♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Friday, January 13, 2012

Live dari Seoul,Korea

Assalamualaikum (^_^)

Sekarang aku tengah berlatih tarian K-Pop dengan kumpulan Super Junior dan bile penat berlatih kami  mengisi perut dengan steambot dan grilled chicken dan grilled kambing  panas-panas macam dalam drama-drama korea. Nom nom nom nom. (^_^)

Ah sudah ko Syarq,sile hilangkan angan-angan tu sekarang!!! Ok, secara jujur semalam feeling feeling ala-ala makan macam selalu dalam drama korea tu. Ala......siapa tengok drama korea mesti boleh bayangkan macam mane kan???

Nah, mak aku baru beli sebijik set dapur elektrik yang boleh grilled dengan steamboat sekali dalam satu masa. Guna kupon Jusco yang ayah aku dapat. Dapat jugak beli bende ni. Dah lama idam-idamkan nak feeling-feeling makan kat rumah macam orang korea. Hehehehe. (^_^)

 Nah,bakar kambing dulu sebab kambing adelah sangat-sangat lame untuk masak. (-_-)' susah betol nak lembut

 Nyum nyum nyum. Kambing i  really love u . Miahahahahaha. Serius aku suke makan grilled kambing !!! (^_^)



 Lepastu kita bakooo ayam pulak lambat-lambat sikit sebab ayam cepat masak. Ayam yang diperap oleh Master Chef Liza a.k.a Mama. Nom nom nom.

 Steamboat atau boleh jugak nak panggil Yong tau fu. (^_^) Campakkan ape saja yang anda mahu!!!

Last sekali, kuah yong tau fu yang di buat oleh Master Chef Syarq. Uhukhukhukuk. (-_-)'


Kenyit mata laju2. TQ :)


1 Sarang ♥:

ankeljonni said...

aiyoooooo....... sedap nyaaaa.... huhuhuhu

Post a Comment

Sile komen..Jangan Malu2, Jangan Segan2