♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Tuesday, July 31, 2012

Zaman kurus


Assalamualaikum.Annyong!! (^_^)

Belek-belek gambar lame dulu dalam laptop. Terjumpe pulak gambar mase pergi Jogyakarta, Indonesia. Nanges tengok gambar dulu.Kire kurus dari sekarang. Mase tu aku tengah belajar dekat Matrik lagi kot tahun 2004.


Dulu BMI aku normal. Sekarang Overweight. Nasib belum sampai tahap Obesiti lagi. Kene turun berat paling kurang pon 5 kg lagi baru BMI(Body Mass Index) jadi normal balik.... Rindu nak jadi berat macam dulu balik 60 kg. (T__T)

 Bawah 60 kg pon tak boleh sebab takot kurus sangat pulak sebab tinggi aku 163cm, Kire kalau 60kg tu tak berat sangat dan tak ringan sangat untuk tinggi aku. (^_^)


Hoi hoi lemak yang banyak....Tolong kurang sket, pleaseeeeeeeeee.......Jom kire BMI korang. Cer kire,cer kire... (^_^)

BMI = Weight (kg) / (Height (m) x Height (m))
                                                                       
atau korang terus pergi ke BMI Culculator
BMI Categories:
  • Underweight = <18.5
  • Normal weight = 18.5–24.9
  • Overweight = 25–29.9
  • Obesity = BMI of 30 or greater


Kenyit mata laju2. TQ :)


Monday, July 30, 2012

Do-it-your-self ♥

Assalamualaikum. Annyong Haseyo!! (^_^) 

Do it your self (DIY) , buat sendiri. Ye....Aku ni nak kata kreatif, takde ler. Cume suke nak jadi kreatif. (^_^) So, aku punye projek sekarang tukar gambar-gambar dalam frame-frame kat rumah mane yang dah bosan tu kepada gambar yang aku buat sendiri.

Cantik ke tak cantik, mak aku terima dengan redha. Hahaha. Tapi sebelum tu aku tanye jugaklah pendapat mak aku kan..... Karang kalau buruk benor malu pulak nak gantung. (>_<)

Setakat ni, baru 4 je frame yang aku dah kerjakan. Hehehe.



 Sarang ♥ (LOve in Korean)


 (Retro)

Apple...Abaikan kesilauan disitu. (>_<)

Jimat dan puas hati. Kadang-kadang cari gambar kat kedai pon takdelah cantik mane pon, tapi harga boleh tahan mahal. 

Bahan-bahan yang aku pakai:
Coloured A4 Paper
Frame gambar yang ade kat rumah.
Double sided tape
Gunting/Cutter.

Korang boleh gune bahan-bahan lain lagi ikot kreativiti sendiri.
P/s: Budak-budak sile mintak izin mak korang sebelum mengerjakan gambar-gambar tu ye. Kang habis gambar kesayangan mak korang kang. (^_^)


Kenyit mata laju2. TQ :)

Ustaz Don Danial pulokkkkk (^_^)

Assalamualaikum. Annyong friends!!!! (^_^)

Minggu lepas adelah minggu pergi ceramah... Lepas hari Rabu pergi ceramah ustaz Akhil Hay, Hari Jumaat pulak ambil peluang pergi ceramah Ustaz hensem lagik, Ustaz Don Danial. Hikhikhik. Sape tak kenal Ustaz Don Danial???? Ala,,,kalau dekat channel 106 Astro Oasis ade rancangan 30 minit bersama Ustaz Don tu.

Jap aku upload gambar ustaz Don jap!!!!





Hah hensem kan???? Ustaz yang bergaya. Siapa kate Ustaz tak boleh bergaya kan???? (^_^) Tapi tunangan orang tau..... Sorry terlepas koranggggg......

.Camwhore sementara tunggu Ustaz Don datang. ♥ (Aku & Fara)

Ustaz Don datang pakai blazer tau. Jadi semua orang macam ternganga.. Eh betol ke ustaz Don ni?? Aku nieyh lagi la macam blur sebab tak nampak muka dye. Tengok dari jauh......Aku duk kat atas. Sedey tak dapat duk depan sebab seat kat bawah semua dah penuh...


Ustaz Don: Sile percaya saya Ustaz Don... (^_^)

Baiklah. Saya percaya!!!!!! (^_^)
 Lokasi dekat Dewan tempat kerja aku. Cer teka cer teka kat ne??? :P


Ramai oh orang. Sampai tak cukup seat kene duduk dekat tangga. 


