♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Tuesday, March 29, 2011

Apa ke nama entah kuih ni?

Assalamualaikum

Ada sesiapa boleh tolong aku tak?? Ekekekeke. Tolong bagitahu apa nama kuih ni entah. Aku mintak tolong Pokcik Google, dia tak bagi jawapan kat aku. Nampak sangat pokcik Google dah tua. Hahahaha. Nak salahkan pokcik Google pulak kan? Padahal Syarq,ko tu tahu makan je, tapi nama kuih yang ko makan pon tak tahu.


Aku yakin orang Kelantan mesti tahu nama kuih ni. Aku first time makan kuih ni dekat rumah sorang kawan ayah aku. Uncle Tarmim nama dye. Aku first time makan terus dah jatuh hati dengan kuih ni. Mana nya tak jatuh hati, bila gigit je kuih ni, masuk dalam mulut terus cair dalam mulut dengan rasa manis-manisnya. Tapi kalau nak makan kuih ni, kene makan dengan sopan dan ayu. Sebab kalau korang bercakap sambil makan kuih ni abislah menyembur habuk-habuk kuih ni weyh.Terus, orang tak nak jadikan menantu. Hahaha.


Tahun lepas, aku jejak je kaki kat Kelantan, benda pertama yang aku cari adalah kuih ni. Ish sakit hati pulak bile asik taip kuih ni,kuih ni,kuih ni. Kesian betol!!!!!!! Kalau nak beli kuih ni boleh beli dekat Pasar Siti Khadijah.Eh? Betol tak nama pasar ni? Sukahati aku je. Ni hah aku nunjuk rupe bentuk dia eh.

Apa macam? Rasa macam adik korang yang taska melukis lagi cantik dari Syarq melukis kan? Iyeee...Mengaku memang pon. Sila terima seadanya dengan lukisan ini. Inilah gambaran dari lukisan yang dapat aku bagi kat korang. Ateeeenye, cari gune Pokcik Google tak jumpe.


Warna dia, colourful. Memang cantik menarik ko memang da Bomb!!! Tapi selalu aku tengok satu packet tu ada warna pink, hijau dan kuning jer. Tak lah warna-warni sangat kan? Lepas tu tekstur dia, kering. Lembut. Bila digigit, masuk mulut, terus cair. Sedappppppnya. Meleleh air liur ingatkan kuih ni. T_____________T Lepas tu kuih ni macam disalut serbuk putih-putih. Tak tahulah ape bende kah itu. Tepung kot. :)


Ok, fine.Siapa dapat bagi aku nama kuih ni, dia sangat-sangat lah comel!!!!! Ikhlas ni.Hahahaha. Orang Kelantan tak kan tak tahu kot? :P

P/s: Fatin a.k.a Cik Ngah ko balik kampungkan? Nak kuih ni pleaseeeeeeeeeeee... :p


Kenyit mata laju2. TQ Smiley


4 Sarang ♥:

forever love said...

taw kuih apa.. tapi tak tahu nama juga. haha... sedap kuih tue

Muhd Fadil said...

kuih tepung sema @ kuih sema tarik .
aku pasti jawapan ini. aku kunci jawapan ini. wakakaka

s.y.a.r.q said...

@Muhd Fadil
betol eh tepung sema????? sedap oh kuih nie... nak lagi.tapi jauh nk gi beli T________T

Anonymous said...

Tepung sema@kuih gula tarik ...

Post a Comment

Sile komen..Jangan Malu2, Jangan Segan2