♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Monday, August 22, 2011

Pembantu rumah bogel???


Assalamualaikum

Sumber: Metro Online

FORT WAYNE: Seorang lelaki memulakan perniagaan yang didakwanya sebagai unik di bandar di Indiana ini.

Lelaki berkenaan yang meminta namanya tidak disiarkan berkata, syarikatnya, Fort Wayne Dust Bunnies menawarkan khidmat pembantu rumah kepada pelanggan tetapi kerja membersih akan dilakukan secara bertelanjang.


Pembantu rumah itu hanya dibenarkan melakukan kerja ringan seperti membasuh pinggan mangkuk, permaidani dan membersihkan habuk. Pelanggan dikenakan bayaran sebanyak AS$60 (RM180) sejam untuk hari biasa dengan waktu kerja minimum dua jam.

Setiap pembantu rumah itu akan diiringi seorang pengawal keselamatan dan pelanggan tidak dibenarkan menyentuh wanita berkenaan.


Pemilik syarikat itu berkata, pembantu rumah itu memperoleh pendapatan kira-kira AS$30 (RM90) sejam.


Jurucakap Majlis Bandar Raya Fort Wayne, Frank Suarez berkata, pihaknya tidak mempunyai cara untuk menghalang perkhidmatan seumpama itu. - Agensi


Motiffffffff??????????????? Ingatkan boleh pegang2. Oooopssssss!!!!! Hahahaha.

Kenyit mata laju2. TQ :)

Saturday, August 20, 2011

Round 1: Oats & Raisins


Assalamualaikum

Hoyehhhhhh.... Siap dah dua tupperware biskut raya aku yang pertama. Baru biskut yang pertama. Belum kedua dan ketiga keempat kelima keenam ketujuh. Eh eh eh... Tak tak tak. sampai ketiga je sudah. Esok buat yang kedua pulak. Gigih tak????? :P

Sebenarnya aku kalau tak ade satu pon biskut raya yang home made rasa terkilan lah. Macam tak lengkap tau. Tu yang gigih buat tu. (^_^)


Kenyit mata laju2. TQ :)

Friday, August 19, 2011

Ramadhan ke 18



Assalamualaikum

Setakat ni aku tak pernah update pasal menu buka puase kan????? Gambar makanan pon tak hadeee,,, macam mana nak update????? Asal dah nak dekat waktu berbuka je tak fikir lain. Fikir tak sabar nak makan. Hehehehe..


Untuk hari ke 18 ni aku baru terhegeh-hegeh nak update. Ok lah kan??? Kalau hari-hari update pasal menu berbuka puasa karang belog aku penuh dengan gambar makanan je. Orang bukak blog aku kesian. Kecur air liur. Aku tak sampai hati sangat tengok korang kecur air liur. :p


Semalam ayah aku ajak buka puasa dekat De Palma, Shah Alam. Ini adalah first time dalam bulan ramadhan tahun ni aku ngan family aku berbuka puasa kat luar. Hari-hari lain buka kat rumah.


30 minit sebelum waktu berbuka apa yang dibuat?????? Ape lagi????? Terjah makanan lah weyh. Terjah menerjah sampai penuh dah meja.....


Adik aku tak join sebab dia belum cuti lagi. Tiga orang pon dah penuh makanan satu meja. Korang tengok eh kitaorang ambik ape???


Kuetiaw goreng kerang


Yong Tau Fu


Pasembur

Murtabak


Buah-buahan

Dannnnnnnnnnnn..... Makanan lain tak sempat nak snap sebab waktu berbuka pon dah masuk. Tak koserrr aku nak snap picture dah. Makan lagi best :P

Untuk sepanjang Ramadhan ni, JJ sebagai artis yang akan memeriahkan suasana berbuka puasa dekat situ.


Gambar JJ??? Aku tak snap. Perot dah senak. Segala-galanya jadi malas (-_-)"

Kenyit mata laju2. TQ :)

Thursday, August 18, 2011

Bertukar Hiyakkkkk


Assalamualaikum

Ye. Memang kene cepat-cepat bertukar. Haram kalau kita makan benda yang kita tahu status makanan tu tak halal tapi kita teruskan makan. Tetiba halal dengan haram pulak kan???? Ape cite ni???

Korang ada baca surat khabar semalam kan???? Pasal butter yang dah disahkan oleh JAKIM butter tu tak halal disebabkan mengandungi DNA binatang warna pink tu. Oink oink oink. DNA B A B I. Tak tahu lagi butter yang mane?????? Jap eh jap eh nak upload.


Ni butter ni...... Selama ni tahun-tahun yang lepas aku buat biskut raya guna butter ni... Dah berapa banyak biskut raya aku makan dah?????????? Dah berapai ramai tetamu makan biskut raya aku buat dah?????? Astaghfirullah. Maafkan lah aku wahai tetamu-tetamuku. Aku tak tahu butter ni ade DNA oink oink. Patutlah ade extra perase. Rasa macam sedap sangat. Ceahhhhh...


