♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Monday, September 16, 2013

Jalan-Jalan dekat Gold Coast, Australia-#DAY 1 & #DAY 2

Assalamualaikum. Good Day Mike!!!! (^_^)

Phew!!! Lame dah tak update blog kan???? Biasalah. Kemalasan memang menanglah selalu. (-_-)' Tetiba nak update ni sebab adelah permintaan orang suruh update. Cewah... Bajet blogger popular ade permintaan bagaikan??? Tapi apakan daya, nanti kecik hati orang kan. Jadi..Baiklah!!! Saya update!!! (^_^)

Lepas Hari Raya hari tu, 24 Ogos sampailah 29 Ogos aku dan family adelah beraya kat Australia gitu. 6 Hari, 5 malam.Actually berjalan-jalan kat sane sesaja nak rase pergi negara omputih kan.. Lagipon Australia lah negara omputih yang paling dekat pon nak pergi dari Malaysia. Dekat-dekat pon mahu 8 jam jugak duduk dalam flight.

Kami naik MAS sebab dah amik pakej semua guna travel agency. Bertolak dari KLIA pukul 9 pagi dan turun dekat Brisbane.Naik MAS, bontot tak sempat nak kematu dan tak boring sebab sangatlah best. Tengok-tengok, eh eh eh, da sampai Brisbane. Sebab....... ada tv dalam flight. Macam-macam movie, drama dalam tu. Apa lagi, melayan movie jelah.

 Cerita Ironman 3 pon hadeeeeeeeeee. Cerita melayu pon ado...Best-best!!!


Headphone phone MAS bagi pinjam jerrrrr.

Sebelum sampai Brisbane, sila isi borang untuk declare barang-barang makanan yang kita nak bawak masuk Australia. Mereka adelah sangat strict ok.

 Bila naik MAS, inilah yang paling ditunggu-tunggu. Makan time!!!! Sedap-sedap dan banyak jenis makanan.

Boleh pilih antara Nasi lemak sambal udang dan ikan bilis ataupon omellete. Mestilah nasi lemakkan!! Tekak melayu tak boleh tinggal. 

Sampai dekat Brisbane waktu tu dalam pukul 7 malam waktu Australia. Oh, waktu kat Australia cepat 2 jam je. So tak banyak sangat beza dengan Malaysia. Dari Airport Brisbane, kami naik van sampai ke Gold Coast.Perjalanan dari Brisbane ke Gold Coast dalam masa 1 jam.

Tadaaaaaaa..... Sampai sudah Gold Coast. Bulan yang indah di musim sejuk, Gold Coast. (^_^) 

Pemandangan waktu malam dari atas Grand Chancellor Hotel, Surfers Paradise. Hotel kami menginap tu dekat jer dengan laut Jalan dalam 500 meter sampai sudah laut. (^_^)

Area kat Hotel kami duduk tu di panggil Surfers Paradise. Sebab, ramai penggemar surfing datang kat situ belajar surfing dekat pantai. Kalau nak beli barang-barang untuk surfing pon murah dekat area situ macam contohnya jenama Quicksilver gitu. 

Boleh dapat tengok mamat-mamat omputeh, badan ketaq-ketaq tengah surfing!!!! Awwwwwwww (^_^)


Lepas Check-In hotel tu perut kebulur nak cari makan.Untuk malam pertama tu,makan adalah cari sendiri-sendiri. Tapi tak payah risau pasal makan sebabnya, makanan halal banyak je dekat Gold Coast tu.. Mane-mane pon ade je makanan halal. Tapi untuk peringatan, sediakanlah duit lebih jelah ye untuk makan. Sebab makanan adalah agak mahal ye. 

Jacket beli dekat H&M. Love it!!! <3 p="">

Pakai baju sejuk dulu ye sebelum keluar kalau yang tak berapa tahan sejuk macam aku ni.Malam dekat Gold Coast sejuk jugak. Cuaca dekat luar dalam 9-15 darjah celcius. Dalam bilik hotel tu, kiteorang tak pasang pon aircond. Siap tutup sliding door tu pon tetap sejuk kat luar tu terasa masuk dalam bilik.


Hidangan kami malam pertama dekat Gold Coast dapat makan kebab. Kebab Ayam & Kebab Kambing, Sodap pon sodappppp..... Harga satu kebab = AUD 6 = RM 18.00. Hehehehe. Tapi besaqqqq jugak kebab dye. Boleh kongsi satu kebab 2 orang. :)

Balik dari makan terus tido.

Jom hari ke- dua pulokkkk.. (^_^)

Hari kedua adalah hari yang dinanti-nantikan. Hari pergi berjalan-jalan dah mula.

Sebelum jalan-jalan kenalah breakfast dulu isi perut. Breakfast dekat Hotel je. Jadi, kenalah breakfast omputeh punya makanan. Ambik mana yang sepatutnya je ye. Makanan hotel macam daging adalah non-HALAL.

 So, makan jelah cereal dengan susu.

 Scramble egg. Minyak masak semua guna vegetable oil.

 Roti bakar.

 Hash brown dengan mushroom

Buah peach. 

Hoyeh!!!!! Jom pergi Sea World!!! Nak jumpe dolphin!!!

Sebelum masuk wajib posing depan pintu masuk. (^_^) Peace!!!

