♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Monday, February 28, 2011

Perasaan yang bercampur-baur


Assalamualaikum


Phewww..Baru sampai rumah pukul 7 petang tadi. And for the first day, tak adalah rasa penat sangat. Ok ok sahaja.Cuma penat berdiri sikit jelah dalam train. Plus penat pakai kasut boleh? Even kasut aku bukan tumit tinggi, tapi bila time nak balik tu berjalan nak menapak kat LRT tu nak cabut kasut je rasa. Rasa nak berkaki ayam berjalan pergi ke LRT.


Training hari ni bukanlah training pon. Lebih kepada Introduction pasal company, pasal career path and so on. Janji pukul 8.15 pagi kene ada dekat tempat training. Tapi at last orang HR datang pukul 10pagi. Nasib baik dapat orang penyabar macam aku. Tak kisah lah tunggu lama pon.Cewahhhhh...Padahal dalam hati, kalau cakap awal-awal lambat kan aku boleh tidur kat rumah dulu puas-puas. Ha ha ha.


Hari ni dua kali jumpa orang yang dikenali dekat stesyen LRT. Masa pergi training jumpa kawan sekolah dan bila balik jumpa kawan chatter. Esok,kalau jumpa lagi kawan-kawan lain lagi bolehlah buat reunion terus kat stesyen LRT tu.


Apa yang dapat hari ni, kena belajar bersabar, bertolak ansur dengan jangan berebut. Ceh,dah macam dengar cerita tauladan pulak siap ada pengajaran penghabisan cerita.


Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Sunday, February 27, 2011

Esok bermula lah suasana hidup baru

Assalamualaikum

Baru balik dari kenduri kahwin Cda Cdot. Cantik sangat kawan aku tu.Dapat jumpa kawan-kawan seangkatan yang lain. Wah, bersusun pulak lepas ni yang cop nak kawin dan bertunang tahun ni. Tahniah buat mereka. Kalau dah sampai seru tu elok la langsungkan.Buat persediaan cepat-cepat. Kalau yang nak buat kat dewan tu, book dewan tu setahun dari sekarang.


Dan, Bermulalah esok aku akan memulakan hidup yang baru seperti orang lain jugak. Pagi-pagi sebelum ayam berkokok dah kene bangun?Ye ke sebelum ayam berkokok?? Hahaha. Dah tak boleh nak bangun tidur lewat-lewat. Tak boleh nak terbungkang tidur sampai pukul 10 pagi.


Aku berharap sangat segala nya akan berjalan dengan lancar sekali. Esok nak menapak pagi2 buta kat KTM ni. Uwawawawa. Bagi orang yang first time macam aku ni mesti rasa kekok.Bagi orang yang dah hari-hari hidup dia macam tu, tak ada hal lah kan.



Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Saturday, February 26, 2011

Saya Blogger Selangor


Assalamualaikum


Beri laluan, Syarq nak join segmen dari Cik Reena Tan. Kalau ada sesiapa nak join, click lah banner dibawah ini.

Soalan-soalan yang perlu dijawab seperti berikut:

1) Siapa nama anda

Nama saya Nur Syakirin dan panggil saja Syarq.

2) Sudah berapa lamakah anda terjebak dalam dunia blog

2 tahun lebih.Tapi dulu tak aku tak aktif. Sekarang baru terhegeh-hegeh cuba nak aktif.

3) Anda tinggal di daerah mana, dan di mana anda sekarang

Saya tinggal di daerah Petaling. Dan saya dekat Shah Alam.

4) Di mana tempat istimewa di daerah anda

Ermm,,saya rasa yang habis istimewa dekat I-city kot... :p

5) Harapan anda dalam dunia blog

Harapan aku dapat tambah kawan-kawan dalam blog. Keep in touch dalam blog. Bukan nya sudah follow tapi hilang macam tu saja.


Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Thursday, February 24, 2011

Pesanan Doktor Gigi



Assalamualaikum

Uhukhukhuk. Aku baru je balik dari dating dengan doktor gigi. Phew..Nasib baik doktor tu seorang wanita. Kalau lelaki, malu-malu kucing aku dia tengok gigi aku yang banyak problem ni. Problemnye,gusi berdarah seperti yang aku pernah beritahu kat korang dulu. Klik sini.


