♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Tuesday, December 20, 2011

Ombak Biru

Assalamualaikum (^_^)

Hari Sabtu hari tu sangatlah enjoy. Mula-mula Maktam ajak aku dengan cousins kesayangan kesayangan pegi jalan-jalan area Shah Alam je. Setelah Maktam menggoda Mama untuk ajak berjalan bersama-sama dan Mama tergoda terus ubah plan berjalan-jalan kat Jusco Bukit Raja.


Dan sesampai kat Jusco Bukit Raja, tetiba:

Mama: Cerita ombak biru tu ade ke?
Aku : Ombak Biru???? Bukan birulah. Ombak rindu. (Gelak berjemaah)
Mama : Hah Ombak rindu ade ke??
Aku : Adelah kot,kalau nak tengok kat atas pukul berapa movie yang ade.
Mama,Maktam,Nabilah, Nazurah : Jom!!!!

Hoyehhhhhh,,,,Muka happy tak boleh sorok dekat setiap muka masing-masing. Memang dah lame sangat-sangat ditunggu-tunggu nak tengok cite Ombak rindu ni.(^_^)


Tengok??? Bukti kegembiraan (^_^)



Dalam panggung?????? Aku & Nabila asyik ternanti-nanti saat untuk air mata menitis. Bila aku tanya orang-orang yang dah tengok cerita ni semuanya bagi jawapan mereka menangis.

Tunggu punya tunggu punya tunggu sampai kiteorang gelak sesama sendiri tak jugak nangis-nagis ni macam mane???? Hati batu kah kami???? (>_<)

Sampai habis cerita, serius tak nanges. Yang menanges maktam & nazurah je. Tu pon tak delah mencurah-curah air mata. Aku memang jenis susah nak nanges kot tengok cerita.

Kenyit mata laju2. TQ :)



Friday, December 16, 2011

Asrar 2

Assalamualaikum

Apa maksud 'Asrar' ye??? Siapa tahu tolong bagitahu aku (^_^) TQ. Cerita sebenarnya hari Selasa malam aku dengan geng-geng se 'office' pergi tengok teater. Tajuk teater Asrar 2. Tiket pon FREE. Rugilah tak pegi kan???

Teater tu pulak buat dekat Auditorium, Muzium Shah Alam. Dekat sangat dengan rumah. Agak-agak terfikir jugaklah siapalah yang belakon dalam teater tu. Memang tak tahu ape-ape. Layannnnn jelah.

Stage Teater.

Bila je cerita start aku aim kot-kot ade pelakon yang kenal. Yeah!!! Adelah sorang yang dikenali. Pekin Ibrahim berlakon sebagai watak utama.. Siapa tak kenal Pekin Ibrahim boleh pegi google sane :p

Cerita dye pasal orang Islam sekarang yang ambik mudah pasal rukun Iman, ambik main-main. Keseluruhan cerita baguslah. Pelakon pon walaupon banyak yang tak kenal tapi agak mantap lakonan dyeorang. Lagi-lagi watak Sulaiman. Sulaiman ni dari luar nampak alim, pandai, tapi sebaliknya dye tak praktikkan nilai-nilai murni dalam Islam dalam diri dye.Dye pon sama gunakan kekerasan, suka maki orang. Kira cakap tak serupa bikin lah.

 Ade jugak beberapa kerat artis yang aku nampak join tengok teater Asrar ni.Yang aku nampak Sabri Yunus & Aiman Mentor.

Ok.Tu je.

Kenyit mata laju2. TQ :)


Thursday, December 15, 2011

Terseliuh dia

Assalamualaikum

Itulah padahnya kalau nakal sangat. Lepas tu aktif. Jawabnya sakit. Semalam mak aku cerita ayah aku bagi kittens kami Kiki & Koko main luar dari cage sampai 5 jam sebab dye lupe nak pesan adik aku suruh masuk kan kucing balik dalam cage.Mak aku pulak mase tu on the way nak balik ke rumah dari kampung. Adik aku pulak tido tak reti-reti nak bangun.Berpeleseranlah Kiki and Koko main sesuka hati dye.

