♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Monday, January 31, 2011

Berita lawak


Kowang cube dengar berita ni






Kesengauan yang terserlah


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Har har har. Mari saksikan kemerduan kesengauan suara tiga saudara yang bukan menyanyi, tapi menjerit jugak tergelak-gelak yang lebih. Kalau dah berjumpa memang jadi bingit suasana. Smiley Ok dimulakan dengan Cik Nab mendendangkan lagu, Fauzia Latif-Dia.



Video yang seterusnya pula, lagu terakhir kami. Semua suara dah tak nak keluar. Dah malu-malu nak keluar sebab kepenatan setelah melalak 25 buah lagu. Kami nyanyi lagu Siti Nurhaliza-Cindai. Tapi, macam Ning Baizura yang menyanyi lagu Cindai.Ha ha ha..



Cik Wana background singer.
Penyanyi duet: Cik Syarq & Cik Nab

Apemacam???? Havoc kan?? Smiley

Sunday, January 30, 2011

Bile bertutur, mulut kena jaga


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Hari ni sambil menikmati hidangan makan tengah hari, mi rebus bersama mama yang disayangi, terkeluar satu topik yang membuatkan aku berfikir semula. Topiknya kenapa kadang-kadang apa yang kita cita-citakan, apa yang kita tunggu-tunggukan, apa yang kita hajati kita tak dapat. Macam menunggu buah yang tak jatuh-jatuh.


Setelah merenung-renung balik, semuanya salah diri kita sendiri. Dan yang paling penting sebab perbuatan kita sendiri iaitu percakapan kita. Percakapan dari mulut kita sendiri. Mulut kita yang tidak berjaga-jaga untuk berkata sesuatu perkara.


Sebagai contohnya, kalau kita tak suka dengan seseorang disebabkan oleh perangai dia, ataupon perbuatan dia, walau sebanyak mana pon kita tak suka dia, kita tak boleh memburuk-burukkan dia depan orang lain. Biarlah cukup sekadar kita sahaja yang tahu pasal perbuatan buruk dia tu. Kita juga jangan mengeji orang yang kita tak suka tu. Sebab nanti jadi sebaliknya, orang lain pula yang mengeji kita. Tindakan yang paling baik, kita perlu cermin kekurangan diri kita dulu sebelum berkata pasal perangai buruk orang lain.


Kedua,bercakap besar juga membawa padah kepada kita. Walaupon kita dah berjaya, berpangkat besar, kaya-raya, berpendidikan tinggi kita tak boleh hina orang lain, kita tak boleh bongkak dengan apa yang kita ada, kita tak boleh riak. Apa entah lagi memandang rendah dengan orang lain. Sebab takot, segala yang kita ada akan ditarik balik. Manusia sangat memerlukan sesama dengan manusia lain.


Betol lah kata-kata ini, "Diam lebih baik dari terlampau banyak berkata-kata". Berkata-kata dengan sederhana sudah memadai. Ape-ape benda yang kita buat,kita pakai, semua nya sederhana.


Ok.Syarq bukan lah nak jadi ustazah dekat sini. Sebab aku sendiri pon banyak kekurangan. Aku pon sedar diri sebab aku pon banyak bersalah semasa bercakap.Sebab aku sendiri pon mengalami macam-macam kesulitan juga. Segala kesulitan tu segala-galanya kerana Allah nak mengingatkan kita, nak menyedarkan kita dan yang paling penting sebab Allah sayang pada hamba Nya.

Sekian.


Rindu rinduan ♥

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Dikala malam yang sepi, aku duduk sendirian membelek foto-foto lama yang tersimpan didalam laptopku. Sambil tu aku tersenyum girang apabila melihat foto-foto itu. Sudah lama aku tak ku temui mereka-mereka ini, yang sering membuat hatiku gembira sentiasa pada suatu masa dahulu. Mereka juga pengubat duka aku. Mereka juga membuat jiwaku tenang dan selalu tersenyum. Aku senang berpeluang untuk mengajar mereka dahulu.Walaupon tidak lama, tapi banyak memberi kenangan manis kepada aku.



Sesungguhnya aku rindu pada mereka. Aku teringin melihat mereka dewasa pada masa yang akan datang jika aku dan mereka ada jodoh, dan jika umurku masih panjang.



Cikgu harap kamu semua akan jadi orang yang berguna dan berjaya kelak. Belajar elok-elok. Biar sampai ke menara gading. Amin.


Muah muah muah. Sayang kamu semua.

