♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Showing posts with label auto-published. Show all posts
Showing posts with label auto-published. Show all posts

Wednesday, April 6, 2011

Disebabkan shawl karipap



Assalamualaikum


Good good momomomorning semua!!!!!! (^_^) Weeeehooooooooooooooooo,,, seronok betol bila masuk kerja petang. Boleh bangun tido lambat sikit. Ceh..... Perkataan sikit perlu di highlight kan. Kehkehkeh. Untuk cover konon-kononye, aku bangun boleh dikira awal lah kan? :p


Semalam, aku try shawl yang baru aku beli masa cuti hari Sabtu last week. Semangat nak pakai shawl baru. Aku nengok orang lain pakai lawa je,kemas je. Aku pakai terus jadi macam comot. Hampir menangis sebab shawl tak jadi T____________T. Dah lah, macam dah lambat nak pergi kerja. At last, aku pakai jelah macam mana pon. Nak gosok tudung lain memang tak lah. Dah tak sempat.


Semalam, aku pergi kerja separuh jalan naik kereta, separuh jalan lagi naik LRT pulak. Masa aku berjalan dari kereta nak ke stesyen LRT , aku berselisih dengan sorang budak perempuan sekolah menengah. Dia pandang aku, lepas tu dye senyum sorang-sorang. Fine!!! Malunya aku, mesti dia gelakkan shawl aku sememeh. Tak reti pakai. T______________T Terus aku jalan laju-laju tak pandang orang lain dah. Semangat pon dah down down down.


Sampai stesyen LRT beli tiket, terus masuk tandas betol-betolkan shawl yang sememeh.

Ini lah shawl yang masih sememeh lepas dah betolkan dalam toilet. Gambar di snap sebelum kejadian comolot pasangan pengkid berlaku. Ekekekeke.

Sampai je tempat keja, jumpa nadia kawan sekerja aku. Nasib baik dapat kawan yang memang peminat shawl. Cepat-cepat ajak nadia pergi toilet,berguru dengan dia untuk betolkan shawl aku yang sememangnya sememeh. At the end, this was the result :

Tadaaaaaaaaaa..... Terima kasih nadia. Sebab dia, terus jadi tak sememeh macam sebelum dah. (^_^) Semangat pon dah up up up. Jalan pon,dah pandang muka orang lain. Ha ha ha.


Pssssssssttttt..Actually,this kind of shawl, nama nya masa aku beli tu, akak tu kata, sisik ikan. Tapi,ada sorang kawan aku kata, tudung karipap. hahahaha, boleh jugak panggil shawl karipap!! Sebab ombak-ombak tu macam karipap punye kelepet :D


Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Monday, February 21, 2011

Tips untuk orang pelupa


Assalamualaikum

Uhukhukhukhuk. Ini nenek Syarq nak bagi petua. Buat orang yang pelupa macam nenek ni hah.Nek pernah satu hari tu pergi mid valley ye anak-anak. Nenek drive sendiri ye. Nenek tak daya nak tunggang basikal der...Nenek pon parking kete comel nenek.Lepas tu nenek pon dengan girangnye pergi shopping sorang2.Nenek konon2 boleh berdikari lah shopping sorang2 tanpa atok korang.


Lepas beberapa jam nenek selesai shopping, nenek pon dengan yakin nya pergi bayar tiket parking dan turun esculator nak pergi balik tempat nek parking kete tadi. Nek tawaf satu parking Mid valley tu tak jumpa kereta. Nek dah yakin dah nek parking kat situ tadi.Tapi nape kete nek tak ade ni. Nek dah melalak sebab penat tawaf 1 jam tapi tak jumpa2 kete. Nek ingat kete nek dah kene curi kot.


Nek pon nampak pak guard ronda2 mintak bantuan dia cari kete nek kat dalam tu. At last jumpa juga selepas 30 minit pak guard carikan. Rupe2nye, nek parking tempat lain, nek cari tempat lain.Mid Valley tu kan ade banyak Zone parking. Itu lah jadinya kalau penyakit pelupa nyanyuk nenek datang.


