♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Saturday, February 23, 2013

Santai-santai (^_^)

Assalamualaikum. Annyong!!! (^_^)

Fuh, seronok nya hari ni. Kalau boleh hari-hari nak rase seronok je kan???? (^_^) Tengah malam semalam dah siap-siap booked tiket wayang cerita Beautiful Creature. Wayang start pukul 11.20 pagi. Tengok-tengok tersedar dari tidur pukul 10.30 pagi tadi. Lambat dah. Nasib baik ade baju beli dekat ofis hari tu yang kain jenis tak payah gosok. Sarung jeans dengan tudung bawal.Sempat jugak lah siap-siap dah pukul 11 a.m. Dan nasib baik dekat je Sunway Pyramid dengan rumah aku. Phewww!!!

Dengan tak breakfast terus masuk hall. Mule-mule perut steady lagi. 30 minit lepas tu perut dah menyanyi lagu K-pop.Errrrrrrrrrrr. Ade jugak orang yang baik hati tolong belikan roti + sosej. Boleh lah buat alas perut. Itu pon lepas habis wayang terase lapar lagi. Perut oh perut.

Lepas wayang terus pergi cari wishlist yang dikehendaki. Amboi, memanjang je wishlist setiap kali keluar, Ade je yang nak, Hehehe.(^_^)

Hari tu, mengadu kat mak aku pasal sandal aku asyiklah tercabut tapaklah, tercabut macam-macam. Bile dah tercabut tapak, pakailah sandal lain yang ada, dan-dan tu jugak lah tapak dia ternganga. Terus mak aku bagi suggestion cube beli kasut Scholl. Melalui pengalaman mak aku lah kan, dye cerita sandal Scholl dye dah bertahun-tahun dah tak rosak-rosak walaupon terkena air.

Jadi,,,,, aku pon teruja dengan cerita mak aku tu dan sebab tu lah terus jadikan wishlist. (^_^) Alasan eh alasan,,Alasan teruja. Hehehe.

Mempersembahkan sandal baru untuk bawak pergi kerja. Aku harap tahan lama lah kau wahai sandal. Puhlissssssssssssssssssssss..... (>_<)

Dannnnnnnn.warna hitam lagi. Mesti kawan-kawan aku tengok pon bosan. Ateeeeeenyeeeee,patteri  ni warna yang ade hitam dengan putih je.. Putih cepat kotor. Kalau ade warne biru ke, aku ambik jugek.

Pukul 3 pm baru keluar dari Sunway Pyramid tu terus pergi jalan-jalan cari pasal makan. Makan pon cari dekat-dekat area USJ Taipan tu jer,,, Ke Murni ,USJ Taipan lah kite. Kalau dah bukak buku menu kat Murni tu, mana juling nak order semua makanan. So, berakhir dengan kiteorang order 3 makanan. Hahaha. Tamak haloba betul.

Nasi Goreng Meletup + Ayam Pandan

Serius meletup weyh. Pedas gilerrrr!!! Memang puas makan bagi orang yang suka makanan pedas. Dah lah tak kedekut bahan. Ade kerang, udang, sotong, ayam. And yang paling special nasi goreng ni dye masak dengan petai. Terbaikkkkkk!!!!! Thumbs up (^_^) Ayam Pandan dye pon marvelous!!
 
Mee Raja Tomyam

Yang ni sedap. Lain dari yang lain. Mee yang dye pakai macam ala-ala yee mee. Tapi bukan yee mee. 

Sizzling Lamb

Perghhhhh... Sizzling Lamb ni kan, mase dye sampai dekat meja kiteorang bersasap-asap giler. Sampai kiteorang terbatuk-batuk sedut asap dye. Bukan kiteorang je, orang meja sebelah dengan belakang kiteorang pon terbatukbatuk same. Hahahaha. Sorry lah abang-abang, makcik dan pakcik. Kami tak bersalah sebab order makanan ni. (-_-)' Menu ni pon sedap. Kambing always sedap!! :D

 Dari kiri : Mango Special (Large) dan Lily Special (Medium)

Puas hati minum air kat Murni ni. Tak kedekut letak Laici dengan nata de coco banyak-banyak.

