Assalamualaikum
Habis penat berjalan kat Matta Fair, aku dengan fiza sambung pulak pergi shopping kat Masjid Jamek. Padahal kaki dah penat tahap sampai nak jalan seret kaki je. Tapi dah alang-alang naik train turun masjid jamek tu, gagahkan diri jugak untuk shopping. Dah sampai. Belasah je lah.
Aku gagahkan diri berjalan dari masjid jamek ke jalan TAR. Kesakitan tapak kaki tak payah cakaplah. Kalaulah aku Elyana, aku dah jalan kaki ayam. Eh eh eh. Elyana masuk topik plak :p
Sambung!! Tujuan nak shopping inner untuk selendang dengan tudung matching dengan baju raya aku. Hehehehe. Tu yang gagahkan diri jugak tu. Haruslahhhh. Untuk raya kot :p
Tudung pilihan aku tatapppppppppp tudung bawal. Tudung bawal pilihan nombor 1. Pilihan nombor 2 selendang. Tudung awning????????? Tak menjadi pilihan aku lagi setakat ni. Entahlah. Belum menarik qalbu lagi lah tudung awning dalam hati aku????? (Erkkk menarik qalbu??Mana belajar ni syarq?) Kenapa???? Mungkin aku rasakan ketidaksesuaian bentuk muka untuk tudung awning. Huhu.
Tapi untuk mak aku dia memang suka tudung awning.Senang pakai kata mama. Aku mengaku memang tudung awning senang nak pakai. Tapi macam aku cakap tadi, belum menarik qalbu lagi.
Kenyit mata laju2. TQ :)
0 Sarang ♥:
Post a Comment
Sile komen..Jangan Malu2, Jangan Segan2