Yang Merindui,

Cikgu Nur.


p/s: ahaks..ape macam... malam-malam ni ayat nak macam jiwang sikit. :p

Saturday, January 29, 2011

Gula-gula asam boi



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Ewah.. Tak nak kalah panjang aku bagi salam tu.Selamat petang kawan-kawan semua. Sudah makan tengah hari ke?? Ni aku nak tanya korang sesuatu. Tadi aku baru lepas balik lunch dengan mak aku dekat Ani Sup Utara melantak nasi ayam. Lepas tu singgah kedai runcit.Tibe-tibe aku ternampak sesuatu yang aku dah lama sangat tak makan. Kowang nak tahu ape?


Ni lah bende nya. Tak tahu lah korang pernah tengok ke tak bende ni, ape entah lagi makan. Ni nama dia gula-gula asam boi. Gula-gula ni asam boi merah tu disalut dengan gula hangus. Besar bagak nak masuk dalam mulut sebijik gula-gula ni. Penat aku nak makan. Risau tertelan je. Tapi sedap.Harga dia pon dari dulu sampai sekarang tak naik-naik.Tetap sama. RM 20 sen satu. I loiiiiikeeeee.. :)


Friday, January 28, 2011

1st GiveAway Ang Pow Chinese New Year


Salam


Minggu depan buat kaum Cina di seluruh dunia akan menyambut Tahun Baru Cina. Bukan orang cina saja boleh dapat ang pau. Orang melayu orang India pon boleh dapat ang pau juga maaaa.... Kali ni aku kene tagged dengan Cik Odah..


Tagged kali ni berupakan ang pow Kalau menang dapat ang pow lor. Ini ang pow kalau dapat bukan main-main lor.Tapi ang pau ada duit la dalam dia. Tapi tarak tau berapa dapat. Wa harap dapat lah silatus ringgit.boleh wa beli kasut jogging semijik. Ha ha ha ha.. Erk... Kenape aku cakap macam orang cina cakap melayu ni meh??


Syarat-syarat untuk dapat ang pow ni secara lucky mestilah kena buat ucapan Tahun Baru Cina.
Oh. Mari kita mulakan ucapan nye ye.

Selamat Tahun Baru Cina kepada semua kaum Cina di malaysia ni. Kepada yang bukan penduduk Malaysia juga kalau faham ape yang aku cakap ni lah ye. Kalau tak faham boleh pergi dekat translation website.Terima kasih :D


Nanti balik kampung jangan memandu kereta secara laju. Pandu berhati-hati. Jangan drive feel macam pemandu F1 kalau rasa tak puas hidup lagi ye. he he he. Lagi satu, nanti kalau sudah sampai rumah, time makan besar jangan gaul itu apekebende name makanan tu tinggi - tinggi sangat sampai melekat dekat syiling rumah korang. har har har.


Oklah.Sampai sini saja ucapan wa. Tapi sebelum tu wa nak nyanyi satu lagu tahun baru cina untuk lu orang semua.



"Gong Xi Gong Xi Gong Xi Ni yeah

Gong Xi Gong Xi Gong Xi Ni yeah"


Kalau nak tahu ape kah syarat-syarat Give Away Ang Pow ni, sile pergi ke blog ini. Tuan belog seorang Cina + India = Cindian. First time aku jumpe blogger cindian :)


Aku nak tag dengan baik hati nya, Cik Diana, Cik Shida, Encik Abdul Aziz. Har har har..Ambik-ambik.Orang nak bagi ang pow ni :p



Ben Ashaari Blog


Salam.

Nampak itu header siape??? Sudah tentulah bro Ben Ashaari. Semalam punya blog list bro aku tak sempat nak join.Sudah ditutup.

Kali ni bro bukak lagi blog list tu.Jadi tanpa membuang masa aku nak join dengan laju nye.har har har.

Berikut adalah syarat-syaratnya:

Baru yang nak sertai blog list BEN , sila buat ini entri yer ..

  1. Letakkan header BEN ASHAARI BLOG

  2. Tajuk : BEN ASHAARI BLOG dan linkkan ke entri ini ..

  3. Sila nyatakan berapa kalikah anda update sehari dan jumlah entri anda sehingga kini ..

  4. Kenapa anda berminat nak berada dalam blog list BEN ASHAARI ..

  5. Apakah perkara yang ingin anda lakukan sekiranya blog anda popular ?


Sesiapa yang nak join boleh klik sini untuk syarat-syarat seterusnya.


(1) So, header aku da siap letak (check)

(2) Tajuk entry sudah (check)

(3) Sehari aku update 1-3 entry..Ikotlah.Kalau ade banyak bende yang aku nak berceloteh sampai 5 entry kot. Jumlah entry keseluruhan ada sikit je 342.

(4) Saya berminat nak masuk bloglist BEN ASHAARI untuk menambah ramai kenalan blogger yang lain.

(5) Kalau blog saya popular, saya akan cuba lebih memantapkan lagi mutu blog saya. Hahaha..Ayat tak leh blah..


