♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Tuesday, July 24, 2012

Menu berbuka #Ramadhan 3


Assalamualaikum. Annyong Friends!!♥

Huhu. Dah empat hari pon umat Islam berpuasa. Alhamdulillah. Dan Alhamdulillah sudah 3 hari aku pergi menunaikan solat Tarawih. Dan lagi hari yang ke-3 baru aku nak update pasal menu berbuka puasa. Tak apelah kan?? Tak ada salah pon. (^_^)

Baiklah.Korang semua punye menu mesti lagi gempak-gempak dan mengiurkan kan????? Selama 3 hari puasa setakat 3 hari tu mak aku masak semua lauk-lauk berbuka. Masak pon tak adelah banyak. Cukup-cukup untuk makan berbuka pada hari tu dan untuk bersahur esok harinya. Ingat,,,,,,Jangan membazir. Bile kite puase, semua makanan kita rase nak makan. Walaupon nampak air kosong.

Mak aku masak ikan bilis yang besar-besar warna hitam tu goreng cili. First time mak aku guna ikan bilis besar ni. Rase, menyelerakan sangat. Kalau waktu sahur pon sangat sesuai untuk dimakan. Actually lauk ni mak aku nak gandingkan dye dengan lauk Asam rebus ikan kembung.Lagi bertambah-tambah menyelerakan lah!!!!! Massit-seoyo ♥


Lai-lagi pulak di makan dengan sambal belacan, Mantoppppppp..... Sambal belacan mak aku pulak bukan gune belacan pon. Sebab anak-anak dye semua tak boleh makan belacan. Jadi digantikan dengan ikan bilis yang di goreng separuh masak. Rase????? Same tahap kesedapan dengan letak belacan. (^_^)


Sambal belacan ikan bilis. ^_^

Lopeh tu......Disebabkan malas nak masak sayur, aku celur sayur mayur untuk buat pecal. Kuah Pecal beli yang dah siap tinggal letak air panas je. Semudah 1, 2, 3.


Kuah pecal ni mak aku beli masa kiteorang pergi Bandung hari tu. Beli 2paket dan sekarang dah tinggal 1/2 paket. Nampak sangat kesedapan. Rugi tak beli banyak lagi.



 Buah feveret aku..Mata kucing. Nyum nyum.Makan ni, non-stop jadinya. Ketagih. Makan sebijik nak sebijik lagi dan lagi dan lagi. Boleh dikatakan sekarang ni setiap minggu mesti ade buah mata kucing dekat rumah aku.


Dessert makan kuih sudah. Beli pon dekat bawah tempat kerja aku. Sonang sebab tiap-tiap bulan puase dekat ruang legar tempat kerja aku mesti ade bazar.Alhamdullilah dengan rezeki yang ada. (^_^)



Kenyit mata laju2. TQ :)



0 Sarang ♥:

Post a Comment

Sile komen..Jangan Malu2, Jangan Segan2