♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Saturday, March 19, 2011

Zam Zam Ala Kazam


Assalamualaikum


Selamat berhujung minggu kawan-kawan. Mesti hari ni ramai yang keluar berjalan-jalan. Shopping kan? Sekarang pon tengah ada Sale. Mahu jugak shopping.Tapi kene tahan nafsu dulu sebab duit belum ada lagi. Uhuk.


Alhamdulillah,dapat jugak mak aku melepaskan keinginan dia nak makan kat satu Restoran arab ni. Kalau sesiapa yang duduk Shah Alam mesti tau restoran ni kat mane. Restoran Zam Zam Ala Kazam. Eh eh eh.Gurau je. Zam Zam je. Takde lebih-lebih eh. (^_^)

Sebelum tengok gambar,sila jaga air liur masing-masing sebelum meleleh ye. Iyeekkk... Hahahah.

Ini dia gambar Chicken Mandy. Dah bunyi macam Ayam mandi.Sedap memang sedap.Ayam dia pon besar dan lembut.Puas hati makan.


Tadi ayam dah mandi.Tiba masa pulak kambing untuk mandi atau nama omputihnye Lamb Mandy.

Ini pulak kebab lembu. Ehek.Betol ke nama dia entah. Tak hingat sorry.

Ini aku punya, Lamb grilled Chop. Lain dari lamb chop yang western punya. Ini tak ada kuah. Kering je.

Kesimpulannya, boleh lah tahan makanannya. Tapi aku makan sekarang aku dah lapar balik,Padan muka sapa suruh tak order nasi kan? Gara-gara nak "diet" lah konon.Diet wakluu. Makan kambing kata nak diet eh Syarq.

Ini adalah adik aku. Comel ke tak comel? Sila jangan kata comel sebab nanti hidung dia akan bertambah kembang.

Sesiapa nak pergi lokasi nya dekat Seksyen 9, Shah Alam. Belakang MC Donald Seksyen 9 tu. Sila-sila lah. Selain makanan arab, ada jugak restoran lain dekat situ. Ada restoran Thai dan Jepun.

Kenyit mata laju2. TQ Smiley


3 Sarang ♥:

Unknown said...

best gile makanan tu.. bile nk banje? :D

Anonymous said...

sedap! terlur! teringin! wargghhh!!!

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ said...

wah..beshnyaaa!! laporrrr!! tp kambing tu xmao!! penim3



hi fwenz!! keep it up blogging ya!! Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog

Post a Comment

Sile komen..Jangan Malu2, Jangan Segan2