♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Friday, January 11, 2013

Meh Ceq Nak Habaq! (Part 2)



Assalamualaikum.Annyong!!! (^_^)

Ermmmm. Nak habiskan cerita ni dalam Part 2. Tak ade Part 3. Hehe. Jenuh orang nak bace banyak sangat part tak???? Ok, 2nd day dekat Penang tu, pagi-pagi lagi kiteorang dah pergi jemput Fiza dekat airport. Sarapan dekat airport makan pau yang gebu lagi sedap!!!! Perghhhh.. Teringat-ingat lah pau tu sampai sekarang. Lagi2 pau kacang.Nom nom nom (^_^)

Plan untuk 2nd day adalah ke Bukit Bendera. Weehoooooooo!!!Tempat kire yang popular dan wajib pergi kat Penang.






Bergambar dulu dalam perjalanan nak naik train.
 
Ape yang special dekat Bukit Bendera ni???? Train yang naik bukit menjunam tu lah yang paling special dekat situ. Korang boleh bawak kereta sampai station keretapi Bukit Bendera, lepas tu kena naik train. Kalau naik kete, memang tak sampai lah korang kat atas tu. Tinggi gile kot bukit dia.Tak daya.  


Train ni sangat menjunam. 
 
Ticket untuk naik train ke Bukit Bendera RM 8 (mykad), RM 30++ (foreigner). Kanak-kanak acik tak ingat lah nak oi. (-_-)'




Tadaaaaa...Sampai sudai dekat Bukit Bendera.


Pemandangan Penang dari atas Bukit bendera.

Actually, mase kiteorang sampai situ, hujan turun renyai-renyai. Lepas tu carilah tempat berteduh sekejap. Nampak pulak Muzium Burung Hantu kat situ. Dengan harapan dapatlah tengok burung hantu kat situ. Tiket masuk, RM 10. Sekali yang ade cume collections barang-barang burung hantu. Contoh macam jam dinding burung hantu, gambar burung hantu, perhiasan burung hantu. (-_-)"
























Mase kiteorang kat dalam muzium tu, hujan jadi makin lebat pulak. Jadi, layankan jelah melepak dalam muzium tu sampai hujan reda. Tak ade orang lain pon yang "berminat" masuk kat situ selain dari kiteorang. (-_-)'




Bila hujan dah reda, ingatkan nak sambung berjalan naik atas tengok macam tokong ke ape entah. Macam tak menarik tambah-tambah lagi tengok Fiza macam dah penat sebab dye pon tak tido malam semalamnya tu. Terus turun naik train balik dan cari makanan. Jom pekena Nasi Kandar (^_^)


 
Nasi Kandar 'Line Clear'. Wajib cari dan makan ni kalau pergi Penang. Sedap!! (^_^) Location dia dekat Penang Road, sebelah tu pon dah dekat dengan Pasar Jeruk.

Lepas makan terus memborong Jeruk. Ada banyak kedai jeruk macam Pak Ali, Pak Nasir, Aishah. Tapi orang kata, Pak Ali paling sedap. Next pergi 1st evenue pulak sebab semalam tak sempat nak pergi sebab dah tak larat. Itu pon sekejap-sekejap je pergi sebab Fiza pon dah penat sangat. Karang pengsan kesian.Balik hotel tidoq lagi. Zzzzzzzz.

Bangun tidoq cari makan. Hahahaha. Teruk kan???? Makan tido, makan tido. Jadi ke Gurney Drive lah kite.

Makan Pasembur dengan char kuey teow lagi. Hasilnye, sedey lagi tak dapat rase kesedapan yang dikehendaki.


Kiteorang sebenarnya tak ade mase sangat nak cari tempat makan ni. Kalau nak kene bawak orang yang dah biase dengan jalan-jalan kat Penang dan tahu mane tempat makan yang best sebab Penang ni banyakkkkkkk sangat makanan yang sedap-sedap sebenarnya.


Mee Udang
Mee Ketam
Asam Laksa
ehh.... Banyak lah lagi.... Next time nak gi Penang just untuk jalan-jalan cari makan je boleh???. hehehe. (^_^)


Hari yang last dekat Penang lepas check out pukul 11 tu pergi Queensbay Mall je dekat dengan Bayan lepas. Habiskan mase dekat situ.



