♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Sunday, December 30, 2012

Krup krap krup krap

Assalamualaikum. Annyong!!! (^_^)

Korang pernah tak makan Planet Popcorn??????? Huhuhuhu. Aku first time makan terus dah jatuh cinta dengan planet popcorn ni. Dah lah sedap lepas tu ade macam-macam flavour. Lepas tu harga pon berpatutan jugak.

Mule-mule kawan aku Fiza yang bawak popcorn ni. Sekali dah ngap, nak lagi nak lagi nak lagi non-stop ok. Mase tu fiza bawak perisa kari. Sedap sangat perisa kari. Pedas-pedas.

Semalam aku pergi Setia City mall terus singgah kedai Planet Pop Corn ni. Ingat nak ambik perisa kari. Sekali dah habis daaaaaa. Tengok??betapa sedapnya perisa kari sampai habis. Promoter dye bagi rase flavour baru, iaitu Kimchi. Hehehehehe.

Selalu kalau Kimchi mesti orang akan fikir masam, masin tak sedap. Salah!!!!!! Perisa kimchi adelah sangat sedap. Same taraf sedapnya dengan perisa kari. Masam-masam, manis masin.Terus beli. Hehehehe.


Mule-mule aku ingatkan  Planet Pop Corn ni buatan jepunataupon Korea tapi rupa-rupanya buatan  Malaysia dan ade tanda halal jugak. Sorry la.Camera gambar tak sharp.

 Perisa lain yang ade Original, Caramel, Cheezy, Choclate, Seaweed, Curry, Wasabi, Coffeee dan perisa terbaru Kimchi. (^_^) Oh ye!!!!! Location yang korang boleh cari Planet Pop corn dekat Time Square, Sunway Pyramid dan Setia City Mall, Setia Alam.

Jom makan pop corn!!! (^_^)

Kenyit mata laju2. TQ :)


Wednesday, December 26, 2012

Secetoet je dapat

Assalamualaikum. Annyong chingu!!! (^_^)

Hah. Ape yang secetoet tu kan?????? Cerita dye macam ni. Hari tu, tu tu tak igt hari ape la. Aku teringin sangat sangat nak buat asam laksa sendiri. Jadi sekilas pantas pergi men "google" resepi.... Aku ni dah lah first time masak laksa. Selalunya tahu makan je.

Lepas tu resepi yang aku guna tu kire sedap jugak kat tekak aku. So kat sini nak share lah balik resepi itu. Eh sebelum tu, esok nya laksa yang aku masak ni ade sikit lagi, Berebut dengan mak & adik aku. Jadi lebihan laksa tu bahagi 3 dapatlah secetoet macam ni. Sobssssssss. (T_____T)


Tapi terharu jugak sebab mak aku & adik kata sedap. Hewhewhewhew. Ini yan semangat nak masak lagi. Kesian sampai tak cukup ye (^_^). Nah resepi yang aku dah tukar-tukar sikit.

Resepi Asam Laksa Sardin

Bahan-bahan ( 5 orang )



* BAHAN PENTING

* laksa basah-direbus/celur

* BAHAN KUAH

* I tin besar ikan sardin -xkisah apa brand

* 4-5 biji bawang besar

* cili kering -ikut kepedasan

* asam keping -beberapa keping

* 3-4 kuntum bunga kantan - dihiris halus

* daun kesum

* separuh biji nenas (dikisar)

* BAHAN HIASAN

* 1 batang timun -dimayang/hiris

* 2 biji bawang besar-dimayang/hiris

* cili besar -dihiris halus

* cili padi -dihiris halus[jika suka]

* nenas -dipotong dadu


Cara-cara
1. kisarkan ikan sardin bersama bawang dan cili kering

2. setelah dikisar, masukkan bahan kisar kedalam periuk dan dimasak bersama asam keping, daun kesum, nenas yang dikisar dan bunga kantan. jangan lupe masukkan garam dan perasa [pada yang suka tambahkan perasa]

3. masak kuah sehingga menjadi pekat

4. kemudian bolehlah dihidang bersama bahan hiasan tadi. selamat mencuba

5. penambah selera: dimakan bersama petis udang, sos cili life ataupun sambal belacan. ikut selera masing2   Credit to this webpage :http://www.myresipi.com/top/detail/10435
Kenyit mata laju2. TQ :)


