♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Thursday, September 3, 2009

Alasan jeee

Kowang ade tak bace pasal lelaki2 yang kene cekup sebab tak puase hari ni??
Click here
Dah tahu tak puasa, sedap2 pulak dye makan depan orang ramai..
Makan nasi lemak pulak tuh...
Perghhhh... memang sedap seyh.... Nasi lemak.. Telan air liur kejap dengar..
Terbayang2 nasi lemak yang panas dengan sambal yang pedas dan kaw.. :p

Dan ade salah sorang ni bagi alasan yang dye terlupa nak baca niat puasa.
Sebab tuh tak puasa...
Bila baca ni berita tuh, saya pon terpikir2,,
Haah kan, kalau terlupa baca niat puasa macam mane??
Tapi dulu mase sekolah dulu, ustazah pernah kata, niat ni bukan nyer kite kene baca dalam bentuk perkataan je..
Tapi niat ni, kite macam dah set dalam hati kite esok yang kite nak puase..
Itu sudah di kire niat...

Sepertimana huraian dalam bab wudhu' dan solat, bab puasa juga dimulai dengan perbincangan mengenai niat. Atas sebab kepentingannya dan juga kedudukannya yang selalu di awal sesuatu ibadah, adalah memadai jikalau kita membicarakan ia sebelum apa-apa topik yang lain. Niat adalah Tekad hati untuk melakukan suatu perbuatan ibadah dalam rangka mendekatkan diri semata-mata kepada Allah.[1] Takrifan ini adalah berdasarkan acuan firman Allah Azza waJalla yang bermaksud : Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya. [Maksud surah al-Baiyinah 98 - 05]. Oleh itu niat juga dikaitkan sebagai yang membezakan antara amalan kebiasaan atau amalan ibadah, amalan ikhlas atau ria', amalan umum atau khusus.

Sekali diulangi bahawa tuntutan niat letaknya di hati, bukan di mulut. Niat itu adalah kehendak hati, bukan sebutan mulut. Niat itu adalah cetusan hati, bukan susunan perkataan yang sengaja direkai. Tiada sebarang bentuk susunan lafaz niat yang diperolehi dari al-Qur'an atau hadith Nabi sallallahu-alaihi-wasallam, sekalipun yang daif bagi tujuan permulaan ibadah puasa. Lafaz niat di mulut dengan susunan kata yang tertentu seperti: usolli…… atau nawaitu…..adalah bid'ah semata-mata. Apakah guna lafaz niat jikalau yang berniat itu sendiri tidak memahaminya; dan apakah guna lafaz niat jikalau Allah Yang Maha Mengetahui sudahpun mengetahui isi hati seseorang itu sebelum dia melafazkan niat ?

Jikalau kedudukan masa bagi niat ibadah solat adalah sebelum takbir yang pertama ataupun semasa takbir yang pertama, maka masa bagi niat ibadah puasa adalah sebagaimana ajar Nabi sallallahu-alaihi-wasallam dalam hadith yang berikut: Sesiapa tidak berniat melakukan puasa sebelum fajar maka tidak ada puasa baginya.[2] Daripada hadith ini difahami bahawa seseorang wajib meniatkan puasanya setiap hari, antara masa tenggelam matahari (maghrib) sehingga terbit matahari (fajar). Demikian menurut pendapat jumhur ahli-ahli ilmu.[3]

Selain itu, ada yang berpendapat bahawa seseorang itu boleh berniat bagi keseluruhan puasa Ramadhannya dengan hanya sekali niat, iaitu di malam hari pertama bulan Ramadhan. Pendapat ini dianggap lemah kerana tiada dalil penyokong yang jelas serta tidak sehaluan dengan hadith di atas. Setiap amalan itu, walaupun sama pada zahirnya, tetap berbeza di antara satu hari dengan hari yang lain, antara satu masa dengan masa yang lain.[4] Pendapat satu niat bagi keseluruhan amal juga membuka pintu-pintu ke arah salah guna (subject to abuse) bagi mereka yang sengaja suka meremeh dan mempermainkan agama.

Dengan diketahui bahawa niat itu adalah syarat sah puasa, apakah pula hukumnya jikalau seseorang itu terlupa untuk niat berpuasa, hanya ingat ketika siang atau petang hari ? Dalam persoalan ini, ada yang berkata puasa itu tidak sah dan ada yang berkata ianya tetap sah. Prof. Dr. Hasbi as-Shiddieqie menganalisa:

Barangsiapa lupa berniat pada malamnya, tanpa sengaja, maka hendaklah dia berniat di ketika teringat walaupun telah siang hari. Hal ini berdasarkan kepada firman Allah: Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Maksud Surah al-Ahzab 33 - 05)

Dan berdasarkan hadith riwayat Imam Ibnu Majah, ath-Tabarani dan al-Hakim, dari Abdullah ibnu Abbas, bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam bersabda, maksudnya: Telah diangkat dari umatku dosa kerana mengerjakan sesuatu lantaran tersilap, terlupa dan dipaksa.

Pendapat ini berlawanan dengan penetapan sesetengah ulama'-ulama' Mazhab Shafie yang berkata: 'Tidak sah puasa bagi yang terlupa niatnya di malam hari'. Kami (Hasbi as-Shiddieqie) memilih pendapat yang 'Mensahkan puasa bagi yang terlupa niatnya di malam hari' kerana tidak ada keterangan yang jelas dari syara' yang menyatakan bahawa berpuasa dengan terlupa niat di malam hari, tidak sah meneruskan puasanya dengan berniat pada ketika ingat.

Hadith yang mewajibkan niat pada malam hari dipertanggungkan kepada orang yang sengaja meninggalkan niat pada malam hari itu. [5]

Kesimpulan

1. Niat bagi ibadah puasa adalah wajib sebagaimana setiap amalan yang lain. Waktu bagi meniatkan puasa seseorang itu adalah sebelum terbitnya fajar Subuh di hari yang akan dia berpuasa.

2. Jikalau seseorang itu benar-benar terlupa untuk berniat lalu dia berpuasa maka puasanya tetap sah dan boleh diteruskan hingga waktu Maghrib. Dia hanya dituntut untuk meniatkan puasanya itu apabila sahaja teringat.

3. Tiada sebarang bentuk lafaz atau susunan kata yang diajar oleh Nabi sallallahu-alaihi-wasallam sebagai bentuk niat yang perlu diamalkan.



Saya paham sekarang..
Tiada alasan lagi OK...Credit to this website



:) :) :)


4 Sarang ♥:

@rE-LonG said...

Syarq..betul..betul..betul!!
kT stuju tu!kT pn ada dgr..kLo kT da bniat dlm hati yg kT nk bPose esOkY..tu da kire bniat gak..

n for sUre..kT pOse aritu ada gak tlupe niat..kT truskan aje..sahur dah..tp niat tlupe, da msuk imsak bru trigat..tp for sure..memg bniat nk pOse..

jadi truskan ajela..
Allah Maha Mengetahui..

Kan Syarq (*_-)

s.y.a.r.q said...

@rE-LonG:
yeeee....


betolll...

same ade sah atau pon tidak puase kite semuanye atas ALLAh

(^_^)

miss lolly a.k.a luvfareda said...

inpo yg bagusssssssh.

tepuk tepuk~

s.y.a.r.q said...

mekaseh miss lolly cayunkk... :)

Post a Comment

Sile komen..Jangan Malu2, Jangan Segan2