♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Monday, May 30, 2011

Semoga kawan-kawan aku semua bahagia

Assalamualaikum

Semalam sampai dua kenduri aku pergi.Memang berkenduri sakan dapat cuti semalam walaupon sehari je.. Huhuhu,hari ni aku dapat MC sebab mata aku makin membengkak dengan jayanye. Masa aku nak pergi klinik dengan adik aku, semua orang duk tengok mata aku. Tibe-tibe rasa macam, artis. Ke mata aku nampak lagi seksi bila bengkak??? Seducing eye...Hahahaha :p

Yang mula-mulanya aku pergi kenduri pertunangan dak Intan yang gojes.Orang nya gojes, baju pon gojes. I loooiiikeeeeeeeee. ♥ Tahniah untuk Intan dan Firdaus. Tak rugi kitaorang duk kenen-kenenkan korang masa zaman malu-malu kucing dulu kan??? Malu-malu tapi mahu. (^_^)


Kenduri yang kedua pulak dekat Bora Ombak,Ampang. Selalu dengar orang duk sebut-sebut Bora Ombak, Bora Ombak. Apa ada dengan Bora Ombak tu kan?????? Ngeh, semalam dapat dah sampai kat Bora Ombak tu. Habis satu Bora Ombak tu kena reserved sebab kenduri Kak Nurza.

Makanan dia, terbaikkk. Memang sedap lauk-lauk untuk nasi minyak dia. So,sesiapa yang ada duit lebih-lebih sampai melimpah ruah tu, boleh lah buat kenduri kawin kat Bora Ombak. Alisa?????? Nexttttttttt!!!!!! Lalalalaalala (^_^) Semalam ada salin tak package wedding kat situ??? :P

Last, tahniah Intan & Firdaus, Kak Nurza & Abang Din. Semoga Bahagia :)

Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Wednesday, May 25, 2011

Customer yang weng

Assalamualaikum

Customer : Cik boleh bantu saya tak?

Syarq : Ye encik, ada apa yang boleh saya bantu??

Customer : Sebelum tu, nama awak siape?

Syarq : Nama saya Syakirin

Customer : Ish?? Pelik-pelik lah nama korang nie...

Syarq : Nama encik siape?

Customer : Nama saya anuar.Saya tak pernah dengar nama Syakirin sebelum ni. Betol ke tu
nama awak atau nama nickname je tu???

Syarq : Betollah tu nama saya encik. (ko tak tau name nickname akuke??? Syarq la.hahaha)

Customer : Iyeke??? bagi nama awak yang betul saya nak add kat facebook??

Syarq : Erk?? Kenapa pulak encik??

Customer : Saya dah banyak kali mintak tolong kat bahagian bil, tapi semua x dapat tolong saya.Jadi sekarang saya nak cari dalam FB profile awak baru saya percaya. Kalau awak
ingat saya nak ngurat awak, sukahati lah.

Syarq : Sebenarnya apa yang encik nak saya tolong??

Customer : Saya sebenarnya dah banyak kali mintak tolong bahagian bil untuk satukan bil saya
tapi sampai sekarang sama je. Bil saya tetap seperate. Tadi saya call bahagian bil
pukul 7 malam, dah tutup pulak.

Syarq : Oh ye ke cik anuar. Boleh bagi nombor handphone cik anuar dulu??

Customer: 013-XXXXX (aku tak hengatlah number dia kan)

Syarq : Nama pemegang penuh akaun???

Customer: Anuar bin blah blah blah. Saya nak mintak tolong awak tolong email kan kat bahagian bil suruh diaorang call saya. Saya dah tarat nak call diaorang banyak kali, tapi tetap
tak setel-setel

Syarq : Ok, tapi pukul berapa encik available???

Customer: Ok, saya nak awak dengar baik-baik. Saya ni hari ISnin sampai Jumaat kerja, sabtu
and ahad je cuti. Pukul 8 pagi - 6 petang saya kerja. Tapi saya selalu balik lambat
sampai kat rumah pukul 7malam . Setiap hari, pukul 11pagi - 1 ptg saya meeting,
waktu lunch hour jangan kacau saya. Kul 1ptg - 3.45 ptg saya meeting. Jadi lepas
3.45ptg baru saya available.


