♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Monday, June 1, 2009

Custard Caramel recipe


Ok...Di sebab kan ada permintaan untuk Resepi Custard Caramel nie, saya bagik jeklaaaa..
Lagi pon recipe dye amat lah simple..

Ini untuk 5 orang makan OK lah...

Bahan-bahan untuk Custard:

3 biji telur ayam
1/2 cawan susu isian sejat
1/2 cawan air
2 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla (nak bagi wangi jek..sbb telur kan hanyir baunyer)

Bahan-bahan untuk gula hangus:
5 sudu besar gula
Sedikit air.



Cara-cara nyer:

  • Gula hangus
1) Cairkan gula (dalam periuk ke kuali ke x kisah lah) hingga warnenyer keperang-perangan(golden brown)..
2) Setelah gula cair dan menjadi perang, masukkan sedikit air untuk bagi gula tu tak pekat.. kalau tak nanti pekat melekat-melekat kat periuk..

  • Custard
1) Campurkan susu isian sejat dan air. Kemudian panaskan bagi suam2 ( dalam microwave pon bleyh janji jadi suam)
2) Pukul telur dan gula hingga kembang
3) Masukkan susu isian sejat yang suam ke dalam adunan dan pukul lagi hingga kembang
4) Masukkan esen vanilla.

  • Untuk proses mengukus pula
1) masuk kan gula hangus dalam mangkuk pengukus..
2) Kemudian baru masukkan adunan Custard dalam mangkuk pengukus..
3) Akhir skali, kukus dalam 30 minit..

  • Untuk Hidangan
Hati-hati terbalikkan Custard di dalam pinggan..Nanti takot gula hagus dye tertumpah plak..
Kang tak pasal2 hancur.. menages kowang... hehehhe... :)

Itu sajer.. Simple.. TQ..
Selamat mencuba...

:) :) :)




2 Sarang ♥:

cIk pEnNa said...

Thanks ye bg recipe nye..

;)

s.y.a.r.q said...

ok cik penna.. cube tau..jgn x cube..:)

Post a Comment

Sile komen..Jangan Malu2, Jangan Segan2