♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Saturday, April 30, 2011

Lepas ni pergi kerja sorang-sorang


Assalamualaikum

Aduh. Berita yang aku dengan kawan-kawan dapat semalam memang tak boleh nak hilang lagi rasa sedih tu. Lepas dapat berita tu semalam, kelas rasa sayu je. Rasa hambar je. Rasa macam tak cukup corum. Ade yang kurang.


Sungguh-sungguh aku fikirkan yang semua orang akan lepas. Ingatkan semua orang senang-senang boleh lepas. Lagi-lagi pulak Zana yang setiap hari pergi kerja dengan aku. Pergi kerja ada orang teman borak-borak dalam kereta sambil memandu. Tak ah aku rasa sunyi.


Mulai minggu depan, tak delah aku teman berborak dalam kereta. Hurm. Mesti rasa pelik. Mesti ada rasa kurang. Mula lah aku cakap sorang-sorang dalam kereta. Menyanyi pon sorang-sorang. T___________________T Dah tak ada geng nak beli nasi lemak kat Seksyen 20, depan KPJ Shah alam. T____________T


Apa-apa pon good luck kat Zana. Baik-baik kerja kat Burger King tu. Rezeki Zana kat Burger King tu lagi mencurah-curah. Take Care and Keep in touch!! Jangan lupa kawan (^_^)



Love u Mak Datin!!! :P


Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Sungai Sendat


Assalamualaikum

Wow!!! Seminggu dah aku tak update belog yang comot ni. Kali ni bukan tak tahu nak update ape. Tapi internet aku out of service. Line telephone aku rosak. Jadi sah-sah streamyx pon tak boleh guna lah. Sob sob sob T______________T

Entry ni aku post guna wireless jiran sebelah rumah aku. Hahaha. Jiran sesama jiran elok lah sharing. " Sharing is caring". (^_^) Betol tak??? Ok, ni ada cerita basi yang nak aku kongsi. Cerita dah expired. Nasib korang lah kene dengar cite dah basi. Untung bukan dah berkulat :p

Sabtu minggu lepas, dapat pergi meronggeng dekat tempat yang sangat-sangat lah sendat. Sesendat nama dia. Hahahahaha. Sungai Sendat.... Tak tahu lah sendat celah mana entah. Lu pikir lah sendiri weyh!!


Sila cari dalam gambar kat atas, celah mana yang sendat. Kalau dah jumpa, bagitahu aku (^_^)

Sebelum menyendat-nyendat dalam air, kita bako je ayam-ayam, ikan-ikan, udang-udang, sosej-sosej dan fish ball. Kasi bakoooooo!!! Lepas tu, melantak untuk bekalan perot sebelum masuk dalam air terjun yang sejuk.


Mula-mula nak masuk air tu, menggigil-gigil bukan main. Dah lama berendam, rasa tak nak keluar. Nak duduk berendam sampai ke malam :P



Group 207 B superb!!! (^_^)

Lepas ni kita pergi sungai mana pulak????

p/s: credit to nadiah for the picture

Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Friday, April 22, 2011

Syarq belum sampai tahap mampu lagi

Assalamualaikum

Pukul 1.25 pagi update belog. Bukan tak boleh tidur. Tapi rindu kat belog yang sekarang ni makin hari macam makin kurang diberi kasih sayang. Ececececece. Kasih sayang telah diberi lebih dekat orang lain. Lalalalalala....


Hui,,,,Sebenarnya, aku rasa kadang-kadang rasa macam tak mampu nak update belog walaupon sehari satu entry. Balik kerja rasa terus katil yang empuk tu memanggil-manggil untuk tidur. Tambah-tambah pulak, bantal busuk yang terasa sedap bila dipeluk tu pon macam rasa sejuk je. Apa lagi kalau tidur guna bantal yang sejuk tu. Hahahahaha. Semuanya nafsu badan ni je. Boleh je nak tahan tidur untuk update satu entry sebelum tidur.


Tapi, kalau dah tahan tidur untuk update satu entry pon, otak pulak dipaksa untuk pikir apa yang nak di taip. Tak kan nak taip, " Aku nak tidur", " Aku nak tidur" , " Aku nak tidur" setiap hari. Ha ha ha, Boleh tak setiap hari entry " Aku nak tidur"???????? Dapat jugak buat satu entry kan satu hari???? Confirm orang meluat nak masuk belog ni dah. Iye tak????