Tuesday, December 25, 2012

Restoran Abang Besar

Assalamualaikum. Annyong!!!!!! (^_^)

Semalam ayah dengan baik hatinya membelanja isteri kesayangan serta anak-anak dye yang comel makan dekat Restoran Big Brother. Lokasi dekat seksyen 7 shah alam, area Jakel. Kalau dari jakel (Jakel belah kiri korang,terus ke depan sikit nampak Petronas then belok kiri. Nanti terus je nampak kedai2, belah kiri nampak lah Restoran Big Brother. (^_^) Dah lah pergi pukul 10 malam, Orang tu dah nak kemas-kemas tutup kedai, kiteorang terhegeh-hegeh masuk nak makan, Nasib belum tutup lagi sebab dye tutup pukul 11 malam. Alhamdulillah rezeki. Oh ye, business hour : 11a.m - 11 p.m.

Memula tahu pasal restoran Big Brother sebab masuk dalam JJCM . Tak boleh tahan tengok si  Iqram Dinzly makan. Mengada tau makan dengan muka yang penuh nikmat. Erghhhhhhhh!!!!!Telan air liur 100 kali lah masa tu.


Ini makanan aku. Sobs..Sedey sebenarnye sebab tersilap order. Padan muke aku sebab baca menu tak habis. Sebenarnya nak smoked salmon. Tapi aku order smoked salmon salad. Erghhhhhhh...terpaksa mengaku diet makan salad campur beberapa keping hirisan salmon. Tak puas!!!! (-_-)'

Tapi tak apee.......Name pon Big brother, jadi portion makanan  dye haruslah besar. Jadi,,,,,,,aku boleh cilok sikit makanan mak aku. Hehehehehehe <<<----gelak jahat.="jahat." p="p">

Lalu,,,mak aku pon dengan baik hati mensedekahkan sekeping lamb chop dekat aku. Alhamdulilllah. Sedappppp gravy dye. Kambing dye pon lembut. Jadi tak perlu menguyah lebih 44 kali. (^_^)

Kalau order air panas, cawan dye amatlah besar, Dah macam sebesar mangkuk. Boleh order satu dan kongsi berdua.Kalau order air sejuk, size standard la.


Ini beef steak adik aku order. Sedapppppppp jugak. Daging dye tebal. Adik aku makan sampai taubat tak nak makan ape-ape dah kejap lagi sebab lepas makan kat big brother ayah aku ajak pergi makan durian. Durian yang sedap isi tebal, lemak berkrim disukai ramai, pahit-pahit sikit, isi kuning pulak tu dye boleh tolak????. Memang kenyang betol dye.Perut hampir meletop lah tu.


Hai si abang besar!!!! Terima kasih masak sedap-sedap. Lain kali boleh makan lagi. Bye!!! (^_^)

Kenyit mata laju2. TQ :)


Sunday, December 23, 2012

Koleksi baju dari ThePoplook

Assalamualaikum. Annyong hashimnika. (^_^)

Korang pernah dengar boutique online The Poplook?? Mungkin dye tak se glamour Zalora. Tapi aku dah jatuh cinta dengan The Poplook sejak tahun lepas lagi. Ini semua gara-gara blogger glamour macam Maria Elena, Fatin Lyana yang selalu sebut-sebut dalam blog dyeorang.

First time aku start shopping online dekat The Poplook lah. Nampak boleh dipercayai dan terus terasa nak cuba beli sehelai. Mula-mula aku beli blouse panjang sampai ke lutut.

Ini lah baju purple itu. Tapi sorry gambar depan tak ade lah rakan-rakan. Blouse ni kain cotton. Sangat selesa. Dan tali pinggang tu pon memang dibeli sekali dengan baju. Dan yang paling aku suke sebab dye panjang sampai lutut. Tutup punggung!!! (^_^)

Disebabkan baju dekat The Poplook tak mengecewakan aku pada percubaan pertama, jadiiiiii tanpa segan silu terus cube beli sepasang dress panjang.


