♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Thursday, July 14, 2011

Kenapa mesti terkejut???


Assalamualaikum

Pagi-pagi buta yang tak berapa nak buta aku bangun untuk pergi interview. Bersemangat waja dah siapkan malam semalam semua dokumen-dokumen, sijil-sijil dan segala mak nenek photocopy yang diperlukan. Puihhhh!!Semangat lah sangat kan??Siapa yang suka pergi interview????


Interview pukul 10.30 pagi dekat Seksyen 14, Petaling Jaya. Pukul 8.00 pagi terkedek-kedek pergi mandi, gosok baju,make up!!! Make up lah sangat...Padahal pakai bedak, mascara, blusher, lip gloss gerak. Vroooooommm!!!! Pukul 9.00 pagi gerak!!!!

Gambar adalah tidak ada kaitan :P


Sampai kat Seksyen 14 tu, mencari parking berpusing-pusing. At last parking belakang pasar yang "harum" semerbak baunyeeeee.Daripada tak ada parking, aku relakan jugak kereta comelku terpaksa menghirup aroma "harum" yang semerbak tu. Tenang ye baby...Nanti mummy mandikan ehhh bagi wongiiiiiiii?? Padahal dah berapa bulan tak mandi kereta aku tu. :P


Kesian korang kene baca pulak rentetan perjalanan nak pergi interview ni. Padahal tajuk lain kan?????Ok,kita kembali ke jalan yang lurus, don't belok-belok eh??? Masa interview session, satu soalan yang sampaikan mata interviewer terbeliak bijik mata tanya aku.

Dalam bahasa inggeris , dan telah di translate:

" Kerja awak yang sebelum ni, tak ada kaitan dengan IT. Kenapa?? "

Telan air liur jugak aku nak jawab mula-mula kan????? Lepas tu dalam otak keluar idea. Ting! Ting! Ting! Ape lagi???? Ayuh kita goreng!!!!! Goreng-menggoreng sampai rangup, jangan sampai hangus. Hahahahaha :)

Maaf, lagi sekali gambar adalah tidak ada kait mengait :P

Bagi korang lah kan????? Wajib ker kita kerja dalam bidang yang kita ambik masa belajar dulu??? Kalau.........................

Degree in Medic tak boleh jadi bussinessman???????

Degree in Mathematic tak boleh jadi petani yang berjaya?????

Degree in Law tak boleh buat kerja Administration??????

Degree in Sport Science tak boleh jadi tukang masak?????




Setuju ke??????


Kenyit mata laju2. TQ Smiley

1 Sarang ♥:

zOeY zAu YaH said...

majoriti org yg berjaya selalunya bidang yg diaorg plh tu x de kaitan dgn apa yg depa belajar.ni melalui pengalaman saya jumpa org2 berjaya n juga melalui pembacaan.walapun bdg tu lain dari yg kita belajar,kita tnmkan sifat suka pada kerja tu insyaallah kita mesti berjaya.eh pjgnya komen saya? haha

Post a Comment

Sile komen..Jangan Malu2, Jangan Segan2