Bila mak aku sampai je rumah tengok-tengok dua-dua ekor tu datang mengiau-ngiau bising seolah-olah dyeorang nak mengadu kat mak aku.Tengok si Koko jalan tejengket-jengket.Tangan dye yang belah kanan sakit. Mak aku terus tepon ayah laju-laju, pastu ayah balik laju-laju terus bawak budak dua ekor tu pergi Vet.

Doktor kata kaki Koko terseliuh. Alahai..kesiannya (T__T). Kalau kaki aku terseliuh pon sakit ape entah lagi kucing yang kaki kecik tu. (T__T) ni mesti dye ade main terjun-terjun tak tentu hala sampai salah landing. Doktor suntik kat kaki si koko dan kene Quarantine dye sampai 2 weeks dalam cage. Kiki pulak memang dari hari tu nak bagi Vaksin & ubat cacing. Kiki pon kene suntik. Dah dua-dua jadi lemah gemalai sekarang. Muka monyokkkk je... Makan pon tak selera sebab kene suntik.


Ayah over masa Kiki & Koko kene suntik tu. Mak aku kate, ayah tak nak tengok dyeorang kene suntik. Takot ke tak sampai ati ayah ni????hahahahaa overrrrrr. Aku pulak jakun lah sebab kucing pon ade buku Klinik.Kihkihkih. Sorry eh jakun sikit sebab first time bela kucing secara serius!! (^_^)


Kenyit mata laju2. TQ :)



Wednesday, December 14, 2011

Aquaria KLCC

Assalamualaikum

Ingat tak lagi tiket Aquaria yang aku beli dekat Matta Fair hari tu????Tak ingat click sana. Korang tahu tak tiket tu aku beli mase bulan berapa? Bulan Ogos. Sekarang bulan berape?????


So, hari Isnin hari tu masa cuti birthday Sultan Selangor baru aku dengan Fiza terhegeh-hegeh macam penagih nak pakai tiket tu. (-_-) Tengok betapa sibuknya kiteorang????Acecececece. Buat-buat sibuk je tu!! Ok tak kisah lah kan cepat atau lambat,yang penting belum expired. (^_^)


Dari Shah Alam kitaorang drive je sampai station LRT Asia Jaya. Lepastu laju-laju naik LRT dari Asia Jaya sampai KLCC. Sampai Aquaria, omak aihhhh ramai pulak orang beratur panjang. Tak kan kitaorang yang dah ade ticket ni nak kene beratur?? Pergi tanya dekat staff Aquaria yang duduk dekat entrance tu. Macam tak logic.Boleh tak dia cakap kitaorang kene beratur jugak?? Mula-mula dah redha dah kene beratur. Sampai depan sikit staff aquaria yang lain tengok kitaorang dah ada tiket terus dye suruh kami ke kaunter 6. Alhamdulillah. Tak payah beratur panjang-panjang, (^_^)


Masuk-masuk kagum tengok segerombolan pirahna dalam aquarium. Bayangkan kalau tangan aku masuk dalam tu? Kudung!!!


Ok.Ini amaran. Banyak gambar tau. Tengok satu-satu.

 Tahukah anda??? Ini adalah kuda. Kuda yang kudung. Kudung kaki dan juga kudung tangan. Inilah KUDA LAUT!!! Paham??? (^_^)

 Jangan dekat-dekat dengan ikan ni. Kalau rase dah puas hidup boleh lah. Belai-belai lah dye. :)) Electric eel atau nama melayu Belut elektrik.

 Ini aku tak ingat ape namenye binatang ni. Ekor dye belang-belang. Kalau korang pandai ape?????




 Ini terowong penuh dengan ikan-ikan. Atas kepala nampak ikan jerung lalu. 
 Aku memang kagum dengan perempuan ni. Berani!!! Kalau aku memang tak lah. kecut perut nampak jerung. Dengan ikan pari sebesar-besar nya dalam tu. Masa ni dye tengah bagi ikan-ikan makan, silap-silap perempuan ni kene makan.