Dah konyang monteneng balik lah tidur. Elok sangat perangai tu. :)

Kenyit mata laju2. TQ :)

Tuesday, February 19, 2013

Jom Masak Mee Hoon Curry Tom Yam

Assalamualaikum.

Sawadikap......

Ni Hao.....

Annyong Haseyo.

Kehkehkehkeh. Ok kali ni aku gedik cakap Thai dengan Mandarin pulak. Sebab korang nampak tak tajuk tu??? Mee Hoon Curry Tom Yam.

Mee curry kan antara menu makanan orang Cina dan selalu ada dekat Kopitiam. Jadi kalau nak lagi sedap sampai menjilat jari kaki, eh eh...Hehehe,,,Jari tangan,,,, boleh lah digabungkan dengan Tomyam, salah satu menu makanan Thai..

Tom Yam + Kari = Ka Yam = merepek belaka

Jom nak share bahan-bahan dulu-dulu sebelum cerita sejarah kat mana aku 1st time makan Mee Hoon Curry Tom Yam ni. Tapi aku bagi warning dulu ye. Aku ni tak pandai sangat nak bagi amaun bahan-bahan tu. Jadi ko pandai-pandailah ye Cik Kiah nak agak berapa ko nak letak. Sabar ehhhhh.. (^_^)

Bahan-bahan:

Mee Hoon (rendam dalam air sejuk dan celur dengan air panas mendidih)
Isi ayam (potong dadu)
Tulang Ayam
Rempah Kari
Paste Tomyam
Cili kering (Yang sudah dikisar)
Bawang putih (Potong dadu)
Bawang besar (Potong dadu)
Halia (Potong dadu)
Garam
Susu Isian Sejat/Susu Cair
Air

Cara-cara:

1) Tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga wangi. 
2) Tumis cili kering sampai masak eh, ape nak cakap istilah tu ye???Pandai-pandailah ko Cik Kiah. (^_^)
3) Tumis serbuk kari jangan sampai hangus pulak.
4) Masuk kan isi ayam dan tulang ayam dan gaulkan dengan bahan-bahan yang telah ditumis tadi.
5) Masuk kan air sampai ayam tenggelam dan masuk kan paste tom yam
6) Biarkan sampai mendidih.
7) Masukkan susu isian sejat/susu cair
8) Tambah air ikot pekat mana yang korang suke dan tambah garam sesedap lidah korang.
9) Siapppppppppp!!!!!

Nak hidang tu boleh tabur bawang goreng , telur rebus, daun sup, sayur sawi

Notes:  Kalau nak lagi best tambah Fish Ball atau fish cake. Mesti lagi syok!! (^_^) Mee hoon pon boleh ganti dengan mee kuning atau kuey teow.

 Hasil penat lelah memasak. Hehehe. Penat lah sangattttttt (^_^)

Oh ye. Fisrt time aku makan mee hoon curry tomyam ni mase belajar dulu, Kolej yang bersebelahan dengan aku duduk tu ade kedai Chinese Muslim Food. So adelah menu ni dekat situ, Sekali makan terus teruja nak makan dan makan lagi. 

Selamat mencuba.!!! (^_^) Sorry lah kalau aku tak bagi berapa amaun bahan. Biaselah, aku bukan pandai masak sangat. Masak main campak je. Aku yakin korang lagi pandai masak ala-ala masterchef. Mesti boleh agak kan berapa banyak bahan. hehe.

Kenyit mata laju2. TQ :)

Monday, February 18, 2013

Pangkor Island

Assalamualaikum.Annyong Haseyo!! (^_^)

Huhuhu. Jumaat sampai Ahad yang lepas pergi bercuti-cuti. Bahagia sangattttttt. Actually,Family Day office aku buat dekat Pangkor. Pergi cuti mane yang tak seronok kan?? Even pergi dekat-dekat pon tetap seronok sangat-sangat.

