♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Thursday, July 21, 2011

Suka sangat mereka


Assalamualaikum

Suka sangat dekat pasangan suami isteri ni, Dafi & Siti Sarah. Dia orang ni nampak sangat-sangat matching lah. Bak kata pepatah melayu, bagai pinang dibelah dua.


Dafi eh silap, shuib pon suara boleh tahan sedap nya. Bolehlah buat album sama-sama kan???

Kenyit mata laju2. TQ Smiley

Wednesday, July 20, 2011

Wordless Wednesday #1: Selipar ikan




Kenyit mata laju2. TQ Smiley

Jom baca buku ni


Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim. Meh join baca buku Sirah dan riwayat hidup Nabi Muhammad SAW. Tadi masa pergi ke Yayasan Restu dengan mama, berborak dengan sorang aunty ni. Dia cerita tentang sirah Nabi muhammad. Tetiba aunty tu kata:

Aunty : Kita tengah cerita-cerita pasal nabi muhammad ni, dia mesti ada dekat-dekat dengan kita. Rasa meremang bulu roma badan kalau cerita mengenai baginda

Mama : Aaahh. Betol. Saya pon rasa macam tu.

Aku yang mendengar cerita aunty tu pon, rasa meremang bulu roma.

Alangkah bestnya kalau dapat berjumpa dengan baginda kan????


Kenyit mata laju2. TQ Smiley

Tuesday, July 19, 2011

Si rambut merah kuning


Assalamualaikum

Saya macam kenal si rambut merah kuning ni.. Tapi dekat mana ek????



Yang tak menahannye tu, siap masuk paper lagi. Erkk??? Lagi sekali si rambut merah kuning pakai spek lah pulak.

Kehkehkeh. Jom kita laaaaaaaaaaariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!

Kenyit mata laju2. TQ Smiley

Monday, July 18, 2011

Sentap Hockei



Assalamualaikum

Bila bukak nuffnang punya keywords analytic hari ni terasa macam tak nak blogging dah. Sob sob sob. Bye-bye blog purple!!!!!! Hahahaha.Drama je tu. Jangan caya lah syarq takmoh blogging lagi. Drama drama drama.

Siapalah yang blogger mama muda itu????????Sila tengok gambar bawah untuk lebih paham.



Siapakah? Siapakah??Siapakah???? muka aku macam mak-mak ke???Sob sob sob.


Belah mana yang macam mak orang???? Tell me?? :P Siapa dapat jumpa, aku belanja makan keropok durian sepaket (^_^)

Kenyit mata laju2. TQ Smiley

TQ Hencik nuffnang

Assalamualaikum

Dengan ini, terima kasih kepada hencik nuffnang sebab menambahkan lagi tabung aku lagi membantu saya untuk menabung. Walaupon sedikit-sedikit tak hape. Lame-lame akan jadi bukit lagi.


Aku ingatkan hencik nuffnang dah merajuk tak mau pagi Buffered Earning(BE) dah. Iyelah, mana hencik nuffnang tak merajuk?? Tuan belog pemalas lagi masam nak hapdet belog.


Bagi lagi eh BE hencik nuffnang???? (^_^)

Kenyit mata laju2. TQ Smiley

Kenapa purple???


Assalamualaikum

Macam yang korang tengok blog aku ni pon mesti dah tahu aku suka warna apekan?????? Tak lain tak bukan warna purple. Atau nama saintifiknye bahasa melayunya Ungu. Tengok ada geng!!!Sebab nama band pon ada nama Ungu.



Aku suka warna purple ni tak ingatlah sejak bile.Rase-rasenye sejak sekolah menengah kot. Dan sebab kenapa aku suka warna purple:

1) Sebab dah ramai sangat perempuan yang suka warna pink. Kebiasaan kalau tanya perempuan warna kegemaran mesti warna pink atau merah jambu. Jadi untuk kelainan, aku pilih warna purple.Konon warna purple ni tak lah ramai sangat yang suka.
2) Aku rasa baju warna pink tu sesuai untuk orang yang berkulit cerah. Kalau aku pakai warna pink ape ke ghopenye tuuu??????? Acik kan gelap.


