Assalamualaikum
Selamat pagi korang. Ha ha ha. Apa kes???? Orang semua tidur ko ucap selamat pagi pulak kan Syarq???? Sekarang pukul 2.42 pagi. Iye,,,, pukul 2.42 pagi aku update belog yang comot ni. Memandangkan mata ngantuk, tapi belum berapa mengantuk lagi. Malas nak force mata ni untuk tidur. So, dengan cara update belog harap-harap mata akan bertambah-tambah mengantuk. Ekekeke. So, senang untuk tidur, Letak je kepala atas bantal terus Kroh kroh krohl. :)
Korang.......... Tadi masa aku tengah tunggu LRT dari stesyen Universiti ke stesyen Kerinci, elok je pemandangan indah. Masa menunggu tu, ada 2 orang abang-abang LRT Putra baru balik keje, dan masuk aku adalah 3 orang sedang menunggu train datang.
Tiba-tiba datang pasangan pengkid. Ohohohoho. Aksi mereka bermanja-manjaan macam peluk-peluk,gurau-gurau tu aku dah biasa tengok. Macam tak heran pon dengan aksi mereka tu. Sekali, tiba-tiba dalam dyeorang bermanja-manja tu, diaorang kissing,mulut ke mulut. Aku terkesima kat situ sebentar. gosok-gosok mata, betol ke apa yang aku nampak ni.
Errrrr...dua abang LRT tu pandang-pandang aku.Salah sorang tu cakap:
" Tu lah, dunia dah nak terbalik"
Aku mampu senyum je. Apalah pasangan tu nak tunjuk kat kami sebenarnye... Kalau diaorang dah tak tahan sangat jangan lah tunjuk depan tempat awam. Rasa geli-geliman ketiak ni. Sayangnya, aku nampak pasangan tu muda lagi dari aku kot. Kalau tengok dari muka mungkin umur mereka 20tahun. Dua-dua cantik!!!!! Yang pengkid, comel,yang perempuan pon cantik dan comel.
Mungkin kedua-dua mereka dah serik bercinta dengan lelaki. Wallahualam.
0 Sarang ♥:
Post a Comment
Sile komen..Jangan Malu2, Jangan Segan2