♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Tuesday, March 15, 2011

Tengok wayang bersama dot dot dot


Assalamualaikum

Semalam macam mengigau bila mama dan ayah ajak pergi tengok wayang. Aktiviti tengok wayang bersama keluarga ni last sekali masa aku tadika kot. Betapa lamanya tak tengok wayang dengan mama & ayah.


Excited betol mama nak tengok wayang. Suruh aku siap cepat-cepat.Takot wayang dah start. Yang tak disangka-sangka tu tengok wayang pukul 10.30 malam. Ingatkan mama ngantuk tak nak layan wayang malam-malam.Rupe-rupenye mama and ayah lagi tak mengantuk dari aku yang dah menguap berapa kali dalam wayang. Bukan sebab cerita tu bosan. Mana nak bosannya.Cerita perang-perang mesti banyak aksi-aksi ganas. Tapi aku ngantuk sebab fikir esok nak pegi keje pagi-pagi.Kalau esoknya kerja petang kan bagus.


Sudah tengok banner pon tahu kan aku tengok cerita apa semalam? Hikayat Merong Mahawangsa. Daripada cerita ni dapatlah aku tahu dan kenal merong mahawangsa ni siapa. Aku bagi dua thumbs up kat cerita ni. Seronok cerita sejarah-sejarah macam ni bila dibuat dalam bentuk movie. Cuba kalau suruh aku baca buku sejarah, baru baca tajuk Bab 1 dah tido. Hahahaha.

Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Sunday, March 13, 2011

FaceBlog


Assalamualaikum


Apa itu Faceblog?? Macam facebook ke??Yup.Tepat sekali. Faceblog ni untuk mengumpul komuniti blogger khususnya di seluruh Malaysia dan dunia amnya.Jadi, semua blogger-bloger marilah ramai-ramai join FaceBlog ni. Tak rugi sesen pon. Tak payah bayar apa-apa pon.

Siapa nak join sila click banner dibawah ye.


Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal Faceblog ni sila jangan malu-malu tekan sini ye.


Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Comelnya rasa nak lempang je

Assalamualaikum.

Ya Allah.. Sangat comel aku tengok arnab-arnab yang mereka jual dekat Pasar Tani, Stadium Shah Alam tadi. Betol-betol comel. Lagi-lagi yang duduk dalam bakul ramai-ramai tu.Macam memanggil-manggil untuk dibeli. Dengan mata mereka sambil berkelip-kelip berkata:

"Kakak comel,beli lah saya.Belilah...."


Dalam hati memang meronta-ronta untuk beli dua ekor. Kalau dapat aku belai dia baik-baik. Tapi bila fikir balik, kalau misal kata tak ada orang kat rumah, balik kampung selama seminggu ke sapa pulak nak jaga dyeorg? Sapa pulak nak manja-manja kan dyeorang? Tapi kalau balik kampung masih boleh bawak dyeorang bersama.


Ok, kalau misal kata mak ayah ada duit lebih-lebih nak bercuti luar negara, pergi Paris ke, acececece, misal kata ye.... Hah, tak kuasa lah nak bawak dyeorang sekali nak pergi bercuti. Nak hantar dyeorang kat Klinik Haiwan lagi lah tak kuasa nokkkssss. Sehari entah berapa kena. Menangis aku nak bayar.


Melainkan rumah aku ada bibik yang boleh tolong tengok-tengokan bunny-bunny tu. Tak adalah diaorang kebuluran. Takot balik-balik tengok semua dah terkangkang mati. Mesti rasa bersalah yang amat nanti.


Kalau diberi pilihan nak jadikan binatang peliharaan antara kucing dan arnab aku akan pilih arnab. Sebab arnab lebih jinak dari kucing. Kucing sekali dia marah, abislah kene cakar. Uish ngeri kalau kene cakar dengan kucing. Pedih tangan aku.

Sapa ada arnab kat rumah dia, angkat tangan untuk bagi aku jeles. T_______________T


Kenyit mata laju2. TQ Smiley


Tuesday, March 8, 2011

Cendol Leman Dawi



Assalamualaikum

Wuish... seminggu aku tak hapdet belog ni. Bukan nye sibuk sangat pon, cerita banyak nak di ceritakan, tapi jari jemari ni super duper malas untuk menaip. Sorry lah kalau kowang yang sudi masuk blog aku ni tak habis-habis tajuk yang sama je dari minggu lepas. Thank You korang.


Ok,berbalik pada tajuk Cendol Leman Dawi ni, siapa tahu angkat kening puhlissssssssss. Cendol yang terkenal sampai masuk TV tu. Kedai cendol ni beroperasi dekat jalan Seremban-Rembau tu.


Ari Sabtu hari tu aku balik kampung Uwan aku kat Rembau,Negeri Sembilan. Setiap kali balik kampung mesti rezeki aku ngan mak aku dapat makan free. Hari tu dapat makan nasi dengan lauk free.Kali ni dapat makan cendol free pulak. Kami ingat nak bungkus bawa balik cendol tu. Sekali tak boleh sebab cendol sepanjang hari tu adalah percuma. Alhamdulillah.

First time makan Cendol Leman Dawi ni. Selalu tengok je dari jauh. Tak berkesempatan nak singgah. Boleh tahan lah cendol dia.Tambah-tambah lagi tauke cendol yang peramah sangat. Tak henti-henti bercakap.

Kenyit mata laju2. TQ Smiley