♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Sunday, January 1, 2012

Lang ka wi (Day 3 & 4)

Assalamualaikum (^_^)

Seperti yang dijanjikan cerita untuk hari ke-3 dalam entry ini. Hari ke-3 lepas kiteorang beli coklat untuk tembolok sendiri dan juga sebagai souvenir untuk kawan-kawan dan saudara tersayang dan tibe-tibe Cik Lan call ajak naik Bot. Kami memang setuju sangatlah disebabkan tak ade plan lain lagi selain shopping!!!

Naik bot dari Tanjung Rhu. Alhamdulillah..Memandangkan adik kepada Cik Suraya ada bot sendiri kami pon dapat naik secara FREE!! Kalau pelancong kebiasaannya kene bayar. Tapi tak sure berapa. (^_^)


Destinasi pertama kiteorang dibawa pergi ambik kulit ayam mentah dekat Restoran Terapung dulu. Haaaaaaaaaaaaaa,,,,,Nak buat apa kan dengan kulit ayam tu???????Cekidaut gambar kat bawah pulak. (^_^)

Sila perhatikan apa yang terbang-terbang dekat langit tu?????????Burung-burung Helang tengah terbang dengan syoknyeeeeee....Ada lebey kurang 200 lebih helang tinggal dekat situ.

Dan sekarang kite nak bagi burung-burung helang tu makan kulit ayam tadi. Kite tengok apa dyeorang buat 
Adik Cik Suraya tengah menjatuhkan kulit ayam tadi dalam air. Tapi at last tak ade sekor pon helang yang datang terkam kulit ayam tu. (T__T) Baru excited nak tengok helang tu secara dekat. Helang-helang tu semua dah kenyang sangat. Mana tak nye. Pagi-pagi lagi ade 60 buah bot yang bawak pelancong-pelancong dah bagi mereka makan. Kenyang sangatlah helang-helang tu.

Takpelah wahai helang. Aku tengok kamu dari jauh je. (T__T)

Next destination adalah pergi tengok ikan-ikan dekat Restoran Terapung yang kite pergi ambik kulit ayam tadi. Kat sini dapatlah tengok dyeorang bagi makan ikan-ikan termasuklah ikan pari. Bagi aku itu je yang menarik kat sini. Aku sangat kerisauan bila berdiri kat situ. Kalau aku jatuh dalam air, naya kene gigit-gigit dengan ikan. (T__T) Sila bayangkan macam ikan pirahna kelaparan.Melebih pulak.

Aku tidaklah nak pegang dan bagi ikan pari tu makan anak ikan. Geli geli aku nak memegangnye. (-_-)'. Dan kat Restoran Terapung ni korang boleh pilih mane-mane ikan yang ko nak pastu dyeorang tangkap dan terus masak. Segarrrrrr dari laut. (^_^)

Next acara wajib mengisi perut yang selalu menyanyikan lagu Ombak Rindu????? Erkkkkkk????? (^_^) Ini pon salah satu Restoran glamour yang ada dekat Pulau Langkawi ni. Restoran Nasi Ayam Pak Haji Ya atau Pak Ya.

Nasi dye dimasak dengan serai. Memang wangi dan menyelerakan. Nyum!!! (^_^)

Ayam dye pulak garing. Sayur pulak gunakan kobis je,Sangat simple.Tapi memang sedappppppppppp. Tak tipu punye. =p~ Sampai sekarang terase rase lagi kat tekak nak makan lagi Nasi Ayam Pak Ya ni.


Lepas makan shopping lagi dan lagi dan lagi dan at last tak membuahkan hasil kepada aku??Sehelai barang pon tak dapat.Tak ade bende yang berkenan. (T__T) Tak aci betol.Adik aku yang shopping banyak.Sob sob sob. Lepastu terus balik hotel berehat-rehat.

Eh aku adalah sangat lupa nak bagitau nama hotel eh?????? Nyanyuk punye Syarq!! Hotel yang kami duduk dekat dalam town saje. Hotel Bella Vista.

Pokok Krismas depan pintu Hotel.

Malam tu kami pergi makan lagi dekat Restoran Wan Thai. Makanan kat sini memang terbaik!!!!! Semuanya sedap-sedap belaka.



 All times favourite aku Tom Yam. Nangesssss makan ni sebab sedap sangat. 

 Kerabu Mangga

 Kangkung Belacan.

Makanan lain tak snap sebab dah lapar sangat. Air liur dah meleleh-leleh. Hahaha.
Gambar dengan adik aku yang comel. Comel ke????? 


Kenyit mata laju2. TQ :)


0 Sarang ♥:

Post a Comment

Sile komen..Jangan Malu2, Jangan Segan2