♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Wednesday, July 25, 2012

Solat Sunat Witir

Assalamualaikum.Annyong!!! (^_^)

Solat Sunat Witir ni selalu kite dengar dilakukan selepas mengerjakan solat sunat terawih. Tapi, yang sebenarnya Solat witir jugak ialah Penutup Solat. Solat Witir dibuat selepas Solat Isyak hingga menjelang fajar. Solat witir boleh dikerjakan 1, 3, 5, 7, 9. Contoh kalau nak buat 3 rakaat, mula-mula buat 2 rakaat dahulu, lepas tu 1 rakaat.




Ada Riwayat yang mengatakan, Rasulullah s.a.w tidak pernah tinggal buat Solat Witir walaupon sekali.

Sabda Rasulullah s.a.w dari Abu Hurairah:

"Sesiapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami."(Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud)

Dinamakan solat witir kerana bilangan rakaatnnya yang ganjil.

Kebaikan Solat Witir:

1. Siapa yang mengamalkannya akan turut disaksikan oleh para Malaikat.
2. Solat Witir lebih utama daripada solat-solat sunat Rawatib(solat-solat sunat yang dilakukan sebelum & selepas solat-solat Fardhu).
3. Menurut sunnag yang akan memperolehi syafaat Rasulullah s.a.w di akhirat nanti.

Cara-cara mengerjakan Solat Witir.

1.Niat pada setiap dua rakaat pertama :


Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat kerana Allah Ta'ala.

2. Bacaan selepas Fatihah:

Rakaat pertama : Surah Al-A'laa
Rakaat kedua : Surah Al-Kafirun

3,Lepas salam, terus berdiri untuk buat satu lagi rakaat

4. Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:


Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Ta'ala.

5. Bacaan selepas Fatihah:
Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Naas

6.Rukuk

7. Sujud

8.Duduk diantara dua sujud.

9.tahiyat akhir 10.Salam.

So, jom buat solat witir setiap hari selepas isyak!!! (^_^)

*Sumber: http://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-witir/


Kenyit mata laju2. TQ :)


0 Sarang ♥:

Post a Comment

Sile komen..Jangan Malu2, Jangan Segan2