Benda wajib pegang bila korang ada dalam Sea World adalah peta Sea World. Dalam tu macam-macam info ada macam waktu dolphin show dan show lain. Petunjuk untuk pergi ke Surau pon ada. Senang nak solat, jadi tak ada alasan untuk tinggal solat ye!!! (^_^)

Sebelum jumpe Encik dan Puan Dolphin, jom jumpe penguin dulu. Teringat pulak cerita Happy Feet bila tengok penguin yang cute sangat.



Penguin tido pon berdiri tau. Siapa boleh tido berdiri tu, dye pon macam penguin. Hehehe. Jangan maraaaa ahhhhhh.

Lepas tu kite tengok dulu Pola Bear. Ololololo,Muka macam bosan je dye tuh...

Yeeehaaa....Saat yang ditunggu-tunggu dah datang. Jom jumpe Dolphin yang pandai Imagine Dolphine Show. (^_^)

Rasenya adelah dalam 3 ekor dolphin.

Yeeba yeeba. Tengok, pandai tak kiteorang lompat-lompat???

Tinggi lagi pon boleh!!! (^_^)

Nak dijadikan surfing board pon boleh.

Ok.Merujuk kepada waktu jadual show, lepas tengok dolphine tu ada pulak Jet Stunt Extreme Show. Jadi, ape lagi. Tak pernah lagi kan tengok Jet Ski stunt. 

Korang nampak x?? Dah macam buat Skate Board stunt

Hello Mr. Stunt man!! (^_^)

Benda ni aku tak tau ape name nya. Tapi kagum sebab boleh terbang-terbang kat udara gitu.

Terbalik-balikkan jet ski pon boleh. Daebak!!

Lepas tu, Kiteorang pergi tengok Fish Detectives Sea Lion Show. Comel gila tengok sea lion ni berlari-lari kejar pencuri. 
Tengok, dapat pulak sea lion ni ambik balik duit yang di curi.


Sebenarnya show ni cerita nya pasal orang curi duit jual ikan. Jadi Sea Lion ni pon jadi salah seroang detective untuk siasat kes kecurian tu.. Bijak betol lah binatang ni. Kalau kita train dia, mesti dia boleh buat. 


Dalam pelukan Encik Sea Lion. Muahahahahaha. (^-^)

Kalau nak tengok pemandangan seluruh Sea World boleh lah naik Cable Car ni.


Copeklah sampai turn kiteorang.

Dah penat jalan-jalan dalam sea world tu mestilah lapar kan. Jadi moh cari makan.
Makan fish and chips je pon jadilah.. Buat alas perut yang lapar. 1 set fish and chips= 14 AUD = RM 42,00
Muahahahahaha. Tutup mata jelah bayar. Dah lapar. Nak buat macam mana. 

Budak tukang habiskan makanan. (^_^)

Lepas makan lunch, last skali kiteorang pergi naik rides. Ala, korang tau tak roller coaster yanng jalan slow tu, tapi bile nak turun dari tempat tinggi lepas tu basah baju tu sebab air terpercik-percik. Itu je pon yang kiteorang naik.

Selesai jalan-jalan kat sea world kiteorang pon balik. Oh ye. Lupa nak bagitau, pengangkutan pergi ngan balik semua travel agency dah sediakan. Termasuk dalam pakej.

Ticket masuk Sea World ni kami punya adalah yang VIP Pass. Dia ada jual beberapa jenis ticket.

VIP Pass  (Unlimited entry to Movie World, Sea World and Aussie Country Farm Paradise) = 
AUD 99.99 = RM 299.99

Jadi, lepas masuk Sea World tu, kiteorang kena simpan tiket tu untuk esok lah.

Untuk pass lain korang boleh tengok dekat dalam website Sea World.

Malam tu kiteorang pergi cari makan dekat tempat kebab yang semalam tu, Tapi kali ni tak makan kebab, tapi makan Vegetarian Pizza. Lepas tu jalan-jalan dekat-dekat dengan hotel berjalan kaki jer...

Hahahah. Tukar jacket je.

Kenyit mata laju2. TQ :)

11 Sarang ♥:

kous ueki said...

wow.. i see you have a many nice picture there especially the dolphin pic.. you must be pro~

amyken said...
This comment has been removed by the author.
amyken said...

syiokk nye awak!!

s.y.a.r.q said...

@kous uekioit budak syafiq...elehhhh..nak kate apit yg pro kan tgkp gmbr dolfin2 tu??? ok lah.mengaku gmbr tu cantik2.. Hahahah..Akak curik gmbr apit :p

s.y.a.r.q said...

@amykenhehehe..manyakkkk syiokk

Afzan said...

Great!!!

Anonymous said...

dear nak tanya boleh... hotel yang u duduk tu bagus tak?

fara diyana nasir said...

salam awk..nk tnye.winter kt sane sejuk sgt x? kedai byk tutup x?

Anonymous said...

alooo..boleh share info syarQ guna pakej traveller ke gold coast ..

Anonymous said...

Salam nak tanya. Awak amek package daru agensi mana?? Boleh share..

Syed Nazeri said...

transport kt sane cmne? theme park dgn hotel awk dekat tak?

Post a Comment

Sile komen..Jangan Malu2, Jangan Segan2