Yang syok nye dress ni dah lah panjang sampai ke bawah kaki, lepas tu lengan panjang pulak tu. Tapi satu keburukan baju ni sebab button dye sampai bawah kaki. Jadi kau nak duduk sikit-sikit buton terbukak, silap-silap tercabut terus button. (-_-)' So, aku syorkan kalau nak beli dress jangan beli button sampai ke bawah kaki Ok, Kalau tidak terseksa sangat tau.Oh ye, aku punye bukan warna biru, tapi maroon.


Nextttt adelah dress ala-ala macam ni lah. Fesyen dah same... Cume corak dan warna lain. Aku punye warna purple dan corak floral kicik-kicik ahhhh...


Dress ni kain dye jersey macam kain t-shirt tu....Jangan kau fikir aku pakai togel-togel macam ni je. Tapi dikenakan luar dye pakai dengan baju fish tail gituh,,,


 Lepas tu tetiba ngade-ngade berkenan nak ade seluar palazzo pulokkkkkkk.... Warna dah lah cantik pulak tu. Mustard. Berpinar-pinar mate tengok warna mustard.Terus click click dan click dan bayar. Hah senang kannnnn click je.  Tak payah pening-pening nak cari-cari kat kedai. (^_^)


 Taraaaaaaaaa. Ini salah satu baju favourite jugak, Sebab blouse ni boleh match dengan macam-macam. Dengan seluar jean boleh, dengan seluar palazzo boleh, dengan skirt pon boleh sangattttt...Mix n match. (^_^)

Nampak tak dah ketagih beli baju dekat The Poplook ni???? Haisshhhhhhh berkenan pulak dekat baju warna fink eh pink ni.

 Oh, sebenarnya baju aku bukan design peplum begini, Tapi straight je.Ateeee,,cume corak dan warna same macam baju pink ni. Kain cotton.

 Dan..... Paling latest skali baru sampai last week baju kuning ini, First time ade baju kuning (^_^) Dah pakai semalam keluar dengan mak. Selesa sangattttt,,,,

 Yang bestnye shoppinh dekat poplook ni service dye sangat baik. Dah lah cepat reply email, lepas tu barang sampai pon cepat. Alhamdulillah.
 Cubelah!!!!!
Kenyit mata laju2. TQ :)


Saturday, December 22, 2012

The Castle

Assalamualaikum. Annyong!!!! (^_^)

Panggil aku Datin Syarq sekarang!!! Well, sempena hari keputeraan Sultan Selangor dapat pulok pingat D.I.S.S. Dush dush!!!!Perasan sangat kau. Hehehehe. Actually mase public holiday untuk Selangor haritu sempena hari keputeraan Sultan Selangor aku kene bertugas. "Suke sangattttttt" kene kerja di hari cuti begitu. (-_-)'

Aku dengan beberapa office mate yang lain bertugas dalam Istana Alam Shah, Klang. Teruja hakak dapat masuk istana. Pertama kali lah katakan. Tapi tak adelah menunjukkan kejakunan sangat mase masuk kat situ walaupon kenyataannya ade perasaan sedikit jakun.(^_^)

Masuk-masuk je terhidu bau wangi. Hurmmmmm...Sedapnya bau. Istana mestilah wangi kan. Tak kan lah busuk.

Para tetamu di jamu dengan persembahan gamelan di raja. Aku bertugas dan hanya menyelit sama nak tengok jugak. (^_^)  Pemain gamelan semuanya budak sekolah, Kagum kagum.

Pantang jumpe cermin kene lah bergambar. Nampak tak yang pakai tengkolok berbaju melayu hitam semua kakitangan istana. 

Dengan tak malunye bergambar pulak dekat taman tengah-tengah antara dewan makan dan pintu masuk istana. 

  Taman mini yang comel.

Dah selesai bertugas baru kiteorang sibuk nak pergi makan.Orang lain semua dah kenyang monteneng. Elok jugak makan lambat, tak adelah terserempak dengan anak-anak keturunan diraja. I olls maluuuu sangattttt... Hikhikhikhik <<---gelak br="br" gedik="gedik">

 Dewan makan yang penuh dengan meja panjang. 



