♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Thursday, June 30, 2011

Manisnya puding roti ini?????



Assalamualaikum

Alhamdulillah....Kenyang sudah berbuka puasa tadi. Sekarang masa untuk makan "pemanis mulut" atau dalam bahasa omputeh "dessert".


Tengah tunggu waktu azan maghrib tadi dapat idea. "Ting" "Ting" "Ting" !!! Tengok roti berlebih-lebih. Daripada membazir, baik buat puding roti. Campak kan apa saja yang ada dalam peti sejuk tu dan, bakar.

Bila nak makan puding roti tu, coklat chip m e l t i n g dalam mulut. Alangkah sedapppppppppppnye tak payah nak cakap lah!!!! Masuk bakul, mau angkat sendiri lorrrrrrr..

Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Wednesday, June 29, 2011

Betol kata orang


Assalamualaikum


Apa yang betol nye kan?????? Sebenarnya, betol kata orang. Bila kita ada barang baru, barang lama akan merajuk dan akan rosak.


Situasi 1 : Bila aku shopping beli kasut baru, kasut yang lama tapi masih elok lagi, terus jadi rosak tiba-tiba. Semalam kasut lama tu elok, dapat kasut baru, terus tapak tercabut.

Situasi 2: Aku pergi shoping pakai kasut yang dah lama sangat-sangat aku tak pakai. Pergi shoping bukan lah niat di hati nak beli kasut pon. Yang nak di beli adalah baju. Tengah shoping-shoping boleh pulak tapak kasut tercabut???? Apa kah?? Kasut merajuk sebab aku dah tak pakai dye lame.

Situasi 3: Masa birthday aku, dapat lah aku pakai sebijik jam tangan baru. Hadiah dari ayah. Minggu lepas, jam tangan aku yang lama selalu aku pakai tu dah tercabut pulak cermin dye. Sob sob sob. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Padahal aku sayang kot jam lama tu. T_____T

Moral of the story:

-Memang terbukti sah cakap orang tu. Barang lama merajuk!!!!

-Senang cerita, buangkan barang yang lama awal-awal dulu sebelum yang beli barang yang baru supaya ko tak sakit hati bila tibe-tibe barang lama rosak. Boleh?????

-Ataupon,nyorokkan barang yang baru kau beli daripada barang yang lama. Supaya tak ada berlaku kejelesan di situ. Boleh?

-Ataupon........Tak payah beli barang baru dulu???Pakai sampai dah rosak. Baru beli. Boleh???


Pssssssssssttttt.... Teringat pulak zaman sekolah dulu kene buat karangan tajuk
" Aku sebuah kasut" (^_^)


Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Tuesday, June 28, 2011

Berdebar-debar menyebab aku jadi bengong



Assalamualaikum

Wut the fish je lah aku ni hari. Soalan yang senang , macam orang putih kata, as easy as ABC pon aku boleh blur?????????????????????????????? Actually memang aku dah fikir pon jawapan dye macam tu. Tapi sebab kan perasaan berdebar and tak yakin takot jawapan tu salah menyebab kan aku jadi blur???? Berdebar mengatasi segala-galanya!

Aishhhhhhhhh... Rase nak ketuk-ketuk je kepala OK. T_______T

Soalan: Dekat mana nak letak shared printer dalam network sesebuah company????

Aku dah fikir dah, letak je lah kat switch. Lepas tu, pe ke jadah nye aku boleh fikir, dekat printer ade ke port LAN cable???????? Sebab aku tak pernah settingkan untuk shared printer??? Boleh tak??Sedey sedey sedey?? Ketinggalan. Belakang printer kat rumah aku mana ade port LAN weyhhh... Hahahahahahahahaha.


See see see?Jawapan aku dah betol da letak jela kat switch.


Lain kali yakin dengan jawapan sendiri wahai Syarq!!!!! Eh??? memang ade port LAN eh kat belakang printer? Asal printer aku tak hadoooooooooooo??????????

Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Thursday, June 23, 2011

Nampak tak nampak tak???


Assalamualaikum

Nampak tak nampak tak ape yang bertukar kat belog aku hari ni??????? Background aku sudah tukar. Yeeeeehaaaaaaa. Motif tukar background je????? Sebab nak bagi semangat aku untuk hapdet belog hari-hari. Boleyyyyyy???????

Kalau dah dasar pemalas tu, malas jugak lah kan????? Hahahahahaha. Sebenarnya, macam tak ada apa-apa yang menarik pon yang nak di ceritakan. Tu yang jadi malas tahap gaban. Lagi-lagi pulak kepala serabut. Entah lah. Ape nak jadi kat aku, aku pon tak tahu.