Bertambah-tambah seronok lagi sebab aku ni jakun tak pernah naik Feri. So, dapatlah merasa naik Feri 1st time. Memula fikir takut mabuk laut, takut pening-pening, takut muntah-muntah. Alhamdulillah, semuanya OK.

Majoriti naik bas sampai ke Lumut, dan naik Feri ke Pangkor.

 Beratur tengah tunggu Feri. nampak tak muka excited masing-masing. (^_^)


 Dalam feri pon nak camwhore. :)

Malas nak taip lah malam ni. Korang tengok gambar jelah.. Hahahaha.. Sabaq naaaaaa. (^_^)









 




Kenyit mata laju2. TQ :)


Sunday, February 3, 2013

Ja'a & Asma' Wedding

dadafddgfgAssalamualaikum. Annyong!! (^_^)

Alhamdulillah. Semalam cousin aku Izhar selamat di akad nikah kan dengan 2 kali lafaz.  Yeay!!! Dapat cousin baru. Hehehe.Welcome to the Family Asma'!! (^_^) Boleh tambah geng gossip girls.
Tapi yang tak puas hatinya mase lafaz akad nikah yang pertama tu sepatutnye dah sah. Tapi, ade sorang saksi tak puas hati pulak sebab gune perkataan "saya" terima nikahnya ...... Saksi suruh gune perkataan "Aku" terima nikahnya. Kalau aku, maksud aku dan saya samaaaaa je. Jadi, kena akad nikah kali ke-2. Sabar ye Izhar.

Tempat akad nikah dekat rumah abang Asma' dekat Cyberjaya. Rumah pon baru lagi dan cantik. Rombongan family Pak Lang + Mak Lang adelah dalam 10 buah kereta kot.

3 gadis comel, wekkkkk :P

Ketibaan rombongan pengantin lelaki.

Dengan Wana, adik kepada pengantin lelaki merangkap Cousin tersayang :)

Hari kejadiaan, cuaca hari tu paneh bordonting bak kata uwan den. (^_^) Kena pulak tunggu kat luar lebey kurang 30 minit. Dugaan betol. Demi cousin, sabar je lah.... Kalau saudara sendiri tak support saudara sendiri siapa lagi kan???

3 gadis slim riverrrr melim :)


Pelamin akad nikah.

Perempuan dapat masuk rumah dulu, Ladies first!!! Phewwww,,,, sedap gile dapat duduk dalam aircond. 

 Tengah bersiap2 untuk nikah.

Hai Izma!!! Anyonyonyonyo...Ini budak tomel sangat.. rase nak picit2 je.


Sebelum akad nikah tu, adelah tok imam bagi ceramah sikit-sikit. Lepas tu dapat soalan cepu cemas. Hahahaha, soalannya berbunyi:

Rukun Solat ade berapa???

Tok Imam berkata: Awak nak nikah kan???? So mesti tau rukun nikah ade berapa? Dan sebutkan.

Rukun Nikah ade 5 :
1) Pengantin Lelaki/Lelaki
2) Pengantin Perempuan / Perempuan
3) Akad (Ijab & Qabul)
4) Wali
5) Dua orang saksi(Lelaki & baligh & Islam)

So, sila ingat ye!!! (^_^)


Aku terima nikahnya ♥ .... (^_^) Sah!!!!!!! Alhamdulillah yeay!!!!!! Congratz

So, hari ni majlis perkahwinan sebelah Pengantin Perempuan dekat Dewan Seri Indon, Putrajaya. Pergi lagi umah maklang berkumpul dan gerak same-same.

 Pengantin Perempuan, Asma' a.k.a cousin baru. (^_^)


 Pengantin Lelaki, Izhar a.k.a Cousin lame :p



Alhamdulillah, semua nya ok. Dan lepas makan-makan bergerak ke rumah bertiga-tiga cepat jalan!!!! Hehehehe. Dan next week belah pengantin laki pulak iaitu rumah Mak Lang aku.

Kenyit mata laju2. TQ :)