♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Wednesday, November 30, 2011

Siboh Kitak Nangis

Assalamualaikum (^_^)

Tadi masa kat ofis, heboh boleh bukak Facebook, Youtube dan macam-macam website yang di block waktu sebelum dan selepas rehat. Hari-hari selalunye facebook boleh buka bila time rehat je. Pukul 1pm - 2pm. Bila dah tetiba boleh bukak apelagiiiii, semua laju2 login FB. Aku yang lagi2 tengah kebosanan tak ade keje ni pon samelah join sekaki, Tapi nyuruk-nyuruk lah takot bos lalu, Weeeeeeeeeeeeeeee (^_^)


Tapi sebenarnya bukannye nak cerita pasal keterujaan bleh bukak FB walaupon bukan waktu rehat. Tapi teruja dengar lagu ni.


Lagu Zee Avi dalam bahasa sarawak. Teruja aku dengar sebab aku ni kira dalam proses belajar bahasa sarawak. jadi setiap perkataan dalam lirik lagu tu aku cuba pahamkan. (^_^) Aku tahu pasal lagu ni pon sebab bace paper tadi pagi. Pasni dengar lagu noh hujan- kamek sayang kitak pulak!!!!! 


Kenyit mata laju2. TQ :)


Strawberry

Assalamualaikum

Terima kasih la pada kak nieza, Sebab....... Kenalkan aku dengan DAISO. Aku yang jakun ni xtahu ape tu DAISO???? Kedai makanan kah??? Kedai hardware lah? Kedai buku kah??kedai furniture kah????? kahkahkah.Ke korang pon same je macam aku??? Tak tahu gak??? :p


Ceritanya cenggini...... Hari isnin masa cuti awal muharam ri tu, gi jumpe kak nieza sebab ada bende nak bagi. Borak-borak, makan-makan at last sampai bawak kami ke the Curve. Tengok-tengok pulak ade street market hari isnin tu?? selalukan hari sabtu dan ahad je ada street market. Lagilah best!!Maybe sebab public holiday kot...


Dah penat jalan kat street market kak nieza tetiba:

K.Nieza: Jom pegi Daiso
Syarq: Hah??? Ape tu???
K.Nieza: Awak tak tau??????
Syarq: Aah x penah tau pon.
K.Nieza: best gi situ..Jom jom.Nanti awak tengok.
Syarq: OK!!! (^_^) (Curious nak tahu sangat ape tu DAISO)


Rupa-rupanya DAISO tu macam kedai Hinode Shop tapi versi yang besar punyeeeeee. Lepas tu barang-barang dye lagi macam-macam dari Hinode Shop. Semua nya RM 5.00. Aku yang baru masuk situ dah mula teruja. Ape ntah lagi Kak nieza. Sampaikan kak nieza kate kalau husband dye ade mesti macam tak nak bagi kak nieza lame2 kat kedai tu.hehehehe. Dengki lah laki ni kan???? :P


Tengok tempat letak berus gigi ni??comel tak??? Love love gitu!!!!

Korang tengok aku dapat ape?????? Bakul letak shampoo n so on strawberry.. Comel!!!!! (^_^)

Sebenarnya banyak bar4ang yang aku dah tapis nak beli yang mane perlu je. Kalau ikotkan nafsu, banyak weyhhhh..Semua aku nak (-_-)"

nasib bahek belom ade rumah sendiri. Kalau takkkkkkkkkk..... Sendiri jawab lah :D

Kenyit mata laju2. TQ :)


Sunday, November 27, 2011

Sentap hati kakak

Assalamualaikum

Sentap tau hati kakak kamu yang comel ni Koko. Sob sob sob (T__T) . Sampainya hatimu cakar tangan kakak kamu yang baik hati lagi sekali comel ni??????? (Memmmmmeii) Nasib baik bukan luka yang dalam. Kalau tak,turun harga hantaran tau. Sob sob sob (T___T)


Apalah salah kakak nak mandikan kamu Koko??? Kamu tahu tak kamu tu dah lah seminggu tak mandi. Bacin OK!!!!!. Elok-elok je sampai kat bilik air,nampak baldi semua kamu cakar tangan kakak sebab nak mintak dilepaskan dari dipegang..

