♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Sunday, January 22, 2012

Menjahit bukan hobby aku

Assalamualaikum (^_^)

Aku yakin ramai yang macam aku kan????? Jahit menjahit ni satu keje yang leceh sebab perlukan ketelitian dan kekemasan. Aku dengan menjahit memang tak boleh "ngam". Tak pernah kemaslah kalau aku jahit. Kagum dengan tukang jahit baju. Banyak tempahan baju yang nak dijahit tapi sabar je.

Lain pulak aku????Nak jahit manik secetoet pon dah kelam kabut macam-macam jadi. Lagi sikit je nak hancur dah baju. Hebat tak hebat?Hahahaha. Al kisahnya minggu lepas aku konon membeli sehelai baju kurung untuk buat pakai pergi kerja. Sebab rase sangat tak menarik aku nak pakai baju kat dalam almari tu. Dah ber-round2 pakai.

Ceh.Bajet macam beli berhelai-helai je. So aku rase nak gatal-gatal menambah manik kat baju baru tu. Padahal baju tu berbunga-bunga kecik. Nampak kah wahai Syarq bile letak manik pon?????? Nak jugak!!! (^_^)

Baru nak start manik pertama, benang dah berbelit-belit. So, kasi potong sama itu benang dannnnnnnnn aku kasi terPOTONG kain baju kurung tu sekali. TERPOTONG!! (T___T) Tangan sutun betol lah kan.

Kire terbanyak jugak potongan tu. Ingat nak buat tak nampak je. Tapi macam obvious sangat je. So terpaksalah alter sendiri bagi tak nampak kain yang dah terpotong tu. (T___T)

Dan ini dye hasil alter dan jahitan manik aku.
Simple je. Nenek pon boleh buat. (^_^) Tapi bagi aku nak siapkan manik yang macam NENEK pon boleh buat ni pon payah. (T___T)

Kenyit mata laju2. TQ :)


Monday, January 16, 2012

Bonggol unta

Assalamualaikum

Ok,entry ni bukanlah nak mengata atau mengutuk atau memburuk-burukkan orang. Tapi aku rase musykil bile ade sesetengah perempuan yang suka ikat rambut buat sanggul yang dahsyat tinnginya. Lebih kurang tinngi Gunung Kinabalu. Eh eh, acah je... Tapi lebih tepat lagi macam bonggol unta. Atau contoh gambar hasil google seperti dibawah.


Aritu mase dekat Giant seksyen 13,shah Alam aku pernah nampak sorang kakak ni buat snagul macam gambar kat atas ni. Aku pon fikir ingatkan dye memang tak perasan yang sanggul dye tinggi sangat. Bila hari lain aku pergi lagi Giant tu, nampak lagi sekali kakak ni dengan sanggul tinggi dye. Pelik bebeno rupe bile buat sanggul macam tu. Cuba korang baca Hadis Sabda Rasulullah s.a.w ni :

"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian."(Riwayat Muslim).

Fikir-fikirkan sama-sama (^_^)
Kenyit mata laju2. TQ :)


Friday, January 13, 2012

Live dari Seoul,Korea

Assalamualaikum (^_^)

Sekarang aku tengah berlatih tarian K-Pop dengan kumpulan Super Junior dan bile penat berlatih kami  mengisi perut dengan steambot dan grilled chicken dan grilled kambing  panas-panas macam dalam drama-drama korea. Nom nom nom nom. (^_^)

Ah sudah ko Syarq,sile hilangkan angan-angan tu sekarang!!! Ok, secara jujur semalam feeling feeling ala-ala makan macam selalu dalam drama korea tu. Ala......siapa tengok drama korea mesti boleh bayangkan macam mane kan???

Nah, mak aku baru beli sebijik set dapur elektrik yang boleh grilled dengan steamboat sekali dalam satu masa. Guna kupon Jusco yang ayah aku dapat. Dapat jugak beli bende ni. Dah lama idam-idamkan nak feeling-feeling makan kat rumah macam orang korea. Hehehehe. (^_^)

 Nah,bakar kambing dulu sebab kambing adelah sangat-sangat lame untuk masak. (-_-)' susah betol nak lembut

 Nyum nyum nyum. Kambing i  really love u . Miahahahahaha. Serius aku suke makan grilled kambing !!! (^_^)



 Lepastu kita bakooo ayam pulak lambat-lambat sikit sebab ayam cepat masak. Ayam yang diperap oleh Master Chef Liza a.k.a Mama. Nom nom nom.