Padahal benda ni dah lama jadi, baru aku terhegeh-hegeh nak jumpa doktor gigi. Iyelah.dah tak selesa sangat bile bangun dari tidur pagi-pagi tengok gigi berdarah.Geli pon ada gak.


Duduk je kat kerusi klinik gigi tu, doktor suruh aku nganga mulut, bermula lah doktor tu memberi komen yang berbagai-bagai. Aku nak cakap pon tak boleh. Iyekan sajalah dalam hati. Kalau aku bercakap kang luka mulut aku kene mesin scalling tu. Terkoyak mulut karang lagi susah. Gusi aku sangat-sangat tak sihat doktor kata. Sebab tu lah gusi selalu berdarah.


Oklah,tak nak lah bebel banyak-banyak sangat. Tapi ini antara pesanan doktor untuk gusi yang lebih sihat.

Pertama: Berus gigi dengan cara yang betul, dimana berus dari gusi ke gigi, 2 kali sehari



Steps untuk berus gigi


Kedua : Buat Flossing setiap hari.Sehari sekali

1 kali sebelum tidur (malam)

Flossing

Steps untuk flossing

Ketiga : Berkumur-kumur dengan mouthwash 2 kali sehari

1 kali selepas bangun dari tidur( pagi)
1 kali sebelum tidur (malam)

Mouthwash

Pesanan dari doktor gigi lagi, kalau gusi tak sihat, gigi tak kuat akan cepat tercabut, atau luruh. Takot, umur baru 40 tahun gigi dah banyak tak ada. Siapa yang gusi berdarah macam aku, jom ler kita jaga gusi kita baik-baik. Siapa yang tiada masalah dengan gusi atau gigi, teruskan penjagaan gigi korang tu. Jangan dah tua baru nak jaga gigi. Dah terlambat.

Kenyit mata laju2. TQ Smiley



Wednesday, February 23, 2011

Mi hoon Kari Tomyam



Assalamualaikum

Sape pernah makan Mi hoon Kari Tomyam??? Kenyit mate pleaseeeeeeeeee.... Kalau kawan-kawan sekolej dengan aku sure pernah makan dekat gerai Kolej sebelah,kolej 10 punye. Ye tak kowang wahai kawan-kawanku sekalian?????? Mi hoon kari Tomyam kat situ memang terbaikkkkkkk...


Dengan itu, hari ni aku mengidam nak makan bende tu. Jadi, tak de maknenye aku nak pergi kolej 10 sane nak beli.Setahun lebih kot aku tak makan kat situ. Entah ade ke tidak lagi gerai akak tu. Karang kalau takde menanges...Hampa.....Baik cuba masak sendiri. Lagi bagus.

Sorrilah,gambar kurang jelas. Camera phone tu kadang-kadang gambar cun,kadang-kadang blur. Terimalah seadanya.


P/s: Ade orang tu tanya, aku tak sakit perot ke makan kari campur dengan tomyam,macam pelik. Hahaha...Sakit perot tak jamin.... Lalalalalala.

Kenyit mata laju2. TQ Smiley



Tuesday, February 22, 2011

Kenduri Durian



Assalamualaikum

Di petang yang lagi indah, eh,takdelah petang sangat, pukul 3 kira petang tak?? Hikhiks.Ok, petang yang tak berapa nak petang, memang enak kalau dapat pisang goreng, cendol, ubi goreng, cekodok ikan bilis.


Tapi, apa kata sekali sekala, kita tukar pulak selera. Selalunya makan kuih, tapi hari ni kita makan durian!!! Amacam??? Sesuai ke tak sesuai makan durian dalam cuaca yang sekarang ni panas berdenting. Tapi disebabkan keinginan lidah ini untuk makan durian, kami redahkan juga makan durian,walaupon kami tahu ia akan buat kami lebih panas badan.

Beli 3 biji. Cukuplah untuk memuaskan nafsu tembolok ini. Makan banyak2 karang demam pulak.


P/s: alamak,teringin nak makan manggis pulak, Time bukan musim buah baru terhegeh-hegeh nak teringin.ngade.

Kenyit mata laju2. TQ Smiley



Monday, February 21, 2011

Tips untuk orang pelupa


Assalamualaikum

Uhukhukhukhuk. Ini nenek Syarq nak bagi petua. Buat orang yang pelupa macam nenek ni hah.Nek pernah satu hari tu pergi mid valley ye anak-anak. Nenek drive sendiri ye. Nenek tak daya nak tunggang basikal der...Nenek pon parking kete comel nenek.Lepas tu nenek pon dengan girangnye pergi shopping sorang2.Nenek konon2 boleh berdikari lah shopping sorang2 tanpa atok korang.


