♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Wednesday, November 30, 2011

Siboh Kitak Nangis

Assalamualaikum (^_^)

Tadi masa kat ofis, heboh boleh bukak Facebook, Youtube dan macam-macam website yang di block waktu sebelum dan selepas rehat. Hari-hari selalunye facebook boleh buka bila time rehat je. Pukul 1pm - 2pm. Bila dah tetiba boleh bukak apelagiiiii, semua laju2 login FB. Aku yang lagi2 tengah kebosanan tak ade keje ni pon samelah join sekaki, Tapi nyuruk-nyuruk lah takot bos lalu, Weeeeeeeeeeeeeeee (^_^)


Tapi sebenarnya bukannye nak cerita pasal keterujaan bleh bukak FB walaupon bukan waktu rehat. Tapi teruja dengar lagu ni.


Lagu Zee Avi dalam bahasa sarawak. Teruja aku dengar sebab aku ni kira dalam proses belajar bahasa sarawak. jadi setiap perkataan dalam lirik lagu tu aku cuba pahamkan. (^_^) Aku tahu pasal lagu ni pon sebab bace paper tadi pagi. Pasni dengar lagu noh hujan- kamek sayang kitak pulak!!!!! 


Kenyit mata laju2. TQ :)


Strawberry

Assalamualaikum

Terima kasih la pada kak nieza, Sebab....... Kenalkan aku dengan DAISO. Aku yang jakun ni xtahu ape tu DAISO???? Kedai makanan kah??? Kedai hardware lah? Kedai buku kah??kedai furniture kah????? kahkahkah.Ke korang pon same je macam aku??? Tak tahu gak??? :p


Ceritanya cenggini...... Hari isnin masa cuti awal muharam ri tu, gi jumpe kak nieza sebab ada bende nak bagi. Borak-borak, makan-makan at last sampai bawak kami ke the Curve. Tengok-tengok pulak ade street market hari isnin tu?? selalukan hari sabtu dan ahad je ada street market. Lagilah best!!Maybe sebab public holiday kot...


Dah penat jalan kat street market kak nieza tetiba:

K.Nieza: Jom pegi Daiso
Syarq: Hah??? Ape tu???
K.Nieza: Awak tak tau??????
Syarq: Aah x penah tau pon.
K.Nieza: best gi situ..Jom jom.Nanti awak tengok.
Syarq: OK!!! (^_^) (Curious nak tahu sangat ape tu DAISO)


Rupa-rupanya DAISO tu macam kedai Hinode Shop tapi versi yang besar punyeeeeee. Lepas tu barang-barang dye lagi macam-macam dari Hinode Shop. Semua nya RM 5.00. Aku yang baru masuk situ dah mula teruja. Ape ntah lagi Kak nieza. Sampaikan kak nieza kate kalau husband dye ade mesti macam tak nak bagi kak nieza lame2 kat kedai tu.hehehehe. Dengki lah laki ni kan???? :P


Tengok tempat letak berus gigi ni??comel tak??? Love love gitu!!!!

Korang tengok aku dapat ape?????? Bakul letak shampoo n so on strawberry.. Comel!!!!! (^_^)

Sebenarnya banyak bar4ang yang aku dah tapis nak beli yang mane perlu je. Kalau ikotkan nafsu, banyak weyhhhh..Semua aku nak (-_-)"

nasib bahek belom ade rumah sendiri. Kalau takkkkkkkkkk..... Sendiri jawab lah :D

Kenyit mata laju2. TQ :)


Sunday, November 27, 2011

Sentap hati kakak

Assalamualaikum

Sentap tau hati kakak kamu yang comel ni Koko. Sob sob sob (T__T) . Sampainya hatimu cakar tangan kakak kamu yang baik hati lagi sekali comel ni??????? (Memmmmmeii) Nasib baik bukan luka yang dalam. Kalau tak,turun harga hantaran tau. Sob sob sob (T___T)


Apalah salah kakak nak mandikan kamu Koko??? Kamu tahu tak kamu tu dah lah seminggu tak mandi. Bacin OK!!!!!. Elok-elok je sampai kat bilik air,nampak baldi semua kamu cakar tangan kakak sebab nak mintak dilepaskan dari dipegang..

Haissshhhh........ (-_-)" Camne nak bagi kucing tak takot air??????

Kenyit mata laju2. TQ :)



Training lah kononnye

Assalamualaikum. (^_^)

Tak payah perenggan introduction, terus straight to the point eh?????? (^_^) Disebabkan nanti ade pemilihan sukan perdana kat ofis, aku pon tanpa paksaan cuba nak join bowling. WALAUPON aku seorang queen of longkang. Hehehehehe. Saje cuba nasib!!!! Suka-suka, lagipon mase pemilihan mesti dapat main bowling FREE je. Siapa tak nak free???????

 Lagipon kot-kot masa pemilihan tu nanti tangan aku yang bengkok ni terus jadi straight dan terpilih dapat jugak secara FREE pergi Sarawak!!!! Kamek mowk pergi Sawak ya!!! (^_^) Verangannnnnnnnnnn dulu!!!!!!


Sangat-sangat lama dah tak maen bowling, aku pon ajak kawan-kawan kononye traininglah bagi hebak sket!!! Puihhhhhhhhh!!!! Hebak lah sangat....Hahahahaha. Huihssssss, first game je dah kantoi. Telur ayam memanjang. Longkanglah jugak yang aku nak kan.


Nak sedapkan hati, bisik kat diri sendiri :" Takpe, takpe syarq. Warming Up je tu." Berkesan lah bisik kat diri sendiri, sebab 2nd game baru start ade markah. Nampak sangat tangan dah bengkok sebab da lama tak main. (-_-)"


So, aku bagi tips kat korang kalau main bowling asyik ke longkang tu cuba bisik kat diri sendiri dulu. Nanti mesti OK!!! :)
Plus, sokongan dari kawan-kawan jugak penting!!!!!! (^_^) Thanx Fara & Kak eniey!!!
Rupe-rupanya  stokin sangat penting masa nak main bowling. Korang nak tau kenapa??????? Hehehehe. As usual,setiap kali nak main bowling selalu lupa nak bawak stokin. Bukan tak nak bawak atau sengaja tak nak pakai, tapi penyakit LUPA da datang, macam tu lah.


Sampai kat kaunter, bila nak bayar mesti aku cakap ade dah stokin.Malas lah nak beli stokin kat tempat bowling tu plak. Dah amik kasut, dah duduk kat lane, dah pakai kasut,dah letak name, bila nak start game tak boleyh???? Apsal??? Gua da bayar tokkkkkkk.. Apa celopppp??? (-_-)"


Pegi tanya kat kaunter, rupa-rupanya kantoi dengan manager bowling tak pakai stokin. Kene beli stokin dulu baru boleh start game. Fine (-_-)". Terpaksa beli stokin. Haisssshhhhh.


Kenyit mata laju2. TQ :)