♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Sunday, July 29, 2012

Ustaz Akhil Hay

Assalamualaikum... Annyong haseyo (^_^)

Hari Rabu hari tu,sangat seronok dan terisi dengan ilmu sebab aku dengan geng-geng ofis pergi dengar ceramah Uztaz Akhil Hay. Uztis katanya. Sebab Uztaz + Artis = Uztis !! Ok boleh terima. (^_^)

Ceramah buat dekat dewan tempat kerja aku. Ramai jugak orang pergi. Di sebalik berceramah ade jugak selit-selit lawak.Tajuk :Ramadhan apa yang di cari ...


Apa yang ustaz kate, Menyegerakan berbuka puase ialah sunnah Rasulullah s.a.w. Bile masuk je waktu solat maghrib, azan berkumandang, baca doa dan terus makan. Lagi bagus dengar segelas air zam-zam dan buah kurma.


Bagi sesiapa yang tak berkesempatan buat solat tarawih di masjid boleh jugak buat dekat rumah sendiri.


Lepas habis berceramah ustaz buat persembahan pulak. Lagu tema Imam muda. (^_^) dpt dgr live lagiiii.


Nah Video live. (^_^) Eh....takde takde. Video ade je,tapi xtau kenape xleh nak upload. (T__T) Lambat


Kenyit mata laju2. TQ :)


Wednesday, July 25, 2012

Solat Sunat Witir

Assalamualaikum.Annyong!!! (^_^)

Solat Sunat Witir ni selalu kite dengar dilakukan selepas mengerjakan solat sunat terawih. Tapi, yang sebenarnya Solat witir jugak ialah Penutup Solat. Solat Witir dibuat selepas Solat Isyak hingga menjelang fajar. Solat witir boleh dikerjakan 1, 3, 5, 7, 9. Contoh kalau nak buat 3 rakaat, mula-mula buat 2 rakaat dahulu, lepas tu 1 rakaat.




Ada Riwayat yang mengatakan, Rasulullah s.a.w tidak pernah tinggal buat Solat Witir walaupon sekali.

Sabda Rasulullah s.a.w dari Abu Hurairah:

"Sesiapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami."(Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud)

Dinamakan solat witir kerana bilangan rakaatnnya yang ganjil.

Kebaikan Solat Witir:

1. Siapa yang mengamalkannya akan turut disaksikan oleh para Malaikat.
2. Solat Witir lebih utama daripada solat-solat sunat Rawatib(solat-solat sunat yang dilakukan sebelum & selepas solat-solat Fardhu).
3. Menurut sunnag yang akan memperolehi syafaat Rasulullah s.a.w di akhirat nanti.

Cara-cara mengerjakan Solat Witir.

1.Niat pada setiap dua rakaat pertama :


Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat kerana Allah Ta'ala.

2. Bacaan selepas Fatihah:

Rakaat pertama : Surah Al-A'laa
Rakaat kedua : Surah Al-Kafirun

3,Lepas salam, terus berdiri untuk buat satu lagi rakaat

4. Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:


Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Ta'ala.

5. Bacaan selepas Fatihah:
Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Naas

6.Rukuk

7. Sujud

8.Duduk diantara dua sujud.

9.tahiyat akhir 10.Salam.

So, jom buat solat witir setiap hari selepas isyak!!! (^_^)

*Sumber: http://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-witir/


Kenyit mata laju2. TQ :)


Tuesday, July 24, 2012

Menu berbuka #Ramadhan 3


Assalamualaikum. Annyong Friends!!♥

Huhu. Dah empat hari pon umat Islam berpuasa. Alhamdulillah. Dan Alhamdulillah sudah 3 hari aku pergi menunaikan solat Tarawih. Dan lagi hari yang ke-3 baru aku nak update pasal menu berbuka puasa. Tak apelah kan?? Tak ada salah pon. (^_^)

Baiklah.Korang semua punye menu mesti lagi gempak-gempak dan mengiurkan kan????? Selama 3 hari puasa setakat 3 hari tu mak aku masak semua lauk-lauk berbuka. Masak pon tak adelah banyak. Cukup-cukup untuk makan berbuka pada hari tu dan untuk bersahur esok harinya. Ingat,,,,,,Jangan membazir. Bile kite puase, semua makanan kita rase nak makan. Walaupon nampak air kosong.