Bila aku bace je berita pasal butter ni di sahkan ada DNA oink oink tu terus aku laju-laju SMS mama. Dekat dalam peti sejuk rumah aku masa tu ade seketul butter ni. Terus mama pon buang laju-laju.

So, start dari sekarang aku dah tak guna Golden Churn Butter ni. Aku nak guna butter buatan malaysia yang ade tanda halal Jakim sahaja. No imported butter lagi.

Psssttttt.....kalau boleh samak darah daging manusia, dah lama nak samak badan-badan dan darah aku ni.


Kenyit mata laju2. TQ :)

Wednesday, August 17, 2011

Nak bakor



Assalamualaikum

Ohoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!Hahahaha,,,Tetiba macam M.Daud Kilau pulak kan. Actually excited ni. Barang-barang nak buat biskut raya semua dah beli. Alhamdulillah. Smeuanya ada dan cukup. Sekarang tunggu nak buat je.


Plan, hari Sabtu & ahad ni dengan sabtu next week nak buat biskut. Insyaallah kalau tak ada aral melintang. Korang buat biskut tak tahun ni???????

Kenyit mata laju2. TQ :)

Tuesday, August 16, 2011

Bawal tatap dihatiku



Assalamualaikum


Habis penat berjalan kat Matta Fair, aku dengan fiza sambung pulak pergi shopping kat Masjid Jamek. Padahal kaki dah penat tahap sampai nak jalan seret kaki je. Tapi dah alang-alang naik train turun masjid jamek tu, gagahkan diri jugak untuk shopping. Dah sampai. Belasah je lah.

Aku gagahkan diri berjalan dari masjid jamek ke jalan TAR. Kesakitan tapak kaki tak payah cakaplah. Kalaulah aku Elyana, aku dah jalan kaki ayam. Eh eh eh. Elyana masuk topik plak :p
Sambung!! Tujuan nak shopping inner untuk selendang dengan tudung matching dengan baju raya aku. Hehehehe. Tu yang gagahkan diri jugak tu. Haruslahhhh. Untuk raya kot :p

Tudung pilihan aku tatapppppppppp tudung bawal. Tudung bawal pilihan nombor 1. Pilihan nombor 2 selendang. Tudung awning????????? Tak menjadi pilihan aku lagi setakat ni. Entahlah. Belum menarik qalbu lagi lah tudung awning dalam hati aku????? (Erkkk menarik qalbu??Mana belajar ni syarq?) Kenapa???? Mungkin aku rasakan ketidaksesuaian bentuk muka untuk tudung awning. Huhu.


Tapi untuk mak aku dia memang suka tudung awning.Senang pakai kata mama. Aku mengaku memang tudung awning senang nak pakai. Tapi macam aku cakap tadi, belum menarik qalbu lagi.


Kenyit mata laju2. TQ :)

Monday, August 15, 2011

Matta Fair



Assalamualaikum

Gila ketinggalan aku tak tau ape tu Matta Fair. PC Fair tau lah aku. Itu pon dengar dari mulut Fiza pasal Matta Fair. Kalau fiza tak cakap pasal ni, aku mesti tak tahu sampai bile-bile. Sampai beranak pinak, cucu ke cicit. Nasib ade Fiza yang mengajak teman pergi Matta Band, ehhhh Mata Fair lah!! Ke korang pon tak tau gak???? Sep lah!!!!


Manusia kat sane?????? Harusah berduyun-duyun. Langgar-langgar bahu tu wajib tau. Semua orang semangat nak dapat package yang murah untuk pergi holiday. Siapa yang tak nak kan???? Tapi kenapa nak masuk Matta Fair ni kene bayar???? 3 hengget tiket masuk. Lepas bayar dapat wrist band sehelai dengan seketul bag.


Masuk PC Fair takde pulak berbayar kan? Banyak sangat-sangat travel agency yang bukak booth dekat Matta fair tu.Beratus-ratus agency. Tak terlarat nak tengok setiap booth. At last jalan laju-laju je menonong. Tapi yang menarik minat aku Muslim Package untuk ke Korea. Eoseo oseyo!!! (^_^) Huhuhu. Harga package????? Paling murah RM 2000. Nangesssssss T________T



Sebelum blah dari Matta Fair tu setelah tapak kaki aku sakit, sempat aku ngan Fiza beli Tiket untuk masuk Aquaria KLCC. Promotion!!! Harga untuk tiket dewasa hari biasa RM 35 , tapi Matta Fair Promotion hanya RM 28. Expired date sampai hujung bulan Disember ni. So, sukahati aku dengan Fiza nak pergi bile-bile sebelum expired date. Berbaloi-baloi!!! (^_^)



Sapa nak ikot?????????????? Mintak tiket kat Fiza. Kitaorang ada satu tiket lebey. Tu pon kalau dia nak bagi. :p




dalam bas dua tingkat yang tak bergerak sebab tak hade driver.