Ok.sekian saja.Kawan-kawan lain JOm lah join :)



Thursday, January 27, 2011

Bila aku ketuk organ



Salam.

Gelak dulu ramai2..Smiley

Beginilah nasib orang yang tak ada bakat seni..Wuwuwuwu... T_________T
Tapi ingin jugak main alat muzik....
Bukan main organ...Tetapi mengetuk organ.Nasib bahek tak pecah saja organ tu.
Walaupon tak sehandal sehandal Kenny G bermain sexaphone...Tapi terimalah aku seadanya...
Har har har...Mula sudah ayat-ayat poyo keluar.

Macam Mana Kamu Tidur???




















P
ernah tak masa kecik-kecik dulu mak bapak korang cakap pasal mentadak mentadu atau dalam bahasa inggeris dipanggil mantis boleh bagitahu macam mana gaya kita tidur?

"Mentadak mentadu, tunjuk kan gaya Syarq tido..."

Nanti mentadak mentadu pon tunjuk gaya korang tido..
Gaya kuak kupu-kupu ke, kuak lentang ke, menonggeng ke...
Smiley
Korang pernah cuba tak tanya kat mentadak mentadu tu??
Aku sendiri tak pernah cuba.Betol atau tidak, aku pon tak tahu. Orang tua-tua dulu punya cerita.

Wednesday, January 26, 2011

Melabur Sampai Tertidur


Salam.

Semalam aku ade tunjuk gambar bilik-bilik yang sangat cantik.Hari ni kita tengok tempat korang semua pergi hari-hari.
Sape yang pergi tempat ni seminggu sekali atau sebulan sekali atau lebih dahsyat setahun sekali orang tu otak dia sudah weng.
Cuba korang teka ape kah tempat yang aku nak share ni?

Duit Oh Duit



Salam.

Sape nak bagi aku duit

RM 35 000
????????????????

T_______________________________T

Tuesday, January 25, 2011

Lebih Nyenyak Tidur Kalau Macam Ni






Salam.

Lebih Nyenyak Tidur kalau makan pil tidur. Eh tak tak tak...
Jangan buat macam tu.... Tak elok.Nanti boleh addicted setiap hari nak makan pil tidur.
Yang sebetulnye,




Lebih nyenyak tidur kalau bilik aku indah macam bilik-bilik di bawah ini.
Bilik-bilik yang telah menawan hatiku ...
Bunyi drum sikit...

Dum Dum Dum......

Tadaaaaaaaaaaaaaaaa.......


Bilik 1

Gandingan Putih & Purple...Oh...Sangat sweet bukan??
Simple but adorable.....i ♥ it
And the most i like is that purple sofa... Bentuk unik.

Bilik 2


Next ini bilik purple agak terang sikit colour dye...Berbeza dari Bilik 1 yang warnenye agak cair.
Perabot sudah purple terang jadi, dinding putih..
Tak lah sakit mate memandang.... .i ♥ it too.

Bilik 3

Hahhhhhhhhh.... Ini paling-paling simple.....Nampak kemas...Suke Feature wall dye letak frame putih tu.Nampak timbul,


Bilik 4

Wow!!! Bilik ni banyak menggunakan warna yang gelap. Kalau gelap macam ni lagi lah merangsang mata untuk tidur dengan lamanya. Suka katil dye. Santek

Bilik 5

Bilik ni lebih kepada suasana romantik..Kalau malam2 bukan lampu tidur tu.... Awchhh..Romantis nye...... Sesuai untuk pasangan suami isteri......

Bilik 5

Ini cunnnnnnnnn....


Ok...Itu saja gambar-gambar yang nak dikongsikan..Tak larat pulak nak upload banyak-banyak.
Perasan tak semua bilik bertemakan Ungu atau Purple?

Sebab aku sukakan warna Ungu.
Bukan Kumpulan Ungu.Tapi warna Ungu.

Selalu berangan kalau pergi IKEA tu mulelah berangan nak buat bilik jadi cantik seperti gambar2 di atas...Tapi harammmmmmmm..... Ongkos nya enggak ada sih.. T_______T

Sekian.





Pencarian 10 Blog Tercantik Pilihan Bloger 2011



Salam.

