♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Tuesday, February 19, 2013

Jom Masak Mee Hoon Curry Tom Yam

Assalamualaikum.

Sawadikap......

Ni Hao.....

Annyong Haseyo.

Kehkehkehkeh. Ok kali ni aku gedik cakap Thai dengan Mandarin pulak. Sebab korang nampak tak tajuk tu??? Mee Hoon Curry Tom Yam.

Mee curry kan antara menu makanan orang Cina dan selalu ada dekat Kopitiam. Jadi kalau nak lagi sedap sampai menjilat jari kaki, eh eh...Hehehe,,,Jari tangan,,,, boleh lah digabungkan dengan Tomyam, salah satu menu makanan Thai..

Tom Yam + Kari = Ka Yam = merepek belaka

Jom nak share bahan-bahan dulu-dulu sebelum cerita sejarah kat mana aku 1st time makan Mee Hoon Curry Tom Yam ni. Tapi aku bagi warning dulu ye. Aku ni tak pandai sangat nak bagi amaun bahan-bahan tu. Jadi ko pandai-pandailah ye Cik Kiah nak agak berapa ko nak letak. Sabar ehhhhh.. (^_^)

Bahan-bahan:

Mee Hoon (rendam dalam air sejuk dan celur dengan air panas mendidih)
Isi ayam (potong dadu)
Tulang Ayam
Rempah Kari
Paste Tomyam
Cili kering (Yang sudah dikisar)
Bawang putih (Potong dadu)
Bawang besar (Potong dadu)
Halia (Potong dadu)
Garam
Susu Isian Sejat/Susu Cair
Air

Cara-cara:

1) Tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga wangi. 
2) Tumis cili kering sampai masak eh, ape nak cakap istilah tu ye???Pandai-pandailah ko Cik Kiah. (^_^)
3) Tumis serbuk kari jangan sampai hangus pulak.
4) Masuk kan isi ayam dan tulang ayam dan gaulkan dengan bahan-bahan yang telah ditumis tadi.
5) Masuk kan air sampai ayam tenggelam dan masuk kan paste tom yam
6) Biarkan sampai mendidih.
7) Masukkan susu isian sejat/susu cair
8) Tambah air ikot pekat mana yang korang suke dan tambah garam sesedap lidah korang.
9) Siapppppppppp!!!!!

Nak hidang tu boleh tabur bawang goreng , telur rebus, daun sup, sayur sawi

Notes:  Kalau nak lagi best tambah Fish Ball atau fish cake. Mesti lagi syok!! (^_^) Mee hoon pon boleh ganti dengan mee kuning atau kuey teow.

 Hasil penat lelah memasak. Hehehe. Penat lah sangattttttt (^_^)

Oh ye. Fisrt time aku makan mee hoon curry tomyam ni mase belajar dulu, Kolej yang bersebelahan dengan aku duduk tu ade kedai Chinese Muslim Food. So adelah menu ni dekat situ, Sekali makan terus teruja nak makan dan makan lagi. 

Selamat mencuba.!!! (^_^) Sorry lah kalau aku tak bagi berapa amaun bahan. Biaselah, aku bukan pandai masak sangat. Masak main campak je. Aku yakin korang lagi pandai masak ala-ala masterchef. Mesti boleh agak kan berapa banyak bahan. hehe.

Kenyit mata laju2. TQ :)

2 Sarang ♥:

Hijabsara Sophiea said...

best!! nak cubaa!~! macey<3

s.y.a.r.q said...

@Hijabsara Sophieacubeeee jgn x cube darling!! :)

Post a Comment

Sile komen..Jangan Malu2, Jangan Segan2