♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Wednesday, April 20, 2011

5 waktu doa diterima


Assalamualaikum


5 waktu doa diterima :
  • Sebelum masuk waktu subuh
  • Lepas solat 5 waktu
  • Dalam majlis-majlis ilmu
  • Waktu berbuka puasa
  • Sebelum waktu Maghrib



Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Wednesday, March 30, 2011

Letak nama anak menggunakan Nama-nama Allah



Assalamualaikum



Selamat Pagi semua. Ini entry sebelum pergi kerja, sebelum terjerumus ke dalam kesesakan lalu lintas, mari kita update belog. Bila lihat tajuk, nama-nama Allah mestilah kesemuanya nama-nama yang sangat baik maknanya.


Tapi, kat sini Syarq nak kongsi sikit apa yang pernah Syarq dari ceramah-ceramah ustaz dari Balai Seni Islam, Shah Alam. Kita selalu dengar nama-nama orang yang menggunakan nama-nama Allah, seperti

Abdul Rahim bermaksud Hamba Allah yang PENGASIH

Abdul Rahman bermaksud Hamba Allah yang pemurahPEMURAH

Abdul Aziz bermaksud Hamba Allah yang BERKUASA.

dan banyak lagi lah. Dan kita selalu memanggil mereka dengan gelaran seperti Rahim, sebagai contoh

"Eh Rahim, ko nak pergi mana tu? Aku nak ikot kalau ko nak pergi Time Square!!"

Yang sebenarnya, perkataan nama-nama Allah seperti Rahim,Rahman dan Aziz serta nama-nama Allah yang lain hanyalah untuk gelaran Allah.Sebab itu, bila diletakkan nama seseorang anak tu, apabila menggunakan nama-nama Allah perlu disertakan dengan perkataan Abdul. Sebagai contoh Abdul Rahim. Dan kita tak boleh panggil anak itu dengan nama Rahim sahaja. Kita kena panggil anak tu dengan nama yang penuh. Abdul Rahim. Sebagai contoh:

" Abdul Rahim, jom teman aku pergi pasar malam"

Ok.Itu yang Syarq nak kongsi dengan kawan-kawan semua dari apa yang Syarq dengar. Kalau salah tolong betolkan ye. (^_^)

Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Saturday, February 19, 2011

Sekawan singa lapar depan kita



Assalamualaikum

Dalam satu ceramah dari seorang ustaz, dye memetik sebuah cerita daripada buku Jangan Bersedih.Ceritanya begini,


Pernah suatu hari seorang yang soleh dilemparkan ke kawanan singa. Namun kemudian Allah menyelamatkannya. Orang-orang pun bertanya kepadanya: " Apa yang anda fikirkan saat itu?" Orang soleh itu menjawab: " Saya memikirkan tentang air liur singa, apakah najis atau tidak. Dan, apa pendapat ulama tentang masalah ini?"


Tengoklah orang yang soleh dan alim, sedangkan diri dye akan menjadi hidangan makanan singa dan dah nak berdepan dengan maut, tetapi sempat lagi memikirkan perkara lain dengan tenang. Kita hamba Allah yang tidak sealim orang soleh tu, mesti dah fikir takot, menanges, meraung,menjerit sebab singa nak baham kita. Tak terfikir pasal air liur singa tu najis atau tidak untuk dibawa didalam solat kalau terkena kat badan manusia.


Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Friday, February 11, 2011

Kagum dengan kuasa Allah


Assalamualaikum


Dapat dengar suatu cerita kisah benar yang berlaku pada zaman dahulu. Ceritanya macam ni.Ada seorang suami, telah meninggal dunia. Semasa hendak memandikan mayatnya, untuk mandi jenazah, dengan kuasa Allah, tiba-tiba terlihat zakar nya masih berfungsi. Jadi untuk memberi penghormatan kepada jenazah, Isteri nya dipanggil untuk melayan jenazah suaminya sebagai tanda penghormatan. Maka, mereka pon bersetubuh.


Selepas beberapa bulan, isterinya mengandung dan anak yang dilahirkan itu diberi nama Ibnu Mayyit yang bermaksud, anak lelaki kepada mayat. Dan Ibnu Mayyit menjadi seorang ahli ulama' yang terkenal.