3) Bila aku pakai baju warna purple, aku rasa sangat confident berbanding dengan baju lain. Maksudnya rasa macam cantik lah tu. Tangan di dada mata ke atas :)

Dan menurut sumber-sumber tertentu, tak tahulah boleh percaya ke tak.... Perempuan yang suka warna purple ni:

::: Pemurah dan merdeka hatinya
::: Tidak suka diperintah
::: Berinisiatif
::: Bijak tetapi agak beremosi
::: Keinginannya tidak meluap-luap

Ehem hem hem sambil Betolkan tekak yang tak gatal ni... (^_^)


Kalau nak tahu pasal warna lain klik sini


Psssssssssssstttttt...Korang pulak suke warna ape???? (^_^)


Kenyit mata laju2. TQ Smiley

Sunday, July 17, 2011

Macam ni lah brownies coklat


Assalamualaikum

Inilah nasib diriku yang keseorangan Oh tuhan.... Sob sob sob. Hari ni aku tinggal rumah sorang-sorang. Apa pon tak boley. Adik aku pergi register dekat UNIKL. Ayah dengan mama pulak pergi dating berdua aje. Kesian bukan????


Untuk meratapi kesedihan yang ada, terpaksalah buat sesuatu untuk hilangkan kesunyian. Sob sob sob. Terpaksalah buat brownies coklat yang lazat boleh tahan sedapnya. Kenapa buat brownies??????? Sebab itu je kek yang tahu buat. Sob sob sob T______________T


Sebelum mama keluar dating dengan ayah, sempat berpesan lagi, supaya berhati-hati menggunakan barang letrik tanpa rasa kasihan anaknya ketinggalan keseorangan di rumah. Sob sob sob. Berapa banyak sob sob lah kan??????? Sibuk je nak ikut dating plak.


Disebabkan ilmu memasak yang ada hanyalah sekadar masak air dengan goreng telur mata kerbau walaupon kadang-kadang failed untuk terbalikkan telur mata kerbau hingga jadi telur dadar akhirnye, buku setebal 2 inci haruslah dikeluarkan dari rak buku.


Buku macam ni memang sesuai sangatlah untuk tukang masak yang sangat kekurangan ilmunya dalam bab masak-memasak. Tengok saje tajuk buku, The Complete Step-by-step Cooking Class Cookbook. Buku ni dah sesangat- sangat lama wujud dalam almari buku rumah aku. Dah belasan tahun.



Dengan idea kreatif yang ada, (tangan didada mata ke atas) almond sebagai penghias brownies. Lepas masak sedey jugak sebab makan sorang-sorang je. Sob sob sob.


Kenyit mata laju2. TQ Smiley


La Obe


Assalamualaikum

Selamat tengah malam boleh??? (^_^) Tadi petang masa tengok bola tetiba..................

Mama : Dulu, pemain bola sepak Mokhtar Dahari tu sama ofis dengan mama.
Syarq : Oh yeke???Hensem tak dia mama muda-muda???
Mama : Hensem gak. Dia orang boyan. Sama lah macam Tok Suk, keturunan boyan
Syarq : Dengar dengan khusyuk cerita mama yang tersayang.
Mama : Ini ada satu lagu boyan yang popular masa dulu-dulu
Syarq : Lagu orang boyan pon ade???
Mama : Cuba ko gugel "La Obe", sambil menyanyi
Syarq : Ok...Jap lagi yin gugel.

Ni ha hasil gugel dari Youtube:


Sepatah haram pon aku tak paham. (-_-)


P/s: Tok Suk tu nenek sebelah ayah aku.

Kenyit mata laju2. TQ Smiley

Saturday, July 16, 2011

Penat jerit untuk abang bola

Assalamualaikum

Aku bukanlah seorang peminat bola. Kalau setakat nama team bola yang glamer macam Manchester United, Liverpool, Chelsea & Arsenal tu tahu lah jugak. Tapi jangan harap aku nak tau siapa player untuk setiap team tersebut lah kan????Walaupon pakcik-pakcik dalam team-team tersebut ada yang hensem. Adekahhh????

