♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Thursday, September 29, 2011

How sweet (^_^)

Assalamualaikum

Ya Allah.... Tadi petang aku gatal-gatal login blogspot ni lah. Tengok-tengok ade seketul komen dalam dashboard. Teruja gila dengan komen sebegitu rupe.... Dengan laju-laju terus update status dekat Facebook (^_^)

Ingat tak korang yang pasal entry aku Orang putih,cakap melayu ??????? Kalau tak baca lagi or tak ingat sila bace sekarang kalau sudi :P klik sini






Hari ni aku baru login blogspot dan terbaca komen di bawah yang aku bulatkan merah tu... Hehehehe... Klik gambar di bawah untuk tumbesaran.

Meh aku taip balik komen tu :)

" Kenapa tak tanye je i untuk tangkap gambar je? i so would have taken a photo with you :)"

Koranggg... Korang rase betol ke dia punye blog and dia sendiri yang komen tu???????? (http://geofreyperrinwilliams.blogspot.com/)

Kenyit mata laju2. TQ :)

Tuesday, September 27, 2011

Lumpuh seketika. Insyaallah

Assalamualaikum

Sekarang ni aku mengalami Lumpuh temporary dekat muka sebelah kanan. Ini sebab virus attacked saraf kat muka aku. Punca dari demam 4 hari yang lepas. Demam ni pon puncanya sebab hari tu kene hujan yang lebat.


Hari Sabtu yang lepas, malam sebelum nak masuk tidur nak gosok gigi. Then bila nak berkumr-kumur terasa kenapa air dalam mulut aku ni menyembur-nyembur. Selalunya tak macam tu. Bila nak keluarkan air yang kat dalam mulut,tibe-tibe mulut rase menyenget. Ya Allah,aku abaikan jelah. Ingatkan macam tak ada apa-apalah kot, Imaginasi aku je tu. Perasaan aku je tu.


Esok pagi, again bila nak gosok gigi keadaan yang sama jadi. Aku pon rasa mata aku belah kanan rasa berat. Muka rasa tak selesa.Takotlah stroke. Wallahualam. Terus bukan pegi jumpa doktor. Tapi pegi google. Google dan dapat result kata ramai orang yang pernah kena penyakit ni. Nama penyakit, Bell's Palsy.

Cepat-cepat bagitahu mama nak pergi klinik hari ni jugak. Padahal, macam dah terlambat nak pergi open house rumah Pak Ndak. Cuba jugak pergi klinik dulu. Kat klinik doktor cuma cakap ade masalah saraf. Doktor tak boleh buat ape-ape sebab maybe doktor tu bukannye specialist kot. Dia cuma tulis surat and suruh aku bagi surat tu dan refer dekat mana-mane doktor dekat hospital. Aku redha je dulu. Pergi dulu rumah Pak Ndak.


Sampai rumah Pak Ndak, terus terjah Pak Ndak dengan Kak Tini yang juga seorang doktor.Pendapat dyeorang sama. Bell's Palsy. Pak Ndak ngan Kak Tini siap bagi nama-nama ubat yang doc hospital akan bagi. Kat hospital memang tepat betol. Doktor cek aku dengan suruh buat macam-macam pergerakkan dekat muka. Contoh, senyum nampak gigi, tutup mata, kembungkan pipilah. Semuanya nampak senget. Hahahahaha.... Akhirnya...berkoyan-koyanlah ubat yang kene telan. Ubat tak nak plak bagi yang kecik-kecik.


Paling sekejap pon nak sembuh dalam masa 2 minggu  hingga Sebulan. Ya Allah, harap-harap aku sembuh dengan cepat.Aminnn. MC pon doc bagi 5 hari. Korang doakan untuk aku k.

P/s: Cousin aku cakap, sekarang aku senyum macam pakai botox.




Kenyit mata laju2. TQ :)

Wednesday, September 21, 2011

Rasberry-Chocolate Cheese Tartlet


Assalamualaikum  ♥


Apemacam????????Panjang kan nama Tartlet aku??????????Semangat aku nak buat walaupon penat baru balik dari PD.Kenapa semangat???


Sebab tau makan je. Buat tak tahu. Rase looser di situ. Hahahahahaha. So sebab tak nak rase looser aku pon try. Resepi guna Uncle Google yang dah berjasa. Rase sedap  ♥  tapiiiiiiiiiiiiiii crust dye dekat belah tepi-tepi tu kena tambahkan ketebalan lagi supaya bila dah sejuk dye still crunchy!!!! .Sekian.

Oh yeee lupe.... Aku ada tambah-tambah koleksi brooch comel-comel. Jenguk-jengukla Purplelicious Collection eh???? Sape suka brooch facebook ni???