Haissshhhh........ (-_-)" Camne nak bagi kucing tak takot air??????

Kenyit mata laju2. TQ :)



Training lah kononnye

Assalamualaikum. (^_^)

Tak payah perenggan introduction, terus straight to the point eh?????? (^_^) Disebabkan nanti ade pemilihan sukan perdana kat ofis, aku pon tanpa paksaan cuba nak join bowling. WALAUPON aku seorang queen of longkang. Hehehehehe. Saje cuba nasib!!!! Suka-suka, lagipon mase pemilihan mesti dapat main bowling FREE je. Siapa tak nak free???????

 Lagipon kot-kot masa pemilihan tu nanti tangan aku yang bengkok ni terus jadi straight dan terpilih dapat jugak secara FREE pergi Sarawak!!!! Kamek mowk pergi Sawak ya!!! (^_^) Verangannnnnnnnnnn dulu!!!!!!


Sangat-sangat lama dah tak maen bowling, aku pon ajak kawan-kawan kononye traininglah bagi hebak sket!!! Puihhhhhhhhh!!!! Hebak lah sangat....Hahahahaha. Huihssssss, first game je dah kantoi. Telur ayam memanjang. Longkanglah jugak yang aku nak kan.


Nak sedapkan hati, bisik kat diri sendiri :" Takpe, takpe syarq. Warming Up je tu." Berkesan lah bisik kat diri sendiri, sebab 2nd game baru start ade markah. Nampak sangat tangan dah bengkok sebab da lama tak main. (-_-)"


So, aku bagi tips kat korang kalau main bowling asyik ke longkang tu cuba bisik kat diri sendiri dulu. Nanti mesti OK!!! :)
Plus, sokongan dari kawan-kawan jugak penting!!!!!! (^_^) Thanx Fara & Kak eniey!!!
Rupe-rupanya  stokin sangat penting masa nak main bowling. Korang nak tau kenapa??????? Hehehehe. As usual,setiap kali nak main bowling selalu lupa nak bawak stokin. Bukan tak nak bawak atau sengaja tak nak pakai, tapi penyakit LUPA da datang, macam tu lah.


Sampai kat kaunter, bila nak bayar mesti aku cakap ade dah stokin.Malas lah nak beli stokin kat tempat bowling tu plak. Dah amik kasut, dah duduk kat lane, dah pakai kasut,dah letak name, bila nak start game tak boleyh???? Apsal??? Gua da bayar tokkkkkkk.. Apa celopppp??? (-_-)"


Pegi tanya kat kaunter, rupa-rupanya kantoi dengan manager bowling tak pakai stokin. Kene beli stokin dulu baru boleh start game. Fine (-_-)". Terpaksa beli stokin. Haisssshhhhh.


Kenyit mata laju2. TQ :)


Monday, November 21, 2011

My First Doodle

Seremmmmmmm betol tengok Malaysia vs Indonesia ni. Please lah malaysia.... Go go go!!!! Hehehehe. Sambil2 tengok bola, buat doodle. (^_^)
Kenyit mata laju2. TQ :)


Friday, November 18, 2011

Kiki Koko



Haluuuuuuuu... Saya Kiki.Saya gemok. Saya kuat makan. Saya paling ganas antara adik beradik saya.
 Chak!!! (^_^) Comel tak saya????Meooooooowwwww. Muka saya poyo je mase ni sebab kakak saya pegi angkat saya masa fokus nak main. Ape celupppp lah kannnn????? Kacauuuuuuuu je.....


Oh...Ni la bilik saya. Bilik jaring-jaring. Ok lah daripada tak ada bilik. Kucing lain, tidur kat longkang je.... Tapi saya??????? Bestttttttttt!!!!!!