 Steamboat atau boleh jugak nak panggil Yong tau fu. (^_^) Campakkan ape saja yang anda mahu!!!

Last sekali, kuah yong tau fu yang di buat oleh Master Chef Syarq. Uhukhukhukuk. (-_-)'


Kenyit mata laju2. TQ :)


Tuesday, January 10, 2012

Baby Koko

Assalamualaikum

Macam ni lah gayanya kalau nak bagi si Koko makan ubat. Si Koko ni cirit birit dah nak dekat seminggu tapi minggu ni baru terhegeh-hegeh pergi vet ambik ubat. Sebab poo dye dah berdarah. (-_-)'


Sebelum nak bagi ubat,balu-balut dye bedung macam baby. Muahahahaha. Kelakar pon ade, comel pon ade (^_^) Nak bagi Koko ni makan ubat sangat-sangatlah senang. Tak banyak bunyi. Senyapppp je mulut dye. Tak mengamuk.



Kenyit mata laju2. TQ :)


Monday, January 9, 2012

Bajet Kurus

Assalamualaikum (^_^)

Malam sabtu hari tu mama ceritalah pasal baju kurung moden dye mase zaman-zaman dahulu kala.Nak kata kala sangat tu tak lah. Zaman 90 an lah senang cerita. Mama cakap banyak baju-baju kurung moden yang dye sayang nak buang dye simpan dalam bag macam zaman-zaman dahulu kala jugak dalam stor. Jap eh bagi contoh. (^_^)

Hah macam ni lah lebih kurang beg tu. Warna coklat gelap....lepastu jenis kain yang macam leather. Bag tu elok lagi.Langsung tak rosak tau.

Aku pon dengan semangat nak tengok sangat baju-baju tu. Jadi pegi kombah-kombah stor tu dan jumpe beg tu. Bukak-bukak tengok memang ade dalam 5 pasang baju dalam tu. Cantik-cantik pulak tu. Mak aku pulak suruh try tengok aku muat ke tak.


Memula try semua baju baju kurung moden zaman dulu-dulu. Jap aku bagi contoh gambar.

Haaaa...lebey kurang macam ni lah.

Nangessssss......kepala dengan tangan boleh masuk, sampai kat dada stuck!!!! (-_-) Ya Allah,mak aku punyalah slim river melim dulu-dulu. Dah lah baju kurung moden tu kebanyakannya zaman lepas lahirkan aku. Jeles jugak (-_-)' Mak aku pon boleh tak sangka yang dye dulu sangat kurus. Hahahaha.

Lepas keciwa dengan baju kurung moden, tak putus asa nak try baju kebaya pendek batik indonesia.

Lagi parah. Tang lengan pon dah kecik tak boleh masuk, inikan pulak nak masuk badan, Hahahahaha. Lemak sile pergi dari sini cepat-cepat boleh tak??????? Syuhhhhhhh,...


Kenyit mata laju2. TQ :)


Saturday, January 7, 2012

Masak ke masyuk?????

Assalamualaikum (^_^)

Hari ni adelah acara test market dekat Amcorp Mall,Petaling jaya pada ketetapan:

Hari: Sabtu
Tarikh : 7 Januari 2012
Waktu : 11pagi - 6ptg
Tempat :Level 3 sebelah escalator

Eh...sebelum tu nak minta maaf sebab gambar adelah sangat tak cantik sebab guna camera phone je. Lupa nak bawak camera betol2. (-_-)' 

Dari kajian(poyo) kami, orang-orang yang datang kat Amcorp Mall suka pada barang PRE- LovEd (Hoi,mase aku nak taip pre loved tu perenggan atas semua terpadam!!) atau barang-barang separa sayang. Muahahaaha. Dengan makna yang panjang lagi, barang-barang yang kita takmoh pakai tapi sayang nak buang. Paham kan??Korang pandai (^_^)

