siappp cerita sebab esok tu kiteorang balik Malaysia bertolak dari Hat Yai pukul 11 a.m. Annyonhigeseyo.


Kenyit mata laju2. TQ :)

Wednesday, April 10, 2013

Hat Yai, Thailand (Part 1)

Assalamualaikum. Sawadeekap. (^_^)

Eh??? Dah ilang pulak Annyong ye???? Ok,kali ni kite lupekan korea dan jom pergi Thailand pulak untuk family day office ayah aku . Nak pergi Hat Yai ni tak payah naik flight pon tak ape. Naik bas atau kereta pon boleh. Tapi sakitlah pinggang acik nak oiiii duk lame-lame dalam bas hah.

Mane tak sakit pinggang, bertolak dari Kelana Jaya pukul 11 malam, sampai Imigresen Thailand kul 6.30 pagi. Nak sampai ke Hat Yai tu pukul 11 pagi waktu Malaysia. Lmbat nak sampai sebab banyak kali jugak berhenti sekejap-sekejap.Tidur, bangun , tidur , bangun banyak kali pon tak sampai-sampai. Tambah-tambah pulak tu, aku ni bukannye jenis boleh tidur lena dalam kenderaan. (-_-)' Jawabnya mengantuklah.


Tepuk tangan dekat Imigresen Malaysia dekat sempadan Thailand tu. Buat kerja cepat. Walaupon pagi-pagi buta tu ramai orang nak masuk Thailand, tapi sekejap je dah sampai turn aku untuk check Passport. Syabas (^_^)

Tapi, bile sampai kat imigresen Thailand, panas je hati kene bertaur panjang lame-lame. Mana tak nya, kaunter bukak dua je??? (-_-)'

Dekat Hat Yai, kiteorang duduk dekat Aloha Hotel tengah-tengah bandar. Hotel dye baru tapi tak ada tempat makan tau dalam hotel. Jadi kena pergi cari makan sendiri. Kalau ade pon confirm tak Halal. Lepas check-in hotel rehat dalam 30 minit terus keluar pergi cari makan. Lapar sangat dah waktu tu.

 Hamid Restaurant, salah satu restoran HALAL dekat Hat Yai ni. 


 Sambil menunggu makanan- Mama dah tak larat nak tunggu makanan sebab dah lapar sangat.

Disebabkan malas nak fikir dan nak cepat sebab kelaparan, terus aku order nasi goreng ayam. Ayam ade 6 slice je. Kat Malaysia nasi goreng ayam dapat seketul ayam. Hambil kau. (^_^)

Walaupon mata mengantuk, kaki lenguh-lenguh, tapi kalau bab shopping semuanya jadi sihat (^_^) Hiks. Perempuan macam tu lah.

Bab pengangkutan kat Hat Yai ni korang jangan risau sebab banyak sangat "Tuk tuk" dekat situ. Tinggal nak naik ketak nak naik. Dyeorang tak ade teksi kot tak salah aku sebab tak nampak pon sebiji teksi lalu lalang.

 Abaikan muke lesu sangat tu tak cukup tidur. 

 Murah je naik "Tuk tuk" ni. Satu orang = 20 bath = RM 2 (^_^) So Cheap cheap ma..

Kalau nasib korang baik, dapat "tuk tuk" yang siap ade TV LCD screen lagi u olls. Kalau ade aircond lagi bagus. Dekat Hat Yai ni panas dye lain macam sikit nak berbanding dengan Malaysia. Sampai ke kaki aku terase bahang panas dye tu.

 Rupe depan "Tuk tuk". Macam lori kecik kan???

Kiteorang suruh driver "Tuk tuk" anta dekar Pasar Hat Yai. Sesaja nak mencuci-cuci mata apa yang ada dekat situ.

 Ape yang ade??? Same je macam apa yang jual dekat uptown kite, Kalau baju-baju perempuan pulak sama macam yang jual dekat Bazar Thailand yang selalu ade dekat Giant dengan Tesco tu. Jadi hasilnya , aku tak membeli pon. Ayah aku je beli untuk adik aku mengirim baju superheroes. Kesian dye, tak dapat ikot sekali lagi gi jalan-jalan.


Oh ye. Kalau korang masuk tandas dan tengok-tengok rupa tandas dye macam ni.


Apa korang buat? Nak cangkung atau nak duduk???

Macam tulah rupe public toilet dekat Hat Yai. Aku rase kena cangkung kot. Tapi....macam mana kalau orang badan yang lagi besar dari aku???? Aku pon macam dah nak tergolek je.Orang Thailand kecik-kecik. Jadi mangkuk tandas ikot saiz badan diaorang, 

Malam hari kebuluq lagi. Pergi cari makan lagi. Nom nom nom. Pergi tempat yang sama, Hamid Restaurant lagi. Lepas tu kali ni order lauk pulak. Warning, lauk yang ayah aku order same je macam dye order dekat Malaysia. Ayah aku memang jenis tak suke cube makanan baru,. (-_-) Den layan kan ajo... Kang order pelik-pelik aku sorang je makan rugi.

 Ikan Siakap 3 rasa. Nasib bahek sedap. Rangup

 Kerabu Mangga

Sambal petai udang
 
 Tomyam. Not soooo tomyam. Nak tomyam merah yang pekat lagi pedas tu. (T____T)

Lopeh poghot(perut) dah macam nak molotup kan, kito poie jalan-jalan tengok gerai-gerai tepi jalan.


Udang bosar-bosar. (^_^)

Sampai dah kek dopan hotel. Hotel ni pon tengah renovate lagi. 


 Ok. Esok kalau rajin aku sambung Part 2. Kobeh dah jari den ni hah. Bye

Kenyit mata laju2. TQ :)