♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Thursday, March 31, 2011

Duit Oh DUit,bila kamu mahu masuk?



Assalamualaikum

Ok.Ini short entry saje di pagi-pagi hari sebelum pergi kerja.Ekekeke. Menyempat jek kan.. Perot lapar, nak breakfast ape eyh pagi nieyh? Hurm..Nasi lemak tak nak,roti canai tak nak, nasi goreng tak nak, dah tu ko nak ape Syarq???

Pretzel satu!!!! Muahahahaha..


Errrrrrr.Bilakah duit nak masuk ni? Dompetku sudah kekeringan. T____________T


Daaaaaaaaaaaaaaaaaaa korang. Mahu gerak sudah!!!


Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Wednesday, March 30, 2011

Letak nama anak menggunakan Nama-nama Allah



Assalamualaikum



Selamat Pagi semua. Ini entry sebelum pergi kerja, sebelum terjerumus ke dalam kesesakan lalu lintas, mari kita update belog. Bila lihat tajuk, nama-nama Allah mestilah kesemuanya nama-nama yang sangat baik maknanya.


Tapi, kat sini Syarq nak kongsi sikit apa yang pernah Syarq dari ceramah-ceramah ustaz dari Balai Seni Islam, Shah Alam. Kita selalu dengar nama-nama orang yang menggunakan nama-nama Allah, seperti

Abdul Rahim bermaksud Hamba Allah yang PENGASIH

Abdul Rahman bermaksud Hamba Allah yang pemurahPEMURAH

Abdul Aziz bermaksud Hamba Allah yang BERKUASA.

dan banyak lagi lah. Dan kita selalu memanggil mereka dengan gelaran seperti Rahim, sebagai contoh

"Eh Rahim, ko nak pergi mana tu? Aku nak ikot kalau ko nak pergi Time Square!!"

Yang sebenarnya, perkataan nama-nama Allah seperti Rahim,Rahman dan Aziz serta nama-nama Allah yang lain hanyalah untuk gelaran Allah.Sebab itu, bila diletakkan nama seseorang anak tu, apabila menggunakan nama-nama Allah perlu disertakan dengan perkataan Abdul. Sebagai contoh Abdul Rahim. Dan kita tak boleh panggil anak itu dengan nama Rahim sahaja. Kita kena panggil anak tu dengan nama yang penuh. Abdul Rahim. Sebagai contoh:

" Abdul Rahim, jom teman aku pergi pasar malam"

Ok.Itu yang Syarq nak kongsi dengan kawan-kawan semua dari apa yang Syarq dengar. Kalau salah tolong betolkan ye. (^_^)

Kenyit mata laju2. TQ Smiley


TheBigSmallBoy Backpacking Contest!



Assalamualaikum

Again, Syarq di tagged lagi oleh seorang kawan chatters, Carol tapi kini dia jugak seorang blogger. Yeah (^_^) I loooooooooooooooiikkkeeeeeeeeeeeeee..

Ok, below are the terms & conditions

Just follow all these simple steps and you'll be in the running to win prizes! :

1) Do follow Rayyan Haries Aaron Davis's blog to be kept updated with the contest! ;)

2) Copy the poster and link it with Rayyan Haries Aaron Davis's URL.

3) Complete this sentence in the most creative way ever! ;

"Ohmmmjayy!! Rayyan Haries, I want that backpack because..."

4) Leave a comment with your name and URL of your post.


5) TAG 3 of your Friends~! ;))



"Ohmmmjayy!!Rayyan Haries, I want that backpack because..."

I can use that backpack to keep my lappy inside.

Nak tag semua orang boleh? Hehehehe.Aci tak? :p


Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Tuesday, March 29, 2011

Apa ke nama entah kuih ni?

Assalamualaikum

Ada sesiapa boleh tolong aku tak?? Ekekekeke. Tolong bagitahu apa nama kuih ni entah. Aku mintak tolong Pokcik Google, dia tak bagi jawapan kat aku. Nampak sangat pokcik Google dah tua. Hahahaha. Nak salahkan pokcik Google pulak kan? Padahal Syarq,ko tu tahu makan je, tapi nama kuih yang ko makan pon tak tahu.