 So, kesimpulan di sini...... Wah cepat betol kesimpulan kajian ni kan??? Kesimpualannya kami punya barang pre-loved yang banyak jalan. Alhamdulillah. Lain tempat, lain jenis customer lain taste.
 Barang-barang pre-loved adalah hasil korek-mengorek barang-barang dalam almari supaya almari menjadi semakin LUAS terbentang sampai boleh tambah baju baru lagi. Eh??? Ada hati lagi tu. (-_-)'

Hasil korek-mengorek. Tapi barang-barang baru pon ade gak. (^_^)


Selesai buat kajian bungkus tikar barang sebab tengok orang lain dah laju-laju bungkus membungkus. Kiteorang yang terhegeh-hegeh. K lah.Bye.

Kenyit mata laju2. TQ :)


Friday, January 6, 2012

Semuanye barang kucing.(-_-)'


Assalamualaikum (^_^)

Apo ni?????? Barang aku tak hade ke????? Sob sob sob (-_-)' Semalam men "shopping" barang-barang anak-anak tekak kucing.Tujuan?????? Untuk menggemokkan dan membulatkan lagi serta menembamkan lagi kucing-kucing tersebut. Especially Koko!! Koko,pleaselahhhhhh gemokkkkk.....Tak daya merasa tulang temulang kamu wahai Koko. Kurus yang amat!!

Nah hambik sepaket susu tepung untuk menambah kegemukan lagi menambah lemak. Hahahahahaha. (Gelak jahat)


Dan sebotol perfume untuk kucing. Kucing pon pakai perfume. (-_-)' Nasib baik tak ade perfume jenama DKNY ke tuk kucing. Pengsannn. Kena pakai perfume sebab bila nak tunggu seminggu nak mandikan dye bau agak kebacinan. Huisshhhhhhh......Sembur sikit bau strawberry. Baru ade selera nak gomol-gomol itu kucing-kucing.

Ini scoop untuk tapis poop dye.Aku tak tahu kenapa semua barang kucing yang aku pilih mesti warna pink. Confusing betol. Rase-rasenye Koko dengan Kiki tak ade bagi tahu favourite colour dyeorang???? Haeeessshhhhh (-_-)'

Cer zoom sikit kat handle scoop tu ade ape????? (^_^)


Kucing tengah senyum.Comel kan? an an an an???? :p



Kenyit mata laju2. TQ :)


Thursday, January 5, 2012

Kiki Montello & Koko Cekedingo

Assalamualaikum (^_^)

Aktiviti aku setiap petang adalah kene main-main dengan ini kucing-kucing yg itam berkilat. Hahahahaha, Tang kilat tu nipuuuuu (^_^) Hitam tak hitam sangatla...Ade coklat-coklat sikit.
 Kiki Montello dari pandangan tepi.Aku geram gile dengan Kiki ni. Dyelah yang paling suka buat bising. (-_-)' Meronta-ronta bagi dye main kat luar.

 Yang kat depan ni pulak Koko Cekedingo.Tak tau kenape dye semakin mengurus. (-_-) Yang gemok hanya Kiki.
 Kucing pakai stokin sebelah tangan ngan kaki je. Sebelah lagi tercicir.Muahahahah... :P





Kenyit mata laju2. TQ :)


Monday, January 2, 2012

Keluarkan peluh korang

Assalamualaikum (^_^)

Aku tengah menaip dalam keadaan berpeluh-peluh. Baru lepas buat aerobik. Seronok dapat keluarkan peluh. Rase sihat je badan. Aku nak kongsi dengan korang aerobik yang aku buat boleh dikatakan setiap hari. Sharing is caring. (^_^)


Silakan. Tarian dye pon agak simple dan boleh ikut. Penat pon penat. Kalau sesiapa rase nak kuruskan badan jangan lah asyik berdiet je tapi tak senaman. Jantung pon tak sihat macam tu.