Actually Ustaz Don datang sempena Bulan Wakaf Negeri Selangor dan beliau sebagai Duta Bulan Wakaf Negeri Selangor.



Satu kisah yang menarik Ustaz Don cerita pasal seorang Makcik pada zaman Cucu-cucu Rasulullah s.a.w dulu.Sile ambil bantal usyuk dulu peluk sambil baca cerita ni, atau kalau masih lapar lagi walaupon korang dah makan mase berbuka tadi, ambil buah kurma untuk feeling2 berada dalam zaman cucu Rasullullah.

Cucu-cucu Rasulullah Hasan dan Husin serta sepupu mereka Abdullah bermusafir dari Mekah hendak balik ke Madinah. Dyeorang lalu padang pasir lah. Mane lagi kan???? Dulu mane ade jalan raya or highway ok!!Tahu-tahu jelah padang pasir tu macam mane, panas bordonting(bak kate orang nogori sombilan). Jadi mesti dyeorang bertiga ni lapar dan haus.

Dalam perjalanan terjumpelah sebuah rumah kecik je. Dan depan rumah tu ade seekor kambing tua kepunyaan tuan rumah yang merupakan seorang Mokcik. Dyeorang bertiga kan dah lapar dan dahaga sangat. Dyeorang pon bertanya kepada mokcik tuan rumah.

Hasan: Mokcik.... Ade tak makanan dan air. Kiteorang lapar dengan hauslah.

Mokcik : Mokcik ade seekor kambing tua je nak. Kalau haus perahlah susu kambing tu. Tapi elok-elok sebab kambing tu kan dah tua.

Hasan,Husin & Abdullah : Baiklah Mokcik.

Dyeorang bertiga pon perah dan perah susu kambing mokcik tu. Dah siap minum dyeorang tanya lagi Mokcik tu.

Husin : Mokcik, ade tak ape-ape makanan. Kami lapar pulak.Haus dah hilang.

Mokcik : Ambiklah kambing tu dan sembelih dye dan makanlah nak.

Hasan,Husin & Abdullah : Terima Kasih Mokcik......


Dah siap makan grilled kambing (Nyum nyum) dengan black paper sauce(exaggeration :p ) dyeorang bagitahu sesuatu kat mokcik tu.

Hasan,Husin & Abdullah : Terima kasih banyak-banyak mokcik..Kalau mokcik datang ke Madinah jumpe kami bertiga tau.


Mokcik: Insyaallah.


Suami mokcik tadi balik rumah dan tanya kepada mokcik tu,

Suami Mokcik: Mane pergi kambing kite??

Mokcik : Saya dah bagi dekat 3 orang yang saya tak kenal. dyeorang lapar..Saya pon kesian.Saya suruh dyeorang sembelih tadi.

Suami mokcik pot pet pot pet sebab bagi kambing kesanyangan mereka yang satu tu dekat orang yang tak dikenali.

Selepas beberapa tahun, Mokcik & Suami Mokcik mengalami keminskinan dan terpaksa pergi bekerja di Madinah untuk menyara hidup. Pekerjaan mereka sebagai pemungut Najis unta kering untuk jadikan bahan api.

Tengah mokcik kutip najis unta, rupe-rupenye mokcik kutip depan rumah Hasan. Hasan pon terperasan lah mokcik tu.

Hasan: Eh mokcik. Ingat tak saya lagi????

Mokcik : Errrrr....Siape awak eh?? Sorry Mokcik tak ingat lah.

Hasan : Ala,,,saya yang makan kambing mokcik tu????

Mokcik : Tak ingatlah..

Hasan : Tak apelah...Ape-ape pon mokcik tunggu jap ye..... 

Hasan suruh orang gaji dye ambik kan makcik ni 1000 dinar emas dengan 1000 ekor kambing.

Nak dipendek kan cerita sebab dah penat nak menaip, Hasan pon bawak mokcik gi jumpe Abdullah dengan Husin.
Husin bagi mokcik tu 1000 dinar emas dan 1000 ekor kambing jugak.
Abdullah bagi 2000 dinar emas dan 2000 ekor kambing.

Total yang mokcik dapat: 4000 dinar emas dan 4000 ekor kambing.

Bile mokcik balik dan jumpe suami dye, suami mokcik heran.

Suami mokcik: Mane dapat semua kambing dengan emas ni???

Mokcik : Semuanya sebab saya sedekahkan kambing tua kite hari tu bang....

Sekian.( Lamenye aku menaip,terkedek-kedek je rase)

Moral of the story: Walaupon kite takde duit sangat tapi bile kite bersedekah insyaallah rezeki bertambah.