Selepas kejadian tu, kalau nenek parking kat Shopping Mall sorang-sorang nek mesti tangkap gambar tiang nek parking tu anak-anak. Mesti ada anak-anak yang guling2 kan nenek kan?? Tapi nek tak kisah lah, daripada nek tak jumpe kete melalak kang baik nek guna kan handphone nek ni.Apa guna handphone ada camera. Ye tak?

Ini gambar tiang car park mid valley yang nek pergi minggu lepas. Nek parking kat situ lah. Anak-anak yang pelupa macam nenek ni boleh lah buat macam ni. Biarlah orang nak gelak pon. Blueksssssss je... :p


Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Saturday, February 19, 2011

Sekawan singa lapar depan kita



Assalamualaikum

Dalam satu ceramah dari seorang ustaz, dye memetik sebuah cerita daripada buku Jangan Bersedih.Ceritanya begini,


Pernah suatu hari seorang yang soleh dilemparkan ke kawanan singa. Namun kemudian Allah menyelamatkannya. Orang-orang pun bertanya kepadanya: " Apa yang anda fikirkan saat itu?" Orang soleh itu menjawab: " Saya memikirkan tentang air liur singa, apakah najis atau tidak. Dan, apa pendapat ulama tentang masalah ini?"


Tengoklah orang yang soleh dan alim, sedangkan diri dye akan menjadi hidangan makanan singa dan dah nak berdepan dengan maut, tetapi sempat lagi memikirkan perkara lain dengan tenang. Kita hamba Allah yang tidak sealim orang soleh tu, mesti dah fikir takot, menanges, meraung,menjerit sebab singa nak baham kita. Tak terfikir pasal air liur singa tu najis atau tidak untuk dibawa didalam solat kalau terkena kat badan manusia.


Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Makcik Jerit


Assalamualaikum


Kawan-kawan sesama kolej dengan aku dulu dulu mesti tahu siapa Makcik Jerit ni kan?? Korang yang lain mesti tak tahu? Meh aku cerita sikit kisah gelaran makcik jerit.


Masa aku duduk kat kolej dulu, selalu pergi makan kat dalam kolej aku ni. Tuan punye gerai ni makcik Jerit dan suaminya abang Zul. Kenapa kami gelarkan dye makcik jerit???????? hahhhhhhhhhh.. Kalau kat gerai makcik jerit ni, apa-apa makanan termasuk juga air yang kita order tidak akan dihantar ke meja kita duduk. Konsep gerai makcik jerit ni lebih kepada, Layan diri. So, apa-apa makanan yang kita order dah siap dia akan letak kat atas meja depan kaunter. Mula lah makcik tu akan menjerit

"Nagi goreng paprik sapa punye???!!!!" Dye jerit dengan suara yang lantang.

Lepas tu,kita akan pergi kat meja depan kaunter tu,dan ambik makanan yg telah di order.Selagi tuan punya nasi paprik tak ambik nasi paprik tu, selagi tu lah dya akan menjerit. Hahaha. Pelik aku makcik ni? Tak penat ke?


Aku tetiba pulak rindu dekat Kuey Teow Kungfu/Hong kong kedai makcik Jerit ni. Terbaikkkkkkk!!!!!!


Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Friday, February 18, 2011

Aum aumm..Tako Yaki

Assalamualaikum

Korang minat tak makan Tako Yaki?? Sape yang tak tau, sile lihat gambar rajah dibawah. Sedap wokkk...Tako yaki ni.Lagi-lagi yang sotong. Menjilat ibu jari, x cukup ibu jari kaki pon jilat gak.Hahahaha.

Aku macam teringin nak buat sendiri takoyaki ni kat umah..Hahaha. Konon nak jadi orang jepun lah.Hait hait!!! Nengok menarik je cara-cara and steps nak buat takoyaki ni. Simple pulak tu. Tapi korang kene ade dye punye kuali bulat-bulat tu ler. Nah sile tonton wayang ini :p




Ateeeeeeeeee....mane nak carik kuali bulat-bulat tu weyh??Kat malaysia ni ada jual ke? Kalau ada mahal ke murah? Adesssssss.. Boleh tak kalau gune acuan kuih bahulu atau kuih cara tu? kahkahkahkahkah. :p


Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Bakat terendam


Assalamualaikum.