Fried Spaghetti with Chicken meat ball

Assalamualaikum (^_^)

Hah!! Amek kau nama masakan aku. Panjang berjela.. Hehehehe.Menu makan tengah hari hari ni. Eh eh eh??? Bukan nak kate tengah harila. Tapi menu minum petang sekaligus dengan malam sebab masak pukul 4 petang.


Kenapa meat ball 2 ketul je???? Sebab baru test buat meat ball sendiri + diet. Azam tahun baru tuh diet. Harap-harap menjadi diet aku. Aminnnnnnnn.......

Sebenarnya aku nak buat spaghetti bolognese.Dah tengah pung pang pung pang masak yakin je tupperware tu terisi tomato puree. Sekali rupenye cili sos daaaaaaa......Dahla tomato buah pon yileeeekkkkk... Tukar menu jadi Spagheti goreng sudah.

Kenyit mata laju2. TQ :)


Mee Hoon goreng Tomyam

Assalamualaikum (^_^)

Ini makanan mak aku request aku masak malam semalam. Ade sekali aku pernah masak Mee Hoon goreng tomyam ni sebelum ni. Sejarahnya sebab aku makan dekat food court ole-ole shah alam. Itu pon sebab Kak Nadiya yang request makcik kat Food court tu masak.

Bila makan memang sedap makcik tu masak dan aku balik rumah pon try masak dan bagi mak aku makan. Mak aku kate dye suka. (^_^) Jadi dye kate lain kali masak lagi.


Inilah hasilnye. Presentation memang tak cantik pon. Malas lah aku nak buat presentation macam MasterChef. Nampak macam mee hoon goreng biase, tapi bila kau makan baru rase Tom Yam (^_^)

Kenyit mata laju2. TQ :)


Wedding di Teluk Intan

Assalamualaikum (^_^)

Belum terlambat lagi nak wish tahniah lagi sekali kepada kedua-dua kawan aku, Natrah dan Aidil untuk perkahwinan mereka. Korang sangat sesuai bagai pinang dibelah dua. Hasil berkasih sayang selama 3 tahun dari zaman UM menjadi!! (^_^) Gembira untuk korang.

Untuk pengetahuan korang,Natrah atau lebih manja dipanggil Nat ni adalah housemate dan jugak kawan aku masa zaman study dulu. Kami satu fakulti cuma lain-lain majoring. Aidil pulak sama majoring dengan Nat. Pernah sama kelas dengan Aidil dalam subjek errmmmmm lupe pulak.Kah kah kah :P

Majlis belah Nat buat dekat rumah dye kat Teluk Intan, Perak. Nah sekeping gambar buat kenangan. (^_^)


Nat sebenarnya suka warne Pink . Tapi disebabkan Aidil malu sangat nak pakai warna pink terpakasa Nat ikot Aidil pilih warna Hijau. Takpelah Nat...Hijau pon cantik juga ko pakai. (^_^)

Bile dah sampai kat Teluk Intan rasenye macam rugi pulak balik KL cepat-cepat. Baik pergi singgah tempat popular kat Teluk Intan iaitu Menara Condong.


Sebenarnya menara ni tak lah berapa condong. Condong sikitlah. Sejarah kecondongan sebab ada kesilapan masa nak buat menara ni.


Tapi tak dapat nak naik menara condong ni sebab tutup. (T__T) Yang mampu hanya tangkap gambar depan menara jadiklah kan???????? Sampai jugak aku kat Menara Condong ni.

Aku akhiri entry ni dengan gambar SS(Syok sendiri ) :P Oh, sangat gembira hari tu dapat kumpul jalan-jalan pergi jauh-jauh walaupon dapat sehari je. Kenangan manis (^_^) Next destination adalah dekat Kuantan,Pahang. Insyaallah.


P/s: Teringat-ingat pulak Laicikang tu. Sedap

Kenyit mata laju2. TQ :)


Sunday, January 1, 2012

Lang ka wi (Day 3 & 4)

Assalamualaikum (^_^)

Seperti yang dijanjikan cerita untuk hari ke-3 dalam entry ini. Hari ke-3 lepas kiteorang beli coklat untuk tembolok sendiri dan juga sebagai souvenir untuk kawan-kawan dan saudara tersayang dan tibe-tibe Cik Lan call ajak naik Bot. Kami memang setuju sangatlah disebabkan tak ade plan lain lagi selain shopping!!!

