♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Sunday, March 20, 2011

Ada jugak nama Syarq


Assalamualaikum

Good Morning semua bloggers and readers. Pagi ni aku bangun je terus mengadap laptop hitam ni dan buka blog aku. Baca dekat shoutbox ada kejutan untuk aku.


"CheQpPJoy: Ada kejutan untuk anda dari smiley baggy giveaway..nk tau x?"


Alahai,baca je perkataan kejutan tu lagi lah curious nak tahu apa kan, Lagi-lagi baca perkataan smiley baggy give away.Pergi click kat link CheQpPJoy tengok-tengok ada senarai nama pemenang. Aku scroll sampai ke bawah, tetiba rasa kerteharuan.


Nak tau kenapa? CheQpPJoy sudi bagi kat aku pemenang entry pilihan. Uhukhukhukhuk. Terharu ni CheQpPJoy T_______T. Terima kasih banyak-banyak CheQpPJoy. Keychain tu pon nampak macam sangat comel. Aku suka bentuk love love ni.Tak sabar nak terima keychain tu. Nanti akan aku email kan dengan sepantas kilat kat CheQpPJoy jap gi.


Oh ye, Tahniah kepada semua pemenang utama dan pemenang saguhati. Cik pemenang utama kalau xmoh bag tu bagi kat Syarq. Hahahahahaha. :P


Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Saturday, March 19, 2011

Tips kalau nak turun berat 2-3 kg sebulan


Assalamualaikum

Kalau korang nak cuba turunkan berat badan 2 hingga 3 kilogram dalam masa sebulan cuba makan oats setiap hari sekali. Ini yang aku pernah buat dulu. Memang turun berat. Aku pon mula-mula tak percaya juga.


Oats ni bagus sebab dia menyerap lemak-lemak dan toksik-toksik yang ada dalam badan kita dan akan dikeluarkan bila kita buang air besar. Sekarang ni aku rasa perut aku tak sedap.Maksudnya badan aku dah naik. Rasa senak-senak perut gitu. Dah lama aku tak makan oats ni sejak kerja. Tak ingat makan bantai macam-macam makanan.Memang lah naik badan aku ni.

Pssssssssst,,,,tapi jangan korang ingat dah makan oats ni korang boleh melahap makan sampai mencekik banyak-banyak.Memang lah tak jalan. Makan secara sederhana. Itu yang terbaik. Makan sarapan, makan tengah hari dan makan malam.

Makan pagi macam raja, makan tengah hari macam putera raja, makan malam macam pengemis.

Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Zam Zam Ala Kazam


Assalamualaikum


Selamat berhujung minggu kawan-kawan. Mesti hari ni ramai yang keluar berjalan-jalan. Shopping kan? Sekarang pon tengah ada Sale. Mahu jugak shopping.Tapi kene tahan nafsu dulu sebab duit belum ada lagi. Uhuk.


Alhamdulillah,dapat jugak mak aku melepaskan keinginan dia nak makan kat satu Restoran arab ni. Kalau sesiapa yang duduk Shah Alam mesti tau restoran ni kat mane. Restoran Zam Zam Ala Kazam. Eh eh eh.Gurau je. Zam Zam je. Takde lebih-lebih eh. (^_^)

Sebelum tengok gambar,sila jaga air liur masing-masing sebelum meleleh ye. Iyeekkk... Hahahah.

Ini dia gambar Chicken Mandy. Dah bunyi macam Ayam mandi.Sedap memang sedap.Ayam dia pon besar dan lembut.Puas hati makan.


Tadi ayam dah mandi.Tiba masa pulak kambing untuk mandi atau nama omputihnye Lamb Mandy.

Ini pulak kebab lembu. Ehek.Betol ke nama dia entah. Tak hingat sorry.

Ini aku punya, Lamb grilled Chop. Lain dari lamb chop yang western punya. Ini tak ada kuah. Kering je.

Kesimpulannya, boleh lah tahan makanannya. Tapi aku makan sekarang aku dah lapar balik,Padan muka sapa suruh tak order nasi kan? Gara-gara nak "diet" lah konon.Diet wakluu. Makan kambing kata nak diet eh Syarq.

Ini adalah adik aku. Comel ke tak comel? Sila jangan kata comel sebab nanti hidung dia akan bertambah kembang.

Sesiapa nak pergi lokasi nya dekat Seksyen 9, Shah Alam. Belakang MC Donald Seksyen 9 tu. Sila-sila lah. Selain makanan arab, ada jugak restoran lain dekat situ. Ada restoran Thai dan Jepun.

Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Wednesday, March 16, 2011

Restoran Bus stand


Assalamualaikum

Selamat malam kawan-kawan. Cakap selamat malam macam dah nak tido je kan? Phewww. Tadi pagi datang kerja lewat 30 minit.Nasib still undergo training lagi. Bukan disengajakan. Tapi hujan mencurah-curah.Tambahan lagi dengan jem yang amat jalan raya. Alhamdulillah. Sampai dengan selamat.


Balik tadi sementara menunggu kawan kami K, sempat makan putu mayam dengan Zana. Beli putu mayam bungkus dekat India naik motor tu. Lepas kitaorang makan dekat Bus stand. Dah tak tahu nak duduk makan putu mayam tu kat mana.Hahaha. Selamba badak kami je.Orang lain duk muka tension tunggu bas lama tak sampai-sampai,kami boleh pulak menjamu selera dekat situ.

Cik Zana sempoi

Sambil tu Cik Zana berkata-kata:

"Ni kalau bakal mak mertua tengok anak dara makan kat bus stand ni mesti reject."

Aku pulak sambung:

"Kalau dapat pakwa orang loaded, kaya,bawak kereta mahal mesti dia malukan nak buat macam ni? Makan kat bus stand tepi jalan macam ni?"

Zana menambah lagi:

" Huh,silap-silap kalau dapat pakwa macam tu, makan pakai tangan pon tak reti, padahal orang melayu"

Hahaha.Dari ke putu mayam sampai ke pakwe loaded keluar cerita.

Kenyit mata laju2. TQ Smiley