Aku hairan macam mana nak jadi blogger yang tegar. Blogger yang sentiasa ada je entry paling kurang pon satu entry satu hari, Banyak sungguh idea diaorang ye. Kenapalah otak aku ni tak rembeskan banyak idea untuk tulis entry. Paling aku kagum dekat Abang Ben Ashaari.
Memang kagum + respect + tabik spring + terkesima pon ada sebab dalam sehari dia boleh update 20-30 entry. Huisshhhhhhhhhhhh!!! Memang banyak betol idea.


Tapi apa-apa pon, bagi aku blogging ni sekadar suka-suka. Satu anugerah yang Allah bagi orang-orang yang banyak idea untuk menaip blog mereka.

K lah. Esok kene bangun pagi-pagi nak pergi pasar. Jadi suri rumah sekejap esok.

Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Wednesday, April 20, 2011

5 waktu doa diterima


Assalamualaikum


5 waktu doa diterima :
  • Sebelum masuk waktu subuh
  • Lepas solat 5 waktu
  • Dalam majlis-majlis ilmu
  • Waktu berbuka puasa
  • Sebelum waktu Maghrib



Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Saturday, April 16, 2011

Segmen: Ben Ashaari Gegar Lagi..



Assalamualaikum

Jom join segmen Abang Ben ni!!



Kenyit mata laju2. TQ Smiley


GA Contest POLKA.espadrilla



Assalamualaikum

Hari ni, hari untuk melangsaikan semua hutang tag yang belum habis lagi tarikh luput. Ekekekeke.Yang dah habis tarikh luput tu Syarq mintak maaf ye. Tak sempat nak join sudah. T______T Cik Ngah yang sangat-sangat rajin tag aku. Ha ha ha. Biaselah, aku pon rajin tag dia jugak. Bak pepatah orang putih, "What you give, you get it back!!"

Teruskan dengan tag kali ni yang berupa sebuah Give Away Contest. Contest ni nak carik follower blog POLKA.espadrilla.. Dengar nama pon macam comel kan?? Hehehe. Memang sah tuan belog comel pon (^_^)


Untuk ke blog tuan Give away dan nak tahu syarat-syarat, click kat banner di atas. Ok, sekarang masa untuk tag...............................

Kenyit mata laju2. TQ Smiley


1st lucky draw by yuyue



Assalamualaikum

Huhuhu. Aku di tag oleh Nan. Sweet sungguh dia sebab mempromote blog awek dia sendiri. Huhuhu. Ok, kalau siapa-siapa yang nak join blog awek Nan ni dan blog Nan sendiri.


Plus, kalau korang Lucky, boleh lah dapat hadiah misteri. Untuk tahu syarat-syarat untuk join sila click sini.

Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Friday, April 15, 2011

Blogwalking esok kayh (^_^)


Assalamualaikum

Woooisssshhh.. Minggu ni sangat-sangat kepenatan lah rasa nya badan-badan ni. Bukan badan-badan je penat. Fikiran pon penat terkenang-kenangkan mock call yang akan datang nanti. Apalah nasib aku nanti. Wuwuwuwuwuwuw. Harap semuanya baik. Amin.


Minggu ni, pagi-pagi lagi dah exercise. Banyak berjalan kaki. Sebab tu lah penat. Tambah-tambah pulak nak cepat, rushing. Berjalan dengan kelajuan 90km/j. Hahaha. Selaju kereta yang dipandu dekat highway. :p


Dan minggu ni jugak, balik-balik keje dah siap solat semua terus tidur. Nak layan TV pon kurang dah. Tido lagi sedap. Tak sempat nak update belog yang comot ni. Sorry lah korang, aku tak sempat nak bl0gwalking. Tak pe. Nanti weekends aku ganti balik eh. Gi blogwalking kat tempat korang. And plus, thanks kat semua blogger yang baru-baru follow aku. (^_^) Sorry kalau blog aku ni ade yang terkurang :D

P/s: nak sambung tido balik. Padahal baru terjaga dari tidur ni.

Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Tuesday, April 12, 2011

Posto Posto


Assalamualaikum

Semalam dapat satu pucuk pos ekspres, errkkk??????Pucuk ke?????