Kalau tengok bola dekat TV, mesti rasa macam mengantuk. Lagi-lagi dengar sorakan penonton dekat stadium. Suara penonton bersorak tu ibarat mendodoi-dodoikan aku untuk tido.Lepas tu tengok pemain-pemain main pas-pas bola, lagi lah. Ibarat macam pakar psychology ambik jam randik lepas tu hayunkan depan mata aku lama-lama. Boleh terlena.


MU vs Liverpool??? Whateverrrrrrrrrrr...
Chealsea vs Arsenal??? Whateverrr
Arsenal vs Liverpool?? Whateverr.


See see.... Tak hade feel OK???

Tapi lately,aku suka tengok Pasukan Malaysia. Entah kenapa tak tahu. Macam hari ni aku dengan mak aku boleh pulak layan bola Malaysia lawan Liverpool. Ade aku kisah Liverpool 6, Malaysia 3???? Tak ada aku kisahkan dengan team omputih tu. Malaysia jugak jadi pilihan. Abam-abam senegara tetap aku sokong. Dengan mengeluarkan suara manja terpekik-pekik depan TV dengan mak aku menyokong abam-abam malaysia. Bila bola dah hampir dengan tiang gol je.....

"Oit oit cepatlah Safiq!!!!!!!!!"

"eh eh eh, jage situ lah weyh.....Eeeeeeee"

"Ish!!! tersembam pulak mamat ni. Cepatlah bangun hoi!!!"




Mungkin semangat kenegaraan tu ada pada aku kot..... Kononnnnnnnnnnnnnnnnnyeeeeeeee. Sila muntah kalau nak. Jangan tahan-tahan. :p Kalau kita rakyat Malaysia sendiri tak sokong negara kita, siapa lagi nak sokong????????? Betul tak? (^_^) Lagi-lagi dah nak dekat masuk bulan merdeka kannnnn???



Abam-abam yang lain jangan terase pulak eh aku tak tepek gambar player yang lain. Ini main ambik secara random. Ahaks. Ade dyeorang kesah???

Kenyit mata laju2. TQ Smiley

Thursday, July 14, 2011

Kenapa mesti terkejut???


Assalamualaikum

Pagi-pagi buta yang tak berapa nak buta aku bangun untuk pergi interview. Bersemangat waja dah siapkan malam semalam semua dokumen-dokumen, sijil-sijil dan segala mak nenek photocopy yang diperlukan. Puihhhh!!Semangat lah sangat kan??Siapa yang suka pergi interview????


Interview pukul 10.30 pagi dekat Seksyen 14, Petaling Jaya. Pukul 8.00 pagi terkedek-kedek pergi mandi, gosok baju,make up!!! Make up lah sangat...Padahal pakai bedak, mascara, blusher, lip gloss gerak. Vroooooommm!!!! Pukul 9.00 pagi gerak!!!!

Gambar adalah tidak ada kaitan :P


Sampai kat Seksyen 14 tu, mencari parking berpusing-pusing. At last parking belakang pasar yang "harum" semerbak baunyeeeee.Daripada tak ada parking, aku relakan jugak kereta comelku terpaksa menghirup aroma "harum" yang semerbak tu. Tenang ye baby...Nanti mummy mandikan ehhh bagi wongiiiiiiii?? Padahal dah berapa bulan tak mandi kereta aku tu. :P


Kesian korang kene baca pulak rentetan perjalanan nak pergi interview ni. Padahal tajuk lain kan?????Ok,kita kembali ke jalan yang lurus, don't belok-belok eh??? Masa interview session, satu soalan yang sampaikan mata interviewer terbeliak bijik mata tanya aku.

Dalam bahasa inggeris , dan telah di translate:

" Kerja awak yang sebelum ni, tak ada kaitan dengan IT. Kenapa?? "

Telan air liur jugak aku nak jawab mula-mula kan????? Lepas tu dalam otak keluar idea. Ting! Ting! Ting! Ape lagi???? Ayuh kita goreng!!!!! Goreng-menggoreng sampai rangup, jangan sampai hangus. Hahahahaha :)

Maaf, lagi sekali gambar adalah tidak ada kait mengait :P

Bagi korang lah kan????? Wajib ker kita kerja dalam bidang yang kita ambik masa belajar dulu??? Kalau.........................

