♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Wednesday, April 10, 2013

Hat Yai, Thailand (Part 1)

Assalamualaikum. Sawadeekap. (^_^)

Eh??? Dah ilang pulak Annyong ye???? Ok,kali ni kite lupekan korea dan jom pergi Thailand pulak untuk family day office ayah aku . Nak pergi Hat Yai ni tak payah naik flight pon tak ape. Naik bas atau kereta pon boleh. Tapi sakitlah pinggang acik nak oiiii duk lame-lame dalam bas hah.

Mane tak sakit pinggang, bertolak dari Kelana Jaya pukul 11 malam, sampai Imigresen Thailand kul 6.30 pagi. Nak sampai ke Hat Yai tu pukul 11 pagi waktu Malaysia. Lmbat nak sampai sebab banyak kali jugak berhenti sekejap-sekejap.Tidur, bangun , tidur , bangun banyak kali pon tak sampai-sampai. Tambah-tambah pulak tu, aku ni bukannye jenis boleh tidur lena dalam kenderaan. (-_-)' Jawabnya mengantuklah.


Tepuk tangan dekat Imigresen Malaysia dekat sempadan Thailand tu. Buat kerja cepat. Walaupon pagi-pagi buta tu ramai orang nak masuk Thailand, tapi sekejap je dah sampai turn aku untuk check Passport. Syabas (^_^)

Tapi, bile sampai kat imigresen Thailand, panas je hati kene bertaur panjang lame-lame. Mana tak nya, kaunter bukak dua je??? (-_-)'

Dekat Hat Yai, kiteorang duduk dekat Aloha Hotel tengah-tengah bandar. Hotel dye baru tapi tak ada tempat makan tau dalam hotel. Jadi kena pergi cari makan sendiri. Kalau ade pon confirm tak Halal. Lepas check-in hotel rehat dalam 30 minit terus keluar pergi cari makan. Lapar sangat dah waktu tu.

 Hamid Restaurant, salah satu restoran HALAL dekat Hat Yai ni. 


 Sambil menunggu makanan- Mama dah tak larat nak tunggu makanan sebab dah lapar sangat.

Disebabkan malas nak fikir dan nak cepat sebab kelaparan, terus aku order nasi goreng ayam. Ayam ade 6 slice je. Kat Malaysia nasi goreng ayam dapat seketul ayam. Hambil kau. (^_^)

Walaupon mata mengantuk, kaki lenguh-lenguh, tapi kalau bab shopping semuanya jadi sihat (^_^) Hiks. Perempuan macam tu lah.

Bab pengangkutan kat Hat Yai ni korang jangan risau sebab banyak sangat "Tuk tuk" dekat situ. Tinggal nak naik ketak nak naik. Dyeorang tak ade teksi kot tak salah aku sebab tak nampak pon sebiji teksi lalu lalang.

 Abaikan muke lesu sangat tu tak cukup tidur. 

 Murah je naik "Tuk tuk" ni. Satu orang = 20 bath = RM 2 (^_^) So Cheap cheap ma..

Kalau nasib korang baik, dapat "tuk tuk" yang siap ade TV LCD screen lagi u olls. Kalau ade aircond lagi bagus. Dekat Hat Yai ni panas dye lain macam sikit nak berbanding dengan Malaysia. Sampai ke kaki aku terase bahang panas dye tu.

 Rupe depan "Tuk tuk". Macam lori kecik kan???

Kiteorang suruh driver "Tuk tuk" anta dekar Pasar Hat Yai. Sesaja nak mencuci-cuci mata apa yang ada dekat situ.

 Ape yang ade??? Same je macam apa yang jual dekat uptown kite, Kalau baju-baju perempuan pulak sama macam yang jual dekat Bazar Thailand yang selalu ade dekat Giant dengan Tesco tu. Jadi hasilnya , aku tak membeli pon. Ayah aku je beli untuk adik aku mengirim baju superheroes. Kesian dye, tak dapat ikot sekali lagi gi jalan-jalan.


Oh ye. Kalau korang masuk tandas dan tengok-tengok rupa tandas dye macam ni.


Apa korang buat? Nak cangkung atau nak duduk???

Macam tulah rupe public toilet dekat Hat Yai. Aku rase kena cangkung kot. Tapi....macam mana kalau orang badan yang lagi besar dari aku???? Aku pon macam dah nak tergolek je.Orang Thailand kecik-kecik. Jadi mangkuk tandas ikot saiz badan diaorang, 

Malam hari kebuluq lagi. Pergi cari makan lagi. Nom nom nom. Pergi tempat yang sama, Hamid Restaurant lagi. Lepas tu kali ni order lauk pulak. Warning, lauk yang ayah aku order same je macam dye order dekat Malaysia. Ayah aku memang jenis tak suke cube makanan baru,. (-_-) Den layan kan ajo... Kang order pelik-pelik aku sorang je makan rugi.

 Ikan Siakap 3 rasa. Nasib bahek sedap. Rangup

 Kerabu Mangga

Sambal petai udang
 
 Tomyam. Not soooo tomyam. Nak tomyam merah yang pekat lagi pedas tu. (T____T)

Lopeh poghot(perut) dah macam nak molotup kan, kito poie jalan-jalan tengok gerai-gerai tepi jalan.


Udang bosar-bosar. (^_^)

Sampai dah kek dopan hotel. Hotel ni pon tengah renovate lagi. 


 Ok. Esok kalau rajin aku sambung Part 2. Kobeh dah jari den ni hah. Bye

Kenyit mata laju2. TQ :)

3 Sarang ♥:

||aLeaSaRa|| said...

slm sis wah teringat ms akk gi dlm thn 94 ms akk msh sklh mngh ngee..abah akk kje ngan MAS ada kursus,nak lbh adventure so naik KTM mlm2 trn pdg bsr.sampai je trs makan kt satu kedai mmg port org msia,sdp tomyam ala2 letak santan tu.kerabu mangga hatyai mmg terbaiklah kan he3...

gayat naik tuk tuk n ms tu msia mmg tgh kemaruk layan drama thai so ms tu akk asyik snap photo kt poster2 pelakon thai :)


rindu nk gi lagi..tq share foto2 ni ^^

s.y.a.r.q said...

@||aLeaSaRa||welcome kak (^_^)

Hah.Tu lah kak. Saya pergi Hat Yai ni pon mase 1st time waktu zaman sekolah menengah dulu-dulu. Saya tak jumpe lagi la tomyam yang pekat mcm letak santan tu... (-_-)'

Abu Fahim said...

ada nombor aloha hotel , klu ada email saya abufahim80@gmail.com

Post a Comment

Sile komen..Jangan Malu2, Jangan Segan2