Naik bot dari Tanjung Rhu. Alhamdulillah..Memandangkan adik kepada Cik Suraya ada bot sendiri kami pon dapat naik secara FREE!! Kalau pelancong kebiasaannya kene bayar. Tapi tak sure berapa. (^_^)


Destinasi pertama kiteorang dibawa pergi ambik kulit ayam mentah dekat Restoran Terapung dulu. Haaaaaaaaaaaaaa,,,,,Nak buat apa kan dengan kulit ayam tu???????Cekidaut gambar kat bawah pulak. (^_^)

Sila perhatikan apa yang terbang-terbang dekat langit tu?????????Burung-burung Helang tengah terbang dengan syoknyeeeeee....Ada lebey kurang 200 lebih helang tinggal dekat situ.

Dan sekarang kite nak bagi burung-burung helang tu makan kulit ayam tadi. Kite tengok apa dyeorang buat 
Adik Cik Suraya tengah menjatuhkan kulit ayam tadi dalam air. Tapi at last tak ade sekor pon helang yang datang terkam kulit ayam tu. (T__T) Baru excited nak tengok helang tu secara dekat. Helang-helang tu semua dah kenyang sangat. Mana tak nye. Pagi-pagi lagi ade 60 buah bot yang bawak pelancong-pelancong dah bagi mereka makan. Kenyang sangatlah helang-helang tu.

Takpelah wahai helang. Aku tengok kamu dari jauh je. (T__T)

Next destination adalah pergi tengok ikan-ikan dekat Restoran Terapung yang kite pergi ambik kulit ayam tadi. Kat sini dapatlah tengok dyeorang bagi makan ikan-ikan termasuklah ikan pari. Bagi aku itu je yang menarik kat sini. Aku sangat kerisauan bila berdiri kat situ. Kalau aku jatuh dalam air, naya kene gigit-gigit dengan ikan. (T__T) Sila bayangkan macam ikan pirahna kelaparan.Melebih pulak.

Aku tidaklah nak pegang dan bagi ikan pari tu makan anak ikan. Geli geli aku nak memegangnye. (-_-)'. Dan kat Restoran Terapung ni korang boleh pilih mane-mane ikan yang ko nak pastu dyeorang tangkap dan terus masak. Segarrrrrr dari laut. (^_^)

Next acara wajib mengisi perut yang selalu menyanyikan lagu Ombak Rindu????? Erkkkkkk????? (^_^) Ini pon salah satu Restoran glamour yang ada dekat Pulau Langkawi ni. Restoran Nasi Ayam Pak Haji Ya atau Pak Ya.

Nasi dye dimasak dengan serai. Memang wangi dan menyelerakan. Nyum!!! (^_^)

Ayam dye pulak garing. Sayur pulak gunakan kobis je,Sangat simple.Tapi memang sedappppppppppp. Tak tipu punye. =p~ Sampai sekarang terase rase lagi kat tekak nak makan lagi Nasi Ayam Pak Ya ni.


Lepas makan shopping lagi dan lagi dan lagi dan at last tak membuahkan hasil kepada aku??Sehelai barang pon tak dapat.Tak ade bende yang berkenan. (T__T) Tak aci betol.Adik aku yang shopping banyak.Sob sob sob. Lepastu terus balik hotel berehat-rehat.

Eh aku adalah sangat lupa nak bagitau nama hotel eh?????? Nyanyuk punye Syarq!! Hotel yang kami duduk dekat dalam town saje. Hotel Bella Vista.

Pokok Krismas depan pintu Hotel.

Malam tu kami pergi makan lagi dekat Restoran Wan Thai. Makanan kat sini memang terbaik!!!!! Semuanya sedap-sedap belaka.



 All times favourite aku Tom Yam. Nangesssss makan ni sebab sedap sangat. 

 Kerabu Mangga

 Kangkung Belacan.