Ok..Hari ni aku di tagged oleh Cik Fatin


Nampak itu banner kat atas...Pencarian Blog Tercantik anjuran blog ini:


2DayBlogger.com

Adess.....Belog aku ni comot je..Tak lawa pon...Tapi dah orang tag join jelah... :) Lagipon tak rugi ape pon kalau join betol tak?
Kriteria Blog Tercantik Yang Dicari

  1. Pastikan blog korang layak untuk menyertai aktiviti ini
  2. Pastikan blog korang mempunyai design yang menarik,tertarik dan kau memang deboom
  3. Pastikan susunan widget adalah menarik dan teratur
  4. Pastikan mempunyai header yang tidak menyakitkan mata(Jika mempunyai header)
  5. Pastikan blog korang tidak mempunyai ciri-ciri yang tercatat di entri ini:
    APa Perkara Yang PALING Dibenci ketika Blogwalking

Perkara yang perlu korang buat

  1. Buatkan satu entry mengenai aktiviti Pencarian 10 Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011
  2. Letakkan link entry berkenaan di bahagian komen
  3. Jadi follower 2DayBlogger.com(Korang takkan menyesal follow blog ni.I swear)
  4. Tag 3 kawan blogger anda


Part tag orang yang paling aku tunggu2...

Jeng Jeng Jeng.....

Aku nak tag:



_____JIJI YU________
_____syira_____♥

♥__Iqbal Hakimi__♥
Dipersilakan wahai kawan-kawanku buat ye.... Smiley

Monday, January 24, 2011

Nuffnang I ♥ U



Salam.

Sangat-sangat terharu dengan nuffnang sebab bagi satu lagi BE Digi pulak kat blog aku yang comot ni..
Dah lah malas update...Har har har..


Nanti bagi lagi eh???






Keserlahanmu tidak terserlah lagi




Salam.

Sape tak tahu ape bende kat atas ni??????
Ok.Bagus...Kalau tak tahu lempang muka sendiri tu adalah kamera jenis DSLR.

Digital Single Lens Reflex

Zaman sekarang ni orang tak heran dah eh dengan camera digital yg mcm ini?
|
|
|
|
V


Masa pergi gathering famili, aku tengok masing-masing semua pegang camera jenis DSLR.
Lepas tu masing2 sibuk nak snap picture.
Aku and cousin lain rase macam sangat dihargai bila ade orang nak snap gambar kami.
Awwwwwwwwww...♥
Rase macam artis fofular. Ramai paparazzi snap gambar kami.
Tanpa rase segan silu, posing sukahati nak pose macam mana pon.
Padahalsemuanakbuatkamisebagaimodelujikajiskilldyeorangtangkapgambarsaje Smiley



Sampai ke budak sekolah menengah pon hadeee camera DSLR ni...
Hakuu???Camera digital biase adelah.
Tapi Syukur ade jugak kamera kan? kan? kan?Thanks ayah!!



Tapi bila nak tangkap gambar terus simpan camera digital aku tu...
Siapelah camera aku tu...Kurang canggih... T________________T
Dah ateeeeenye semua keluarkan camera canggih manggih dyeorang tu..
Kecik je nampak camera aku tu bile duduk sebelah camera DSLR.Sob sob sob.




Sunday, January 23, 2011

Semut Oh Semut



Salam.

Kenapa sekarang ni banyak sangat semut kat rumah aku???
Ke rumah aku je?? Rumah korang macam mane?
Macam berbilion2 famili semut datang menetap dekat rumah keluarga aku.
Memang lumrah lah setiap rumah atau mana-mana tempat terdapatnye serangga kecil tapi berbisa ni.
Tapi kalau dah ramai sangat macam jadi satu persoalan dan ada juga rasa tak selesa dengan kedatangan mereka.

Penyekkan karang baru taw...Smiley

Pagi tadi aku nak melegakan tekak aku yang haus, aku pon pergi lah letak Cawan di bawah muncung penapis air bersih untuk menadah air untuk diminum.
Bila keluar je air masuk ke dalam cawan tengok-tengok banyak semut terapung-apung terkapai2 minta untuk diselamatkan. Adalah dalam sepuluh ekor.
Semutnya yang halus berwarna merah.
Fuh..Nasib baik aku tak minum lagi air tu.Kalau tak bertambah-tambah lah perangai PELUPA aku.



Petang ni, aku sambil2 melayan belog sambil menonton TV, tekak ni terasa mahu makan Kek Coklat pemberian Mak Tam hari tu. Kek tu dah aku potong-potong letak dalam tupperware, tinggal hanya untuk Ngaapppppp dan telan saje..
Aku baru nak buka penutup tupperware tu menjerit aku tengok semut sudah buat Slumber Party dalam bekas tupperware tu dengan menikmati Kek Coklat.
Uwaaaaa.....Smiley
Tak pelah. Rezeki korang lah semut.



Ini lagi satu perkara aku bengang Smiley
Serangga kecik tu buat Playground dye pulak dalam lappy aku. Smiley
Siap main ba-ba-Chak pulak tu.........
Aku baru nak kejar dye, dye dah siap2 lari nyuruk bawah keyboard lappy aku.
Ko nak main dalam tu elok2.
Jangan ko geget motherboard aku sudah eh.......




Tetibe rase gatal satu badan bile cakap pasal semut ni..... Smiley