♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Sunday, January 1, 2012

Lang ka wi (Day 1& 2)

Assalamualaikum (^_^)

Haissshhhh...Berhari-hari tak update belog. Sampai orang request suruh update baru hegeh-hegeh nak update. Itu pon hegeh-hegeh nak edit gambar. Sorry siape yang tertunggu-tunggu tu. Tangan di dada mata ke atas lah!! Perasan ade fans oh Syarq, Puiii!!!

Cerita adalah agak basi sebab ini kejadian minggu lepas.Boleyhlah kan???Tak basi sangat pon. (^_^) So cerita pon aku pecahkan kepada dua entry sebab kiteorang pergi 4 hari 3 malam. Karang dalam satu entry korang pon pening nak bace. Aku pon semput nak taip.

Al-kisahnya, bercuti di Langkawi tu boleh dijadikan benda wajib jugak lah untuk family aku. Sebab kiteorang pergi sana pon untuk melawat Pakcik aku yang tinggal kat sane. Adik kepada ayah aku, Cik Lan ni kahwin dengan gadis Langkawi iaitu Cik Suraya. Acehhhh Gadis dulula..Sekarang dah tak gadis da :P

 Airport Langkawi.... Helooo Orang-orang langkawi (^_^)

Oh.terima kasih ye kepada crew FireFly boleh bawak kami sampai sini. (^_^)

Aishiteru mama ♥

Flight sepatutnya bertolak pukul 5.00pm. Tu pon delayed sampai pukul 5.30pm. Sampai-sampai kat Langkawi dah pukul 7 pm. Check in hotel, solat jamak semua terus pergi makan sebab dah kebuloq sangat baiii....

Ade kawan ayah suggest suruh makan dekat Nasi Lemak Saloma. Kata dye glamor lah nasi lemak ni. Apa yang glamor sangat kan? Sedap ke?? Jom try!!!


 Ini air mak aku order. Laicikang. Boleh tahan sedap. Menyejukkan badan.
Taraaaaaaa......Inilah nasi lemak saloma tu. Special dye sebab ada Papadom dengan sayur kangkung rebus. Not bad lah nasi lemak ni. Sedap jugak. Licin aku makan. (^_^)

Hari yang ke- dua:

Picnic di Sungai Korok
 Cik Suraya bawak segala makanan. Rajin seungguh dye masak. Dah lah rajin masak. Pulak tu bawak lagi ikan fresh untuk dibakar kat situ.
Tengah tunggu jadi bara baru kita bakar sama ikan tu!! Nyum nyum.


Gambar ikan dengan sungai????? Hahaha. Sorry...lupa nak snap. Ikan da masuk dalam perut.

Tempat seterusnya kami pergi melawat Parent Cik Suraya. Rumah parent Cik Suraya ni adalah sebuah Rumah Muzium. Ramai pelancong-pelancong datang sini. Even miss world pon datang sini. Aku pon terkagum. 
Memang macam muzium kan????Setiap kali aku datang sini rase macam nak tengok semua benda dalam rumah ni. Memang ada macam-macam barang lama dalam rumah ni. Kalau korang datang  Langkawi try lah pergi rumah ni. Dekat area Ulu Melaka.Kebanyakan craft-craft yang ada dekat rumah ni semua di buat oleh Ayah Cik Suraya. Memang sangat kreatif.Kagum!!
 Oh.Buaian yang aku duduk tu adalah buatan tangan ayah CIk Suraya. (^_^) Cantikkan??? Baju biru kuning tu Cik Suraya a.k.a isteri Cik Lan pakcik aku.

 Ini pulak kereta antik buatan sendiri ayah Cik Suraya. Body kereta tu dye ambik body kereta kancil. Then dye potong dan hias-hias.

Shisha punye paip tu pon ade digunakan untuk hias kereta ni. Kreatif!! 

Day 3&4 will be in the next entry bebeh!!(^_^)


Kenyit mata laju2. TQ :)


3 Sarang ♥:

syaqs said...

wahh enjoy btul kat sane ea...sy plan nak ke langkawi 12.1 ni

s.y.a.r.q said...

@syaqs
ye syaq...memang enjoy. Tenang fikiran. :) wah..nak pegi gak ye??? happy holiday..... gi rumah ayah cik suraya tu kalau sempat :)

LangkawiHomestay.net said...

datang langkawi..jgn x dtg.. :)

Post a Comment

Sile komen..Jangan Malu2, Jangan Segan2