Sebelum balik wajib bergambar dekat tangga laluan Sultan naik ke bilik untuk beradu. Tak dapat nak beradu dekat atas, posing dekat tangga pun jadi lah......


Kenyit mata laju2. TQ :)

Saturday, December 8, 2012

Kasut batu bata.Eh???

Assalamualaikum. Ann yong chingu!! (^_^)

Kalau dulu, bila lalu depan kedai Bata kan, pandang hujung mata je. Hehehehehe..Yelah,dahulu kalakan kasut Bata design dia adalah sangat mokcik-mokcik. Bata kan design kasut untuk keselesaan. Jadi, design adelah sangat limited kepada taste mokcik-mokcik.. Hehehe.

Tapiiiii sekarang tak lagi macam tu. Aku pulak dah jadi penggila kasut Bata yang setia. Die hard fan sangattttttt.... Design dye sekarang dah diperbaiki. Makin hari makin bayak keluar kasut/sandal yang lawa-lawa sangat. Tak ade dah batak macam dulu.

Koleksi kasut Bata aku. (^_^)

Yang ni heels ke wedge ye nak panggil??? Tak kisah lah kan,,,,Heels yang mula-mula aku berkenan dekat Bata. Terus jatuh cinta sebab keselesaan tapak dye.. Dah nama pon Bata Comfit. (^_^) Dah lah tahan lama sebab tapak dye tu bukan saja di gam, tapi dye jahit sekali tau. So insya Allah tahan lame :)


Ini pulak wedge yang tak berapa tinggi, 1 1/2 inci kot lebey kurang tinggi dye...Ini pon sangat-sangat selesa yang amat. Langsung tak menyakitkan kaki.Berbaloi-baloi beli (^_^)

Lepas tu aku ade beli lagi satu wedge yang 2 1/2 inci. Tapi cari-cari gambar tak ade lah pulak. Mungkin dah tak ade stock kot yang itu. Walaupon 2 1/2 inci tinggi dye, tapi selesa. Boleh dikatakan hari-hari pakai pergi kerja


Next adelah paling baru aku beli. Aku beli hari Khamis lepas. Ni semua gara-gara tak tertahan tengok sale!!!! Adoi....peningla tengok sale-sale ni. Menggigil je tangan tau. Sebab kan nak lepaskan gigil belikan jugak seketul!!! Tambah-tambah pulak ade geng yang menggigil jugak, Safra. Hehehehe.

Kiteorang dua orang selalu menggigil lah tengok barang. Tengok baju on9 , lagi-lagi dekat The Poplook tu. Kalau banyak duit rase nak beli sampai 10 baju sekali gus!!! (^_^)

Lepas tuu, siap ade kasut yang aku aim... Hahaha..
 Taraaaaaa.....Cantik oh kasut ni.... Banyak bahagian yang tertutup jadi nampak kaki adelah sangat kemas.
Ini pon nak juga sebab warna biru yang sangat cantik. Oh oh oh oh!!!!!!! Tunggu gaji nak rembat. Insya Allah (^_^) Doa kan kejayaan. Hahahaha

 
Kenyit mata laju2.TQ :)

Saturday, December 1, 2012

Hampir terlupa

Assalamualaikum....  Annyong!!!! (^_^)

Aku kan memang hampir terlupa yang aku ade blog. Boleh???? Bulan 10 lepas adelah jugak teringat-teringat nak update macam-macam dalam kepala otak ni. Tapi satu pon aku tak update. Busy "sangattttttttttt" buat benda lain kononnya. Patut lah aku rase boring je bile dekat rumah.Macam ade sesuatu yang aku tak buat.Rupanya blog terabai. (-_-)'

Salah satu cerita yang dah basi, aku join Askar Wataniah. Miahahahahaha. Eh, hari ni sangat tak ade mood nak bercerita la. Mungkin sebab dah lame tak menaip untuk blog ni, jadi idea tak mencurah-curah. Next entry baru kot ade semangat kan??



Korang tengok jelah gambar ye.