Penat jalan kat Matta Fair, pergi shopping lagi tu plak dekat Masjid Jamek lepas tu. Penat tapi buat-buat tak penat. Kederat!!

Kenyit mata laju2. TQ :)

Saturday, August 13, 2011

Ssssssssssssssssss



Assalamualaikum

Seminggu ni kat ofis sibuk dengan kempen 5s. Jangan tanya aku apa tu 5s sebab aku pon tak ingat kelima-lima elemen 5s tu. Hahahaha. Tapi yang aku tau, semua bende kat dalam ofis tu nak kene tagging. Printer, aircond, CPU, monitor, tangga dan lain-lain lah. Jenuh nak nyebut barang-barang dalam ofis tu.

Semalam hari perasmian 5s. Semangat budak unit aku turun. Ada 2-3 orang je yang tak turun sebab banyak kerja nak kene siapkan.


Meet my new friend Kak Nadiya. Kak nadia ni duduk depan meja aku je. Masa 1st day muka macam serius gile akak ni buat keje. Aku pon takot nak tegur. Tapi bila dah 2nd day, dia yang tegur aku. So, aku kalau orang dah tegur aku terus jadi peramah. Dan hari-hari seterusnya nak ke mana-mana dengan Kak Nadiya. Kak Nadiya ni pon baru 4 bulan kat situ. Bila dah lama-lama kenal kak nadiya ni rupanya orangnya kelakar jugak. Masuklah dengan kepala aku.


Oh ye.. Sambung balik pasal 5s tadi. Kalau tandas pon kene tag rasa-rasanya tak pelik kalau letak tag lobang jamban. Hahahhaha. Sudah-sudah. Mengarut. Bye.


Kenyit mata laju2. TQ :)

Wednesday, August 10, 2011

Body lotion vs Shower gel


Assalamualaikum

Ini cerita kesengalan aku. Tapi cerita ni da basi sikit. Tapi nak cerita gak sebab dari hari tu nak cerita tak cite-cite. Cer cite cer cite. Ngeeeeee (^_^)


Alkisahnya gini. Adalah satu hari tu mak aku suggest pakai shower gel enchanteur sebab mama kata bau sabun tu sedap. Dia pon belikan aku sebotol shower gel enchanteur tu. Aku pon pakailah dengan bestnye sebab memang wangi yang label Desire.


Sampailah satu hari tu shower gel enchanteur tu habis. Mak aku pon beli sebotol yang baru. Aku pon pakai lah hari-hari masa mandi. Ada lagi satu hari tu aku terdetik nak baca label dekat shower gel tu tau sambil mandi. Bile bace aku gelak sorang-sorang. Korang tau tak ape yang tercetak kat label shower gel tu?????? Perfumed & Body Lotion. Dah nak dekat setengah botol kot rupa-rupanya aku pakai lotion untuk mandi???


Rupa-rupanya mak aku tersalah beli sebab botol shower gel dengan body lotion lebey kurang sama. Patotlah terasa kulit badan aku lembut. (sila pasrah kawan-kawan) (^_^)

Kenyit mata laju2. TQ :)


Update sambil tengok tv

Assalamualaikum

Eeeeee geram betol lah dengan perempuan yang nak rampas suami orang ni. Bukan main banyak laki kat dalam dunia ni, kenape lah ko nak ambik jugak laki orang. Sudahlah tu suami kawan baik sendiri. Sampainya hati kan????Aku berdoa sangat-sangat aku tak tergolong dalam kelompok perempuan perampas ni. Aminnnnnn.

Aku doakan juga untuk korang tak jadi perampas suami orang macam dalam cerita Hui Jia De You Huo.



Aku layan cerita ni dari episod 1 lagi sampai melekat ke hari ni kat TV2.

Kenyit mata laju2. TQ Smiley




Sunday, August 7, 2011

Puding Nangka


Assalamualaikum

Semalam Mama nak buat puding cocktail tau. Lepas tu cocktail mama tak beli. Tengok-tengok yang ada dalam peti sejuk buah nangka. Lepas tu mama sebat jelah buat puding nangka. First time makan puding nangka. Korang pernah????


Puding nangka ni makan dengan susu cair dan gula melaka. Raseeeee?????? Dah macam rasa pengat nangka dah. Sedap!!!!


