♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Saturday, December 22, 2012

The Castle

Assalamualaikum. Annyong!!!! (^_^)

Panggil aku Datin Syarq sekarang!!! Well, sempena hari keputeraan Sultan Selangor dapat pulok pingat D.I.S.S. Dush dush!!!!Perasan sangat kau. Hehehehe. Actually mase public holiday untuk Selangor haritu sempena hari keputeraan Sultan Selangor aku kene bertugas. "Suke sangattttttt" kene kerja di hari cuti begitu. (-_-)'

Aku dengan beberapa office mate yang lain bertugas dalam Istana Alam Shah, Klang. Teruja hakak dapat masuk istana. Pertama kali lah katakan. Tapi tak adelah menunjukkan kejakunan sangat mase masuk kat situ walaupon kenyataannya ade perasaan sedikit jakun.(^_^)

Masuk-masuk je terhidu bau wangi. Hurmmmmm...Sedapnya bau. Istana mestilah wangi kan. Tak kan lah busuk.

Para tetamu di jamu dengan persembahan gamelan di raja. Aku bertugas dan hanya menyelit sama nak tengok jugak. (^_^)  Pemain gamelan semuanya budak sekolah, Kagum kagum.

Pantang jumpe cermin kene lah bergambar. Nampak tak yang pakai tengkolok berbaju melayu hitam semua kakitangan istana. 

Dengan tak malunye bergambar pulak dekat taman tengah-tengah antara dewan makan dan pintu masuk istana. 

  Taman mini yang comel.

Dah selesai bertugas baru kiteorang sibuk nak pergi makan.Orang lain semua dah kenyang monteneng. Elok jugak makan lambat, tak adelah terserempak dengan anak-anak keturunan diraja. I olls maluuuu sangattttt... Hikhikhikhik <<---gelak br="br" gedik="gedik">

 Dewan makan yang penuh dengan meja panjang. 



Sebelum balik wajib bergambar dekat tangga laluan Sultan naik ke bilik untuk beradu. Tak dapat nak beradu dekat atas, posing dekat tangga pun jadi lah......


Kenyit mata laju2. TQ :)

0 Sarang ♥:

Post a Comment

Sile komen..Jangan Malu2, Jangan Segan2