Lepas beberapa jam nenek selesai shopping, nenek pon dengan yakin nya pergi bayar tiket parking dan turun esculator nak pergi balik tempat nek parking kete tadi. Nek tawaf satu parking Mid valley tu tak jumpa kereta. Nek dah yakin dah nek parking kat situ tadi.Tapi nape kete nek tak ade ni. Nek dah melalak sebab penat tawaf 1 jam tapi tak jumpa2 kete. Nek ingat kete nek dah kene curi kot.


Nek pon nampak pak guard ronda2 mintak bantuan dia cari kete nek kat dalam tu. At last jumpa juga selepas 30 minit pak guard carikan. Rupe2nye, nek parking tempat lain, nek cari tempat lain.Mid Valley tu kan ade banyak Zone parking. Itu lah jadinya kalau penyakit pelupa nyanyuk nenek datang.


Selepas kejadian tu, kalau nenek parking kat Shopping Mall sorang-sorang nek mesti tangkap gambar tiang nek parking tu anak-anak. Mesti ada anak-anak yang guling2 kan nenek kan?? Tapi nek tak kisah lah, daripada nek tak jumpe kete melalak kang baik nek guna kan handphone nek ni.Apa guna handphone ada camera. Ye tak?

Ini gambar tiang car park mid valley yang nek pergi minggu lepas. Nek parking kat situ lah. Anak-anak yang pelupa macam nenek ni boleh lah buat macam ni. Biarlah orang nak gelak pon. Blueksssssss je... :p


Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Acik Kayoooooo



Assalamualaikum

Weekends dari Sabtu Malam sampai Ahad hari tu, melepak di rumah sepupu-sepupuku yang tersayang. Huhuhu. Bagi adil lah. Sepupu aku Nabilah dah selalu sleep over kat rumah aku. Ini pulak masa aku membalas kunjungan aku ke rumah dia kat Kota Damansara.


Macam biasa, kalau kami dah berjumpa mesti non-stop talking, gossiping. Ha ha ha. Gossip bukan bende-bende yang merapu. Tapi lebih pasal apa yang jadi didalam hidup kami. Tapi actually tak berapa sempat nak bercerita sangat sebab satu malam je pon dapat jumpa.


At the end malam tu kami bersetuju dan dengan ghairahnya bersemangat untuk main game.Cer teka cer teka, game ape????Kehkehkeh.Rase nak lempang tak suruh2 teka pulak kan? Saidina game yang terbaikkkkkk untuk main kalau dah kumpul ramai2.


Sorry sebab gambar tak berapa clear. Kami takde camera DSLR. Sob sob sob.Touching gedik namanya ini. Dari kiri, Nabilah, Naqibah and Nazurah. Tiga beradik yang masing-masing mempunyai kecantikan mereka yang tersendiri!!!

Nabila- Cantik macam artis Bollywood!!!

Naqibah - Kulit licin. Jeles!! Huh!!

Nazurah - Budak ini sangat tinggi. Lagi 3cm nak sama tinggi dengan aku. Baru form1 huh!!

Aku menang dalam game ni,Ha ha ha ha.(Gelak orang kayoooooooooooo).


Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Kalau Bosan Ape nak buat?


Assalamualaikum


Aku mengalami keadaan yang sangat-sangat bosan. Semua benda yang dibuat semuanya serba tak kena.Bosan bosan bosan bosan. Buat yang ini tak dapat, buat yang itu tak dapat. Ya Allah jauhkan lah aku dari sifat putus asa. Aku bosan ni.Ade sesiapa nak bagi aku buat kerja tak????????????????????????? Bosan sampai hantuk2 kepala kat dinding lagi seronok. Ha ha ha. Dah serupa orang gila je kalau buat macam tu.



Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Saturday, February 19, 2011

Sekawan singa lapar depan kita



Assalamualaikum

Dalam satu ceramah dari seorang ustaz, dye memetik sebuah cerita daripada buku Jangan Bersedih.Ceritanya begini,


Pernah suatu hari seorang yang soleh dilemparkan ke kawanan singa. Namun kemudian Allah menyelamatkannya. Orang-orang pun bertanya kepadanya: " Apa yang anda fikirkan saat itu?" Orang soleh itu menjawab: " Saya memikirkan tentang air liur singa, apakah najis atau tidak. Dan, apa pendapat ulama tentang masalah ini?"