Esok-esok kalau dalam peti sejuk ada buah durian, agak-agak ok tak buat puding durian????? Errrrrrrrrrrrrrr....Aku bagi korang rase dulu then baru aku rasa ok??? (^_^)


Kenyit mata laju2. TQ Smiley

Thursday, August 4, 2011

Ketenangan ada dekat situ


Assalamualaikum

Update!!!! Hari ni first day dekat tempat baru. Baru mula, biasalah tak ada kerja lagi. Jadi duk ngadap PC tapi macam tak tahu nak buat apa. PC tengok aku, aku tengok PC. Hahahaha. Takpe-takpe. Hari pertama rilek-rilek dulu kan??? Ko siap lah Syarq kalau dah start banyak keje, baru ko hargai waktu rilek-rilek tu. (^_^)

Kenyit mata laju2. TQ Smiley

Tuesday, August 2, 2011

Ilmu tu penting


Assalamualaikum

Fuh fuh. Belum terlambat lagi kan nak ucapkan Selamat menyambut bulan ramadhan. (^_^) Ok, untuk bulan ramadhan ni, meh baca satu cerita.

Aman, Borhan dan Izat selalu duduk melepak depan surau sambil bermain gitar dan menyanyi. Semasa orang-orang kampung pergi ke surau untuk mengerjakan solat dan menghadiri kelas agama dan ceramah, Aman, Borhan dan Izat buat tak indah pon. Mereka bertiga ni tak pernah join sekali untuk solat berjemaah di surau. Mereka buat selamba atuk nenek dyeorang je main gitar masa orang lain tengah solat.

Sampailah pada satu hari tu Pak Imam surau dah tak tahan dengan perangai dyeorang yang asyik melepak dan main gitar depan surau tu. Mengganggu kosentarasi orang nak solat. Pak imam pon pergi tegur budak bertiga tu.

Imam : Korang ni tak reti-reti ke pergi solat berjemaah sekali??? Asyik duduk main gitar depan surau ni.

Aman : Ala pak imam, rileks lah...... Pak imam ingat saya tak pandai ke solat??? Siap boleh jadi imam tau!!

Borhan : Aaah lah pak imam ni, saya pulak dulu sekolah agama lah. Kalau takat nak azan tu tak ada hal lah.

Izat : Jangan pandang kami duduk main gitar ni tak pandai bab-bab solat ni tau pak imam

Imam : Kalau cakap je tapi tak buat nak buat ape?? Esok, waktu solat maghrib korang semua datang ke surau. Aku nak tengok kepandaian korang tu.

Aman, Borhan & Izat : Tak de hallll laaaaaaaaaaaa.... (jawab mereka dengan angkuhnya)


Pada keesokkan harinya, sebelum masuk waktu maghrib Aman, Borhan & Izat dah sampai dekat surau. Kemudian Pak imam pon sampai.

Bila masuk waktu maghrib:

Imam : Borhan, semalam ko kate ko pandai sangat azan kan???? Ko pergi azan cepat.

Borhan: Borhan pon mulakan azan. Allllllahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhu rabbi!!

Imam : Mana ko belajar azan macam tu. Ish, sudahlah bagi orang lain je yang azan.

Selepan azan maghrib, Pak imam pon mengimamkan solat maghrib dan dimulakan dengan takbirratul ikhram.

Imam : Allllllllllahhhhhhhh . Alllahhhhhhhhhhhhhhhh.. Allahhhhhhhhhh. Sampai 3 kali imam mengangkat takbir tapi tak lepas-lepas. Tiba-tiba..........

Aman : Imam, bagilah saya jadi imam.

Dengan yakin nya aman nak jadi imam.Aman pon memulakan solat maghrib dengan takbirratul ikhram.

Aman : Allllllllllllahhhhhhhhhu akbar!!

Aman berjaya melafazkan takbir dan tiba-tiba menoleh kebelakang dan....

Aman : Tengok pak imam, saya buat sekali je angkat takbir. Bukan macam imam 3 kali pon tak lepas-lepas.

Terbatal solat semua orang kampung pada masa tu dan orang kampung serta pak imam rasa geram dengan Aman.

Izat : Apelah ko ni Aman, masa solat mana boleh bercakap. Terbatal lah solat kami. Meh lah aku pulak jadi imam.

Macam biase, izat pon mulakan solat dengan takbirratul ihram

Izat: Alllahhhhhhhhhuakbar.

Izat berjaya mengimamkan solat maghrib dengan jayanya. Pak imam pon rasa bangga dengan izat.

Imam : Tak sangka ko boleh jadi imam izat. Sambil menepuk-nepuk bahu izat.

Izat : Baru tok imam tahu??????? Imam belum tengok saya ambil wuduk lagi.

Terbeliak mata Pak imam sebab rupa-rupanya izat belum ambil wuduk pon sebelum solat tadi.

Kenyit mata laju2. TQ Smiley