Aku yakin orang Kelantan mesti tahu nama kuih ni. Aku first time makan kuih ni dekat rumah sorang kawan ayah aku. Uncle Tarmim nama dye. Aku first time makan terus dah jatuh hati dengan kuih ni. Mana nya tak jatuh hati, bila gigit je kuih ni, masuk dalam mulut terus cair dalam mulut dengan rasa manis-manisnya. Tapi kalau nak makan kuih ni, kene makan dengan sopan dan ayu. Sebab kalau korang bercakap sambil makan kuih ni abislah menyembur habuk-habuk kuih ni weyh.Terus, orang tak nak jadikan menantu. Hahaha.


Tahun lepas, aku jejak je kaki kat Kelantan, benda pertama yang aku cari adalah kuih ni. Ish sakit hati pulak bile asik taip kuih ni,kuih ni,kuih ni. Kesian betol!!!!!!! Kalau nak beli kuih ni boleh beli dekat Pasar Siti Khadijah.Eh? Betol tak nama pasar ni? Sukahati aku je. Ni hah aku nunjuk rupe bentuk dia eh.

Apa macam? Rasa macam adik korang yang taska melukis lagi cantik dari Syarq melukis kan? Iyeee...Mengaku memang pon. Sila terima seadanya dengan lukisan ini. Inilah gambaran dari lukisan yang dapat aku bagi kat korang. Ateeeenye, cari gune Pokcik Google tak jumpe.


Warna dia, colourful. Memang cantik menarik ko memang da Bomb!!! Tapi selalu aku tengok satu packet tu ada warna pink, hijau dan kuning jer. Tak lah warna-warni sangat kan? Lepas tu tekstur dia, kering. Lembut. Bila digigit, masuk mulut, terus cair. Sedappppppnya. Meleleh air liur ingatkan kuih ni. T_____________T Lepas tu kuih ni macam disalut serbuk putih-putih. Tak tahulah ape bende kah itu. Tepung kot. :)


Ok, fine.Siapa dapat bagi aku nama kuih ni, dia sangat-sangat lah comel!!!!! Ikhlas ni.Hahahaha. Orang Kelantan tak kan tak tahu kot? :P

P/s: Fatin a.k.a Cik Ngah ko balik kampungkan? Nak kuih ni pleaseeeeeeeeeeee... :p


Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Monday, March 28, 2011

Contest Blog TerCute

Assalamualaikum

Ye ye ye. Sorrylah kawan-kawan. Dua entry berturut-turut asik join contest and GA saje. Bukan gila contest eyh.Tapi orang dah tag, tunaikan saja. He he he. Ini barulah dikatakan kawan mithali. Apakah? Wakakakaka. Siapa Muntah hijau sila pergi toilet cepat!!!

Kali ni kene tag dengan my best friend Cik Ngah. Penganjur contest ni pulak Cik ANis.

  • mesti follow anis punye blog! kalo x ..! x leh masuk! :P hihi!
  • mesti ade blog.! kalo x de camne nk masuk!
  • buat satu entry psl contest ni!
  • nak masuk bgi link kat koment!!
  1. pendaftaran bermula 27.3.2011 hingga 1.4.2011
  2. keputusan diumumkan pada 2.4.2011
  3. anis perlu 50 bloggers!
  4. tag 5 org! pastikan mereka tahu! yg ade tag die

Aku nak tag semua bloggers yang masuk blog s.y.a.r.q ni. Sila-silakan join ye kawan-kawan :)
Click here to join :)

Kenyit mata laju2. TQ Smiley


1st GA "Saya Follower m@m@ t0meLL"



Assalamualaikum

Sudah agak lama jugak aku tak sibuk-sibuk join GA or any contest yang bloggers lain buat. Ni sudah kene tag lama dari minggu lepas dengan Cik OdahOne. Sorry ye Cik OdahOne. Al-maklumlah, jari jemari ni dah lah super duper malas nak update belog. Ini kan lagi mahu join GA.Tapi akanku rajin kan juga sebab sudah di tag orang kan :) Thanx ye Cik OdahOne (^_^)


Kepada blogger lain yang nak join sila click pada banner di atas untuk syarat-syarat penyertaan.
Thank YOu!! (^_^)

Nak tag bloggers yang baru aku nak kenal-kenalan. (^_^) Salam perkenalan korang



Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Sunday, March 27, 2011

Parking Oh Parking

Assalamualaikum

Pelik bin ajaib betollah. Kenapa kebanyakkan syarikat tak menyediakan parking FREE untuk staff-staff mereka??Staff sendiri pon kene bayar parking sendiri. Maksudnya bekerja dapat gaji untuk bayar parking. Macam tu kah?