Syarq : Ok encik (ish,demand betol lah mamat ni!!)

Customer : Saya cakap terus terang, saya ni memang hardworking punya orang. Saya memang
workaholic. Dan saya memang orangnya cerewet. Dengan staff-staff saya pon saya
memang mcam ni. Saya harap awak dapat tolong saya. Awak terus terang, awak
boleh tolong saya tak ni?(tak payah cakap, aku dah tahu ko cerewet)

Syarq : Insyaallah encik anuar

Customer: Saya nak boleh ke tak?

Syarq : Ye, boleh encik.

Customer : Bagus, nama awak pelik lah. Syakirin. Baru pertama kali saya dengar orang nama
syakirin ni

Syarq : Banyak lah orang nama Syakirin. Encik cuba lah google, mesti banyak encik jumpa
nama syakirin.Nama masjid pon banyak nama Syakirin tau. (pe kejadahnya ko tak
pernah dengar nama aku hah??? )


Customer : Iye ke?? Boleh saya add facebook awak tak??

Syarq : Maaf encik, saya tak ada facebook

Customer: Tak kan lah orang macam awak ni tak ada FB?? Mana lah tau ada jodoh, boleh
lah..Lagipon suara awak ni sedaplah, macam bekas girlfren saya dulu. Dulu saya ada
girlfren, tapi dah putus. Sampai sekarang saya tak kawin, boleh lah kalau awak pon
tak kawin lagi.. (ada aku kesah??..hahahah)

Syarq : (errkk??menggatal jugak ko eh?tadi kata tak nak ngurat) Buat-buat gelak je aku mase ni.

Customer :Kenapa??? awak tak suka ke orang macam saya ni???? Saya ni, muka memang
hensem.. Saya suka lah suara awak. ( weyh, ko umur da 39tahun tak kawin2, nampak
sangat cerewet.sempat lagi masuk bakul angkat sendiri pulak)

Syarq : Tak apelah encik (terus terang ko syarq, Wkakakakkaaka) Oklah encik, ada apa lagi ke
yang boleh saya bantu.(aku dah tak larat nak layan da mase ni.molot aku pon dah lenguh weyh)

Customer : Ye ada, tapi kalau awak boleh bantu lah. Saya nak nombor handphone awak boleh?

Syarq : Mintak maaf lah encik, Saya tak boleh bagi

Customer : Ok, takpelah.terima kasih ye sebab layan saya ni dan tolong saya.


Ada jugak orang macam ni eh?Nasiblah aku ni penyabar. Kahkahkahkah

Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Friday, May 20, 2011

Untuk Suhaila Sulong

Assalamualaikum

Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan Suhaila Sulong..
Allah selamatkan kamu..


(^_^)


Selamat Hari jadi Sue, rindu kamu....

I ♥ U

Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Wednesday, May 18, 2011

Nak dapat hadiah macam ni macam mana ek???


Assalamualaikum

Ada tak apa-apa pertandingan ataupon giveaway atau pon lucky draw yang hadiah dia adalah berupa sebuah kereta yang macam ni?????
|
|
|
|
|
|
|
V

Ataupon macam ni?????
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V

Bila lah boleh dapat kereta sedemikian rupa???? (-__-)


Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Tuesday, May 17, 2011

Assalamualaikum

Huhuhuhu, Kalau siapa yang baca belog Syarq ni mungkin perasan nak dekat dua minggu kan aku tak update belog ni.Nak katakan sibuk tu, bukanlah sibuk mana... Sebab kalau nak katakan sibuk, orang lain pon kerja jugak.Boleh je update blog diaorang.


Sebenarnya aku ni dalam proses nak adapt dengan suasana kerja baru. Masa training hari tu memang takde hal nak update blog hari-hari. Sekali bila dah hit the floor, baru tau, macam ni rasenye rupanye hit floor. Macam ni rasanya keje kat sini. Terus rasa shock. Terus takde selera nak berblog.Huhuhu.


Hari-hari kene marah dengan customer tu dah jadi macam tak tahu nak komen apa dah. Dah macam, kene marah hari tu,lepas tu lupa dah pasal customer tu.Hati kene keringggggg derrrr... Sebab, lepas dapat customer marah-marah, dapat pulak customer baik yang amat-amat baik. Siap boleh gelak sama-sama.