Degree in Medic tak boleh jadi bussinessman???????

Degree in Mathematic tak boleh jadi petani yang berjaya?????

Degree in Law tak boleh buat kerja Administration??????

Degree in Sport Science tak boleh jadi tukang masak?????




Setuju ke??????


Kenyit mata laju2. TQ Smiley

Tuesday, July 12, 2011

Tau dah terlambat


Assalamualaikum


Ape kejadahnya kan aku lambat???? Baru terhegeh-hegeh nak layan Nora Elena. Sekarang dah bersiaran drama lain dah kan?????



Dulu tak ada rase nak layan Nora Elena ni. Orang lain hari-hari tak nak lepaskan satu episod pon masa drama ni bersiaran.Aku puan tak tahu je. Tak apelah kan lambat-lambat pon????

Tak payah nak berkejar-kejaran balik kerja cepat-cepat nak kejar cerita ni.

Tak payah nak mandi cepat-cepat sebab nak layan cerita ni.

Tak payah nak cepat-cepat masak nak layan cerita ni.

Bila-bila masa pon boleh tengok???? :P


Kenyit mata laju2. TQ Smiley

Tolong garukan boleh??


Assalamualaikum

Bila musim panas je, penyakit lama datang. Penyakit gatal pulak tu. Memanglah tuan badan ni gatal sikit, tapi penyakit yang dapat pulak penyakit gatal-gatal miang. Memang sesuai sangatlah!!Kihkihkih.


Uish..Jangan ler fikir aku ni gatal sangat.... Tak bahek tau. Hahahaha. Sebenarnya ni hah nama penyakit yang tenggelam timbul datang ni, Eczema. Memang dari kecik sampai lah dah besar tua ganyut ni aku dapat penyakit ni. Bila dah sembuh, datang balik.


Masa serangan penyakit bila musim panas ataupon bila time rajin sangat buat kerja rumah. Ok, yang rajin tu sila percaya. Tak tipu. (^_^) Bila musim panas badan pon rasa panas-panas, berpeluh-peluh, mula lah sesi menggaru dengan nyaman nya sampai tak sedar dah garu sampai berdarah.Huhuhu. Bila dah darah baru insaf untuk menggaru.


Kaitan dengan rajin buat kerja rumah macam menyapu habuk-habuk yang setebal 1 inci ++ boleh sebab kan kegatalan jugak. Gatal-gatal tu tak kat semua tempat. Tempat-tempat yang berlipat saja. Macam leher dan celah lengan. Macam gambar ni.




Dan jugak celah-celah lutut serta area-area bawah lengan. Bila menggaru adalah sangat nikmat, dan akibatnya padan muka sebab jadi pedih-pedih.


Dan akhirnya, untuk bagi kelegaan kat aku supaya kurangkan menggaru, apa lagi....Pergi cari bedak ruam ni lah. Yang macam baby punye bedak ruam tu.



Siapa ada penyakit macam aku jugak sila angkat tangan???Kongsilah sikit korang pakai apa pulak untuk legakan gatal-gatal tu?? Sharing is caring kan????

Kenyit mata laju2. TQ Smiley

Monday, July 11, 2011

Kalau lah dapat......


Assalamualaikum

Kalaulah ada rezeki, teringin jugak aku nak buat bisnes. Tak kisah lah ada kedai atau pon sekadar hanya sebuah booth yang kecik. Seronok betol kalau kita berkerja sendiri. Tak ada mana bos-bos besar yang mengarah-arahkan kita.

Sendiri punya bisnes, sendiri jadi Bos lah. Masa pon sendiri arrange. Dulu angan-angan tahi ayam aku nak bukak taska. Tapi.......... Banyak sangat halangan dan prosedure. So, KIV je lah dulu. Sob sob sob. Dan sekarang aku rasa macam nak buat jualan kecik-kecik.

Tapiii.....Ade ke orang nak beli????????????

Kenyit mata laju2. TQ Smiley