Kenyit mata laju2. TQ :)




Kenyit mata laju2. TQ :)

Wednesday, January 9, 2013

Meh ceq nak habaq!! (Part 1)

Assalamualaikum. Annyong Haseyo!!! (^-^)

Bulan November tahun lepas tibe-tibe terasa nak bukak web page Air Asia.. Sake-saje usha kot kot ade ticket murah pergi Korea kan..... At last, pergi Penang pulak yang ada tiket murah waktu tu. Ticket pergi-balik campur luggage & tax = RM 105. Ape lagi terus sebarkan dekat orang 'Kampung'.

Buat keputusan jam-jam tu jugak terus book tiket untuk 3 orang untuk tarikh 4 Januari 2013. Hoyehh!!! (^_^)  Aku pernah pergi Penang sekali je sebelum ni. Itu pon mase cousin aku kawen dapat anak mami tauuuuuu..Hehehe...So, sekarang dah kire 2nd time tapi macam orang yang baru pergi 1st time sebab semua pon tak tahu kat Penang ni. Ape pon tak boleh.

Kita orang pergi bertiga hari Jumaat, tapi balik berempat sebab Fiza sampai Penang hari Sabtu. Flight hari Jumaat adelah pukul 7.10 pagi. Pagi buta betul kiteorang pilih time,Hahahaha.Bajet tak sabar sangatttt nak sampai sana awal lah. Jadi, kalau flight kul 7.10 pagi, kul 5 pagi paling lambat kene ade kat airport. Jadi tak kuasa nak susah kan sesiapa bangun pagi-pagi hantar kiteorang.

Dengan idea "bernas" lah sangattttttt, hari Khamis malam tu dari offs tak balik rumah terus pergi KL Sentral. Kirenya kiteorang stay kat KL Sentral sampai pagi dan pukul 2 pagi naik Skybus terus ke LCCT. Kiteorang sampai KL sentral dalam pukul 8.30 pm terus cari makan sebab dah kelaparan sangat. Lepas makan baru pukul 10 pm. Malam masih muda OK. (^_^) Terus buat idea gila pergi mid valley naik KTM dan rezeki KTM masih operasi sampai pukul 11 malam. Luggage kiteorang dah siap-siap simpan dalam locker.

Oh lupe something, locker kat KL Sentral ade beberapa jenis saiz. Dari yang kecik sampai lah saiz sebesar luggage. Dari RM 5 sampai RM 20. Best sangat!!! Kemudahan lengkap . Clap clap!! (^_^) Kiteorang ambik yang RM 20 boleh muat 3 luggage.


Ingatkan dekat Mid Valley nak tengok wayang, tapi tak ade cerita menarik dan wayang jadi bowling. Hehehe. Favourite aku tu bowling. :)


Pukul 12 tgh malam kiteorang baru hegeh-hegeh balik ke KL Sentral naik teksi. Dengan harapan surau dekat KL sentral tu bukak and boleh baring-baring. Sekali surau da tutup pukul 11malam daaaaaaaaaaa. Padan muka, kena lah berjaga duduk-duduk kat MC D. Situ je yang 24hours.

Dari KL Sentral nak ke LCCT ade 3 cara.
1) Naik Skybus (RM 9)
2) Naik Aerobus (RM 8)
3) Naik ERL  (RM 12++)

Nak tau lebih lanjut boleh gi website dyeorang OK.Pemalas lipas betul nak paste URL  kat sini. :p


Sambung, memula ingat nak duk kat Mc D sampai kul 2.30 pagi, Tapi ade sorang mamat ni asyik usha kiteorang macam nak makan , scary!! Terus gerak pukul 2.15 pagi turun bawah tunggu bas. Tengok2 bas dah ade teruslah naik. Perjalanan naik bas dari KL Sentral -LCCT ambik masa 1 jam.Sampai penang pukul 7.40 pagi. Alhamdulillah.

Sampai airport Penang tunggu abang kereta sewa sampai. Kiteorang sewa keta kancil auto je. RM 60 sehari. Stereng kereta tu bapak lah berat...Langsung tak power stereng. Tumbuh muscle ok balik dari penang. (-_-)' Ketul-ketul!!!

a
Tempat pertama yang dituju kat Penang, Jambatan Pulau Pinang. Weehoooooo.. (^_^) Orang penang tak heran dah pon dengan jambatan ni kan. Kiteorang yang batak. Dah lah nak patah balik ke georgetown kene bayar tol RM 7. Perghhhhh...tanjat gegirl tol semahal tu. Macam bayar sehenget je.