Rupe-rupenya bakat terendam dan hobi menyanyi di merata-rata tempat seperti di dalam tandas,dalam kereta, tepi jalan, dalam bilik,rumah orang,bilik orang, tepi pagar rumah telah terendam sejak kecik lagi. Gambar rajah sebagai bukti:
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V
Berjalan nak masuk ke dalam rumah dari pagar, dah boleh mula menyanyi.Ekekeke.


Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Thursday, February 17, 2011

Tidak terlalu mengharap

Assalamualaikum

Baru hari ini tadi aku dapat berita, dan berita itu membawa sinar harapan kepada aku. Namun, aku tak nak jadi seperti dulu. Segala yang aku harapkan hancur. Segala yang aku persiapkan semuanya telah disimpan sahaja. Tidak dapat digunakan. Tapi aku redha.Segala apa yang terjadi, ada hikmahnya.Allah nak menguji aku.


Dulu, hanya dengan satu mesej yang diterima melalui SMS, buat aku keciwa sangat-sangat. Menitis-nitis air mata aku setelah membaca isi kandungan SMS itu. Satu demi satu secara automatik.Bukan aku mahu menanges.Tapi ia jatuh tiba-tiba. Tidak boleh dikawal. Alhamdulillah, aku dikelilingi dengan manusia-manusia yang tidah pernah penat atau lelah memberi dan bangkitkan semangat aku pada masa itu.


Sekarang, aku tak mahu terlalu berharap. Jika ada rezeki aku, disitu lah aku pergi. Jika tiada, berusaha yang lain pula. Ya Allah, sesungguhnya aku mohon, kau buka kan lah pintu rezeki aku. Amin...Ya Rabbal A'lamin.


Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Khusyuk disebabkan...................


Assalamualaikum


Malam semalam aku tido lewat. Pukul dua lebih baru aku tidur. Semuanya sebab terlampau khusyuk tengok video dari blog AyunAyunar. Tuan blog memang cantik dan comel. Pakailah apa-apa jenis dan style shawl pon tetap nampak menarik. Kreatif sungguh idea-idea style shawl yang Ayun pakai dan steps dye pon sangat simple dan mudah.Senang nak faham.

Ni salah satu video dye, Sile tonton ye kawan-kawan:



Sudah tonton kah? tak sangka inner cotton tu boleh pakai diluar shawl, dan jadi satu style pakai shawl yang sangat menarik..Tepuk tangan ramai-ramai. :) Banyak lagi dan bermacam-macam lagi tutorial style shawl. Sile click sini.


Selamat mencuba kawan-kawan.


Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Wednesday, February 16, 2011

Wǒ jiào Syarq

Assalamualaikum

Zaoshang hao. Ni hao ma?

Eh eh eh.Korang tak silap masuk belog ye. Ni masih blog Syarq yang comot. Cume hari ni aura nak cakap bahasa mandarin tu datang. Al maklum lah, aku dapat tawaran berlakon drama mandarin. Eh eh eh. Bukan-bukan. Sebenarnya aku dapat tawaran jawatan kosong sebagai penari tarian Cina. Ye!!! Sila percaya kalau tak aku tumbuk!! Smiley Ape sengih-sengih hah? Tak percaya lagi?? Ohhhh... Meh aku tunjuk bukti.

Korang nampak amoi pakai cheongsam pink tu? Hakhakhaktuih!! Berangan nak jadi amoi, padahal kulit hitam. Gambar ni masa hari graduasi tadika aku. Cikgu bagi aku menari tarian kuda kepang sebenarnya. Tapi aku masuk tarian kuda kepang sekejapan je, tak sampai 1 jam aku cakap kat cikgu tak nak kuda kepang, nak tarian Cina, tarian cina, tarian Cina jugak. Cikgu pon terpaksa mengalah. Hahaha. Padahal, aku takde bakat nak menari tarian Kuda kepang. Al-maklumla, tangan ni tak bedung masa kecik-kecik dulu.