Kenyit mata laju2. TQ :)


Sunday, October 7, 2012

Untung lepas tu rugi

Assalamualaikum. Annyong!! (^_^)

Semalam kan memang menguji betul kesabaran aku. Tambah pulak tu memalukan sebab kecuaian sendiri. Semalam aku dengan Kak Dila bukak booth dekat amcorp mall. Saja nak bagi perabih stok yang ade sebab menyemak rumah je. Kalau dah habis boleh beli stok lain.

Dapatlah jugak aku beberapa untung tau.Alhamdulillah.


Lepas tu kiteorang punya booth dekat tepi dinding cermin tu. Dan bawah tu ade lubang tau. Aku dah terfikir, kalau sesuatu terjatuh atas lantai boleh terus terjatuh ke bawah ni barang. Naya je....

Tahu tak cerita macam aku fikirkan tu betol-betol terjadi. Aku pulak cuai pegi letak handbag dekat tepi dinding cermin tu atas kerusi. Aku mahu ambik handphone celah beg. Tempat aku letak phone tu ade skali parking ticket.

Sekali.....Parking ticket tu terkeluar dari tempat aku letak phone tu dan jatuh atas lantai dan melayang-layang jatuh ke bawah. Aku terkesima lalu terjerit sikit lepas tu hanya mampu kate bye-bye kat parking ticket tu
(-_-)'

Terus marah diri sendiri sebab cuai sesangatttttttttttt..


Aku pergi turun bawah cari parking tiket tu, tapi tak dapat jumpe pon. Entah dah melayang dekat celah-celah gerai orang agaknye. Tak kan aku nak selak-selak alas meja erai orang pulak kan???Oh, kat tingkat bawah tu memang ade gerai jugak. Aku duduk dekat tingkat 1, dan tiket tu jatuh dekat tingkat LG. 

Nasib baik aunty aunty gerai bawah tu bahek hati tolong carik2 kan jugak parking ticket tu. Tapi tak jumpe (T_____T) RM 50 weyh kene bayar lost ticket. Tadi untung lepas tu rugi. Memang bukan rezeki aku kot hari tu. Allah uji kite dengan macam-macam kesusahan.

Dari sekecil-kecil ujian sampai ke sebesar-besar ujian. Lagi banyak ujian, lagi banyak Allah sayang pada hambanya. Insyaallah (^_^)

Yang buruk semua datang dari kite, yang baik semua dari Allah.

Kenyit mata laju2. TQ :)

Melawat Library UTP

Assalamualaikum. Annyong haseyo!!! (^_^)

Hari Khamis lepas dapat pergi jenjalan. Wehoooooooo...Tak payah buat keje!!! (^_^) Kalau pergi jalan memanjang je suke. Kalau buat keja boring.Hehehehe.Ini pon untung Kak Nadiya baik dengan orang library dapat jugak menyelit-nyelit nama aku dengan Safra. Kalau tak kirim salam je dekat UTP.

Lawatan pergi IRC Universiti Teknologi Petronas (UTP). Oh, dekat UTP dyeorang panggil perpustakaan IRC which is stands for Information Resource Centre.  Daebakkkkk!!!!!

Ini pemandangan Tasik dekat UTP daripada dalam bas.

 Rombongan Cik Kiah baru sampai depan IRC,UTP (^_^)

Sampai-sampai belum masuk lagi dalam library dah terus kagum OK. Tengok library dari luar pon dah kagum.


 Pintu depan IRC,UTP. Cantik kan????Macam canggih betol rak buku dye. Serupa macam pelantar minyak. Nampak tak tiang rak buku tu tinggi dari atas ceiling sampai lantai. Kan macam pelantar minyak itu.

Hoi hoi, kalau aku dapat library macam nim hari-hari lepak kat library study. Kononnnnnnnnnnn. (^_^) Memula je lah semangat, hari-hari yang mendatang jalan pergi library pon dah tak ingat dah. (-_-)'

Dulu, adelah jugak cite-cite nak masuk UTP, tapi baru hantar borang pon tak lepas macam mane??????? Masuk lah tempat lain kan. So, dapat melawat library pon jadilah dah berangan-rangan konon student kat situ.

 
Tapi kan, walaupon IRC ni nampak cantik dan juga best, staff dekat situ kate student UTP tetap tak ramai sangat pergi IRC sebab dah ade E-book. Boleh bace kat bilik je. Tak payah nak penat peluh-peluh jalan kaki pergi IRC.Sampaikan hari Sabtu & Ahad perpustakaan tak bukak pon.