Tengoklah orang yang soleh dan alim, sedangkan diri dye akan menjadi hidangan makanan singa dan dah nak berdepan dengan maut, tetapi sempat lagi memikirkan perkara lain dengan tenang. Kita hamba Allah yang tidak sealim orang soleh tu, mesti dah fikir takot, menanges, meraung,menjerit sebab singa nak baham kita. Tak terfikir pasal air liur singa tu najis atau tidak untuk dibawa didalam solat kalau terkena kat badan manusia.


Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Senyum tak nampak gigi

Assalamualaikum


Senyum nampak gigi dinamakan senyum TIGA. Tapi kalau senyum tak nampak gigi pulak dinamakan senyum EMPAT! Harharharhar.Kene tag dengan Cik Anizs. So nah, ambik gambar rajah di bawah untuk muntah.


Kene tag 5 orang kawan.Tapi aku tag semua orang follower aku? Ok lah kan? Lebih 5 orang.Aci tak aci tak?? Nah, kalau menang tuntut hadiah kat Cik Muazatul Adawiyah.

Kenyit mata laju2. TQ Smiley



Makcik Jerit


Assalamualaikum


Kawan-kawan sesama kolej dengan aku dulu dulu mesti tahu siapa Makcik Jerit ni kan?? Korang yang lain mesti tak tahu? Meh aku cerita sikit kisah gelaran makcik jerit.


Masa aku duduk kat kolej dulu, selalu pergi makan kat dalam kolej aku ni. Tuan punye gerai ni makcik Jerit dan suaminya abang Zul. Kenapa kami gelarkan dye makcik jerit???????? hahhhhhhhhhh.. Kalau kat gerai makcik jerit ni, apa-apa makanan termasuk juga air yang kita order tidak akan dihantar ke meja kita duduk. Konsep gerai makcik jerit ni lebih kepada, Layan diri. So, apa-apa makanan yang kita order dah siap dia akan letak kat atas meja depan kaunter. Mula lah makcik tu akan menjerit

"Nagi goreng paprik sapa punye???!!!!" Dye jerit dengan suara yang lantang.

Lepas tu,kita akan pergi kat meja depan kaunter tu,dan ambik makanan yg telah di order.Selagi tuan punya nasi paprik tak ambik nasi paprik tu, selagi tu lah dya akan menjerit. Hahaha. Pelik aku makcik ni? Tak penat ke?


Aku tetiba pulak rindu dekat Kuey Teow Kungfu/Hong kong kedai makcik Jerit ni. Terbaikkkkkkk!!!!!!


Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Friday, February 18, 2011

Aum aumm..Tako Yaki

Assalamualaikum

Korang minat tak makan Tako Yaki?? Sape yang tak tau, sile lihat gambar rajah dibawah. Sedap wokkk...Tako yaki ni.Lagi-lagi yang sotong. Menjilat ibu jari, x cukup ibu jari kaki pon jilat gak.Hahahaha.

Aku macam teringin nak buat sendiri takoyaki ni kat umah..Hahaha. Konon nak jadi orang jepun lah.Hait hait!!! Nengok menarik je cara-cara and steps nak buat takoyaki ni. Simple pulak tu. Tapi korang kene ade dye punye kuali bulat-bulat tu ler. Nah sile tonton wayang ini :p




Ateeeeeeeeee....mane nak carik kuali bulat-bulat tu weyh??Kat malaysia ni ada jual ke? Kalau ada mahal ke murah? Adesssssss.. Boleh tak kalau gune acuan kuih bahulu atau kuih cara tu? kahkahkahkahkah. :p


Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Bakat terendam


Assalamualaikum.

Rupe-rupenya bakat terendam dan hobi menyanyi di merata-rata tempat seperti di dalam tandas,dalam kereta, tepi jalan, dalam bilik,rumah orang,bilik orang, tepi pagar rumah telah terendam sejak kecik lagi. Gambar rajah sebagai bukti:
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V
Berjalan nak masuk ke dalam rumah dari pagar, dah boleh mula menyanyi.Ekekeke.


Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Thursday, February 17, 2011

Tidak terlalu mengharap

Assalamualaikum

Baru hari ini tadi aku dapat berita, dan berita itu membawa sinar harapan kepada aku. Namun, aku tak nak jadi seperti dulu. Segala yang aku harapkan hancur. Segala yang aku persiapkan semuanya telah disimpan sahaja. Tidak dapat digunakan. Tapi aku redha.Segala apa yang terjadi, ada hikmahnya.Allah nak menguji aku.


Dulu, hanya dengan satu mesej yang diterima melalui SMS, buat aku keciwa sangat-sangat. Menitis-nitis air mata aku setelah membaca isi kandungan SMS itu. Satu demi satu secara automatik.Bukan aku mahu menanges.Tapi ia jatuh tiba-tiba. Tidak boleh dikawal. Alhamdulillah, aku dikelilingi dengan manusia-manusia yang tidah pernah penat atau lelah memberi dan bangkitkan semangat aku pada masa itu.


Sekarang, aku tak mahu terlalu berharap. Jika ada rezeki aku, disitu lah aku pergi. Jika tiada, berusaha yang lain pula. Ya Allah, sesungguhnya aku mohon, kau buka kan lah pintu rezeki aku. Amin...Ya Rabbal A'lamin.


Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Khusyuk disebabkan...................


Assalamualaikum


Malam semalam aku tido lewat. Pukul dua lebih baru aku tidur. Semuanya sebab terlampau khusyuk tengok video dari blog AyunAyunar. Tuan blog memang cantik dan comel. Pakailah apa-apa jenis dan style shawl pon tetap nampak menarik. Kreatif sungguh idea-idea style shawl yang Ayun pakai dan steps dye pon sangat simple dan mudah.Senang nak faham.

Ni salah satu video dye, Sile tonton ye kawan-kawan:



Sudah tonton kah? tak sangka inner cotton tu boleh pakai diluar shawl, dan jadi satu style pakai shawl yang sangat menarik..Tepuk tangan ramai-ramai. :) Banyak lagi dan bermacam-macam lagi tutorial style shawl. Sile click sini.


Selamat mencuba kawan-kawan.


Kenyit mata laju2. TQ Smiley


SmileY BaggY GiveawaY




Assalamualaikum.

Dah makan ke korang semua???? Tengah hari macam ni kalau dapat makan lauk-lauk masakan kampung, masyukkkkkkk.... Sedappnya. Lagi-lagi kalau dapat gulai tempoyak. Adess.Ma.........nak lauk tempoyak!!!! hehehehe


Eh eh eh, Tetiba tempoyak pulak yang keluarkan? Actually nak menyelesaikan hutang tag ni. Orang dah sudi tag kite, kite pon sudi2 lah menyelesaikannya. Lagi pon rugi kot tak buat tag ni. ade give away tau. Nak tahu apa hadiah giveaway tu????? Hadiah ni akan mengujakan kaum perempuan saje.

Giveaway ini dikelolakan oleh Cheqppjoy.


Taraaaaaaaaaaaaaa. Ini lah hadiah nya.Anda akan miliki sebuah bag kalau ada rezeki. Aminnnnnn. Tapi bukan antara 4 buah beg ni je tau korang boleh pilih. Tapi, boleh pilih dari Smiley Baggy II.


Macam mana? Menarik kan beg-beg ni? Uhuuuuuuuuuuu. Macam teringin nak memiliki salah satu dari koleksi Smiley Baggy II. Lagipon aku dah lama tak shopping hand bag.Sebenarnya bukan saja beg, barang-barang lain pon aku dah lama tak shopping. Al maklumla, fulus tak ade, SO kene buat macam tak ada fulus. Time ada fulus nanti baru aku shopping bagai nak rak.Cisss....Macam dapat duit berpuluh-puluh ribu je.


Teringin nak ada handbag yang design macam gambar 1 warna coklat tu. Tengok orang pakai macam cantik!!! Oklah. Wish me luck k semua :)


Oh. tak dilupakan, aku mahu tag orang yang aku nak juga mereka dapat salah satu beg dari koleksi Smiley Baggy II. Macam orang putih cakap, Sharing is caring. :) Mahu taggggg:



Oh ye, kepada blogger lain yang aku tak tag tu, kalau nak join, sile lah.Di alu-alukan. Click banner untuk syarat-syarat lebih detail.

Kenyit mata laju2. TQ Smiley