Assalamualaikum
Semalam aku sampai tempat kerja awal sangat. Semangat bertolak dari rumah awal sebab tak nak terkena macam dua minggu yang lepas. Hari Jumaat jalan yang sangat-sangat sesak. Aku sampai kerja satu jam lambat. Nasib baik trainer aku baik. Sekali semalam elok je jalan clear.
Dah alang-alang sampai awal tu, dari duduk bosan termenung kat lobi baik aku ronda-ronda satu UM. Lagipon dah lama tak masuk situ. Rase rindu pulak.Bila tengok setiap sudut kat UM tu, teringat macam-macam kenangan dengan kawan-kawan.
Bila sampai kat Bukit Cinta geli hati pulak rasa. Dekat dalam UM pon ada Bukit Cinta. Ha ha ha. Sebab banyak pasangan-pasangan couple suka duduk lepak malam-malam kat sini. Sambil tengok pemandangan Kuala Lumpur. Yang aku dengan kawan-kawan aku pulak, lepas makan mentekedarah jalan-jalan kat sini untuk exercise bagi perot kempis. Kononye lah. Lepas tu melantak lagi. Macam mana nak kurus.
3 Sarang ♥:
bukit cinta...hahahah.. "jabal hub"..haahha...x ajak pon erk :p
@chenta
ekekeke.chenta bukan tengah cuti ke???? ade ke kat UM tu skrG ni ?? :P
rindu kat um gakk....
Post a Comment
Sile komen..Jangan Malu2, Jangan Segan2