♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Wednesday, January 9, 2013

Meh ceq nak habaq!! (Part 1)

Assalamualaikum. Annyong Haseyo!!! (^-^)

Bulan November tahun lepas tibe-tibe terasa nak bukak web page Air Asia.. Sake-saje usha kot kot ade ticket murah pergi Korea kan..... At last, pergi Penang pulak yang ada tiket murah waktu tu. Ticket pergi-balik campur luggage & tax = RM 105. Ape lagi terus sebarkan dekat orang 'Kampung'.

Buat keputusan jam-jam tu jugak terus book tiket untuk 3 orang untuk tarikh 4 Januari 2013. Hoyehh!!! (^_^)  Aku pernah pergi Penang sekali je sebelum ni. Itu pon mase cousin aku kawen dapat anak mami tauuuuuu..Hehehe...So, sekarang dah kire 2nd time tapi macam orang yang baru pergi 1st time sebab semua pon tak tahu kat Penang ni. Ape pon tak boleh.

Kita orang pergi bertiga hari Jumaat, tapi balik berempat sebab Fiza sampai Penang hari Sabtu. Flight hari Jumaat adelah pukul 7.10 pagi. Pagi buta betul kiteorang pilih time,Hahahaha.Bajet tak sabar sangatttt nak sampai sana awal lah. Jadi, kalau flight kul 7.10 pagi, kul 5 pagi paling lambat kene ade kat airport. Jadi tak kuasa nak susah kan sesiapa bangun pagi-pagi hantar kiteorang.

Dengan idea "bernas" lah sangattttttt, hari Khamis malam tu dari offs tak balik rumah terus pergi KL Sentral. Kirenya kiteorang stay kat KL Sentral sampai pagi dan pukul 2 pagi naik Skybus terus ke LCCT. Kiteorang sampai KL sentral dalam pukul 8.30 pm terus cari makan sebab dah kelaparan sangat. Lepas makan baru pukul 10 pm. Malam masih muda OK. (^_^) Terus buat idea gila pergi mid valley naik KTM dan rezeki KTM masih operasi sampai pukul 11 malam. Luggage kiteorang dah siap-siap simpan dalam locker.

Oh lupe something, locker kat KL Sentral ade beberapa jenis saiz. Dari yang kecik sampai lah saiz sebesar luggage. Dari RM 5 sampai RM 20. Best sangat!!! Kemudahan lengkap . Clap clap!! (^_^) Kiteorang ambik yang RM 20 boleh muat 3 luggage.


Ingatkan dekat Mid Valley nak tengok wayang, tapi tak ade cerita menarik dan wayang jadi bowling. Hehehe. Favourite aku tu bowling. :)


Pukul 12 tgh malam kiteorang baru hegeh-hegeh balik ke KL Sentral naik teksi. Dengan harapan surau dekat KL sentral tu bukak and boleh baring-baring. Sekali surau da tutup pukul 11malam daaaaaaaaaaa. Padan muka, kena lah berjaga duduk-duduk kat MC D. Situ je yang 24hours.

Dari KL Sentral nak ke LCCT ade 3 cara.
1) Naik Skybus (RM 9)
2) Naik Aerobus (RM 8)
3) Naik ERL  (RM 12++)

Nak tau lebih lanjut boleh gi website dyeorang OK.Pemalas lipas betul nak paste URL  kat sini. :p


Sambung, memula ingat nak duk kat Mc D sampai kul 2.30 pagi, Tapi ade sorang mamat ni asyik usha kiteorang macam nak makan , scary!! Terus gerak pukul 2.15 pagi turun bawah tunggu bas. Tengok2 bas dah ade teruslah naik. Perjalanan naik bas dari KL Sentral -LCCT ambik masa 1 jam.Sampai penang pukul 7.40 pagi. Alhamdulillah.

