♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Tuesday, May 3, 2011

Setiap manusia, dapat lain-lain rezeki


Assalamualaikum


Hari ni tetiba dapat ceramah pendek free dari trainer kami.Ceramah tak plan namanye. Ceramah yang tidak disengajakan.

Tajuk : Rezeki ada dimana-mana
Hari : Selasa
Tarikh: 3 Mei 2011
Waktu : Around 4.15pm-4.30 pm
Penceramah : Encik Tettttt. P&C ok (^_^)

Aku cuma nak tambahkan pendapat aku pulak.Memang betol, rezeki ada dekat mana-mana. Dan, tak semua orang dapat rezeki yang sama banyak. Ada orang, dapat rezeki banyak, tapi kena lalui tension, kerja yang banyak, duit OT tak dikira tapi dapat penat. Ada yang rezeki kurang sikit dari orang yang dapat rezeki banyak, tapi lain pulak kelebihan yang dia dapat. Kerja yang tak banyak, dapat luangkan banyak masa dengan family. Setiap bende yang jadi, yang kita dapat kat dunia ni mesti ada kebaikan dan keburukannya.

Peluang yang dah dapat tu, kenelah bersyukur dan jangan sia-siakan. Jangan dengki dengan rezeki orang lain yang lebih banyak. Tamak sangat sebab nk dapat rezeki yang sama banyak dengan orang yang didengki tu, akhirnya yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Eh,korang faham ke tak apa yang aku nak sampai kan?? Kalau tak faham, buat-buat faham. Penat menaip. :p

Kenyit mata laju2. TQ Smiley


3 Sarang ♥:

nUr _ atiQah said...

btul tu kak..=)

Naddia said...

ulat dlm batu pon ade rezeki kn!

A retarded kitty said...

betul. rezeki Allah sentiasa ada

Post a Comment

Sile komen..Jangan Malu2, Jangan Segan2