Kenyit mata laju2. TQ :)

Friday, September 16, 2011

Purplelicious Collections♥

Assalamualaikum ♥

Ehemhemhemhem......Membetolkan anak tekak yang senget...Dengan buat muka comel walaupon tahu tidak comel, aku mempersembahkan Purplelicious Collections!!! (^_^) Aku jemput korang semua pergi kat Purplelicious yee..... Takada paksaan tapi nak paksa jugak :P









Cantik tak purse di atas????? Purse ni boleh jugak dijadikan sling bag, dan ada 3 warna. Nak tengok yang lain, boleh singgah ke Purplelicious Collections

Kenyit mata laju2. TQ :)

Monday, September 12, 2011

Hey korang korang bangunlah!!!

Assalamualaikum

Entry ni khas untuk kawan-kawan UM yang ada belog!!!! Attention pluhlissssssssssssssssssssss!!!
Kepada nama-nama yang aku list kan kat bawah ni dengan tulisan yang besar-besar, sila ambik perhatian eh.






Tulisan da dibesarkan tak nampak lagi ke????? Hehehehe.Korang korang korang. Tolong lah aktifkan blog korang tu balik. Bukan ape.... Rindu mencurah-curah nak baca belog korang korang korang. Puhlisssssss dan sila terharu ada kawan sebegini rupa eh (^_^)

Kenyit mata laju2. TQ :)

Saturday, September 10, 2011

Pasang cita-cita..

Assalamualaikum

Dengan ini saya memasang cita-cita (erk??macam nak umumkan tarikh hari raya pulak) untuk pakai bikini dress yang sebegini kerana dress ni cukup kriteria yang aku nak sebab

(1) Labuh lebih paras montot dan terlebih-lebih labuh pon 
(2) Lengan panjang
(3) Lawa


Sesuai dipakai juga untuk perempuan bertudung. Sopan je..... Sepanjang menjadi remaja ni (remaja lagi ke??) belum pernah lagi pakai baju dress panjang sebegini atau maxi. Nak beli, nak beli nak beli!! Tapi kat mana nak cari??????Online shop berlambak je jual tapi aku tak suka beli baju online. Tak dapat nak fitting. Lainlah badan aku bentuk super model. Pakai apa-apa  pon muat . Smiley



Kalau yang atas ni dress lengan panjang, tapi  dress yang sleeveless pon cun jugak untuk dipakai. Tapi jangan kau gatal sangatlah nak pakai pergi Mid Valley dan tempat yang sewaktu denganya terlanjangkan lengan macam ni je. Pergi ambik cardigan pakai lah deyyyy!!!! Lagi nampak manissss semanisnya kurma ini Smiley


Sungguh cantik ok. Aim aim aim ini baju. Yesss!!! Esok jugak pergi carik. Overrrrrrrrrrr excited!!!!!
Next!!!!!


Apa bezanya dress yang warna pink ni dengan yang warna purple tadi????? Bentuk leher dia. Yang purple leher berbentuk C tapi yang pink leher berbentuk V. So, kene pakai tubelah kat dalam. Gojes gojes!!


Nak lagi santek pakai dengan wedges kegemaran. Huuuuuuuuu....Mesti nampak lagi lagi lagi manissss.. Smiley
Hish..dari tadi tak habis2 manis. Kene diabetis baru tahu.


Kenyit mata laju2. TQ :)

Friday, September 9, 2011

Menambah lemak memang seronok tak ingat

Assalamualaikum

Mengada nak tajuk entry panjang-panjang kan???? Tapi setuju tak korang menambah lemak memang seronok lagi-lagi bulan Raya ni. Open house berderet. Jamuan raya berderet dekat ofis. Kalau orang dah jemput , kene datang, kalau dah datang, kenelah makan untuk ambik hati tuan rumah, bile ambik hati salahkan diri sendiri sebab bila timbang tambah seduatiga kilo.


Lain pulak aku. Aku sendiri yang nak makan. Aku sendiri yang tanpa paksaan mengambil makanan demi makanan tanpa rasa bersalah dekat lemak-lemak yang dah tersedia ada dalam badan ni. Jamuan hari raya kat ofis hari tu????


Lalu kat sate, ambik sebatang. Lalu lagi, ambik sebatang lagi, lalu lagi ambik sebatang lagi. Kesudahannya??? Sepuluh cucuk sate di telan dengan senang hati. Sedap ko. Lagi-lagi sate daging. Lepas tu lalu pulak kat pantry nampak dalam kotak ada tartlet. Mak tergoda ok dengan tartlet blueberry nyah. Ok sedap sangat, makan lagi dan lagi sampai 5 ketul.