Wuwuwuwuwuwuwu. Kerja dah ada. Tapi hati pulak yang tak ada nak kerja dekat situ. Bukan tak bersyukur. Memang sangat-sangat bersyukur. Tapi, cuba korang dalami macam mane rase bile ko nak pegi kerja, tapi hati ko tak ada kat tempat kerja. Hati ko kat rumah????? Camne tu? Camne? Sile dalami perasaan itu. T_____________________T

Aku nak juga cuti hari sabtu & ahad macam orang lain. Sob sob sob. Tiba-tiba rasa jadi suri rumahtangga sepenuh masa yang berjaya lagi besttttttttttt!!!!! Tsssssssssssskkkkk. Apekah??? Bila masa aku kawen pulak nak jadi suri rumah sepenuh mase????

Tengok??? Merepek sudah. Bye.

P/s: Ini bukan main-main eh.. Ini betol-betol ape yang aku rase sekarang ni. Sila selamilah hati iniiii....Macam tajuk lagu ye tak???

Tapi terubat jugak hati ni bile tengok kumpulan Sepah. Semputttttttttt lagiiii, hahhhhhh,,, hahahaha




Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Wednesday, June 8, 2011

Kerteharuan

Assalamualaikum

Semalam ada sorang customer Chinese.Buat aku rasa terharu dan terus bersemangat untuk buat kerja semalam, walaupon pada awal-awal pagi tu dah down down down down.Nama customer Miss Lim.

Miss Lim: Saya suka lah awak banyak gelak-gelak. You manyak bagus ohhh...

Syarq : Yeke Miss Lim??? Kenape pulak? (hidung dah kembang sikit mase ni :p)

Miss Lim: Iye lor... Saya ini tak pandai sangat cakap melayu maaa..

Syarq : Iyeke??

Miss Lim: Ade selalu saya call ha, selalu itu orang serius je, bile dengan orang yang tak tahu sangat cakap melayu. Tapi awak, boleh borak-borak and ketawa-ketawa dengan saya.Hahahaha

Syarq : Hehehehe. Saya pon suka jugak borak-borak dengan customer sambil buat kerja. Kalau serius saja, bosan maaaaa...Betul tak miss lim?

Miss Lim: Betoi, betoi. Hahahahah

Miss Lim,jangan puji sangat lah!!! Nanti semuanya mengembang maaaaaaaaa (^_^)


Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Sunday, June 5, 2011

Ayam Q (^_^)



Assalamualaikum

Birthday aku kali ni, lain pulak cara family aku menyambutnya. Adik, sila jangan jeles ehyhhh.... Bluekssss... :P Selalu kiteorang sekeluarga makan kat tempat-tempat yang agak special yang jarang-jarang pergi bila sambut birthday.


Tapi kali ni, ayah and mak aku try buat Ayam Q. Kehkehkeh. Saje sebut Ayam Q sebab rasa lebih manis bila sebut macam tu. (^_^) Daripada sebut B A _ _ Q???? Ayam Q lagi sedap kan bila disebut????


Location Ayam Q dekat rumah sudeyyy... Tak dapat derrrrr nak buat tepi laut, tepi sungai, tepi kolam renang. Tepi longkang rumah sudah!!! Bukan longkang yang berbau "harum" tu. Ini longkang yang suci lagi murni. (^_^)

Tu dia penjual sate kita. Dengan gaya mengipas yang nampak handal nak hidupkan api. Ha ha ha. Kipas tu mak aku kate, dia ambik dari pakcik katering sate yang tertinggal kipas sate. Terima kasih lah pakcik sate ye. Sangat berjasa kipas sate pakcik. :)

Ayam-ayam sedang Q( beratur) di atas pemanggang ye. Beratur elok-elok. Luruskan barisan dan rapatkan saf.


Isteri penjual sate.Bakar ayam pulak. Asyik bakar sate je hari-hari keje penjual sate. Tukar selera ayam pulak (^_^)


Rupa ayam yang sedang Q bila sudah masak. Siapa air liur yang sudah meleleh masa tengok gambar ni, sila lap ye. Abis keyboard korang tu weyh.... :P Rasa dia???Tak payah cakap lah. My mom's cooking. Of course terbaikkkkkkkkkkkk!!!!!!


Anak penjual sate. Penat hidupkan api, sampai hadap ayam tu sorang-sorang. Aku mane??? Pakai baju tidur. Segan nak tangkap gambar. Hahahahaha.

Sekian.


Kenyit mata laju2. TQ Smiley