Kalau parking tu harga sehengget sekali masuk tak apa jugak. Tak adalah terasa sangat nak keluarkan duit tu. Tapi, sekali masuk ada pulak RM 5 ringgit yang paling murah. Yang paling mahal pulak RM10 sekali masuk. Itu rate untuk parking di waktu petang. Kalau waktu pagi pulak lain. Paling murah sekali masuk RM 7 dan yang paling mahal RM10. Parking di waktu pagi lebih mahal dari waktu petang. Jadi dua kali ganda pulak. Kalau harga parking tu pada waktu petang RM 5 ,tapi bila waktu petang jadi RM 10. Kalau dikira-kira sebulan bayar parking je RM 200++.


Kalau naik train lagi mahal pulak dari Shah Alam. Kena naik KTM dulu sampai KL sentral, pastu naik LRT. Seorang je pergi balik kene RM 7.oo. Alhamdulillah buat masa ni aku pergi dengan Zana. Jadi minyak dan parking share berdua tak lah terasa sangat masa training ni.Untuk masa akan datang tak tahu lah macam mana.Shift mesti tak sama. Sakit kepala fikir untuk bayar parking je. Harap bila dah lepas training ni stay dekat TTDI. Tak lah teruk sangat nak bayar parking. Lagi-lagi dah tahu tempat strategik yang murah kat situ.Ha ha ha.


Sorrylah aku bebel sorang-sorang pulak dalam blog ni. Kepada bos-bos sila sediakan parking untuk staff-staff anda. (^_^)


Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Saturday, March 26, 2011

Meronda-ronda UM


Assalamualaikum

Semalam aku sampai tempat kerja awal sangat. Semangat bertolak dari rumah awal sebab tak nak terkena macam dua minggu yang lepas. Hari Jumaat jalan yang sangat-sangat sesak. Aku sampai kerja satu jam lambat. Nasib baik trainer aku baik. Sekali semalam elok je jalan clear.


Dah alang-alang sampai awal tu, dari duduk bosan termenung kat lobi baik aku ronda-ronda satu UM. Lagipon dah lama tak masuk situ. Rase rindu pulak.Bila tengok setiap sudut kat UM tu, teringat macam-macam kenangan dengan kawan-kawan.

Bila sampai kat Bukit Cinta geli hati pulak rasa. Dekat dalam UM pon ada Bukit Cinta. Ha ha ha. Sebab banyak pasangan-pasangan couple suka duduk lepak malam-malam kat sini. Sambil tengok pemandangan Kuala Lumpur. Yang aku dengan kawan-kawan aku pulak, lepas makan mentekedarah jalan-jalan kat sini untuk exercise bagi perot kempis. Kononye lah. Lepas tu melantak lagi. Macam mana nak kurus.


Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Malam hari di dalam lab


Assalamualaikum


Ish ish ish. Teruk kan aku. Berapa hari dah tinggalkan blog ni. Penyakit M A L A S dah datang macam tulah jadinya. Jari jemari pon ikot jugak malas macam tuan nya. Tambah-tambah pulak tak ada idea nak menaip apa. Tak akan aku nak cerita kisah aku buang sampah kat luar rumah pulak. Mesti orang nak baca pon rasa macam mensampah je Syarq ni kan. Ha ha ha.


Minggu ni training berjalan pada waktu malam dalam lima hari ni. Kalau malam tu yang seronoknya boleh bangun lambat-lambat. Jalan pon tak jem. Clear je. Tak payah aku nak tension dengan jem.


Tapi yang tak seronoknya pulak, bila training malam, orang lain semua bye-bye nak balik rumah dah, kita orang ni baru nak masuk kerja. Apa kes??? Ada bau kecemburuan kat situ. Tapi sedap jugak hati aku terubat bila, rotate shift setiap minggu. Tak adalah dapat kerja pagi or malam je memanjang. Merasa lah dapat semua shift (^_^)


Korang yang lain suka kerja malam or siang???


Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Sunday, March 20, 2011

Apa itu macaroons?



Assalamualaikum

Aku nak tanya kepada sesiapa yang tahu.Macaroons tu buat dari apa? Apa rasanye? Manis ke? Masam ke? Rangup tak? Mahal tak? Mana nak beli???

Selalu tengok bloggers lain beli. Aku tertarik dengan warna-warna macaroons ni. Colourful. Ghope dia aku tahu sebab pernah tengok dalam belog orang lain.Tapi rasa dye tu. Nampak rupe macam burger, tapi warna-warni lak.

Aku tak pernah rase.Al-maklumla, aku kan orang kampung. Den biaso makan cokodok yo. (^_^) Mano nak boli yo bondo ni??


Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Ada jugak nama Syarq


Assalamualaikum

Good Morning semua bloggers and readers. Pagi ni aku bangun je terus mengadap laptop hitam ni dan buka blog aku. Baca dekat shoutbox ada kejutan untuk aku.


"CheQpPJoy: Ada kejutan untuk anda dari smiley baggy giveaway..nk tau x?"


Alahai,baca je perkataan kejutan tu lagi lah curious nak tahu apa kan, Lagi-lagi baca perkataan smiley baggy give away.Pergi click kat link CheQpPJoy tengok-tengok ada senarai nama pemenang. Aku scroll sampai ke bawah, tetiba rasa kerteharuan.


Nak tau kenapa? CheQpPJoy sudi bagi kat aku pemenang entry pilihan. Uhukhukhukhuk. Terharu ni CheQpPJoy T_______T. Terima kasih banyak-banyak CheQpPJoy. Keychain tu pon nampak macam sangat comel. Aku suka bentuk love love ni.Tak sabar nak terima keychain tu. Nanti akan aku email kan dengan sepantas kilat kat CheQpPJoy jap gi.


Oh ye, Tahniah kepada semua pemenang utama dan pemenang saguhati. Cik pemenang utama kalau xmoh bag tu bagi kat Syarq. Hahahahahaha. :P


Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Saturday, March 19, 2011

Tips kalau nak turun berat 2-3 kg sebulan


Assalamualaikum

Kalau korang nak cuba turunkan berat badan 2 hingga 3 kilogram dalam masa sebulan cuba makan oats setiap hari sekali. Ini yang aku pernah buat dulu. Memang turun berat. Aku pon mula-mula tak percaya juga.


Oats ni bagus sebab dia menyerap lemak-lemak dan toksik-toksik yang ada dalam badan kita dan akan dikeluarkan bila kita buang air besar. Sekarang ni aku rasa perut aku tak sedap.Maksudnya badan aku dah naik. Rasa senak-senak perut gitu. Dah lama aku tak makan oats ni sejak kerja. Tak ingat makan bantai macam-macam makanan.Memang lah naik badan aku ni.

Pssssssssst,,,,tapi jangan korang ingat dah makan oats ni korang boleh melahap makan sampai mencekik banyak-banyak.Memang lah tak jalan. Makan secara sederhana. Itu yang terbaik. Makan sarapan, makan tengah hari dan makan malam.

Makan pagi macam raja, makan tengah hari macam putera raja, makan malam macam pengemis.

Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Zam Zam Ala Kazam


Assalamualaikum


Selamat berhujung minggu kawan-kawan. Mesti hari ni ramai yang keluar berjalan-jalan. Shopping kan? Sekarang pon tengah ada Sale. Mahu jugak shopping.Tapi kene tahan nafsu dulu sebab duit belum ada lagi. Uhuk.


Alhamdulillah,dapat jugak mak aku melepaskan keinginan dia nak makan kat satu Restoran arab ni. Kalau sesiapa yang duduk Shah Alam mesti tau restoran ni kat mane. Restoran Zam Zam Ala Kazam. Eh eh eh.Gurau je. Zam Zam je. Takde lebih-lebih eh. (^_^)

Sebelum tengok gambar,sila jaga air liur masing-masing sebelum meleleh ye. Iyeekkk... Hahahah.