Sungguh besar kuasa Allah sampaikan seorang mayat masih boleh mengandungkan isterinya.


P/s: Tak ada sebarang perkara yang boleh membatal kan mandi jenazah seorang mayat termasuk bersetubuh. Malah tidak ada salahnya jika seorang mayat tidak dimandikan jenazahnya atau tidak di sembahyangkan jenazahnya, tetapi orang yang masih hidup akan dipersoalkan kenapa tidak diuruskan jenazah itu dengan sempurna.

Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Wednesday, February 9, 2011

Gigi palsu mak ni ko amik ye nak


Assalamualaikum


Hari ni aku dapat belajar sesuatu dari seorang Ustaz iaitu pasal Hibah. Sebelum ni aku tak pernah dengar pasal hibah ni. Selalunya dengar pasal Faraid dan Wasiat. Ape maksud Hibah?

Hibah ialah anugerah, pemberian atau hadiah yang melibatkan suatu akad yang mengandungi pemberian hak milik oleh pemilik harta kepada seseorang secara rela hati semasa hayatnya atas dasar kasih sayang dan kemanusiann tanpa mengharapkan balasan atau tukaran.


Hibah ni berbeza dengan wasiat. Hibah perlukan Ijab dan Qabul. Manakala wasiat pulak tak perlu ijab dan qabul. Wasiat hanya perlu ditulis. Sebagai contoh untuk Hibah:

Makcik Esah : Yati, mak hibah kan semua gelang emas mak ni dekat ko ye nak kalau mak meninggal nanti. (Ijab)

Yati: Yelah mak... Yati terima. Terima Kasih mak. I ♥ U mak..Muah2.Smiley Dan2 sayang mak eh. :p (Qabul)


Harta-harta yang kecil atau pon yang remeh temeh sepatutnya perlu jugak di hibah kan supaya tak ada pergaduhan antara adik-beradik, saudara mara. Contohnya:

Pak Mat Tempe : Ahmad, bapak hibah kan kat ko Gigi palsu bapak ni ye. (Ijab)

Ahmad : Baiklah Pak. Ahmad terima. Gigi Palsu pon gigi palsu lah.. (Qabul)

Tapi ingat, hibah hanya sah semasa pemberi harta tu dalam keadaan yang sihat, bukan dalam keadaan sakit yang boleh membawa kepada kematian.



Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Sunday, February 6, 2011

Perkataan allah



Assalamualaikum


Tadi mama berkongsi dengan aku mengenai ceramah yang dia dengar dekat Balai Seni Islam, Shah Alam. Tajuk nye mengenai kalimah atau perkataan Allah.

Kalau mengikut Resam Uthmani, kalimah Allah di eja dengan baris atas di atas tanda sabdu seperti gambar dibawah ini yang membawa maksud Allah.


Manakala, kalimah Allah yang di eja menggunakan tanda alif kecil di atas tanda sabdu seperti gambar di bawah ini membawa maksud berbeza.


Apabila tanda alif kecil di letakkan di atas tanda sabdu, maka ia akan di baca Allaha. Yang memberi maksud lain. Lagi2 apabila huruf ha kecil ditukar kan kepada huruf ta marbutah atau ta kecil menjadi Allahta yang bermaksud nama sesebuah berhala.

Kebanyakkan quran yang lama-lama menggunakan alif kecil dalam perkataan Allah telah dibakar dan dihapuskan.

Wallahu'alam.


Kenyit mata laju2. TQ Smiley



Thursday, September 3, 2009

Alasan jeee

Kowang ade tak bace pasal lelaki2 yang kene cekup sebab tak puase hari ni??
Click here
Dah tahu tak puasa, sedap2 pulak dye makan depan orang ramai..
Makan nasi lemak pulak tuh...
Perghhhh... memang sedap seyh.... Nasi lemak.. Telan air liur kejap dengar..
Terbayang2 nasi lemak yang panas dengan sambal yang pedas dan kaw.. :p

Dan ade salah sorang ni bagi alasan yang dye terlupa nak baca niat puasa.
Sebab tuh tak puasa...
Bila baca ni berita tuh, saya pon terpikir2,,
Haah kan, kalau terlupa baca niat puasa macam mane??
Tapi dulu mase sekolah dulu, ustazah pernah kata, niat ni bukan nyer kite kene baca dalam bentuk perkataan je..
Tapi niat ni, kite macam dah set dalam hati kite esok yang kite nak puase..
Itu sudah di kire niat...