Lepas tu terus pergi Komtar. Itu pon gune GPS cari. Hahahaha.. Gune GPS pon pusing-pusing satu penang... Ape pon tak boleh. Rupe-rupenye komtar bersambung dengan Prangin Mall & 1st Evenue. Tapiiiiiii semua tiga-tiga tempat tu nampak sangat kecinaan ... Bagi aku Komtar tu kan bangunan lama dan agak kotor sikit.Perangin Mall & 1st evenue lebih kurang Berjaya Time Square. Tapi Time Square lagi cantik dan best la. (^_^)

Korang tau kan kiteorang tak tido malam semalam tu, jadi badan adelah sangat flat dah.. Jalan dah seret-seret kaki, Hotel tak boleh check in awal, pukul 2pm baru boleh. Kalau nak awal kene bayar extra charges.Ish duit je semuanya. Jadi tunggulah sampai pukul 2pm kiteorang check in Tune Hotel, RM 278 , untuk 2 malam, bilik Quad Room(2 single beds & 1 queen bed , 24 hours AC). Ok kan harga dye???

 Rojak Sotong Kangkung = Rm 12.00

Kiteorang tido sampai ke petang. Malam baru keluar pergi cari makanan. Perut masing-masing dah menyanyi. Bagi tanda untuk di isi. Ke Padang Kota lah kami. Order Rojak Sotong Kangkung dengan Char Kuey Teow..

Char Kuey Teow Udang = RM 8.00

Rasenyeeee??????? Hurmmm kiteorang salah pilih gerai. Jadi dapat yang tak berapa nak best. Tapi dah lapar makan jelah. rezeki dapat itu je kan. Sebenarnya Padang Kota ni ade banyak pilihan makanan dan gerai-gerai. Ade bahagian Non-Halal, dengan Halal.




Laici Kang yang banyak cincau daripada bahan-bahan lain. (-_-)'

Setel makan malam masih muda ma.....Ewah kemain dye ehhhh.... Mak tak ikut boleh sesuka hati nak jalan malam-malam balik lambat. Biaseeeee dye tu. Kalau kat rumah baik je duk umah. Hehehe. Shhhhhhhh...Jangan bagitau mak aku tau. (^_^) Malam tu kiteorang ke Batu Ferringhi. Jalan-jalan dekat bazar dekat situ sampai ter "shopping" pulakkk,

Bagi ceq satu ni kak. (^_^)

Kul 12 tgh malam baru hegeh-hegeh sampai Hotel. Depan hotel pon boleh bergambar tepi jalan. 

Part 2 sambung esok naaaaa...Tangan ceq dah longaq. Hehehee. Rase nak bagi penampaq dak ceq cakap lagu tu???? (^_^)

Monday, January 7, 2013

Jom makan dekat Vivo Pizza

Assalamualaikum. Annyong chingu!!!! (^_^)

Last week dengan kawan,    sebelum pergi Low Yat,malam tu dah fikir dan decide nak makan apa pada keesokkan  harinya lepas cari barang kat situ. Dekat area Low Yat and Time Square dah tentu-tentu banyak restoran Cina. So, kenalah berhati-hati nak pilih restoran mana untuk isi tembolok ni.

Dengan semangat waja pergi bukak web page Berjaya Time Square usha-usha kedai makan kat situ. Nampak ade restoran Vivo Pizza. So, nak pastikan status "halal" restoran tu aku pon pergi cek dekat www.halal.gov.my  

Oh,kalau nak cek status halal kene pergi dekat tab "PENGGUNA" -> "DIREKTORI HALAL" lepas tu taip nama syarikat atau pon nama produk atau restoran. (^_^)

Memang sah VIVO Pizza ni dapat sijil halal daripada JAKIM. So, jom makan!!!! Oh sebelum tu, location Vivo dekat level LG ,Berjaya Time Square.

Memula kiteorang order 3 jenis pastaa. Tak ade teringin nak makan pizza pulak mase tu. 

 NZ Mussels with prawn


 Marinara Liguine

 Yang ni tak ingat nama sebab dalam website tak ade menu ni. 
 
Last sekali sebelum balik tambah order pulak.

 Tropical BBQ Chicken Chop

Kenyang hangat-hangat. Alhamdulillah. So,kepada korang yang tak tahu nak makan apa kalau pergi Time Square tu boleh makan kat Vivo Pizza. Nak tengok menu lain boleh tgok dekat Web page ----> Vivo Pizza


Kenyit mata laju2. TQ :)