Kenyit mata laju2. TQ :)


Sunday, July 29, 2012

Ustaz Akhil Hay

Assalamualaikum... Annyong haseyo (^_^)

Hari Rabu hari tu,sangat seronok dan terisi dengan ilmu sebab aku dengan geng-geng ofis pergi dengar ceramah Uztaz Akhil Hay. Uztis katanya. Sebab Uztaz + Artis = Uztis !! Ok boleh terima. (^_^)

Ceramah buat dekat dewan tempat kerja aku. Ramai jugak orang pergi. Di sebalik berceramah ade jugak selit-selit lawak.Tajuk :Ramadhan apa yang di cari ...


Apa yang ustaz kate, Menyegerakan berbuka puase ialah sunnah Rasulullah s.a.w. Bile masuk je waktu solat maghrib, azan berkumandang, baca doa dan terus makan. Lagi bagus dengar segelas air zam-zam dan buah kurma.


Bagi sesiapa yang tak berkesempatan buat solat tarawih di masjid boleh jugak buat dekat rumah sendiri.


Lepas habis berceramah ustaz buat persembahan pulak. Lagu tema Imam muda. (^_^) dpt dgr live lagiiii.


Nah Video live. (^_^) Eh....takde takde. Video ade je,tapi xtau kenape xleh nak upload. (T__T) Lambat


Kenyit mata laju2. TQ :)


Wednesday, July 25, 2012

Solat Sunat Witir

Assalamualaikum.Annyong!!! (^_^)

Solat Sunat Witir ni selalu kite dengar dilakukan selepas mengerjakan solat sunat terawih. Tapi, yang sebenarnya Solat witir jugak ialah Penutup Solat. Solat Witir dibuat selepas Solat Isyak hingga menjelang fajar. Solat witir boleh dikerjakan 1, 3, 5, 7, 9. Contoh kalau nak buat 3 rakaat, mula-mula buat 2 rakaat dahulu, lepas tu 1 rakaat.




Ada Riwayat yang mengatakan, Rasulullah s.a.w tidak pernah tinggal buat Solat Witir walaupon sekali.

Sabda Rasulullah s.a.w dari Abu Hurairah:

"Sesiapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami."(Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud)

Dinamakan solat witir kerana bilangan rakaatnnya yang ganjil.

Kebaikan Solat Witir:

1. Siapa yang mengamalkannya akan turut disaksikan oleh para Malaikat.
2. Solat Witir lebih utama daripada solat-solat sunat Rawatib(solat-solat sunat yang dilakukan sebelum & selepas solat-solat Fardhu).
3. Menurut sunnag yang akan memperolehi syafaat Rasulullah s.a.w di akhirat nanti.

Cara-cara mengerjakan Solat Witir.

1.Niat pada setiap dua rakaat pertama :


Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat kerana Allah Ta'ala.

2. Bacaan selepas Fatihah:

Rakaat pertama : Surah Al-A'laa
Rakaat kedua : Surah Al-Kafirun

3,Lepas salam, terus berdiri untuk buat satu lagi rakaat

4. Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:


Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Ta'ala.

5. Bacaan selepas Fatihah:
Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Naas

6.Rukuk

7. Sujud

8.Duduk diantara dua sujud.

9.tahiyat akhir 10.Salam.

So, jom buat solat witir setiap hari selepas isyak!!! (^_^)

*Sumber: http://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-witir/


Kenyit mata laju2. TQ :)


Tuesday, July 24, 2012

Menu berbuka #Ramadhan 3


Assalamualaikum. Annyong Friends!!♥

Huhu. Dah empat hari pon umat Islam berpuasa. Alhamdulillah. Dan Alhamdulillah sudah 3 hari aku pergi menunaikan solat Tarawih. Dan lagi hari yang ke-3 baru aku nak update pasal menu berbuka puasa. Tak apelah kan?? Tak ada salah pon. (^_^)

Baiklah.Korang semua punye menu mesti lagi gempak-gempak dan mengiurkan kan????? Selama 3 hari puasa setakat 3 hari tu mak aku masak semua lauk-lauk berbuka. Masak pon tak adelah banyak. Cukup-cukup untuk makan berbuka pada hari tu dan untuk bersahur esok harinya. Ingat,,,,,,Jangan membazir. Bile kite puase, semua makanan kita rase nak makan. Walaupon nampak air kosong.