Ini dia gambar Chicken Mandy. Dah bunyi macam Ayam mandi.Sedap memang sedap.Ayam dia pon besar dan lembut.Puas hati makan.


Tadi ayam dah mandi.Tiba masa pulak kambing untuk mandi atau nama omputihnye Lamb Mandy.

Ini pulak kebab lembu. Ehek.Betol ke nama dia entah. Tak hingat sorry.

Ini aku punya, Lamb grilled Chop. Lain dari lamb chop yang western punya. Ini tak ada kuah. Kering je.

Kesimpulannya, boleh lah tahan makanannya. Tapi aku makan sekarang aku dah lapar balik,Padan muka sapa suruh tak order nasi kan? Gara-gara nak "diet" lah konon.Diet wakluu. Makan kambing kata nak diet eh Syarq.

Ini adalah adik aku. Comel ke tak comel? Sila jangan kata comel sebab nanti hidung dia akan bertambah kembang.

Sesiapa nak pergi lokasi nya dekat Seksyen 9, Shah Alam. Belakang MC Donald Seksyen 9 tu. Sila-sila lah. Selain makanan arab, ada jugak restoran lain dekat situ. Ada restoran Thai dan Jepun.

Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Wednesday, March 16, 2011

Restoran Bus stand


Assalamualaikum

Selamat malam kawan-kawan. Cakap selamat malam macam dah nak tido je kan? Phewww. Tadi pagi datang kerja lewat 30 minit.Nasib still undergo training lagi. Bukan disengajakan. Tapi hujan mencurah-curah.Tambahan lagi dengan jem yang amat jalan raya. Alhamdulillah. Sampai dengan selamat.


Balik tadi sementara menunggu kawan kami K, sempat makan putu mayam dengan Zana. Beli putu mayam bungkus dekat India naik motor tu. Lepas kitaorang makan dekat Bus stand. Dah tak tahu nak duduk makan putu mayam tu kat mana.Hahaha. Selamba badak kami je.Orang lain duk muka tension tunggu bas lama tak sampai-sampai,kami boleh pulak menjamu selera dekat situ.

Cik Zana sempoi

Sambil tu Cik Zana berkata-kata:

"Ni kalau bakal mak mertua tengok anak dara makan kat bus stand ni mesti reject."

Aku pulak sambung:

"Kalau dapat pakwa orang loaded, kaya,bawak kereta mahal mesti dia malukan nak buat macam ni? Makan kat bus stand tepi jalan macam ni?"

Zana menambah lagi:

" Huh,silap-silap kalau dapat pakwa macam tu, makan pakai tangan pon tak reti, padahal orang melayu"

Hahaha.Dari ke putu mayam sampai ke pakwe loaded keluar cerita.

Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Tuesday, March 15, 2011

Tengok wayang bersama dot dot dot


Assalamualaikum

Semalam macam mengigau bila mama dan ayah ajak pergi tengok wayang. Aktiviti tengok wayang bersama keluarga ni last sekali masa aku tadika kot. Betapa lamanya tak tengok wayang dengan mama & ayah.


Excited betol mama nak tengok wayang. Suruh aku siap cepat-cepat.Takot wayang dah start. Yang tak disangka-sangka tu tengok wayang pukul 10.30 malam. Ingatkan mama ngantuk tak nak layan wayang malam-malam.Rupe-rupenye mama and ayah lagi tak mengantuk dari aku yang dah menguap berapa kali dalam wayang. Bukan sebab cerita tu bosan. Mana nak bosannya.Cerita perang-perang mesti banyak aksi-aksi ganas. Tapi aku ngantuk sebab fikir esok nak pegi keje pagi-pagi.Kalau esoknya kerja petang kan bagus.


Sudah tengok banner pon tahu kan aku tengok cerita apa semalam? Hikayat Merong Mahawangsa. Daripada cerita ni dapatlah aku tahu dan kenal merong mahawangsa ni siapa. Aku bagi dua thumbs up kat cerita ni. Seronok cerita sejarah-sejarah macam ni bila dibuat dalam bentuk movie. Cuba kalau suruh aku baca buku sejarah, baru baca tajuk Bab 1 dah tido. Hahahaha.

Kenyit mata laju2. TQ Smiley