Sepertimana huraian dalam bab wudhu' dan solat, bab puasa juga dimulai dengan perbincangan mengenai niat. Atas sebab kepentingannya dan juga kedudukannya yang selalu di awal sesuatu ibadah, adalah memadai jikalau kita membicarakan ia sebelum apa-apa topik yang lain. Niat adalah Tekad hati untuk melakukan suatu perbuatan ibadah dalam rangka mendekatkan diri semata-mata kepada Allah.[1] Takrifan ini adalah berdasarkan acuan firman Allah Azza waJalla yang bermaksud : Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya. [Maksud surah al-Baiyinah 98 - 05]. Oleh itu niat juga dikaitkan sebagai yang membezakan antara amalan kebiasaan atau amalan ibadah, amalan ikhlas atau ria', amalan umum atau khusus.

Sekali diulangi bahawa tuntutan niat letaknya di hati, bukan di mulut. Niat itu adalah kehendak hati, bukan sebutan mulut. Niat itu adalah cetusan hati, bukan susunan perkataan yang sengaja direkai. Tiada sebarang bentuk susunan lafaz niat yang diperolehi dari al-Qur'an atau hadith Nabi sallallahu-alaihi-wasallam, sekalipun yang daif bagi tujuan permulaan ibadah puasa. Lafaz niat di mulut dengan susunan kata yang tertentu seperti: usolli…… atau nawaitu…..adalah bid'ah semata-mata. Apakah guna lafaz niat jikalau yang berniat itu sendiri tidak memahaminya; dan apakah guna lafaz niat jikalau Allah Yang Maha Mengetahui sudahpun mengetahui isi hati seseorang itu sebelum dia melafazkan niat ?

Jikalau kedudukan masa bagi niat ibadah solat adalah sebelum takbir yang pertama ataupun semasa takbir yang pertama, maka masa bagi niat ibadah puasa adalah sebagaimana ajar Nabi sallallahu-alaihi-wasallam dalam hadith yang berikut: Sesiapa tidak berniat melakukan puasa sebelum fajar maka tidak ada puasa baginya.[2] Daripada hadith ini difahami bahawa seseorang wajib meniatkan puasanya setiap hari, antara masa tenggelam matahari (maghrib) sehingga terbit matahari (fajar). Demikian menurut pendapat jumhur ahli-ahli ilmu.[3]

Selain itu, ada yang berpendapat bahawa seseorang itu boleh berniat bagi keseluruhan puasa Ramadhannya dengan hanya sekali niat, iaitu di malam hari pertama bulan Ramadhan. Pendapat ini dianggap lemah kerana tiada dalil penyokong yang jelas serta tidak sehaluan dengan hadith di atas. Setiap amalan itu, walaupun sama pada zahirnya, tetap berbeza di antara satu hari dengan hari yang lain, antara satu masa dengan masa yang lain.[4] Pendapat satu niat bagi keseluruhan amal juga membuka pintu-pintu ke arah salah guna (subject to abuse) bagi mereka yang sengaja suka meremeh dan mempermainkan agama.

Dengan diketahui bahawa niat itu adalah syarat sah puasa, apakah pula hukumnya jikalau seseorang itu terlupa untuk niat berpuasa, hanya ingat ketika siang atau petang hari ? Dalam persoalan ini, ada yang berkata puasa itu tidak sah dan ada yang berkata ianya tetap sah. Prof. Dr. Hasbi as-Shiddieqie menganalisa:

Barangsiapa lupa berniat pada malamnya, tanpa sengaja, maka hendaklah dia berniat di ketika teringat walaupun telah siang hari. Hal ini berdasarkan kepada firman Allah: Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Maksud Surah al-Ahzab 33 - 05)

Dan berdasarkan hadith riwayat Imam Ibnu Majah, ath-Tabarani dan al-Hakim, dari Abdullah ibnu Abbas, bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam bersabda, maksudnya: Telah diangkat dari umatku dosa kerana mengerjakan sesuatu lantaran tersilap, terlupa dan dipaksa.

