Assalamualaikum
Selamat Pagi semua. Ini entry sebelum pergi kerja, sebelum terjerumus ke dalam kesesakan lalu lintas, mari kita update belog. Bila lihat tajuk, nama-nama Allah mestilah kesemuanya nama-nama yang sangat baik maknanya.
Tapi, kat sini Syarq nak kongsi sikit apa yang pernah Syarq dari ceramah-ceramah ustaz dari Balai Seni Islam, Shah Alam. Kita selalu dengar nama-nama orang yang menggunakan nama-nama Allah, seperti
Abdul Rahim bermaksud Hamba Allah yang
PENGASIHAbdul Rahman bermaksud Hamba Allah yang pemurah
PEMURAHAbdul Aziz bermaksud Hamba Allah yang
BERKUASA.
dan banyak lagi lah. Dan kita selalu memanggil mereka dengan gelaran seperti Rahim, sebagai contoh
"Eh Rahim, ko nak pergi mana tu? Aku nak ikot kalau ko nak pergi Time Square!!"Yang sebenarnya, perkataan nama-nama Allah seperti Rahim,Rahman dan Aziz serta nama-nama Allah yang lain hanyalah untuk gelaran Allah.Sebab itu, bila diletakkan nama seseorang anak tu, apabila menggunakan nama-nama Allah perlu disertakan dengan perkataan
Abdul. Sebagai contoh Abdul Rahim. Dan kita tak boleh panggil anak itu dengan nama
Rahim sahaja. Kita kena panggil anak tu dengan nama yang penuh.
Abdul Rahim. Sebagai contoh:
"
Abdul Rahim, jom teman aku pergi pasar malam"
Ok.Itu yang Syarq nak kongsi dengan kawan-kawan semua dari apa yang Syarq dengar. Kalau salah tolong betolkan ye. (^_^)
Kenyit mata laju2. TQ