Puas dah makan tartlert, sambil menjadi penyambut tetamu yang tak bertauliah dah penat buat exercise mulut sebab mengulang dialog yang sama, Selamat Hari Raya atau Terima kasih sebab datang dan kaki pon minta untuk rehat sebentar teringat pulak dekat laksa johor dengan mi hun sup.Untuk mengelakkan rasa bersalah dengan lemak-lemak yang ada, dapat idea baik untuk kongsi laksa johor dan mi hun sup dengan Kak Nadiya. Terus rasa aku tak makan banyak sangatlah!!!!!Tangan didada mata ke atas. Memeiiiiiii (-_-)"


Beberapa minit lepas tu hilang ingatan dengan Spaghetti Goreng yang mama masak pagi tu untuk bawak pergi jamuan raya. Ingatan pon terus pulih baik lepas makan dua mangkuk spaghetti. Clap clap!!!!!!


Nampak tak warna baju aku warna pink???? Aku sorang je yang warna pink ok. Corak bunga pon lain. Sebab aku lambat masuk sini. Sedey tak sempat nak dapat baju raya for FREE!!! Sob sob sob (T__T)


Kenyit mata laju2. TQ :)

Mana satu nak cite ni???


Assalamualaikum

Kejap, nak pegi ambik vacuum. Lepas tu terhegeh-hegeh nak vacuum habuk-habuk dalam belog pepellllll ni!!! 2 minggu tak update belog sebab kebizian menambah lemak-lemak di badan dengan makanan - makanan yang sangat berperisa, biskut yang sangat crunchy, minuman yang manis serta menambah manis kepada senyuman jugak. Phew!! Sempottttttttt taip tak ade NOKTAH. Tarik nafas, lepas :)


Orang lain dah beround-round dah berpos-pos cerita pasal raya, aku pulak baru nak start. Raya pon still ON lagi kan?????? an an an??? So tak ade salah nye. Tak akan dikenakan denda ataupon saman. Ok jom start.


Macam biasa satu hari sebelum hari raya WAJIB balik rumah Uwan kat Rembau. Kalau raya kat umah nenek belah ayah aku kat KL memang nangesss..Betapa tak berserinya raya-raya kat bandar. Tak ada feel tak ada feel. Mungkin sebab dari kecik sampai lah ke besar gajah ni 1st day raya mesti ada kat Rembau. Kat Kampung Uwan aku boleh dikatakan hampir setiap rumah pasang pelita. Cantik jangan cakaplah. Memang cantik sangat.Tapiiiiiiii kegembiraan beraya kat kampung Uwan aku hanya sampai hari raya ke-2 je sebab hari raya ke-3 ramai yang dah berangkat balik ke KL, balik rumah mak bapak mertua. Selepas tu rumah Uwan terus sunyiiiiiii...Suara cengkerik je yang dengar. Suara orang dah hilang.



Satu hari sebelum raya makcik-makcik mesti sibuk dekat dapur untuk masak. Mula lah semua periuk belanga,kuali besen yang BOSAR-BOSAR dikeluarkan. Semuanya mula dari awal pagi pukul 7 pagi. 7 pagi dapur dah riuh. Riuh suara makcik-makcik. Yang anak dara buat ape??? Gossipppppppp!!!!! Berkongsi cerita-cerita yang dah lama terperam untuk dikongsi. Haruslah. Dah lama tak jumpa.


Bila makcik - makcik dah geram tengok anak-anak buah nye sesedap punggung tak buat ape-ape terus jadi rajin secara automatik dan merajinkan diri buat-buat sibuk tolong ape yang patut. Well...Bukannye ape...Kat dapur tu dah ramai sangat yang menolong. Confuse nak buat ape. Tolong tengok je yang mampu. Hahahahaha.



Gambar aku macam makcik  Sekian. :(

Makanan yang wajib di masak?????

1) Rendang ayam 
2) Rendang daging
3) Sup tulang
4) Nasi lemak sambal ikan bilis
5) Ketupat ( AKU, mama dan ayah yang anyam ) motif mem BOLD kan tulisan?????? Hahaha.
6) Kuah kacang 

Oh ye.... Rendang style negeri sembilan ni lain sikit. Selalu aku pergi raya rumah orang kat area KL mesti rendang yang ada daun kunyit. Tapi rendang negeri sembilan ni hitam-hitam warnanya. Korang pernah makan tak?? Gambar??? Sorrylah tak ade. Sekarang ni musim malas nak snap gambarlah. Entah kenapa. Gambar raya aku sikit jeee. Orang lain sibuk menangkap gambar, aku lak buat tak tahu je. Macam malas untuk jadi camhore. Caneee??


Eh, boleh tak sambung pasal raya lain entry. Hahahaha. sebab rasa raya tahun ni macam tak meriah. Tak havoc. Tak seronok sangat. Macam tak berapa nak raya. So macam tak ada ape sangat nak cerita pasal raya. Kau orang paham tak perasaan ni???? Paham-paham kan lah!!


Kenyit mata laju2. TQ :)