♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Tuesday, August 2, 2011

Ilmu tu penting


Assalamualaikum

Fuh fuh. Belum terlambat lagi kan nak ucapkan Selamat menyambut bulan ramadhan. (^_^) Ok, untuk bulan ramadhan ni, meh baca satu cerita.

Aman, Borhan dan Izat selalu duduk melepak depan surau sambil bermain gitar dan menyanyi. Semasa orang-orang kampung pergi ke surau untuk mengerjakan solat dan menghadiri kelas agama dan ceramah, Aman, Borhan dan Izat buat tak indah pon. Mereka bertiga ni tak pernah join sekali untuk solat berjemaah di surau. Mereka buat selamba atuk nenek dyeorang je main gitar masa orang lain tengah solat.

Sampailah pada satu hari tu Pak Imam surau dah tak tahan dengan perangai dyeorang yang asyik melepak dan main gitar depan surau tu. Mengganggu kosentarasi orang nak solat. Pak imam pon pergi tegur budak bertiga tu.

Imam : Korang ni tak reti-reti ke pergi solat berjemaah sekali??? Asyik duduk main gitar depan surau ni.

Aman : Ala pak imam, rileks lah...... Pak imam ingat saya tak pandai ke solat??? Siap boleh jadi imam tau!!

Borhan : Aaah lah pak imam ni, saya pulak dulu sekolah agama lah. Kalau takat nak azan tu tak ada hal lah.

Izat : Jangan pandang kami duduk main gitar ni tak pandai bab-bab solat ni tau pak imam

Imam : Kalau cakap je tapi tak buat nak buat ape?? Esok, waktu solat maghrib korang semua datang ke surau. Aku nak tengok kepandaian korang tu.

Aman, Borhan & Izat : Tak de hallll laaaaaaaaaaaa.... (jawab mereka dengan angkuhnya)


Pada keesokkan harinya, sebelum masuk waktu maghrib Aman, Borhan & Izat dah sampai dekat surau. Kemudian Pak imam pon sampai.

Bila masuk waktu maghrib:

Imam : Borhan, semalam ko kate ko pandai sangat azan kan???? Ko pergi azan cepat.

Borhan: Borhan pon mulakan azan. Allllllahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhu rabbi!!

Imam : Mana ko belajar azan macam tu. Ish, sudahlah bagi orang lain je yang azan.

Selepan azan maghrib, Pak imam pon mengimamkan solat maghrib dan dimulakan dengan takbirratul ikhram.

Imam : Allllllllllahhhhhhhh . Alllahhhhhhhhhhhhhhhh.. Allahhhhhhhhhh. Sampai 3 kali imam mengangkat takbir tapi tak lepas-lepas. Tiba-tiba..........

Aman : Imam, bagilah saya jadi imam.

Dengan yakin nya aman nak jadi imam.Aman pon memulakan solat maghrib dengan takbirratul ikhram.

Aman : Allllllllllllahhhhhhhhhu akbar!!

Aman berjaya melafazkan takbir dan tiba-tiba menoleh kebelakang dan....

Aman : Tengok pak imam, saya buat sekali je angkat takbir. Bukan macam imam 3 kali pon tak lepas-lepas.

Terbatal solat semua orang kampung pada masa tu dan orang kampung serta pak imam rasa geram dengan Aman.

Izat : Apelah ko ni Aman, masa solat mana boleh bercakap. Terbatal lah solat kami. Meh lah aku pulak jadi imam.

Macam biase, izat pon mulakan solat dengan takbirratul ihram

Izat: Alllahhhhhhhhhuakbar.

Izat berjaya mengimamkan solat maghrib dengan jayanya. Pak imam pon rasa bangga dengan izat.

Imam : Tak sangka ko boleh jadi imam izat. Sambil menepuk-nepuk bahu izat.

Izat : Baru tok imam tahu??????? Imam belum tengok saya ambil wuduk lagi.

Terbeliak mata Pak imam sebab rupa-rupanya izat belum ambil wuduk pon sebelum solat tadi.

Kenyit mata laju2. TQ Smiley

2 Sarang ♥:

ZWAN SABRI said...

kelakarla.. tetiba zwan teringat plak zaman zwan skolah dulu.. dulu masa form 3, zwan penah kena azan kat surau sekolah, zwan tak reti azan and zwan hentam azan ala2 takbir raya.. satu skolah ngan penduduk kampung yang berdekatan ngan skolah tu terkejut.. mmg memalukanla time tuu.. HAHA

MySuaraBlog: Sila Duduk Rapat2, JANGAN Duduk Renggang2

s.y.a.r.q said...

@ZWAN SABRI Tapi skrg mesti da pandai kan azan zwan??? :)

Post a Comment

Sile komen..Jangan Malu2, Jangan Segan2