Mana tak bestnya?????? Bilik saya lengkap. Ada "toilet". Ada hammock. Ada toys.. Huhu!!!!! Seronok saya main hari-hari sampai kakak saya membebek sebab kitaorang main wrestling berdua habis tumpah-tumpah pasir tu. Seronok ohhhhh buat macam tu. (^_^)

Kenyit mata laju2. TQ :)



Thursday, November 17, 2011

Ahli keluarga baru

Assalamualaikum


Sekarang aku dah ade 4 orang adik-beradik. Hoyehhhh (^_^) Dapat dua orang adik baru, Koko binti ???? and Kiki binti ???. Ok.tau name tak glamour sangat kan??Nanti aku terangkan kenape. Entah apa mimpi ayah aku tiba-tiba nak bela kucing. Anak kucing pulak tu. Macam jaga Baby ok!!!!

 Ini koko. Tak boleh duduk diam dia ni. Jadi gambar muka tak bleyh nak snap!!! (-_-)"


Kiki tak ada gambar sebab semua gambar blur. Tak boleh duduk diam gak budak tecik tu.Jadi nasib ko lah kiki.Memula mak aku bagi cadangan letak nama Kopi dengan Koko. Ayah aku reject!!!! Then aku pulak bagi idea ON dan OFF.. Sah-sah kene reject gak. (T__T) Lepas tu ayah cakap Kiki dan Lala. Mak aku cakap hekeleh, tak sesuai sebab Lala tu macam lembut sangat. Padahal budak dua ekor tu ganas-ganas. Kata je gugurl.
At last nak adil, ambik satu cadangan ayah aku Kiki, satu cadangan mak aku Koko. Aku punya cadangan?????? Masuk tong sampah. (T___T) Wuteverrrrrr. Kucing ayah.... Hahahahaha.Tapi kalau guna ON and OFF kan glamer an an an??? Jaafar ON glamer, Linda ON glamer. (^_^)

Bilik Kiki & Koko pulak nanti!!! Bye

Kenyit mata laju2. TQ :)


Saturday, November 12, 2011

Mari-mari Clearance Stock!!!!

Entry sticky mode nieyh...Sile scroll ke bawah untuk entry baru. TQ (^_^)

Assalamualaikum

Korang cepat-cepat dapatkan 2 purse dekat bawah ni dengan harga yang murah!!!!

Clearance Stock

05 Nov 2011 - 12 Nov 2011

Code: 
PLP-006

Colour:
Brown

Price:
RM 35 RM 30 only!!! (including postage)

 

Code: 
PLP-005

Colour:
OliveGreen

Price:
RM 15 RM 8 only!!! (including postage)



  Code: 
PLB-003

Colour:
Pink

Price:
RM 55 RM 40 only!!! (including postage)

Cepat sebelum terlambat!!! (^_^)


Untuk order sila ke Purplelicious Collections

Kenyit mata laju2. TQ :)

Tuesday, November 8, 2011

Tak sabar rasanya

Assalamualaikum

Insyaallah, lagi lebih kurang 3 hari aku akan dapat family baru.

 Ape nak bagi nama kat dia eyh??

Boboy ke gegurl????

Kenyit mata laju2. TQ :)

Saturday, November 5, 2011

Buat Craft di petang hari

Assalamualaikum


Disebabkan aksesori aku yang ade bermacam-macam jenis dan aku selama ni main campur je subang , gelang, rantai, jam tangan dalam satu kotak dan lepas tu aku sendiri yang macam tension bila nak ambik dan guna aksesori-aksesori tu. Kenape???????


Sebab bila semuanya dah bercampur baur, rantai-rantai poon jadi terbelit-belit bersama gelang2 dan menyebabkan aku geram!!!! Hari tu dekat Romantika,Plaza Alam Sentral, aku ada nampak drawer comel untuk isi aksesori. Boleh seperatekan untuk letak gelang, cincin, brooch ngan benda-benda lain. Harga RM 70 Bila fikir nak beli, macam membazir.

