♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Friday, September 9, 2011

Mana satu nak cite ni???


Assalamualaikum

Kejap, nak pegi ambik vacuum. Lepas tu terhegeh-hegeh nak vacuum habuk-habuk dalam belog pepellllll ni!!! 2 minggu tak update belog sebab kebizian menambah lemak-lemak di badan dengan makanan - makanan yang sangat berperisa, biskut yang sangat crunchy, minuman yang manis serta menambah manis kepada senyuman jugak. Phew!! Sempottttttttt taip tak ade NOKTAH. Tarik nafas, lepas :)


Orang lain dah beround-round dah berpos-pos cerita pasal raya, aku pulak baru nak start. Raya pon still ON lagi kan?????? an an an??? So tak ade salah nye. Tak akan dikenakan denda ataupon saman. Ok jom start.


Macam biasa satu hari sebelum hari raya WAJIB balik rumah Uwan kat Rembau. Kalau raya kat umah nenek belah ayah aku kat KL memang nangesss..Betapa tak berserinya raya-raya kat bandar. Tak ada feel tak ada feel. Mungkin sebab dari kecik sampai lah ke besar gajah ni 1st day raya mesti ada kat Rembau. Kat Kampung Uwan aku boleh dikatakan hampir setiap rumah pasang pelita. Cantik jangan cakaplah. Memang cantik sangat.Tapiiiiiiii kegembiraan beraya kat kampung Uwan aku hanya sampai hari raya ke-2 je sebab hari raya ke-3 ramai yang dah berangkat balik ke KL, balik rumah mak bapak mertua. Selepas tu rumah Uwan terus sunyiiiiiii...Suara cengkerik je yang dengar. Suara orang dah hilang.



Satu hari sebelum raya makcik-makcik mesti sibuk dekat dapur untuk masak. Mula lah semua periuk belanga,kuali besen yang BOSAR-BOSAR dikeluarkan. Semuanya mula dari awal pagi pukul 7 pagi. 7 pagi dapur dah riuh. Riuh suara makcik-makcik. Yang anak dara buat ape??? Gossipppppppp!!!!! Berkongsi cerita-cerita yang dah lama terperam untuk dikongsi. Haruslah. Dah lama tak jumpa.


Bila makcik - makcik dah geram tengok anak-anak buah nye sesedap punggung tak buat ape-ape terus jadi rajin secara automatik dan merajinkan diri buat-buat sibuk tolong ape yang patut. Well...Bukannye ape...Kat dapur tu dah ramai sangat yang menolong. Confuse nak buat ape. Tolong tengok je yang mampu. Hahahahaha.



Gambar aku macam makcik  Sekian. :(

Makanan yang wajib di masak?????

1) Rendang ayam 
2) Rendang daging
3) Sup tulang
4) Nasi lemak sambal ikan bilis
5) Ketupat ( AKU, mama dan ayah yang anyam ) motif mem BOLD kan tulisan?????? Hahaha.
6) Kuah kacang 

Oh ye.... Rendang style negeri sembilan ni lain sikit. Selalu aku pergi raya rumah orang kat area KL mesti rendang yang ada daun kunyit. Tapi rendang negeri sembilan ni hitam-hitam warnanya. Korang pernah makan tak?? Gambar??? Sorrylah tak ade. Sekarang ni musim malas nak snap gambarlah. Entah kenapa. Gambar raya aku sikit jeee. Orang lain sibuk menangkap gambar, aku lak buat tak tahu je. Macam malas untuk jadi camhore. Caneee??


Eh, boleh tak sambung pasal raya lain entry. Hahahaha. sebab rasa raya tahun ni macam tak meriah. Tak havoc. Tak seronok sangat. Macam tak berapa nak raya. So macam tak ada ape sangat nak cerita pasal raya. Kau orang paham tak perasaan ni???? Paham-paham kan lah!!


Kenyit mata laju2. TQ :)

0 Sarang ♥:

Post a Comment

Sile komen..Jangan Malu2, Jangan Segan2