Isi dalam nya adalah kunci kereta Nissan Skyline sebijik!!! Dalam tu ada di sertakan surat yang menyatakan yang aku boleh ambil kereta tu dekat any showroom nissan.Keh keh keh keh. Bahahahaha..Tipu sunat. Bende ni yang aku dapat.



Owwwhhh..Bestnye kan kalau dapat sebijik kereta free tu. Thanks a lot to CheQpPJoY. Sudah sampai keychain Love tu. Santek santek. Suka sebab ada ayat "Happy Blogging" (^_^) Special!!!!

Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Sunday, April 10, 2011

Lempeng Cap Atok


Assalamualaikum

Hari ni pergi rumah atok a.k.a nenek ku dekat Keramat. Berbaloi-baloi. Perrggghhhh..Dapat melantak makanan yang sangat-sangat lama tak makan. Walaupon, simple tetapi sedappppppppppp..Lagi-lagi pulak atok yang buat.Cicah pulak dengan sambal ikan bilis. Double the pergggggghhhhhhhhh... Ekekeke.


Lempeng cap atok. Hahahaha, Cap atok tu nak buat tambahan je. Buat gempak :p Actually, tepung ni adunan lebihan atok buat karipap sebab ada orang order karipap kat atok.

Sapa nak? Ada lagi kat dapur. Atok siap tapaukan untuk bawak balik lagi, Kelasssss....

Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Friday, April 8, 2011

Orang putih,cakap melayu



Assalamualaikum

Buat permulaan,korang cuba tatap gambarlelaki ni dulu. Kenal tak korang dengan lelaki ni??

Korang pernah tak tengok drama melayu bertajuk Cikgu Kemisah Kirkby dekat TV 2.Pukul 9 malam kalau tak salah aku, setiap hari Rabu??????

Aku sangat kagum dengan mamat ni sebab, walaupon dia bukan orang Malaysia, tapi fasih yang amat-amat bercakap dalam Bahasa Melayu. Dan, mak aku sampai minat tengok drama Cikgu Kemisah Kirkby ni sebab ada mamat ni lah. Dalam watak drama tu, nama dia Gerome.


Asyik sebut mamat ni,mamat ni macam dia tak ada nama pulak kan? Hehehe. Nama dia Geofrey Perrin Williams. Bila aku tengok drama Cikgu Kemisah Kirkby sampai aku cakap kat mak aku, kalau aku jumpa Geofrey ni rasa nak cakap dengan dia depan-depan je. Test bahasa melayu dia. Siapa lagi teror. Hahaha


Anyway, semalam masa aku tengah makan ikan bakar tu, ada crew buat shooting dekat depan kedai Paintball, depan kedai ikan bakar tu. Tiba-tiba nampak sorang mamat macam pernah tengok je. Huhuhu. Tengah smoking. Teringin nak tangkap gambar dengan dia, tapi malu-malu miow miow. At last snap dari jauh je lah labuuuuuuuuuuuu..He he he.

Nampak tak itu orang dalam bulatan?? Itulah dia Geofrey Perrin Williams. Tengah rehat sebelum sambung dengan shooting. Aku nak snap gambar dengan dia malu. Sebabnya, kalau aku jumpa mana-mana artis pon, aku buat-buat tak kenal je artis tu. Kah kah kah. Bila dah jalan jauh sikit dari artis tu, baru sibuk nak cerita.


Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Ikan bakaQQQQQ

Assalamualaikum

Ikan Bakaqq bak kata Zana. :) Kederat tengah hari tadi sebelum pergi kerja melencong ke tempat lain semata-mata untuk makan seekor ikan bakar. Hu hu hu. Ini semua sebab semalam asyik duduk cerita pasal ikan bakar je sampai air liur meleleh mengidam ikan bakar. Haisshhhhhh...


Ambik Siva kat stesen LRT Kelana Jaya, dan terus berdesup pergi Restoran Fendi Ikan Bakar. Sumpah sedap!!!!! Sekali makan, nak lagi!!!!! Slurrp slurpppp =p~

Ikan Cencaru Bakar, Siva punye

Set ikan keli bakar, Zana punya.

Ikan keli saja SYarq punye. Aku punya tamoh nasi sebab dah kenyang kat rumah makan nasi lemak (^_^)

Jemput makan. Sumpah sedap!!

