Assalamualaikum
Baru hari ini tadi aku dapat berita, dan berita itu membawa sinar harapan kepada aku. Namun, aku tak nak jadi seperti dulu. Segala yang aku harapkan hancur. Segala yang aku persiapkan semuanya telah disimpan sahaja. Tidak dapat digunakan. Tapi aku redha.Segala apa yang terjadi, ada hikmahnya.Allah nak menguji aku.
Dulu, hanya dengan satu mesej yang diterima melalui SMS, buat aku keciwa sangat-sangat. Menitis-nitis air mata aku setelah membaca isi kandungan SMS itu. Satu demi satu secara automatik.Bukan aku mahu menanges.Tapi ia jatuh tiba-tiba. Tidak boleh dikawal. Alhamdulillah, aku dikelilingi dengan manusia-manusia yang tidah pernah penat atau lelah memberi dan bangkitkan semangat aku pada masa itu.
Sekarang, aku tak mahu terlalu berharap. Jika ada rezeki aku, disitu lah aku pergi. Jika tiada, berusaha yang lain pula. Ya Allah, sesungguhnya aku mohon, kau buka kan lah pintu rezeki aku. Amin...Ya Rabbal A'lamin.
4 Sarang ♥:
ape bnda yg tidak diharap tu yerk S.Y.A.R.Q ???
apakah ini ? haha
wuteva it is , may it brigthen ur life :)
betul2 ..
pe mende tu ?
cik diana xtahu ape yg berlaku.. tp hrp semoga setiap urusan yg dilalui oleh dipermudahakan Oleh Allah s.w.t hendaknya.. ;)
Post a Comment
Sile komen..Jangan Malu2, Jangan Segan2