♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Sunday, March 27, 2011

Parking Oh Parking

Assalamualaikum

Pelik bin ajaib betollah. Kenapa kebanyakkan syarikat tak menyediakan parking FREE untuk staff-staff mereka??Staff sendiri pon kene bayar parking sendiri. Maksudnya bekerja dapat gaji untuk bayar parking. Macam tu kah?


Kalau parking tu harga sehengget sekali masuk tak apa jugak. Tak adalah terasa sangat nak keluarkan duit tu. Tapi, sekali masuk ada pulak RM 5 ringgit yang paling murah. Yang paling mahal pulak RM10 sekali masuk. Itu rate untuk parking di waktu petang. Kalau waktu pagi pulak lain. Paling murah sekali masuk RM 7 dan yang paling mahal RM10. Parking di waktu pagi lebih mahal dari waktu petang. Jadi dua kali ganda pulak. Kalau harga parking tu pada waktu petang RM 5 ,tapi bila waktu petang jadi RM 10. Kalau dikira-kira sebulan bayar parking je RM 200++.


Kalau naik train lagi mahal pulak dari Shah Alam. Kena naik KTM dulu sampai KL sentral, pastu naik LRT. Seorang je pergi balik kene RM 7.oo. Alhamdulillah buat masa ni aku pergi dengan Zana. Jadi minyak dan parking share berdua tak lah terasa sangat masa training ni.Untuk masa akan datang tak tahu lah macam mana.Shift mesti tak sama. Sakit kepala fikir untuk bayar parking je. Harap bila dah lepas training ni stay dekat TTDI. Tak lah teruk sangat nak bayar parking. Lagi-lagi dah tahu tempat strategik yang murah kat situ.Ha ha ha.


Sorrylah aku bebel sorang-sorang pulak dalam blog ni. Kepada bos-bos sila sediakan parking untuk staff-staff anda. (^_^)


Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Saturday, March 26, 2011

Meronda-ronda UM


Assalamualaikum

Semalam aku sampai tempat kerja awal sangat. Semangat bertolak dari rumah awal sebab tak nak terkena macam dua minggu yang lepas. Hari Jumaat jalan yang sangat-sangat sesak. Aku sampai kerja satu jam lambat. Nasib baik trainer aku baik. Sekali semalam elok je jalan clear.


Dah alang-alang sampai awal tu, dari duduk bosan termenung kat lobi baik aku ronda-ronda satu UM. Lagipon dah lama tak masuk situ. Rase rindu pulak.Bila tengok setiap sudut kat UM tu, teringat macam-macam kenangan dengan kawan-kawan.

Bila sampai kat Bukit Cinta geli hati pulak rasa. Dekat dalam UM pon ada Bukit Cinta. Ha ha ha. Sebab banyak pasangan-pasangan couple suka duduk lepak malam-malam kat sini. Sambil tengok pemandangan Kuala Lumpur. Yang aku dengan kawan-kawan aku pulak, lepas makan mentekedarah jalan-jalan kat sini untuk exercise bagi perot kempis. Kononye lah. Lepas tu melantak lagi. Macam mana nak kurus.


Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Malam hari di dalam lab


Assalamualaikum


Ish ish ish. Teruk kan aku. Berapa hari dah tinggalkan blog ni. Penyakit M A L A S dah datang macam tulah jadinya. Jari jemari pon ikot jugak malas macam tuan nya. Tambah-tambah pulak tak ada idea nak menaip apa. Tak akan aku nak cerita kisah aku buang sampah kat luar rumah pulak. Mesti orang nak baca pon rasa macam mensampah je Syarq ni kan. Ha ha ha.


Minggu ni training berjalan pada waktu malam dalam lima hari ni. Kalau malam tu yang seronoknya boleh bangun lambat-lambat. Jalan pon tak jem. Clear je. Tak payah aku nak tension dengan jem.


Tapi yang tak seronoknya pulak, bila training malam, orang lain semua bye-bye nak balik rumah dah, kita orang ni baru nak masuk kerja. Apa kes??? Ada bau kecemburuan kat situ. Tapi sedap jugak hati aku terubat bila, rotate shift setiap minggu. Tak adalah dapat kerja pagi or malam je memanjang. Merasa lah dapat semua shift (^_^)


Korang yang lain suka kerja malam or siang???


Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Sunday, March 20, 2011

Apa itu macaroons?



Assalamualaikum

Aku nak tanya kepada sesiapa yang tahu.Macaroons tu buat dari apa? Apa rasanye? Manis ke? Masam ke? Rangup tak? Mahal tak? Mana nak beli???

Selalu tengok bloggers lain beli. Aku tertarik dengan warna-warna macaroons ni. Colourful. Ghope dia aku tahu sebab pernah tengok dalam belog orang lain.Tapi rasa dye tu. Nampak rupe macam burger, tapi warna-warni lak.

Aku tak pernah rase.Al-maklumla, aku kan orang kampung. Den biaso makan cokodok yo. (^_^) Mano nak boli yo bondo ni??


Kenyit mata laju2. TQ Smiley