Dengan konon "kreatifnya" nak guna balik bekas kuih raya yang selambak kat rumah tu buat jadi bekas aksesori. Terus ambik bahan apa yang ada kat rumah, hias2 bekas kuih raya tu.
 Hasilnya jadilah macam ni,. Guna dua bekas. Sebekas untuk gelang dan sebekas lagi untuk rantai & subang,
Jimat, selamat duit aku RM 70. Pheewwwwwwwwww.. RM 70 boleh buat belanja anak-anak. Kahkahkahkah (^_^)


Kenyit mata laju2. TQ :)



Wednesday, November 2, 2011

Cermin

Assalamualaikum


Mirror mirror on the wall, who's the prettiest of them all??? Macam dialog dalam cerita snow white kan???? Tapi cop!!!! Aku bukan nak cakap pasal cerita snow white. Tapi pelik tapi benar.


Hari tu masa aku kat time square,nak solat asar. Sebelum solat asar aku singgah tandas. Ade sorang perempuan cantik tengah betulkan tudung depan cermin dalam tandas. Then lepas da melepaskan apa yang dihajati, aku pergi solat dekat surau.


Bila aku abis solat tu.,aku dengan fiza pergi tandas sebab nak pakai tudung. Dalam surau tak ada cermin daaaaa........ Masuk je tandas, aku nampak perempuan cantik tadi masih lagi betolkan tudung dia. Dalam hati aku , " Aik??? Tak abis lagi???" Cermin semua orang lain guna, dan kami kene tunggu orang lain abis guna cermin.


Yang tak menahannya, aku dengan fiza dah abis pakai tudung, dia still tak habis-habis lagi betulkan tudung dia.Aku tengok tudung dia memang dah sangat perfect....Pakwe dye kat luar dah muka ketat je menunggu. Memang ramai ke orang yang macam tu?????

Kenyit mata laju2. TQ :)

Macam mane macam mane?????


Assalamualaikum

Aku adalah sangat pelik kenapa setiap kali aku nak goreng telur dadar garing-garing dan kembang dengan gebunya macam kat kedai tak menjadi??????? Bile orang kate:

--------Minyak mesti betul2 panas (TAK JADI)
--------Letak serbuk penaik (TAK JADI)
--------Letak tepung gandum/ tepung jagung (TAK JADI)

Why why why why??????? (-_-)"  Korang ade tips tak???????

Kenyit mata laju2. TQ :)

Tuesday, November 1, 2011

Syarq Tajima (^_^)

Assalamualaikum

Ewwwwwwww..Sangatlah gediks nak bertajima2 pulak name belakang kan????Konon hana tajima letttewww  (-_-)"

Ok. Fine. Aku dah beli inner neck bulan lepas lagi, tapi sampai sekarang tak penah pakai lagi untuk pergi jenjalan ataupon pergi mane-mane kecuali pakai mase cuba-cube untuk membelit shawl macam syarq hana tajima sampai terbelit diri sendiri. (-_-)"

Al- kononnye nak pakai shawl style lain dari lain yang aku selalu pakailah. Style yang memerlukan inner neck  supaya tidak menampakkan leher. At last simpan and pakai shawl macam biase. :D


Gambar dibawah cubaan pakai shawl yang kononnye inspired by hana tajima dan lain dari style yang aku biase pakai.Dan test pakai inner neck kat dalam :)

Muka masam. Wajib. Masam = comel. Wut theeeeeeeee fish!!! (-_-)"
Kita senyummmmmmmmmm pulak. Abaikan hidung kembang tu. :P 


OK tak ok tak????? Ke terselah keserabaian???? Kahkahkahkah....Berpeluh test nieyh (-_-)"

Kenyit mata laju2. TQ :)