♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Sunday, April 3, 2011

Sembilan Belas Kosong Satu



Assalamualaikum

Pengidaman ke atas sosej Sembilan Belas Kosong Satu @ Nineteen O One @ 1901 telah selamat dijamu. Miahahaha. Aku ni asyik cerita pasal makan kan??? Serius. Sejak training ni, belum masuk kelas lagi, dalam kereta on the way tu dah bincang dengan Zana nak makan apa untuk breakfast, nak makan apa untuk lunch. Nafsu makan meluak-luak.


Lepas dah setel makan lunch, makan lagi. Kali ni makan benda yang ringan-ringan macam kacang dan jugak asam. Ini bukan sebab lapar. Tapi nak mengurangkan mengantuk yang teramat sangat. Bukan tipu-tipu punya mengantuk, tapi Zana sampai betul-betul dah terlelap dalam kelas. Nasib bahek trainer tak nampak. Aku jangan kata lah, menguap dah berapa juta lemon kali. Tak terkira. Tapi aku tengok dalam kelas macam kami tiga orang je asyik mengunyah dalam kelas. Nampak sangat kuat makan kan??Stok makanan dalam kelas wajib ada.Kalau tak,fokus lari. Percayalah!!!!! :p


Berbalik kepada sosej Sembilan Belas Kosong Satu tadi, sebenarnya dari start training lagi dah nampak bende ni kat Tingkat -1 tempat training tu. Lalu-lau baru teringat yang dah lama sangat tak makan sosej Sembilan Belas Kosong Satu ni. Dah sebulan aku training kat situ, hari Jumaat last week baru aku makan sosej Sembilan Belas Kosong Satu ni.

Kegemaran aku, Chicken New York dan juga Coney DOg, bukan DOg anjing ye. DOg sosej yang lazat. Yummy!!


Kenyit mata laju2. TQ Smiley


4 Sarang ♥:

nurayunni said...

waaa..best2!!!

Unknown said...

sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa.................... nak jugak!!

s.y.a.r.q said...

@nurayunni
memang best.cube ayunni try yang coney dog.lagi sedap :)

s.y.a.r.q said...

@Cik Azizah
nak ke cik azizah??? meh lah dtg shah alam :)

Post a Comment

Sile komen..Jangan Malu2, Jangan Segan2