Pendapat ini berlawanan dengan penetapan sesetengah ulama'-ulama' Mazhab Shafie yang berkata: 'Tidak sah puasa bagi yang terlupa niatnya di malam hari'. Kami (Hasbi as-Shiddieqie) memilih pendapat yang 'Mensahkan puasa bagi yang terlupa niatnya di malam hari' kerana tidak ada keterangan yang jelas dari syara' yang menyatakan bahawa berpuasa dengan terlupa niat di malam hari, tidak sah meneruskan puasanya dengan berniat pada ketika ingat.

Hadith yang mewajibkan niat pada malam hari dipertanggungkan kepada orang yang sengaja meninggalkan niat pada malam hari itu. [5]

Kesimpulan

1. Niat bagi ibadah puasa adalah wajib sebagaimana setiap amalan yang lain. Waktu bagi meniatkan puasa seseorang itu adalah sebelum terbitnya fajar Subuh di hari yang akan dia berpuasa.

2. Jikalau seseorang itu benar-benar terlupa untuk berniat lalu dia berpuasa maka puasanya tetap sah dan boleh diteruskan hingga waktu Maghrib. Dia hanya dituntut untuk meniatkan puasanya itu apabila sahaja teringat.

3. Tiada sebarang bentuk lafaz atau susunan kata yang diajar oleh Nabi sallallahu-alaihi-wasallam sebagai bentuk niat yang perlu diamalkan.



Saya paham sekarang..
Tiada alasan lagi OK...Credit to this website



:) :) :)


Wednesday, August 5, 2009

Membuat research lah kononyer

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....
Ecehcehceh... Macam nak bagi ucapan mase perhimpunan pulak... :p

Wokeyh.... Mesti kowang nak tahu kan, research ape yang saya buat kan???
Hiks.... Kalau tak nak tau pon takper... Tak payah bace...lalalalalalalala... ;p
Saje jek nak kongsi2 ape yang saya bace... :p

Gambar hiasan

Semalam tahap kebosanan tuh amat lah tinggi....
Jadik... Tetibe saya teringat yang ade seorang aunty ni bagitau yang pemakaian Deodorant boleh menyebab kan kanser payudara..
Sebenarnyer dah pernah dengar pon pasal deodorant ni dari dulu lagi...
Tapi macam fikir2... Kalau tak pakai deodorant bucuk ar,,,,,,
Saya tak rase yakin kalau kuar rumah tak pakai deodorant...
Rase macam geli geliman jek kan Under arm saya... :D

Gambar hiasan

Dari kajian saya... Ewahhhhh... Berangan kau Syarq buat kajian...
Hikhikhik,.. Eh eh..tak tak.. Bukan lah kajian... Tapi dari ape yang saya bace semalam lah kan,,,,
Ramai orang yang ingat yang deodorant dan antipersprirant (anti peluh) tuh sama..
Nope!!!!!

Deodorant adalah deodorant...
Antiperspirant adalah anti peluh...

Hahahahahahahah..Macam nak pelempang jek kan bagitau macam tuh...
Kalau macam tuh, semua orang pon tau!!!! hehehehehehe...
Mari saya tempekkan maksud2 nyer yerrr.... Tempek jangan tak tempek... :)

Antiperspirants

  • use chemicals to obstruct pores, which prevents the release of perspiration
  • .Antiperspirant contains active ingredient such as aluminium salts mainly to reduce the production of perspiration with relatively weaker anti-bacterial effect.
  • The toxins are purged in the form of perspiration. Anti-perspirant, as the name clearly indicates prevents you from perspiring. These toxins do not just magically disappear. Instead, he body deposits them in the lymph nodes below the arms since it cannot sweat out.