Dekat UTP ade course Engineering dan IT saje. Sesiapa yang rase berkenan nak hantar anak dyeorang dekat UTP silekan sebab aku tengok ramai student graduate dari UTP adelah sangat berjaya.

 
 Dalam auditorium. Suasana rase macam dalam bilik kuliah. Arghhhhhh tetiba rindu zaman-zaman muda-mudi dulu belajar. Tapi bile ingat thesis terus rase nak tido je. Hehehehe.

 Ini tempat koleksi-koleksi buku bekas pengarah UTP (^_^)





Gambar jadi pecah. Wuwuwuuwuwuw.. (T_____T) Dalam hp cantik je...... Kalau transfer dalam laptop jadi kecik.


 Selesai lawatan, singgah masjid UTP untuk solat Zuhur.


 Bye.Annyonghigeseyo!!! (^_^)
 
Kenyit mata laju2. TQ :)

Thursday, October 4, 2012

Menggemukkan diri dekat Seoul Garden

Assalamualaikum. Annyong!!!! (^_^)

Ini baru kali yang ke-2 aku makan dekat Seoul Garden. Dulu 1st time makan mase belajar dekat Seoul Garden tepi federal highway tu,dekat Stesen LRT Kerinci. Semalam, aku makan dekat Seoul Garden Setia City Mall.

Oh, kepada sesiapa yang tak tahu Seoul Garden tu ade steamboat & BBQ orang Korea. Ni pon sebab terpengaruh tengok cerita Korea. Berdasarkan ape yang aku tengok dalam drama Korea, dyeorang panas-panas baru masak daging panggang terus ngapppp masuk dalam mulut. Daebak betol tak melecur ke lidah dyeorang????


Sebelum ni aku pernah makan steamboat dengan bbq ni dekat rumah gune dapur yang mak aku beli dekat Jusco. Tapi kecik je lah. Kalau korang teringin nak buat kat rumah boleh beli macam mak aku punye macam ni.

Dye pakai elektrik. Lepas tu boleh buat stemboat dengan Grill.Tapi kecik je la. Tak besar dapur macam dekat Seoul Garden punye.

Untuk steamboat boleh pilih kuah. Ade kuah Tom Yam, tomato soup kot tak silap dan lain-lain. Kimchi stew pon ade.




 Ini daun salad. Aku nak rase jugak kesedapan orang korea suke balut daun salad tu. Dalam letak daging bakar + bawang putih, kimchi, sos sikit. Pastu bungkus-bungkus masuk dalam mulut one shot, ngappppppppppp baru rase campuran bahan-bahan dalam salad tu sebati. Cewahhhhhh macam pengacara jalan-jalan cari makan je.

Ok, mulut kembung-kembung sebab makan salad tu one shot macam aku bagitahu tadi. (^_^) Sedap tau.



Sibuk memasak. Berasap-asap korang.. Ini baru dinamakan dapur berasap. Aku cakap kat Kak Nadiya, kalau aku dah kawen, mak mertua nak datang rase masakan aku, ajak je dye pegi Seoul Garden. Peluh-peluh tau masak. Mak mertua mesti bagi pernampar berdas- das!!! Kurenggg punye menantu, Menantu ke hantu????? (^_^)

Air pun boleh pilih tau nak letak ape. Nata de coco ade, selasih ade, kelapa laut ade, jelly ade. Cincau ade.


ABC pon buat sendiri. Datang kat sini semua orang jadi pandai masak lah!!! (^_^)




Last boleh makan dessert.




Kat Seoul Garden ni kalau korang tak suke makan daging, ade jugak kambing, ayam, seafood. Pilih je nak ape. Insyaallah ade. Monteneng perot makan kat sini.Kene makan berbaloi-baloi dengan bayaran RM 36++ tak termasuk tax satu kepala. Sebenarnye kalau makan waktu siang murah sikit dalam RM 25++ satu kepala. Aku pergi tu waktu malam, mahal sikit lah.

Kenyit mata laju2. TQ :)