 Kura-kura laut ni sangat lah comel. Comel sebab dye friendly. Suka berenang-renang bila orang nak snap gambar dye. Kalau yang kawan dye lain tu asik ler duduk diam. Bosan.
Ok dah. Sekian. Gila malas nak cerita untuk setiap gambar? Korang boleh bacakan apa yang aku nak ceritakan melalui gambar-gambar yang tak hade caption tu. Korangkan pandai (^_^)


Kenyit mata laju2. TQ :)


Friday, December 9, 2011

Apa punya mimpi

Assalamualaikum

Malam tadi mimpi entah apa-apa je. Macam mana entah Apex(Khairul Fahmi Che Mat) boleh masuk dalam mimpi aku.Ape kaitan dye dengan aku kan??????? Malam tadi first time selebriti masuk dalam mimpi aku. Selalunya mimpi famili aku dan kawan-kawan.


Mimpi dia macam ni.Dalam mimpi tu, aku dengan Apex tu jadi adik beradik.Aku kakak, apex adik. (^_^) Aku pon nak temankan Apex ni pergi training bola. Rumah kitaorang apartment atau flat cenggitu sebab ade lift. Bila dah keluar sampai depan lift nak turun bawah tetiba Apex kata dia lupa nak bawak kasut bola.So, dye pon cakap nak pegi amik kasut kat rumah.

Bila dye nak berjalan ke rumah tiba-tiba dye berjalan menuju kat aku lepas tu bulatkan mata dye tanda marah.Aku pon tengok je dye dengan muke blur.

Lepas tu aku tersedar dari tidur terus pegi solat subuh. Motiffffff mimpi tu?????

Kenyit mata laju2. TQ :)


Thursday, December 8, 2011

Kalau korang pandai cer teka????

Assalamualaikum

Cer teka siapa selebriti ni?????? (^_^) Kalau korang hebakkkkkk :p

2 jam setengah aku duk dalam dewan dengar dye berceloteh macam bertih jagung. Laju yang amat!!!!!Dye senyap bila minum air je. Lepas tu sambung lagi berceloteh. Otak aku pon dah jadi sangat-sangat penat sebab kene bekerja keras sikit nak tangkap apa yang dye cakap laju-laju tu. Kalau ko tak dpt tangkap memang tak pahamlah ceritanya. (-_-)"


Bila sampai tahap dah penat sangat tambah-tambah pulak memang dah waktu untuk pulang ke rumah memang aku blah dulu sebelum dia habis nak bercerita lagi. Aku dan kawan-kawan keluar bila dia minum air.Bila kami keluar dia nampak pulak tu. Pastu terus cakap:

Selebriti: Eh, diaorang tu nak pegi mane????Nak gi kencing ke??

Aku dan kawan2, jalan menonong buat tak tahu lepas tu gelak kat luar dewan (^_^) Hoishh tak larat dah aku.... Lenguh tulang-tulang duduk lame-lame kat dewan tu.


Clue???? Sorry.....tak tau apsal lah video yang aku buat tu tak boleyh upload! (-_-)"

Kenyit mata laju2. TQ :)


Monday, December 5, 2011

Steamboat paling besarrrrrrr punye

Assalamualaikum

Cerita ni hari sabtu yang lepas punye. Ayah ajak pegi makan steamboat dekat seksyen 23,shah alam. Name kedai kalau tak salah aku lah, The largest steamboat restaurant. Kalau siapa tahu dan aku salah betolkan ye. (^_^)


Seperti kedai-kedai steamboat lain jugak. Bayar ikot kepala(buffet) ataupon ala carte. So family aku pilih ala carte sebab sekepala adelah sebanyak RM 27.00 seorang untuk buffet. Macam rugi. Dahla family aku ni jenis tak larat nak makan banyak-banyak.So kami pilih ala carte ikot set.

Untuk set kat atas ni RM 16++ dan kitaorang amik 2 set (^_^)

 Yummy2

 Sebelum makan.

 Abaikan muka yang macam tak cukup vitamin tu sebab kepenatan sangat baru balik dari Melaka. 


Total kitaorang makan semua RM 53.00 .Perot pon memang betol-betol kenyanglah. Cuba bayangkan kalau bayar ikot buffet. Meletop terabur perot!!

Kenyit mata laju2. TQ :)