Deodorants
  • allow perspiration to occur but conteract the odour.
  • Deodorant contain anti-bacterial ingredients to prevent the breakdown of sweat compounds by bacteria and hence stop the formation of body odour.
  • Although deodorants are characteristically thought of as odour masker, they also contain chemicals that helps to reduce the bacterial poupulation in the underarm area so that less odor is produced. One such ingredient, trisclosan, is suspected of being carcinogen and is classisfied as a pesticide by the FDA.
  • Many people don't realize when they whip out their favourite roll-on deodorant, they're actually applying pesticide to their underarms.
Gambar hiasan

Ok lah... Dari ape yang saya bacekan... Ni pendapat saya lah... Kowang saya tak tahu...
Deodorant ni mengandungi bahan untuk mengurangkan bau peluh yang disebab kan oleh bacteria dan mengurangkan populasi bakteria di bawah ketiak kite tetapi deodorant tidak menghalang peluh keluar..Tetapi dalam deodorant pulak mengandungi bahan seperti trisclosan yang di suspek adalah carcinogen yang merupakan sejenis pesticide. Dan bile kite pakai deodorant akan menambahkan lagi pesticide dekat ketiak kite. Hurm...rase2 saya lah kan.. Sebab ni boleh jadik kan ketiak hitam... Heheheheh... :) suke2 jek...

Antiperspirant pulak mengandugi bahan kimia yang menghalang atau mengurangkan liang2 roma untuk mengeluarkan peluh iaitu bahan seperti garam aluminium.. Toxin2 dalam badan kite keluar melalui peluh kite.. Jadi, bile bahan2 dalam antiperspirant menghalang peluh keluar dari badan kite, maksudnye toxin itu akan tersimpan jek dalam badan kite dan dari situ lah mungkin akan menyebab kan kanser..


So kawan2.... Rase2 nyer kite memang tak bleyh beli sebarang jer deodorant...
Kene tengok jugak kan bahan2 nyer...
Kat luar ade ade macam2 jenis deodorant dan kite kenelah bijak memilih..
Sebolehnyer elakkan daripada gune yang ade anti perspirant.


:) :) :)


Wednesday, July 1, 2009

Boleh ke orang bukan islam derma darah kepada orang islam??



Isu nie timbul pada saya bile My uncit cerita..
Pernah dulu bos dye seorang cine bukan islam...
Dye cakap lebey kurang macam nie:

" Orang melayu tak makan babi.. Tapi biler orang ciner (yang bukan islam), yang makan babi derma darah kat orang melayu,darah orang bukan islam tuh masuk juga dalam badan orang melayu.. Jadi, darah orang melayu tuh juga dah bercampur babi.Samer jek lah.."

Hurmmmm... Pe lagi.. Dengan tidak kepuasan hati kan..Saya pon menggunakan khidmat pakcik Google..

Dan ape yang saya dapat saya buat kesimpulan macam nie:

Seperti yang kite tau, sebagai orang Islam, darah merupakan sejenis najis pertengahan..
Tidak kire darah dari orang Islam ataupon bukan islam, darah tetap sejenis najis..
Apabilah darah keluar dari badan seorang manusia, darah itu secara automatik nye adalah najis..
Tetapi biler darah itu dah masuk ke dalam tubuh badan manusia, ia nyer tidak menjadi najis lagi..

Sebagai contoh biler orang derma darah, beg yang berisi darah tuh adalah najis..
Tapi biler darah tuh dah masuk dalam badan manusia, ia bukan lah najis lagi..

Jadi kesimpulanye, tidak kire orang islam derma darah kepada orang bukan islam, atau orang bukan islam derma darah pada orang islam ia nyer boleh dilakukan..

Itu sajer... Kalau ade ape2 info lagi yang saya tak tahu, boleh lah bagitau saya...

P/s: satu lagi perkara yang saya dapat tahu dari ape yang saya bace, kite boleh berkongsi segelas air dengan orang yang bukan islam..


:) :) :)



Monday, March 16, 2009

Ape itu GELATIN??

Salam...
Hai kawan2 semua...
Enrty kali nie nak kongsi ngan kawan2 smua mengenai Gelatin..
Sebabnyer kebanyakan gelatin yang digunakan dalam makanan di ragui Halalnyer..
Aku macam biase, suke meng"Google" tuk mengetahui ape isi kandungan Gelatin yang sebenarnyer..

Marshmallo pon ade gelatin juga..

Rujukan1

Rujukan 2

Gelatin bersumber dari tulang haiwan yang diproses dengan larutan kimia hingga larutan tersebut mengental dan mengandungi gelatin..