Makanan lain tak snap sebab dah lapar sangat. Air liur dah meleleh-leleh. Hahaha.
Gambar dengan adik aku yang comel. Comel ke????? 


Kenyit mata laju2. TQ :)


Lang ka wi (Day 1& 2)

Assalamualaikum (^_^)

Haissshhhh...Berhari-hari tak update belog. Sampai orang request suruh update baru hegeh-hegeh nak update. Itu pon hegeh-hegeh nak edit gambar. Sorry siape yang tertunggu-tunggu tu. Tangan di dada mata ke atas lah!! Perasan ade fans oh Syarq, Puiii!!!

Cerita adalah agak basi sebab ini kejadian minggu lepas.Boleyhlah kan???Tak basi sangat pon. (^_^) So cerita pon aku pecahkan kepada dua entry sebab kiteorang pergi 4 hari 3 malam. Karang dalam satu entry korang pon pening nak bace. Aku pon semput nak taip.

Al-kisahnya, bercuti di Langkawi tu boleh dijadikan benda wajib jugak lah untuk family aku. Sebab kiteorang pergi sana pon untuk melawat Pakcik aku yang tinggal kat sane. Adik kepada ayah aku, Cik Lan ni kahwin dengan gadis Langkawi iaitu Cik Suraya. Acehhhh Gadis dulula..Sekarang dah tak gadis da :P

 Airport Langkawi.... Helooo Orang-orang langkawi (^_^)

Oh.terima kasih ye kepada crew FireFly boleh bawak kami sampai sini. (^_^)

Aishiteru mama ♥

Flight sepatutnya bertolak pukul 5.00pm. Tu pon delayed sampai pukul 5.30pm. Sampai-sampai kat Langkawi dah pukul 7 pm. Check in hotel, solat jamak semua terus pergi makan sebab dah kebuloq sangat baiii....

Ade kawan ayah suggest suruh makan dekat Nasi Lemak Saloma. Kata dye glamor lah nasi lemak ni. Apa yang glamor sangat kan? Sedap ke?? Jom try!!!


 Ini air mak aku order. Laicikang. Boleh tahan sedap. Menyejukkan badan.
Taraaaaaaa......Inilah nasi lemak saloma tu. Special dye sebab ada Papadom dengan sayur kangkung rebus. Not bad lah nasi lemak ni. Sedap jugak. Licin aku makan. (^_^)

Hari yang ke- dua:

Picnic di Sungai Korok
 Cik Suraya bawak segala makanan. Rajin seungguh dye masak. Dah lah rajin masak. Pulak tu bawak lagi ikan fresh untuk dibakar kat situ.
Tengah tunggu jadi bara baru kita bakar sama ikan tu!! Nyum nyum.


Gambar ikan dengan sungai????? Hahaha. Sorry...lupa nak snap. Ikan da masuk dalam perut.

Tempat seterusnya kami pergi melawat Parent Cik Suraya. Rumah parent Cik Suraya ni adalah sebuah Rumah Muzium. Ramai pelancong-pelancong datang sini. Even miss world pon datang sini. Aku pon terkagum. 
Memang macam muzium kan????Setiap kali aku datang sini rase macam nak tengok semua benda dalam rumah ni. Memang ada macam-macam barang lama dalam rumah ni. Kalau korang datang  Langkawi try lah pergi rumah ni. Dekat area Ulu Melaka.Kebanyakan craft-craft yang ada dekat rumah ni semua di buat oleh Ayah Cik Suraya. Memang sangat kreatif.Kagum!!
 Oh.Buaian yang aku duduk tu adalah buatan tangan ayah CIk Suraya. (^_^) Cantikkan??? Baju biru kuning tu Cik Suraya a.k.a isteri Cik Lan pakcik aku.

 Ini pulak kereta antik buatan sendiri ayah Cik Suraya. Body kereta tu dye ambik body kereta kancil. Then dye potong dan hias-hias.

Shisha punye paip tu pon ade digunakan untuk hias kereta ni. Kreatif!! 

Day 3&4 will be in the next entry bebeh!!(^_^)


Kenyit mata laju2. TQ :)