Masa buat persembahan, mak aku kata, aku siap mengira masa menari tu. 1, 2, 3, 4, dan lagi 1, 2, 3, 4, sekali lagi 1 , 2, 3, 4. Aku bukannya apa. Bukan baru nak belajar mengira masa tu. Tapi nak pastikan step betul, sama dengan orang lain. Kalau aku sorang je step lain, tak ke akan jatuhkan bulu hidung maruah aku sebagai seorang kanak-kanak yang comel. Uhukhukhukhuk.


Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Tuesday, February 15, 2011

Masakan orang malas


Assalamualaikum

Bila malam, memang malas nak masak. Malas nak makan berat-berat. So makan jelah yang simple-simple seperti ini.

Roti tuna goreng

Tapi kalau dapat peluang nak makan makanan-makanan seperti dibawah ini, aku tidak akan menolak dengan sewenang-wenangnya untuk makan nasi pada waktu malam.Rugi kot tolak. Rezeki jangan ditolak. Sedap..

Tomyam


Sotong Goreng Tepung


Kailan Ikan Masin


Daging Masak Merah


Butter Prawn


Ikan Kerapu Masak 3 Rasa


Dan tidak ketinggalan..........

Telur Dadar

Maafkan aku kalau terbuat korang meleleh air liur. Bukan nya apa, aku nak korang sama-sama terliur dengan aku, baru nampak comel kan? Seorang kawan, haruslah sokong kawan-kawanya yang lain selagi tak bertentang dengal hukum Syarak. Laaaaaaaaaaaaaaaaaariiiiiiiiiiiiiiiiiii..Zassss..

P/s: Anyway, ade sesape mahu belanja? :p


Kenyit mata laju2. TQ Smiley



Thursday, February 3, 2011

You Are Sweet Blogger Like Candy


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Ehem-ehem..Dengan merasa rendah dirinya, nak berterima kasih dekat Cik Iekasub sebab bagi Syarq award nie. Nanges kerterharuan. Smiley

Syarq pon nak bagi gak award ni kat orang lain.Nak same-same rase manis.. Smiley
Syarq nak tag...................

Sile click gambar lolipop untuk syarat-syarat penerimaan award. TQ :)




Wednesday, January 26, 2011

Melabur Sampai Tertidur


Salam.

Semalam aku ade tunjuk gambar bilik-bilik yang sangat cantik.Hari ni kita tengok tempat korang semua pergi hari-hari.
Sape yang pergi tempat ni seminggu sekali atau sebulan sekali atau lebih dahsyat setahun sekali orang tu otak dia sudah weng.
Cuba korang teka ape kah tempat yang aku nak share ni?

Monday, January 24, 2011

Nuffnang I ♥ U



Salam.

Sangat-sangat terharu dengan nuffnang sebab bagi satu lagi BE Digi pulak kat blog aku yang comot ni..
Dah lah malas update...Har har har..


Nanti bagi lagi eh???






Keserlahanmu tidak terserlah lagi




Salam.

Sape tak tahu ape bende kat atas ni??????
Ok.Bagus...Kalau tak tahu lempang muka sendiri tu adalah kamera jenis DSLR.

Digital Single Lens Reflex

Zaman sekarang ni orang tak heran dah eh dengan camera digital yg mcm ini?
|
|
|
|
V


Masa pergi gathering famili, aku tengok masing-masing semua pegang camera jenis DSLR.
Lepas tu masing2 sibuk nak snap picture.
Aku and cousin lain rase macam sangat dihargai bila ade orang nak snap gambar kami.
Awwwwwwwwww...♥
Rase macam artis fofular. Ramai paparazzi snap gambar kami.
Tanpa rase segan silu, posing sukahati nak pose macam mana pon.
Padahalsemuanakbuatkamisebagaimodelujikajiskilldyeorangtangkapgambarsaje Smiley



Sampai ke budak sekolah menengah pon hadeee camera DSLR ni...
Hakuu???Camera digital biase adelah.
Tapi Syukur ade jugak kamera kan? kan? kan?Thanks ayah!!



Tapi bila nak tangkap gambar terus simpan camera digital aku tu...
Siapelah camera aku tu...Kurang canggih... T________________T
Dah ateeeeenye semua keluarkan camera canggih manggih dyeorang tu..
Kecik je nampak camera aku tu bile duduk sebelah camera DSLR.Sob sob sob.