Sampai airport Penang tunggu abang kereta sewa sampai. Kiteorang sewa keta kancil auto je. RM 60 sehari. Stereng kereta tu bapak lah berat...Langsung tak power stereng. Tumbuh muscle ok balik dari penang. (-_-)' Ketul-ketul!!!

a
Tempat pertama yang dituju kat Penang, Jambatan Pulau Pinang. Weehoooooo.. (^_^) Orang penang tak heran dah pon dengan jambatan ni kan. Kiteorang yang batak. Dah lah nak patah balik ke georgetown kene bayar tol RM 7. Perghhhhh...tanjat gegirl tol semahal tu. Macam bayar sehenget je.


Lepas tu terus pergi Komtar. Itu pon gune GPS cari. Hahahaha.. Gune GPS pon pusing-pusing satu penang... Ape pon tak boleh. Rupe-rupenye komtar bersambung dengan Prangin Mall & 1st Evenue. Tapiiiiiii semua tiga-tiga tempat tu nampak sangat kecinaan ... Bagi aku Komtar tu kan bangunan lama dan agak kotor sikit.Perangin Mall & 1st evenue lebih kurang Berjaya Time Square. Tapi Time Square lagi cantik dan best la. (^_^)

Korang tau kan kiteorang tak tido malam semalam tu, jadi badan adelah sangat flat dah.. Jalan dah seret-seret kaki, Hotel tak boleh check in awal, pukul 2pm baru boleh. Kalau nak awal kene bayar extra charges.Ish duit je semuanya. Jadi tunggulah sampai pukul 2pm kiteorang check in Tune Hotel, RM 278 , untuk 2 malam, bilik Quad Room(2 single beds & 1 queen bed , 24 hours AC). Ok kan harga dye???

 Rojak Sotong Kangkung = Rm 12.00

Kiteorang tido sampai ke petang. Malam baru keluar pergi cari makanan. Perut masing-masing dah menyanyi. Bagi tanda untuk di isi. Ke Padang Kota lah kami. Order Rojak Sotong Kangkung dengan Char Kuey Teow..

Char Kuey Teow Udang = RM 8.00

Rasenyeeee??????? Hurmmm kiteorang salah pilih gerai. Jadi dapat yang tak berapa nak best. Tapi dah lapar makan jelah. rezeki dapat itu je kan. Sebenarnya Padang Kota ni ade banyak pilihan makanan dan gerai-gerai. Ade bahagian Non-Halal, dengan Halal.




Laici Kang yang banyak cincau daripada bahan-bahan lain. (-_-)'

Setel makan malam masih muda ma.....Ewah kemain dye ehhhh.... Mak tak ikut boleh sesuka hati nak jalan malam-malam balik lambat. Biaseeeee dye tu. Kalau kat rumah baik je duk umah. Hehehe. Shhhhhhhh...Jangan bagitau mak aku tau. (^_^) Malam tu kiteorang ke Batu Ferringhi. Jalan-jalan dekat bazar dekat situ sampai ter "shopping" pulakkk,

Bagi ceq satu ni kak. (^_^)

Kul 12 tgh malam baru hegeh-hegeh sampai Hotel. Depan hotel pon boleh bergambar tepi jalan. 

Part 2 sambung esok naaaaa...Tangan ceq dah longaq. Hehehee. Rase nak bagi penampaq dak ceq cakap lagu tu???? (^_^)

4 Sarang ♥:

amyken said...

betul la syarq. aku tak heran dah penang bridge. tiap minggu lalu dengan kepadatan kereta. hehe

s.y.a.r.q said...

@amykentp amy,np tol dye mahai mcm tu??

ash said...

salam.. just nk tnya.. mcm mna nak sewa kereta dari airport penang ea? TQ

s.y.a.r.q said...

@ashwslm. Ash, kiteorang dulu duk main search je kat internet untuk servis sewa kereta kat penang. Tapi, dekat airport penang tu ade je booth untuk sewa kereta.

Post a Comment

Sile komen..Jangan Malu2, Jangan Segan2