Pernah satu hari tu, tiga kali berturut-turut kene marah dengan customer yang berlainan. Dah lah pagi-pagi buta plak tu. Baru je masuk keje. Memang sabar jelah dalam hati. Nak marah balik, nanti aku yang akan menyesal pulak buat macam tu kan.Lagipon apa gunanya marah???? Nanti semuanya tak jadi. Anggap je sebagai cabaran. Setiap kerja yang kita buat mesti ada cabaran.



Hurmmm..... dalam masa terdekat ni memang dalam kepala asyik berfikir. Kenapa aku terima dengan kerja ni?? Kenapa aku ada kat sini? Betol ke aku ni dapat tahan dengan kerja ni??????? Tapi mak aku selalu bagi semangat, semua tempat kerja lain-lain cabaran dia. Cuba jelah dulu. Terus bersemangat balik.Tapi bila pergi kerja esok pagi, terus macam down balik. Hahahahaha. Mungkin aku baru lagi kot. Tengok senior-senior macam happy je.


Tapi, bila balik rumah, hati aku dah lega dah. Sebab tak payah nak fikir pasal kerja yang tak siap. Semuanya selesai sebelum aku balik keje, setiap hari. Huhuhuhu. Balik rumah heaven. Nak terbungkang tidur dengan aman.


Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Pemes Ames


Assalamualaikum


Alamak!!!! Rasa malu pulak kan nak update belog. Dah 13 belas hari tak update, tetiba nak update.Tengok orang lain, macam berdas-das je update. Blog tak pernah lekang lah dengan diaorang setiap hari. Lain pulak aku, yang lalai, tinggalkan belog.


Tapi takpe, Cik Ilyanie tetap pemenang belog paling-paling berhabuk. Dah setebal 10 inci dah habuk tu Cik Ilyanie oiii.. Hahahahahaha....Tetiba ade update "am back" terpacak dari belog Cik Ilyanie. Cepat-cepat, update macam biasa eh??? Rindu dengan belog anda. Hahahahaha. (^_^)


Wesak Day hari ini, ada biskut lah pulak. Biskut wesak day.. Keinginan makan Famous Amous dangan banyaknye, tapi tak terdaya derrrrr nak beli, 100 gram pon dah bape henget dah... So, kalau nak dapatkan dua tupperware biskut macam famous amous, lebih baik buat sendiri lah. Buat ape oven kat dapur tu duduk berhabuk je kan??? Kita bakor...kita bakorr.!!!!


Begitulah rupanya biskut Pemes Ames... Jangan tengok bentuk OK, rasa dulu. Hahahahahahaha, Cehhh..... (-__-)


Kenyit mata laju2. TQ Smiley



Tuesday, May 3, 2011

Setiap manusia, dapat lain-lain rezeki


Assalamualaikum


Hari ni tetiba dapat ceramah pendek free dari trainer kami.Ceramah tak plan namanye. Ceramah yang tidak disengajakan.

Tajuk : Rezeki ada dimana-mana
Hari : Selasa
Tarikh: 3 Mei 2011
Waktu : Around 4.15pm-4.30 pm
Penceramah : Encik Tettttt. P&C ok (^_^)

Aku cuma nak tambahkan pendapat aku pulak.Memang betol, rezeki ada dekat mana-mana. Dan, tak semua orang dapat rezeki yang sama banyak. Ada orang, dapat rezeki banyak, tapi kena lalui tension, kerja yang banyak, duit OT tak dikira tapi dapat penat. Ada yang rezeki kurang sikit dari orang yang dapat rezeki banyak, tapi lain pulak kelebihan yang dia dapat. Kerja yang tak banyak, dapat luangkan banyak masa dengan family. Setiap bende yang jadi, yang kita dapat kat dunia ni mesti ada kebaikan dan keburukannya.

Peluang yang dah dapat tu, kenelah bersyukur dan jangan sia-siakan. Jangan dengki dengan rezeki orang lain yang lebih banyak. Tamak sangat sebab nk dapat rezeki yang sama banyak dengan orang yang didengki tu, akhirnya yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Eh,korang faham ke tak apa yang aku nak sampai kan?? Kalau tak faham, buat-buat faham. Penat menaip. :p

Kenyit mata laju2. TQ Smiley