Gelatin dapat dibuat dari bahan yang kaya akan kolagen seperti kulit dan tulang baik dari babi mahupun sapi atau haiwan lain..Akan tetapi, apabila dibuat dari kulit dan tulang sapi atau haiwan besar lain nya, prosesnya lebih lama dan memerlukan air pencuci/penetral (bahan kimia) yang lebih banyak, sehingga kurang berkembang kerana perlu investasi besar sehingga harga gelatinnya menjadi lebih mahal..

Sedangkan gelatin dari babi jauh lebih murah dibandingkan bahan tambahan makanan lainnya..Itu kerana babi mudah di ternak..

Fungsi2 gelatin dalam berbagai contoh jenis produk:

1)Produk daging olahan: Berfungsi untuk memperbaiki tekstur, konsistensi dan stabiliti produk sosej,ham,kornet, dll..

2)Produk susu olahan: berfungsi untuk memperbaiki tekstur, konsistensi dan stabiliti produk dan menghindari sineresis pada yogurt, ais krim, susu asam, keju dll..

3) Jenis produk bakery: Berfungsi untuk menjaga kelembapan produk, sebagai perekat bahan pengisi pada roti2 dll

4)Produk minuman: berfungsi sebagai penjernih sari buah (juice), bir dan wine.


Sebenarnye banyak lagi fungsi gelatin nie... Jadinyer kawan2, kalau nak beli makanan2 yang mengandungi gelatin, pastikan ia nya halal dahulu... Tidak semua gelatin halal...Kalau ia nye di ambil dari lembu pon, kita tidak tahu sama ada lembu itu di sembelih dengan cara ISlam atau pon tidak..

Hurm... Susah jugak kan nak pastikan HALAL sesuatu makanan... Macam2 bahan yang ade...
Jadi berhati-hati sahaja..

:) :) :)



Tuesday, March 10, 2009

Hukum Bersanding Mengikut Perspektif Islam

Assalamualaikum & Hai kawan2!!
:) :) :)
Hari ni aku nak kongsi pe yang aku bace & google..
Sbb slalu dengar orang kate bersanding ni x baik...
Btol ke tak org cakap tuh..

So, aku rase aku dah dapat ape jawapan nyer..

URL: http://www.geocities.com/isazalii/ruang_agama/hukumbersanding.htm

1. Definisi Persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.

2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.

3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu. Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)

Kedua: Persandingan adalah adat yang diimport dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.

4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:

(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.

(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.

Hukum Islam Terhadap Persandingan

1. Menabur Beras Kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5: Thee do we worship, and Thine aid we seek., dan Yunus: 107: If Allah do touch thee with hurt, there is none can remove it but He: if He do design some benefit for thee, there is none can keep back His favour: He causeth it to reach whomsoever of His servants He pleaseth. And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful.

2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.

3. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)

4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)

5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."

Islam mencela amalan boros: "Janganlah kamu membazir secara melampau." (Maksud al-Isra': 26)

6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian: Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)

7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)

Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:

1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.

2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.

Rujukan
1. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam.
2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha.
3. Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam.

URL: http://soaljawab.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=292&Itemid=91

Assalamualaikum wrm wrbt.

Adakah dalam Islam dibolehkan bersanding walaupun tanpa bertepung tawar. Saya menjadi keliru adakah sekadar untuk mengambil gambar di atas pelamin sememangnya tidak boleh?

Sekian Terima Kasih.

Jawapan.

  1. Persandingan merupakan budaya yang dicedok daripada masyarakat Hindu seperti juga berinai. Di dalam Islam tidak disyariatkan perbuatan tersebut.

  2. Namun jika bertujuan sebagai kenang-kenangan, ia diharuskan tetapi perlulah diikuti dengan beberapa syarat:-
    i. Memastikan pasangan pengantin menutup aurat.
    ii. Tidak mempertontonkan secara terbuka kepada yang bukan mahram.
    iii. Pakaian dan perhiasan selaras dengan kehendak syara'.

P/s: Aku dah dapat jawapannyer.. Kalau nak bersanding boleh, tapi jangan menepung tawar & pakaian menutup aurat. Jangan pakai seksi2..


:) :) :)