Siva & Zana kawan suka dan duka dalam training. (^_^)

Menyesal order sekor je ikan. T___________________T Sampai sekarang menyesal sebab teringin nak makan lagi. Wuwuwuwuwu.

Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Thursday, April 7, 2011

Korang selesa tak kalau.......................


Assalamualaikum

Salam satu Malaysia dan Selamat tengah malam.Keh keh keh. Ada ke ucapan untuk tengah malam? Tak nak buang masa nak sambung balik tajuk entry aku kali ni.


Korang selesa tak kalau........................

seseorang yang korang kenal, tapi tak rapat komen pasal baju yang korang pakai??? Tapi, bila korang tengok baju dia tak adalah up to date. Takdelah fashionable??

Korang selesa tak kalau........................

seseorang yang korang kenal, tapi tak rapat tenung korang lama-lama dari atas sampai ke bawah,macam seolah-olah korang tak pakai baju bila korang berdiri depan dia?? (sama jantina ok)

Korang selesa tak kalau........................

seseorang yang korang kenal, tapi tak rapat tiba-tiba datang kat korang cucuk perot korang dan berkata " Perot buncit!!"


Dan yang paling terakhir,

Korang pernah tak hadapi satu situasi, rasa macam nak cepat-cepat blah dari situ bile korang berdua sahaja dengan seseorang yang korang kenal,tapi tak rapat sebab takot dia akan komen lagi tentang apa-apa yang dia suka pasal kita?


Psssssst....If rapat, memang tak ada masalah pasal semua bende kat atas ni.


Kenyit mata laju2. TQ Smiley



Wednesday, April 6, 2011

Disebabkan shawl karipap



Assalamualaikum


Good good momomomorning semua!!!!!! (^_^) Weeeehooooooooooooooooo,,, seronok betol bila masuk kerja petang. Boleh bangun tido lambat sikit. Ceh..... Perkataan sikit perlu di highlight kan. Kehkehkeh. Untuk cover konon-kononye, aku bangun boleh dikira awal lah kan? :p


Semalam, aku try shawl yang baru aku beli masa cuti hari Sabtu last week. Semangat nak pakai shawl baru. Aku nengok orang lain pakai lawa je,kemas je. Aku pakai terus jadi macam comot. Hampir menangis sebab shawl tak jadi T____________T. Dah lah, macam dah lambat nak pergi kerja. At last, aku pakai jelah macam mana pon. Nak gosok tudung lain memang tak lah. Dah tak sempat.


Semalam, aku pergi kerja separuh jalan naik kereta, separuh jalan lagi naik LRT pulak. Masa aku berjalan dari kereta nak ke stesyen LRT , aku berselisih dengan sorang budak perempuan sekolah menengah. Dia pandang aku, lepas tu dye senyum sorang-sorang. Fine!!! Malunya aku, mesti dia gelakkan shawl aku sememeh. Tak reti pakai. T______________T Terus aku jalan laju-laju tak pandang orang lain dah. Semangat pon dah down down down.


Sampai stesyen LRT beli tiket, terus masuk tandas betol-betolkan shawl yang sememeh.

Ini lah shawl yang masih sememeh lepas dah betolkan dalam toilet. Gambar di snap sebelum kejadian comolot pasangan pengkid berlaku. Ekekekeke.

Sampai je tempat keja, jumpa nadia kawan sekerja aku. Nasib baik dapat kawan yang memang peminat shawl. Cepat-cepat ajak nadia pergi toilet,berguru dengan dia untuk betolkan shawl aku yang sememangnya sememeh. At the end, this was the result :

Tadaaaaaaaaaa..... Terima kasih nadia. Sebab dia, terus jadi tak sememeh macam sebelum dah. (^_^) Semangat pon dah up up up. Jalan pon,dah pandang muka orang lain. Ha ha ha.


Pssssssssttttt..Actually,this kind of shawl, nama nya masa aku beli tu, akak tu kata, sisik ikan. Tapi,ada sorang kawan aku kata, tudung karipap. hahahaha, boleh jugak panggil shawl karipap!! Sebab ombak-ombak tu macam karipap punye kelepet :D


Kenyit mata laju2. TQ Smiley