♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Sunday, March 13, 2011

Comelnya rasa nak lempang je

Assalamualaikum.

Ya Allah.. Sangat comel aku tengok arnab-arnab yang mereka jual dekat Pasar Tani, Stadium Shah Alam tadi. Betol-betol comel. Lagi-lagi yang duduk dalam bakul ramai-ramai tu.Macam memanggil-manggil untuk dibeli. Dengan mata mereka sambil berkelip-kelip berkata:

"Kakak comel,beli lah saya.Belilah...."


Dalam hati memang meronta-ronta untuk beli dua ekor. Kalau dapat aku belai dia baik-baik. Tapi bila fikir balik, kalau misal kata tak ada orang kat rumah, balik kampung selama seminggu ke sapa pulak nak jaga dyeorg? Sapa pulak nak manja-manja kan dyeorang? Tapi kalau balik kampung masih boleh bawak dyeorang bersama.


Ok, kalau misal kata mak ayah ada duit lebih-lebih nak bercuti luar negara, pergi Paris ke, acececece, misal kata ye.... Hah, tak kuasa lah nak bawak dyeorang sekali nak pergi bercuti. Nak hantar dyeorang kat Klinik Haiwan lagi lah tak kuasa nokkkssss. Sehari entah berapa kena. Menangis aku nak bayar.


Melainkan rumah aku ada bibik yang boleh tolong tengok-tengokan bunny-bunny tu. Tak adalah diaorang kebuluran. Takot balik-balik tengok semua dah terkangkang mati. Mesti rasa bersalah yang amat nanti.


Kalau diberi pilihan nak jadikan binatang peliharaan antara kucing dan arnab aku akan pilih arnab. Sebab arnab lebih jinak dari kucing. Kucing sekali dia marah, abislah kene cakar. Uish ngeri kalau kene cakar dengan kucing. Pedih tangan aku.

Sapa ada arnab kat rumah dia, angkat tangan untuk bagi aku jeles. T_______________T


Kenyit mata laju2. TQ Smiley


1 Sarang ♥:

zOeY zAu YaH said...

comel!!! tp kalau kene lempang dgn awk mesti dh tak comel haha..jgnlah kejam!

Post a Comment

Sile komen..Jangan Malu2, Jangan Segan2