♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Tuesday, July 12, 2011

Tolong garukan boleh??


Assalamualaikum

Bila musim panas je, penyakit lama datang. Penyakit gatal pulak tu. Memanglah tuan badan ni gatal sikit, tapi penyakit yang dapat pulak penyakit gatal-gatal miang. Memang sesuai sangatlah!!Kihkihkih.


Uish..Jangan ler fikir aku ni gatal sangat.... Tak bahek tau. Hahahaha. Sebenarnya ni hah nama penyakit yang tenggelam timbul datang ni, Eczema. Memang dari kecik sampai lah dah besar tua ganyut ni aku dapat penyakit ni. Bila dah sembuh, datang balik.


Masa serangan penyakit bila musim panas ataupon bila time rajin sangat buat kerja rumah. Ok, yang rajin tu sila percaya. Tak tipu. (^_^) Bila musim panas badan pon rasa panas-panas, berpeluh-peluh, mula lah sesi menggaru dengan nyaman nya sampai tak sedar dah garu sampai berdarah.Huhuhu. Bila dah darah baru insaf untuk menggaru.


Kaitan dengan rajin buat kerja rumah macam menyapu habuk-habuk yang setebal 1 inci ++ boleh sebab kan kegatalan jugak. Gatal-gatal tu tak kat semua tempat. Tempat-tempat yang berlipat saja. Macam leher dan celah lengan. Macam gambar ni.




Dan jugak celah-celah lutut serta area-area bawah lengan. Bila menggaru adalah sangat nikmat, dan akibatnya padan muka sebab jadi pedih-pedih.


Dan akhirnya, untuk bagi kelegaan kat aku supaya kurangkan menggaru, apa lagi....Pergi cari bedak ruam ni lah. Yang macam baby punye bedak ruam tu.



Siapa ada penyakit macam aku jugak sila angkat tangan???Kongsilah sikit korang pakai apa pulak untuk legakan gatal-gatal tu?? Sharing is caring kan????

Kenyit mata laju2. TQ Smiley

2 Sarang ♥:

ZWAN SABRI said...

Meh sini aku tolong garukan.. tp aku suka garu guna kulit durian.. xpekan? HAHA

MySuaraBlog: Tabik Springlah Sama Pakcik!

Dunia Nadiah said...

nur kalau kulit gatal, nur amik tuala n rendam dalam air suam.. lepas tu tuam kat tempat gatal tu. kalau malas sangat, pakai minyak gamat atau minyak mestika tu..insyaAllah.. jangan garu guna kuku, kuku kita ni bisa... hihi.. selamt mencuba ^^

Post a Comment

Sile komen..Jangan Malu2, Jangan Segan2