Mak aku masak ikan bilis yang besar-besar warna hitam tu goreng cili. First time mak aku guna ikan bilis besar ni. Rase, menyelerakan sangat. Kalau waktu sahur pon sangat sesuai untuk dimakan. Actually lauk ni mak aku nak gandingkan dye dengan lauk Asam rebus ikan kembung.Lagi bertambah-tambah menyelerakan lah!!!!! Massit-seoyo ♥


Lai-lagi pulak di makan dengan sambal belacan, Mantoppppppp..... Sambal belacan mak aku pulak bukan gune belacan pon. Sebab anak-anak dye semua tak boleh makan belacan. Jadi digantikan dengan ikan bilis yang di goreng separuh masak. Rase????? Same tahap kesedapan dengan letak belacan. (^_^)


Sambal belacan ikan bilis. ^_^

Lopeh tu......Disebabkan malas nak masak sayur, aku celur sayur mayur untuk buat pecal. Kuah Pecal beli yang dah siap tinggal letak air panas je. Semudah 1, 2, 3.


Kuah pecal ni mak aku beli masa kiteorang pergi Bandung hari tu. Beli 2paket dan sekarang dah tinggal 1/2 paket. Nampak sangat kesedapan. Rugi tak beli banyak lagi.



 Buah feveret aku..Mata kucing. Nyum nyum.Makan ni, non-stop jadinya. Ketagih. Makan sebijik nak sebijik lagi dan lagi dan lagi. Boleh dikatakan sekarang ni setiap minggu mesti ade buah mata kucing dekat rumah aku.


Dessert makan kuih sudah. Beli pon dekat bawah tempat kerja aku. Sonang sebab tiap-tiap bulan puase dekat ruang legar tempat kerja aku mesti ade bazar.Alhamdullilah dengan rezeki yang ada. (^_^)



Kenyit mata laju2. TQ :)



Monday, July 16, 2012

Outing ♥

Assalamualaikum.... Annyong !!! (^_^)

Hari ni baru dapat outing dengan kawan-kawan seoffice. Plan dah berduyun-duyun buat, tapi tak pernah terlaksana pon. Plan pergi Gentinglah, Melakalah, Singapore lah dan yang paling hebat plan pergi Korea. Haishh bestnye kalau memang betol-betol pergi. Berangan ~~~ Semuanye macam semangat bagi plan. Tapi bile tibe mase, mane plan aritu???? Dah tenggelam dalam laut la tu... (^_^)

Kawan-kawan seoffice bunyi macam ramaikan??? Tapi 3 orang je pon yang pergi. Pukul 9 pagi janji memasing dah ade dekat KTM tempat masing2. Destinasi kiteorang ke Sogo & Jalan TAR. So turun KTM Bank Negara.

Kak Dila dari Subang, Safra dari UKM dan aku dari Shah Alam. Disebabkan aku dengan Kak Dila sehala, jadi berjanji nak naik gerabak yang sama.Tak pernah-pernah aku mengira gerabak keretapi seumur hidup aku, dan hari ini dalam sejarah aku kira gerabak dengan fokus. Alhamdulillah, Kak Dila pon kire gerabak dengan tepat dan dapat jumpe dalam gerabak yang same. (^_^)

Dipaksa oleh kak Dila untuk bergambar dalam KTM. Jadi aku layan kan aje. (^_^)

Iklan sekejap. Aku rase, kelemahan aku malas nak snap gambar bile keluar. Dan moment yang penting aku selalu abaikan dari snap gambar moment penting tu. Kesudahannya, aku yang menyesal sebab tak ade gambar. (-__-)' OK sambung balik.

Sampai stesyen bank negara terus jalan kaki pergi Sogo. Simpan barang Safra dekat Kaunter Customer Service Sogo, terus pergi Brunch.Dan terus pergi menuai barang-barang yang di kehendaki.Aku merembat seketul cadar warna Pink. Joa!!!!(means like in Korean)


Image Consultant Safra, Kak Dila. Tengah pilih baju yang sesuai untuk Safra. Untungla.... (^_^)

 Senyuman manis lepas dapat baju.

 Pilih lagi dan pilih lagi sampai pening-pening, Ramai sungguh manusia dalam Sogo tu. Rasenye Sogo tu tak pernah lengang kecuali waktu bussiness hour dah habis je. Betul tak?????

Sampai aku tak tahu nak tengok mane satu baju sebab terlalu banyak baju. Blouse purple aku pakai dari ThePoplook.com. (^_^) Falling in love sudah dengan ThePoplook.com. Baju-baju dekat situ banyak yang labuh-labuh sampai peha. 

Till Then, Annyonghigeseyo. (^_^)

Kenyit mata laju2. TQ :)