Mak aku masak ikan bilis yang besar-besar warna hitam tu goreng cili. First time mak aku guna ikan bilis besar ni. Rase, menyelerakan sangat. Kalau waktu sahur pon sangat sesuai untuk dimakan. Actually lauk ni mak aku nak gandingkan dye dengan lauk Asam rebus ikan kembung.Lagi bertambah-tambah menyelerakan lah!!!!! Massit-seoyo ♥


Lai-lagi pulak di makan dengan sambal belacan, Mantoppppppp..... Sambal belacan mak aku pulak bukan gune belacan pon. Sebab anak-anak dye semua tak boleh makan belacan. Jadi digantikan dengan ikan bilis yang di goreng separuh masak. Rase????? Same tahap kesedapan dengan letak belacan. (^_^)


Sambal belacan ikan bilis. ^_^

Lopeh tu......Disebabkan malas nak masak sayur, aku celur sayur mayur untuk buat pecal. Kuah Pecal beli yang dah siap tinggal letak air panas je. Semudah 1, 2, 3.


Kuah pecal ni mak aku beli masa kiteorang pergi Bandung hari tu. Beli 2paket dan sekarang dah tinggal 1/2 paket. Nampak sangat kesedapan. Rugi tak beli banyak lagi.



 Buah feveret aku..Mata kucing. Nyum nyum.Makan ni, non-stop jadinya. Ketagih. Makan sebijik nak sebijik lagi dan lagi dan lagi. Boleh dikatakan sekarang ni setiap minggu mesti ade buah mata kucing dekat rumah aku.


Dessert makan kuih sudah. Beli pon dekat bawah tempat kerja aku. Sonang sebab tiap-tiap bulan puase dekat ruang legar tempat kerja aku mesti ade bazar.Alhamdullilah dengan rezeki yang ada. (^_^)



Kenyit mata laju2. TQ :)



Monday, July 16, 2012

Outing ♥

Assalamualaikum.... Annyong !!! (^_^)

Hari ni baru dapat outing dengan kawan-kawan seoffice. Plan dah berduyun-duyun buat, tapi tak pernah terlaksana pon. Plan pergi Gentinglah, Melakalah, Singapore lah dan yang paling hebat plan pergi Korea. Haishh bestnye kalau memang betol-betol pergi. Berangan ~~~ Semuanye macam semangat bagi plan. Tapi bile tibe mase, mane plan aritu???? Dah tenggelam dalam laut la tu... (^_^)

Kawan-kawan seoffice bunyi macam ramaikan??? Tapi 3 orang je pon yang pergi. Pukul 9 pagi janji memasing dah ade dekat KTM tempat masing2. Destinasi kiteorang ke Sogo & Jalan TAR. So turun KTM Bank Negara.

Kak Dila dari Subang, Safra dari UKM dan aku dari Shah Alam. Disebabkan aku dengan Kak Dila sehala, jadi berjanji nak naik gerabak yang sama.Tak pernah-pernah aku mengira gerabak keretapi seumur hidup aku, dan hari ini dalam sejarah aku kira gerabak dengan fokus. Alhamdulillah, Kak Dila pon kire gerabak dengan tepat dan dapat jumpe dalam gerabak yang same. (^_^)

Dipaksa oleh kak Dila untuk bergambar dalam KTM. Jadi aku layan kan aje. (^_^)

Iklan sekejap. Aku rase, kelemahan aku malas nak snap gambar bile keluar. Dan moment yang penting aku selalu abaikan dari snap gambar moment penting tu. Kesudahannya, aku yang menyesal sebab tak ade gambar. (-__-)' OK sambung balik.

Sampai stesyen bank negara terus jalan kaki pergi Sogo. Simpan barang Safra dekat Kaunter Customer Service Sogo, terus pergi Brunch.Dan terus pergi menuai barang-barang yang di kehendaki.Aku merembat seketul cadar warna Pink. Joa!!!!(means like in Korean)


Image Consultant Safra, Kak Dila. Tengah pilih baju yang sesuai untuk Safra. Untungla.... (^_^)

 Senyuman manis lepas dapat baju.

 Pilih lagi dan pilih lagi sampai pening-pening, Ramai sungguh manusia dalam Sogo tu. Rasenye Sogo tu tak pernah lengang kecuali waktu bussiness hour dah habis je. Betul tak?????

Sampai aku tak tahu nak tengok mane satu baju sebab terlalu banyak baju. Blouse purple aku pakai dari ThePoplook.com. (^_^) Falling in love sudah dengan ThePoplook.com. Baju-baju dekat situ banyak yang labuh-labuh sampai peha. 

Till Then, Annyonghigeseyo. (^_^)

Kenyit mata laju2. TQ :)